Monday, May 2, 2011

Apa tu?

Inilah anak-anak kambing mama saya. :D  Umur mereka baru sebulan. Sebulan lalu, adik nura riuh bgtau saya yg 'kamben' betina yg mama saya beli 3 bulan lalu dah melahirkan anak. Masa mama saya beli,  tak tau ia dah mengandung.  Aduhai, kamben tu niatnya utk bayar nazar . Niatnya sbb adik nuru dpt jadi cikgu. Kamben tu dah jadi ibu, tak sanggup pula nak korbankan. Mama saya cakap, kamben beranak 2 kali setahun. Sekali beranak ni, 2 ekor tu. Macam cepat je, kan? kihkih. Tetapi sbb niat, jadi bila anak-anak kambing tu besar skit, barulah bayar nazar. Aduhai. kesiannya...



Ambil dgn samsung wave. :D

Bukan saya punya. Mr hubby. Saje nak ceriakan hati saya barangkali. Dgn henpon canggih ni, gambar pun elok jer. Ini mr hubby yg ambil ms kami kat besut aritu. Comel kan? huhu.. bakal anak yatim ni. Dahla takde bapak. Agaknya boleh ke, ganti kambing lain utk bayar nazar ni?



Puding roti marble, saya buat baru-baru ini. Ada juga gambar kan? Mr hubby trsayang yg ambilkan. Saya buat masa mama saya datang melawat kami minggu lalu. Katanya sedap..! Laku kalau dijual masa bulan puasa. kihkih... Resipi ros jintanmanis. Muah buat ros :)) Take care..


Pesanan buat diri: Berbuat baiklah sesama manusia kerana Allah selalu berbuat baik padamu, memaafkanmu, walaupun kamu selalu derhaka padaNya.


6 comments:

  1. alaaa...comelnyer anak kambing tu...teringinnya akak nk peluk..hehehe...

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya kambing tu bangga jika di sembelih untuk kebaikan seperti nazar,korban aqiqah dan sebagainya.Daripada dia mati kerana penyakit atau terlanggar.

    Lama ke balik kampung?

    ReplyDelete
  3. di mana dia anak kambing saya,anak kambing saya yang makan daun talas, di mana dia buah hati saya,buah hati saya bagai telur dikupas..chan mali chan, chan mali chan..chan mali chan, ketipung payung..suka tgk anak2 kambing yg comel tuh :)))

    ReplyDelete
  4. Salam kak Noorma,
    saya pun dah bau kamben ni . :D

    ReplyDelete
  5. Salam makbonda,
    Ya kak. Saya faham. Cuma hati ni je tak sampai hati.

    ReplyDelete
  6. Salam Del,
    Menyanyi tu...! Dah lama tak dgar lagu seloka ni. :D Mesti hepi baru balik jenjalan KK. :))

    ReplyDelete