Alhamdulillah, saya dah bole relaks. Dah siram pokok, dah cuci pinggan, dah buang sampah, dah basuh pakaian, dah sapu lantai, dah amik surat kat peti box. Sempat juga, saya bekalkan Brownies untuk officemate My Hubby. Tak letak topping pun, sbb hampir 90% officemate My Hubby, lelaki. Leceh skit diaorang nak makan ngan topping mopping plak sambil keja. :)
Sayur kacang botol. Saya tumis bawang merah dan putih, tambah air skit. Masukkan kacang botol, tambah kicap manis dan garam. Goreng hingga sedikit layu. Siap.
Sotong goreng oat ni, agak basah. My Hubby suka yg agak kering. Jadi tak habis semalam. My Hubby cakap, udang goreng oat lagi sedap. takpe la, lenkali, ayang cuba resipi lain ya?
Sup fishball. Selain yong tau fu yang disukai My Hubby, saya gemar fishball. Sedap dimasukkan dalam kue teow goreng, mi sup, dan masak sambal. Yang ni, saya guna jenama AAA. masih yakin lagi....
90% officemate hubby lelaki? Macam tau jer..
ReplyDeleteDulu hubby kRina kat situ gak dlm 5 tahun.Kalau tak silap lah.. kat Serendah kan ? Skarang hubby dah tukar ke co. lain.
salam kak azrina,
ReplyDeletehihi. ramai yg bole agak. kalu dok area sg choh dan bkt sentosa, kebykn keja Perodua dan Ingress. hihi.