Kue Teow Goreng yang dimasak sejurus kami balik dari Cyber Cafe
Tues, 12 Jan,
Menunggu kedatangan Technician. Tak nampak bayang pun. Katanya TM, technician mereka amatlah bz...huhu.
Karya epik thriller yang amat s
Sempat saya habiskan satu novel betajuk Bagaikan Puteri. saya already buat satu rumusan tentang novel ini, yang benar2 mengkagumkan saya. Buku ini sesuai sebagai mengejutkan jiwa dan mengemaskinikan keyakinan kita kepada kekuasaan Allah. Saya teringat Prof Hamka, kerana saya suka bait2 kata dari novelis lelaki ini, Ramlee Awang Murshid yang amat sederhana, tetapi penuh karisma di dalam novel ini. Justeru kerana itulah, saya amat memilih dalam membeli novel, kerana karisma itulah yang saya cari. Dan kebanyakn novel di pasaran amat mementingkan romance pasangan remaja bercinta, yang memang berlebihan dan banyak di pasaran, Novel seperti ini, amat banyak menjadi buruan anak muda kita.
Saya juga amat memimati novel kisah berumahtangga, seperti Donia dari Lamia Aimal, Ombak Kasih dari yang mngisahkan perjuangan seorang wanita yang lembut, tetapi tegas dalam mempertahankan lelaki yang dicintainya, sehingga dari tidak dicintai, mereka dijulang sebagai isteri yang amat disayangi.
Manakal Hartini, kisah kasih sayang yang tidak kesampaian. Seperti juga karya Prof Hamka yang amat saya kagumi, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk.
Dan justeru, saya membesar di sekolah yang juga mempunyai novel2 lama nukilan novelis veteran sebelum kemerdekaan. Buku pertama epik saya yang dihadiahkan oleh Shaz, rakan lama, ialah Pulang - ka- Deli (Pulang ke Deli), jua mengisahkan perjuangan seorang wanita...
Rumusan Bagaikan Puteri ini, ini, mengisahkah karisma seorang LELAKI. Hm? Why man? Kerana novelisnya seorang lelaki, dan hanya seorang lelaki mampu memahami jiwa lelaki. Hanya novelis lelaki berkarisma yang mampu menjadikan watak UTAMA novelnya,Laksamana Sunan, benar-benar hidup.
No comments:
Post a Comment