Nampak basah, kan, kan...saya suka..
Salam sejahtera,selamat pagi Jumaat yang mulia,
Malam tadi, takyah cite la. Tensen, ntah apa yg tak kena. Rupanya...ehem, kedatgn PMS. Jagung rebus tu, dah abes kami rantah. No problemo
Breakfast pagi nih, saya try resipi Chef Zam, ala Vietnam plak. Agaknya diaorg tak makan pedas kot. Jadi, saya ubahsuai la seikut rasa tekak. Sedap jugak, tambah saya sajer2 tambah hirisan ayam dan tambah2 kuantiti serbuk lada itam dan kicap cair tuh.
Ilang dah rasa Vietnam, jadi rasa Melayu lak. Ahaks...terpaksa la, nanti anak tekak takleh telan...Tapi, rupa-rupanya gabungan cendawan dalam nasi goren sedap jugak tu! Nasi lebih basah, dan saya suka...!
NASI GORENG UDANG ALA VIETNAM - sumber : Chef zam, RASA 06
500gm nasi putih ( kira2 2 pinggan nasi)
450gm udang basah - dikupas kulitnya (udang saya tak cukup, jadi saya tambah hirisan daging ayam)
1 ikat daun bawang - (jika tak suka bau kuat sgt, bubuh 2 batang je)
50gm cendawan butang - (saya guna cendawang kembang yang disiat je)
1/2 batang lobak merah - (saya belah 2, kemudian baru hiris nipis )
50gm kacang buncis - takde
1 st kicap cair - saya tambah kuantitinya ikut rasa
Sedikit serbuk lada hitam - saya tambah kuantitinya spy lebih kick
Garam secukup rasa
30ml minyak - untuk menumis (ikut suka)
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Goreng udang dan hirisan ayam selama seminit. Ketepikan.
2. Dengan lebihan minyak dalam kuali, goreng daun bawang, cendawan butang, lobak merah, dan kacang buncis selama 2 minit.
3. Masukkan kembali udang ke dalam kuali.
4. Masukkan nasi putih, kicap cair, serbuk lada hitam, garam. Gaul hingga sebati.
5. Angkat dan hias dengan hirisan daun bawang atau ketumbar (yang ni tak buat :))
6. Cili padi potong for My Hubby. hehe
Teh O panas.....
kakchik rasa kakchik mungkin suka nasi goreng ni.
ReplyDeletesebabnya:
1. ada udang - fav seafood
2. ada cendawan - ini pun suka, plg suka kalau dlm sup
3. sebab ianya nasi goreng - mmg tak prnh tak suka nasi goreng
Salam Nur....Akak pun ingat nak menggoreng nasi tengahari nanti....tapi belum terfikir lah flavor apa....bergantung pada stok kat peti lah..sib baik dah jumaat..esok boleh gi market!!
ReplyDeleteI likeeeeee!!! Nak sepinggan! ;)
ReplyDeleteyummy... bak meh sepinggan....
ReplyDeleteSalam kak Chik,
ReplyDeleteSaya pun suka nasi goreng! Kalu makan bekfes nasi, sampai petang, perut masih tahan
Salam kak watie,
ReplyDeleteHihi. Tak pe kak. Janji anak-anak suka makan.
Hi kak Love,
ReplyDeletehihi. dah abes dah. kita antar kue plak ya?
Salam kak fae,
ReplyDeleteAla, dapat 2 pinggan jer. hihi. dah abes tu. nanti kita wat lagi ya