Thursday, September 2, 2010

Dahlia lagi...

Tayangan biskut dahlia lagi.. Kali ni buat betul2. Tinggal check timbangan, pastu tuang jer. Sebab adunan berganda-ganda, sehari juga nak abiskan doh tu. Mata saya dah kelabu asap dah. hihihi. Dapat 450 biji. Biskut ni juga termasuk dalam pek nak pos ke Besut hari ni. Raya ni, belum tentu kami balik. Kesian adik2..berharap saya pulang. Teringat adik lelaki saya, Ali yang dulu2 masa bujang, selalu dia pergi ke bandar Jertih last night orang buat pengumuman raya. Katanya biskut2 murah malam tu. Tapi hasilnya, biasala, rasa biskut dah 3-4 bulan. Ini akak hantar biskut fresh from oven ya, adik2... Moga2 sampaila seblom raya. Amin.. Resipi saya dah taruk last week. Klik sini ya

1 bekas macam ni, dapat 96 keping. Saya saltep kemas2. Sesudah diaorang pulun, kena masuk dalam tupperware ni.


Tu dia telur. Nak amik kuning jer. Putih takmo. haha. Masa nila, baru rasa nak beli acuan yang mengasingkan telur putih ngan kuning tu. huhu..


Tu dia acuan bunga dahlia. Mentega sure kena potong kiub2 dulu. kalu tak mixer letrik tu takmo pusing pulak. tersangkut2.. hahaha...


Dahlia ni guna kuning telur , pastu gula pula gula aising. Teringat mama saya, guna gula halus jer...lama gak nak menggebush mentega jika guna gula halus. Gula aising ni cepat menggebu.

Camnila yang saya buat. Rupa dia, sesudah pukul mentega, gula aising, telur. Doh dia wane kuning... lawa.


2 comments:

  1. Asslamualaikum...
    ckLah datang untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin...

    Terimalah kad ucapan maya di blog ckLah...


    Jumpa lagi selepas Ramadhan melabuhkan tirai.

    InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Salam ckLah,
    Kad raya? nak.. nak.. nanti saya ambil ya kak.
    Selamat hari raya juga buat kak. :)

    ReplyDelete