Tuesday, April 10, 2012

Masjid besi, Majlis maulid, rakaman MP3 Habib ali al Jufri dgn terjemahan, dan jom kenal habib Umar 17 April

Bismillah. Salam sejahtera buat semua.
Letih dah hilang. Alhamdulillah, kami berkesempatan pergi ke masjid Mizan zainal abidin (masjid besi) putrajaya  Ahad lalu , 8 April, sempena Maulid Perdana yang saya katakan  sebelum ini. My Hubby kerja hari Ahad tu , selepas balik dia berehat sekejap, dan kami bertolak selepas Asar. Jarak perjalanan, dalam 1 jam lebih dari rumah. Dalam 6.30, kami sampai. Cantik, masjidnya. My Hubby cakap, masjid besi ini menggunakan sistem pengaliran udara yang canggih (tiada aircond). 'Bagus juga kan? Dlm jangka panjang, ia menjimatkan. :) Setiap kali balik banting, lalu Putrajaya. Tapi tak pernah round semua tempat. :) Maafla, gambar dari luar tak sempat nak snap. Dalam 6.30 tu, hujan turun lebat.

Penghargaan buat My Hubby. Semua Foto adalah  hasil tangan my Hubby yang bersusah payah fokus dari jarak jauh, hanya menggunakan Nikon coolpix P500 (kamera ni tiada lens semua).  Susah juga nak fokus tu dari jarak berpuluh-puluh SAF di belakang . Tapi Alhamdulillah, ada juga yg clear.





Kubah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid besi)

Mimbar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid besi)

Selepas seminar Antarabangsa yang diadakan di pusat Islam (berbayar), maulid perdana diadakan diadakan untuk umum di Putrajaya. Beberapa Prof dan ulamak yang berkongsi ilmu dalam seminar itu turut hadir ke masjlis maulid.  Kami tak berkesempatan ke seminar itu. Majlis bermula jam 5.30 petang. Waktu kami tiba di masjid, ada ucapan sedang diadakan oleh beberapa prof ' dalam bahasa Arab.


Majlis Maulid dimulakan selepas Maghrib. Prof, ulamak dan habib  turun dari kerusi dan duduk bersila beramai-ramai membaca Selawat dan Qasidah memuji Rasulullah.

Fokus dekat antara Prof dan ulamak yang hadir. Di tengah tu, Habib Ali al Jufri.

Semasa ucapan. Klik newtab untuk saiz besar sikit.


Klik Newtab untuk saiz besar sikit.  Jemaah semasa berdiri untuk Selawat yang disunatkan berdiri.  Ramai di kalangan jemaah yangmembaca Selawat dan qasidah dari buku.  Kebanyakan mereka adalah, parents, student yayasan as Sofa Rembau, mereka yang mengikuti majlis taalim darul Murtadza, juga orang sekitar.  Saya pula belum ada buku itu. Semasa majlis, ada buku yang diberi secara percuma, tapi saya tiada rezeki. Suami saya pun sama. Ramai orang yg mahukan buku itu. :)



Kumpulan persembahan dari Syria. Hanya menggunakan suara, tiada muzik. Kesian bila lihat mereka. Yalah, katanya negara mereka, Syria sedang bergolak sekarang. Sprt Mesir tak lama dahulu.



Sempat mengambil foto Habib Ali al Jufri semasa beliau berucap. Ucapan beliau satu-satunya mendapat terjemahan daripada Habib Ali zainal Abidin. Masa beliau berdoa, yang bersungguh2, saya cuba untuk menangis. Beliau mendoakan keselamatan, untuk masjid, jemaah, dan negeri kita dan semua tempat yang umat Islam yg ditindas dan bergolak sprt di masjidil Aqsa .



Syeikh Fuad, pengerusi Universiti As Sofa. Penganjur majlis, dan yang membawa semua tokoh Prof dan ulamak ke malaysia. 


NOTA NASIHAT DARIPADA TOKOH2 ULAMAK DAN PROF:

1. Hanya berzikir kepada Allah akan mententeramkan jiwa.
2. Dgn keberkatan kita menghadiri majlis Ilmu, beristighfar, dan memuji Allah dan rasulnya,  sebaik kita pulang ke rumah, kita akan memindahkan Rahmat, Sakinah (ketenagan Hati dan Jiwa) kepada Ahli keluarga kita.
Jika keluarga berpecah belah, dgn berkat Doa dari malaikat yang mendoakan kita sepanjang kita berada di dalam masjid,  dengan berkat doa itu, Allah akan menyatukan Hati ahli keluarga kita, melembutkan Hati isteri atau suami yang kurang taat kepada Allah atau anak-anak yang degil dari mendengar cakap ibubapa dan perhubungan kita sesama insan lain.
3. Saat kita meninggalkan majlis,  Allah akan mengampunkan dosa kita. Amin.. dan mengabulkan setiap hajat setiap dari kita,Amin.. dan memberi kesembuhan atas penyakit,  Amin... BERKAT doa dari para malaikat kerana kita berada di masjid untuk majlis ilmu dan berzikir.
4. Dari Habib Ali al Jufri - Sesiapa yang mencintai  Allah dan RasulNya, Allah akan mengumpulkan dia di akhirat kelak bersama orang yang dicintainya.  Dan apalah ertinya Nikmat  syurga jika tidak dapat bersua dgn Rasulullah SAW di dalamnya.... 'hiba..'


NOTA NURINDAH: Alhamdulillah, dah ada rakaman ucapan Habib Ali al Jufri dgn terjemahan Habib Ali zainal abidin:
http://www.youtube.com/watch?v=D6D4OhMAjJ0&feature=player_embedded

Sumber: http://www.darulmurtadza.com/2012/04/ziarah-habib-ali-zainal-abidin-bin.html



JEMPUTAN


Jemputan yang kami dapat, Habib Umar, tokoh ulamak yang terkenal. Saya belum pernah bertemu beliau. Teringin juga nak kenal dari dekat. 


Beliau terplih dan menduduki ranking ke 37 bagi tokoh muslim yang berpengaruh di dunia oleh buku 500 Most Influential Muslims,
Kedudukan ke 33 dari 100 Most Influential People in the World oleh majalah Forbes
Majalah Times memilih beliau manusia ke 35 paling berpengaruh di dunia 2011.

JADUAL BELIAU : http://majlisilmu.blogspot.com/2012/04/yang-dirindui-dah-tibaaaa-ziarah-habib.html




  Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥────
╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

No comments:

Post a Comment