Wednesday, August 25, 2010

Daging goreng bawang, kentang bercili padi

Salam 15 Ramadhan. salam sejahtera. Malam tadi bulan penuh, cantik sangat dilihat. My hubby masih cuti kelmarin, ada urusan di bank dan perlu ke bengkel kereta. Ganti Air cond cooling oil yang bocor. Actually saya tak kisah pun air cond rosak. Cuma my hubby cakap, bahaya semasa hujan. Kalu hujan, kita akan tutup tingkap. Jika tak pasang air cond, lapisan air dr nafas kita akan terbentuk di cermin depan menyebabkan cermin akan kelabu. Amat bahaya utk driver sbb tak nampak apa2 pun kat depan. Malam tadi, sempat juga kat rushing gi kedai bakeri, beli barang2 baking. 2 minggu dekat raya nanti, banyak bahan dah abis. Umi, mak sedara my hubby pun cakap kat BAGUS di bandar bkt tinggi, klang pun dah byk bahan kehabisan stok.

Maka, biasalah, para ibu dan isteri akan sibuk 2 minggu menjelang raya nanti . Antaranya utk planning balik raya, bahagi2 duit raya dlm sampul, keluarkan pinggan mangkuk dr almari tu, maintenance kereta, packing baju. Aduhai... panjangnya list saya. Macamla anak 10 orang. hikhikhik... Actually, my hubby ada planning nak gi kelantan dan besut hari raya nanti. Tak tau hari raya yg ke brape. Saya ikut jer... MIL ngan FIL pun ada urusan skit, beserta nak ziarah besan2 kat besut nu. Adik my hubby, najih.. isterinya pun orang Besut juga. Oklah, dah panjang list saya nih. Hari ini masih sibuk, Insya Allah, saya buat rushing blogwalking nanti. Mohon maaf atas kesibukan saya ni.



Kebetulan My Hubby beli daging kat pasar basah. Jadi, saya masak daging goreng bawang yang biasa Mama saya buat. Dah lama tak masak daging macam ni. Biasa org Terengganu buat lunch ni, ngam dgn sambal belacan, tembikai merah, ulam ... fuh! Suunguh menggoda..ok-ok, kita wat makan sahur ya, sebab lunch tidak dibuat sepanjang ramadhan. ;)

DAGING GORENG BAWANG

Bahan-bahannya:
Daging - dihiris nipis, perap dengan garam dan kunyit.
Bawang besar (jenis holland)
2sdm minyak

CARA:
1. Panaskan kuali , masukkan daging. Goreng daging TANPA minyak. Guna api kecil. Kacau rata, sehingga air daging kering.
2. Ketepikan daging, masukkan minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang holland bersama daging dan cili.
3. Goreng sehingga bawang agak layu dan daging sedikit garing.
4. Sangat sedap dimakan dengan ulam dan sambal belacan. ;)



KENTANG BERCILI PADI
Sekali-sekali memang sedap makan pdas waktu sahur. Terutama menu dari Mak (My MIL) ni, kentang yang dimasak dgn cili padi dan bawang hingga empuk.My hubby suka menu camni. Bertambahla dia makan nasi walaupun masa sahur. Menu ini pernah buat dulu. Klik untuk resipi.


BUAH OREN


AYAM MASAK KICAP (balance berbuka) Klik untuk resipi.


No comments:

Post a Comment