Versi roti telur goreng pedas. Try n error
Salam sejahtera, selamat pagi.
Petang kelmarin, My Hubby bawa balik roti wholemeal lagi. Kawan bagi, katanya, sempena Tesco baru buka kat Rawang. Teringat roti setengah bungkus yg hampir expired. Bertambah lagi roti. Hihi. Teringat minggu lepas, teringin sangat roti. Nah! Minggu ni, rezeki, berlebih2 roti laks. Ahaks...
Kelmarin penat punggung dok jelajah blog member. maklum la, dah 5 ari tak online. hihihi. Nampak menu kak Fa'e, sila klik. Kak Fae buat roti telur amik resipi dari rumah kak Love sila klik. saya pun penah nampak, hidangan tuk Rishie tu, tapi tak jumpa entry yg mana. Takpela, masih ingat skit2. Saya buat simple jer, ala ala Telur bilis Jawa. hikhik.
Roti goreng Telur bercili padi - sendiri, inspirasi dr resipi kak Love
Bahan :
5 keping roti beserta kulitnya. - potong 6
3 biji telur - dipukul bersama garam
1/2 biji Bawang besar - dihiris nipis
2 biji Cili padi - dipotong nipis2
Sedikit serbuk ikan bilis - dr kiub bilis megi
Saiz api : Kecil
CARA :
1. Panaskan minyak secukupnya. Macam goreng telur.
1. Tumis bawang besar, dan cili padi dahulu, baru masukkan telur.
2. Masukkan roti . Gaul hingga roti bersalut rata.
3. Tabur serbuk ikan bilis.
4. Balikkan-balikkan roti hingga semua telur yg bersalut, masak sepenuhnya. Biar skit garing.
5. Angkat dan hidangkan dengan sos cili thai. :)
Salam nur...
ReplyDeleteAmboi, roti telor pulak ya nur...
Akak last week dua hari berturut2 wat roti telor je minum petang... mudah dan cepat...yang pentingnya lagi...kenyang...hihi
salam kak fzi,
ReplyDeletekenyang tu,kak. saya wat tuk bekfes je. minum petang sorang2 ,tak syok. kihkih
salam nur...nak rasa versi nur nih sepinggan..bleh tak?hehee..
ReplyDelete