Tuesday, August 17, 2010

Tomato Spagetti atau spageti goreng, jus betik, rezeki moreh

Salam sejahtera. 7 Ramadhan. Kelmarin, adik saya Suzi dah bertanya, adakah kami balik utk raya. Sendu pulak. Tahun ni, giliran hari raya di banting. Adik Siti pula dah bercadang nak datang Jumaat nanti. Kalu ada kesempatan, nak buat projek cookies. :D. Insya Allah.


Alhamdulillah, sedap resipi ni. Tomato Spagetti ini ala spagetti goreng. Intai kat blog kak ummizaihadi kelmarin. Kebetulan ada lebihan cendawan butang tin. Sajer nak abiskan, sebab kalu tersorok dalam peti ais. Belum tentu lagi jumpa pastu. haha.

TOMATO SPAGHETTI WITH BLACK PEPPER SAUSAGE
Sumber: Ummizaihadi.
Servings: 4-5 orang

Bahan:-
1/2 paket spaghetti - direbus dan ditoskan (letakkan beberapa titis minyak zaitun semasa merebus)
3 batang sosej lada hitam (Ayamas) - dipotong nipis
1 labu bawang besar - didadu
2 ulas bawang putih - dicincang
1/2 biji lada benggala hijau - dipotong dadu
1/2 biji lada benggala merah - dipotong dadu
10 biji cendawan butang - dihiris nipis
2 biji tomato - dicincang/didadu halus
1/3 cawan sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil serbuk oregano
1/2 sudu kecil lada hitam yg telah ditumbuk/dikisar
garam secukup rasa
sedikit gula (jika perlu)
sedikit air (jika perlu)
3 - 4 sudu besar minyak zaitun
keju Parmesan - untuk ditabur
1 sudu kecil dried parsley - untuk taburan

Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam non-stick pan dengan api sederhana. Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Kacau kekuningan hingga naik bau.
2. Masukkaan tomato yang dicincang. Kacau.
3. Masukkan sosej dan kacau rata sekejap.
4. Masukkan semua sos-sos, lada hitam dan cendawan butang. Masukkan air juga dan kacau rata.
Bila sos agak pekat, masukkan lada benggala.
5. (Nurindah: Jangan lupa masukkan garam)
6. Akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau balik rata-rata. Masak sekejap sahaja agar spaghetti tidak putus2 sangat.
7. Tutup api dan hidangkan dengan taburan keju Parmesan dan dried parsley.


Saya biasa beli spagetti jenama san remo ni. Tiada perasa. Actually pasta ada pelbagai jenis. Untuk pasta goreng, boleh guna jenis spagetti, spiral pasta, vermicelli, penne, linguine. Saya pernah goreng jenis spiral pasta . Bole lihat di sini.

Buah betik yang kurang manis. Sudah habis separuh malam tadi. Bila tengok kak Izah buat papaya smoothies kelmarin utk anak2nya... rasa bersemangat untuk mmbuat jus betik. Agaknya mesti manis buah betik dari kampung tu ya, kak Izah? Saya dah takde ais kiub. Jadi, blend cenggitu jer, pastu sejukkan.

JUS BETIK

Betik - dibuang kulit dan bijinya. Belah kecil-kecil
Air masak secukup air yg dimahukan.
3-4 sdm Gula (kalau betik tu manis, kurangkan)
1/2 cwn Susu cair (secukup rasa)
CARA: Blend semua bahan. Sejukkan di dalam peti ais. Bila nak minum, blend sekali lagi.

Bihun sup ni pemberian jiran yang buat menu moreh malam tadi. Alhamdulillah, rezeki... :)

2 comments:

  1. Berbuka puasa Ala italian pulak yer...TOMATO SPAGHETTI WITH BLACK PEPPER SAUSAGE.

    Bila la pulak kak sweetie nak try jugak nih.

    ReplyDelete
  2. salam kak sweetie,
    sekali2 menu omputih, kak. hihi

    ReplyDelete