Tuesday, September 7, 2010

Almond Nut Square

Salam 28 Ramadhan 1431H. Macam saya cakap dan buat preview aritu, Almond Nut Square kak Sweetlilly Kithchen. Yang ni buat berganda2.. maklumlah coklat.. heheh. Rasanya Sedap! My hubby makan sketul terus cakap sedap. Terima kasih buat kak Sweetlilly yang sudi share resipi kegemarannya ini. Mohon halalkan saya share dan copy ya kak. :)



ALMOND NUT SQUARE
Sumber: Sweetlilly Kitchen

Bahan A:
160gm butter
100gm shortening
160gm gula aising
1 camt esen vanila
1 biji kuning telur Bahan

B: 100gm kacang kisar
100gm serbuk badam
30gm serbuk koko
50gm tepung jagung
50gm tepung beras
200gm tepung gandum

Hiasan:
putih telur + badam & kacang cincang(kacang tanah warna putih yg besar tu..)

Cara membuatnya:
- sebatikan bahan A. (nurindah:saya mix butter, shortning dan gula dulu. Baru masukkan esen dan telur)
- masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
- canai dan terap. sapu putih telur di atas permukaan biskut.
- tabur ngan badam dan kacang cincang.
- bakar pada suhu 160'c selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.


Buat 3 ganda adunan, jadi paling senang, kita uli dalam dulang ya puan2.. hihihi

Dah siap uli

Saya potong menggunakan spatula (Thanks a lot to kak AzuraRahman sebab bgtau nama benda ni. :D). Nak Angkat adunan pun senang.

Gelek dan potong banyak2 dulu. Nak bakar, susun dalam tray, baru sapu telur putih dan tabur almond

Ini versi sebelum dan selepas masak..

8 comments:

  1. Hi dik, Selamat Hari Raya Aidil Fitri to you and your family. Hope you have a wonderful time with your family and friends kat Kampong. Take care.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya nurindah sekeluarga...

    ReplyDelete
  3. Hi Nur..hru dearie??? Wahhh sedapnye kukis tuh...leh simpan resipi buat tuk Diwali if my hubby around la...hehe! :D

    Mana kukis tuk Love??? ;)

    Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Nur sefamili ya...have fun!! :D

    ReplyDelete
  4. Hi Sis Gert,
    Terima kasih sbb wish hari raya. Soo happy sbb sis sudi datang. :D

    ReplyDelete
  5. Salam kak pah,
    Selamat Hari Raya ! Moga seronok beraya ya kak pah :)

    ReplyDelete
  6. Hi sis Love,
    hihihi.. thank you.. thank you atas ucapan raya :D
    Adus.. ampun kak. sebab saya tak sempat brkunjung. Hubby still kat brazil, Sis? Kuih raya? Jom beraya kat banting..! ;)

    ReplyDelete