first trial. Ini baru masak, bertenggek atas loyang.Yum yum..
Alhamdulillah, sedap! Ni tak letak topping, nak rasa yang ori. hihi. Brownies ni untuk pecinta coklat (cilok ayat dari boxhousestudio...hihi). Bole jugak tengok sini FP boxhousestudio. Saya copy resipi dari FP mamafami . Boleh juga tengok kat blog mamafami. Izinkan saya paparkan di sini, ya, mamafami.
BROWNIES for chocolate lovers - Sumber : diella
Bahan-bahan :
250g mentega
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan kekacang dicincang (Nurindah:saya cuma masukkan almond cincang 1/4 cawan)
Kaedah penyediaan :
1. Cairkan mentega menggunakan api perlahan. Setelah cair, tutup api dan masukkan gula. Kacau menggunakan whisk.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Teruskan mengacau.
3. Ayakkan tepung bersama serbuk penaik dan serbuk koko ke dalam bancuhan.
4. Masukkan kekacang. Boleh juga digantikan dengan cip coklat atau taburkan sahaja badam hiris di atas bater sebelum dibakar.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang ( 12" x10") dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 25 - 30 minit.
6. Setelah dikeluarkan dari ketuhar, potonglah mengikut saiz yang dikehendaki. Hiaskan dengan coklat masakan yang telah dicairkan dan taburkan dengan gula hiasan.
salam nurindah, baru tgk sambal telur puyuh tu, tup2 dah ada brownies.lama x mkn telur puyuh sbb che kolesterol tu - hehehe :) brownies tu kalau dh letak topping alamatnya tinggal bekas je!
ReplyDeletenor, kakpah malas nak buat. apa kata nor pos je sekotak kat kakpah ni hehe.....
ReplyDeleteSalam Nurindah,
ReplyDeletekalau makan dengan eskrim.. huiissh mentua lalu pun tak nampak...hehe.
boleh mintak sikit. kira dekat jugak kita ni...
Salam nur...
ReplyDeletewaaa...baru jap tadi tengok kek coklat kat blog ijan, sampai kat blog nur pun ada kek coklat... takley jadi nih, nak kena buat sama nih...hehe
salam Deliah,
ReplyDeleteitulah. orang cakap telur puyuh byk khasiat. tp kolestrol plak . hihi.
Saya terliur tengok brownies deliah. :)
salam kak pah,
ReplyDeleteSekotak? cukup tak,kak pah? nampak anak2 tadika kat belakang dok beratur....hihihi
salam azrina,
ReplyDeletehuish, sedap tu makan ngan eskrim!
salam kak fzi,
ReplyDeletehihi. suka cekelat, kak? Ijan punya, sah ada deco dan toppping. saya punya simple jer.. :)
Salam Nurindah...rajinnya dia buat brownies...dah bertoen akak tk buat brownies..resipi diella ni fofularkan
ReplyDeletesalam kak JC,
ReplyDeleteye ke, kak? saya baru first trial nih. Alhamdulillah, menjadi gak.