Acuan saya tersangatlah kecil cam acuan bahulu.(aritu taram jer beli acuan...hihi) Jadi, cepat garing.
Salam sejahtera, selamat petang,
Operasi hari ni, ialah kuih cara. Motto projek ialah menggunakan serunding daging yang belum abes2...huhu. Nak telan ngan nasi, dah tak lalu. Dah bagi aritu, kat mak, dan sedara. Ini masih balance kami. Tak apalah, kita pelbagaikan style serunding ya?
Mula-mula ingat nak wat pulut versi gulung serunding tuh. Tapi, menu kena beratur ikut giliran. kihkih. jangan majuk tau, wahai pulut...kita bertemu di hari istimewa nanti ya? ;)
Jom minum petang.... :)
Kuih Cara Versi Inti Serunding - sumber adunan : Raja Azura, RASA, Nov 06. (Saya ganti bahan inti ngan serunding siap)
ADUNAN TEPUNG :
250gm tepung gandum
3 biji telur
250ml santan (saya guna susu cair)
sikit pewarna kuning
INTI :
Serunding secukupnya. - dikisar supaya senang ditabur.
2 - 3 batang Daun sup - hiris nipis2.
1 biji Cili merah - cincang besar (Jika suka. Actually, serunding dah pedas. )
CARA :
1. Adun semua bahan tepung sehingga adunan nampak likat macam adunan penkek.
2. Inti dicampur semua.
3. Panaskan acuan cara dengan api yang kecil. Sapukan skit majerin.
4. Masukkan adunan tadi, kira2 1/2 - 2/3 penuh (ikut saiz acuan). Tabur bahan inti serunding tu. Masak hingga kuih kembang dan tepungnya masak.
4. Angkat dan ulang lagi, hingga semua adunan habis.
2 kali kena buang dalam bin sebab angus. Yang ni, hasil ke 3 - 6 rasanya.
Aish...boleh ajak 10 orang makan nih!
Ni la rupa serunding yang tak abes2 tu. :)
Nur, looks yummy! Serunding tuh diperbuat drpd apa erk??? :)
ReplyDeleteSerunding tu daging kan?...tak habes..pos mai sini...I likeee sgt2 serunding daging...sekejap jer boleh habes!!!! Akak ambik kuih cara 4 ketoi tau NUR!...Bismillah......hehehe (suka hati jer!)
ReplyDeletenur....nak juga kuih cara tu.aah macam cakap kak watie...serunding tu kalo tak habis boleh le pos ke akak.hehe
ReplyDeleteaduh mmg kuih fv akk n family ni..dah lah time lapar tunjuk kuih ni lg lah tkap leleh hehehe..nak cari senrunding le cam ni..pos dari kelantan hehehe
ReplyDeleteHi kak Love,
ReplyDeleteSerunding daging tuh. takpe, kak love kan makan ayam. Daging trmasuk. hihi
Salam kak watie,
ReplyDeleteAkak suka serunding? huhu, saya dah tak larat makan
salam kak maria,
ReplyDeletehihi. ramainya berkenan.
Salam kak Sheila,
ReplyDeletehihi. suka serunding jugak?
Bila hari istimewa tu Nur? nak tau jugak.hehehe... papepun cara serunding tu nampak best..banyak tu ade lagi ke utk org dtg lambat nie? hehehe
ReplyDelete