Versi ni kurang pedas, dan kurang kuah. Sesuai la untuk breakfast. :)
MEE KARI UDANG - sumber sendiri (untuk 2 org makan)
200 gm Mee kuning - dibasuh, kemudian boleh direndam sekejap ngan air panas, tapis. (saya masukkan dlm kuah terus sbb nak breakfast)
Sedikit udang kering - ditumbuk
1 biji bawang besar (saiz kecil) - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
1 keping kecil kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
3 - 4 sdb serbuk kari daging
sedikit santan (saya ganti susu cair)- tidak perlu terlalu pekat
2 ekor udang galah
6-8 ekor udang sederhana besar
2 ketul kecil ayam - dihiris kecil.
6 batang sawi - potong, dan asingkan batang dan daunnya.
2 genggam taugeh
2 mangkuk besar air - secukup kuah yang dimahukan.
Daun kari (jika mahu)
Garam secukup rasa - kurangkan lebih baik, kerana dah ada udang kering.
Gula secukup rasa
CARA:
1. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari, udang kering, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis,. Biar hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari, kepingan ayam, udang galah, dan udang besar tadi. Biar sebati.
3. Masukkan air dan santan, dan batang sawi. Biar mendidih.
4. Masukkan daun sawi, dan taugeh, gula, dan garam. Biar sikit layu.
5. Angkat dan hidangkan.
Tadi, agak lewat. Hubby saya sempai makan versi tak sempat siap. Sian My Hubby.
Petang ni, nak buat lagi untuk My Hubby , supaya dia makan puas-puas. Insya Allah.... ;)
Rajinnye Nur buat mee kari untuk breakfast.. kite ni selalunye pisang je lah menjadi mangsa. kadang tu tak nyempat pun nk makan. bukan ape... semua pasal bangun lambat.hehehe....
ReplyDeleteMikael ada rashes sikit kat kulit dia. Tp dah makin ok cuma bila kite makan seafood atau ayam atau kamben, dia mula garu2 balik. utk selamat, kita tak makan lagi la semua tue masa breastfeed dia :)
Salam Ijan,
ReplyDeleteHihihi. Pisang pun sumber kekenyangan gak tu.
Lauk dah dicairkan dr mlm tadi. Jadi, pagi ni, cuma fotong - potong jer. sempatlah kejar My Hubby gi keja. hihi.
Oh, rashes skit2 takpe buh dropolene. Kalu byk, kena gi ospital gak. tak tau, dia alahan apa. Nanti mamanya pulak sakit, menahan tgok lauk kamben. ;)
Rajinnya buat mee kari utk bfast....kalu akak bfast takat jem & roti jer hihihhii...apa pun looks yummy ..next time bole cuba versi Nur plak
ReplyDeleteI love curry mee!!! Nur, bak sini mee kari satu bowl! Lapar Love...huhuhu :(
ReplyDeleteHuhuhu sedih...fav. Along tu mee kari.....nanti Mama buat bila Along balik cuti ya...!! Reena suka roti...Nizam lak tak suka mee....tapi makan kena suruh..dia tak rajin makan macam Along....Gedabak nampak udang tu...!!!
ReplyDeletesalam kak JC,
ReplyDeletehihi. Buat pagi sebab dah kempunan sangat nak makan mi kari.
Saya dah jenuh suruh My Hubby beli roti. belom beli lg. huhu
Hi kak Love,
ReplyDeleteLa, sibuk antar Rishie, kak? takpe, meh kongsi bowl saya. hihi
Salam kak watie,
ReplyDeleteAla, jangan sedey2, kak. Along rajin makan tuh? hihi, udang gedabak, baru syiok makan. hihi