Anak pokok yang sempat diambil dr rumah My MIL. ;)
Salam sejahtera, selamat pagi,
Apa khabar? Kami dah selamat sampai malam tadi. Agak awal, sempat singgah makan di kedai mamak di Damansara Damai. Lepas tu, terus balik rumah.
My MIL masih kurang sihat, begitu juga My FIL. Tekanan skarg jg kuat terasa, kerana ada bbrp perkara lain timbul. Dugaan...Kami cuba meringankan beban mak dan ayah, dgn menjadi wakil menziarah suami Cik Tijah di PPUM, menemani mak ke Hospital Sri Kota, juga saya membantu memasak di dapur. Cuma lunch kelmarin, saya agak kepenatn, jadi diganti oleh Khalid dan Rina di dapur.Kasihan, saya lihat mereka, sibuk dgn anak, dan mengganti sedkit sbyk tugas mak di rumah, sementelah, mereka tinggal sebumbung dgan My MIL dan FIL. Kami membantu sementara ada di Banting. Alhamdulillah, dugaan atau nikmat, tetap bersyukur,kerana ia lebih mematangkan diri. Amin...
Menu di bawah adalah menu 2 hari lepas, sebelum bertolak ke Banting.
My Hubby makan nasi berlaukkan ikan bakar tomyam ni, sampai habis ikan dirantahnya. Sedap la maknanya tu..hihihi
IKAN BAKAR TOMYAM - rossitamz-kitchen, thanks a lot kak. Izinkan saya paparkan resipi di sini,ya. :)
Bahan-bahan :
2 ekor ikan kerisi (nurindah : saya buat 3 ekor)
1 biji bawang besar
4 biji cili merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
3 biji cili padi - tambah jika nak lebih pedas
1 biji tomato - dipotong nipis
5 helai daun limau purut (nurindah : saya lupa letak)
1 sudu besar jus limau nipis @ lemon @ limau kasturi (nurindah : saya tak bubuh)
2 camca besar pes tomyam
Cara-cara :
1.Kisar cili merah, bawang putih, bawang besar, serai dan pes tomyam dengan sedikit air.
2.Susun ikan di atas aluminium foil. Aturkan tomato yang telah dihiris dan juga daun limau purut.
3.Curahkan bahan2 kisar dan juga jus limau
4.Balutkan dengan aluminium foil tadi dan bakar selama 30 minit.
Saya ganti roti, dgn roti WHOLEMEAL. hanya roti itu yg ada. Sedap dimakan, mudah dan cepat disediakan. Sempat dibekukan 1 jam seblom bertolak ke Banting.
Ini pula versi puding roti marble yang guna roti biasa. ;)
PUDING ROTI MARBLE - copy dr jintanmanis, asal resipi dari hanamemories (Thanks a lot buat keduanya. Minta izin paparkan resipi di sini,ya. :)
Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar-agar
1/2 cawan gula - bole kurangkan
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko
NURINDAH : Saya rs sukatan gula dah ok, sbb serbuk coklat akan mengurangkan rasa manis.Serbuk koko lebih baik diayak spy tak berketul. Jika tak pandai tambah serbuk koko pada adunan puding ni, lebih senang, ganti ngan chocolate emulco je)
Cara-cara
1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
salam kak...kat umag saya banyak pokok pandan sampai tak terguna.....
ReplyDeleteSalam nur...
ReplyDeleteSelamat berkebun nur...buh baja dan siram tiap hari InsyaAllah subur la tanaman kita...nur nak anak2 pokok ley datang umah akak... :)
salam alimaz,
ReplyDeletehihi. itu mesti digunakan tuh.
salam kak fzi,
ReplyDeletesaya pun suka tgok pokok2 kat blog kak fzi tu. cantik orkidnya. Insya Allah, diizinkan Allah, saya sampai. ;)