Wed, 13 Jan
This day, epidod akhir melangut. Alhamdulillah, technician datang tadi. Katanya masa ada wayar pelu disambung kat bawah? Hm? masa My Hubby gi solve that problem aritu kat Rawang TM Point tak cakap apa2 pun. Katanya, seme akan AKTIF dan ON seperti biasa. Tapi, Alhamdulillah, segalanya lancar. Kata technician tuh, sepatutnya takde potong wire. Dia tersilap potong our phone wiring. Sepatutnya rumah yang depan rumah kami. Takpe, it's our fault too. huhu.
I have take a rest like the last day, reading Novels or kemas something kat rumah. For the first time, saya have masa lapang yang banyak setelah bertungkus lumus beronline sejak saya berblogging dan manage our website. Hm, setiap kejadian ada hikmahnya. Kita hanya perlu berlapang dada.
Pukul 10.00 am - Saya telah memulakan projek Edible Garden saya, menyemai anak pokok di dalam pasu. Pokok Aloe Vera/ Lidah Buaya yang saya pandang sepi selama ini, mula saya siram setiap hari. Saya cuma geram melihat anak-anaknya yg membesar, kemudian penuh di dalam pasu. hihi.
Saya tanam ketul halia, dan lengkuas, seperti yang dikatakan oleh kak LG, bahawa ia sangat mudah ditanam. Hanya timbus, siram 2 klai sehari. Ia akan mengeluarkan anak tunas.
Buku Edible Garden keluaran MARDI , yang saya beli di Pesta Juara Rakyat, di Bukit Sentosa, membuatkan saya bersemangat memulakan projek tanaman. Even, seperti kata kak watie, rumah di atas angin, kami tidak bertanah. Rumah apt seperti inipun, ramai yang memulakan edible garden, khas buat mengrangakn kos belanja dapur. Bayangkan, hanya ingin menggunakan 3 helai pandan, saya perlu membeli seikat daun pandan sebesar tangan berharga RM1? Ya, memang murah, tapi rasa tak berbaloi kerana lebihan daun itu, saya terpaksa recycle macam2 spy dapat guna semuanya.
Kemudian, saya membuat sesuatu yang jarang saya buat. Menggosok kain. Hm, hujan yang kadang2 turun, cuaca yang tidak panas, menyebabkan kain baju, tidak begitu kering. Baju dalam bakul dah banyak. Jadi, saya terpaksa menggosok kain yang tidak begitu kering untuk lekas dilipat, dan membasuh kain baju yang lain. huhu.

No comments:
Post a Comment