Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label Brownies. Show all posts
Showing posts with label Brownies. Show all posts

Saturday, November 6, 2010

Moist Orange Mocha Brownies


Salam sejahtera,

Sesi kedua hari ini. Berjanji ngan hubby untuk buat muffin, menghabiskan susu dalam esbok. Tetapi, blom jumpa resipi yang sesuai. Akhirnya terbuat yang ini : Moist Orange Mocha Brownies. :)) Terliur kak Mas buat tayangan aritu siap bertopping. Saya buat brownies ni tanpa telur, sbb tiada stok. Kacau ngan whisk jer. Still Menjadi.

Me? Dalam semangat yang down beberapa hari ini, susah.. sangat nak UP balik. Akhirnya saya belek2 majalah masak2, dan terus capai tepung, minyak masak, dll... dalam 15 minit, siap kacau brownies ni. As... tak perlu sukat2 gram sbb pakai cawan, kan? hihihi. Yang dalam bekas panjang, saya bakar dalam 30 minit 175c. Dalam cup, 15-20 minit 175c.

Dengar khabar, banjir besar di utara, Kedah. Moga mangsa banjir tabah selalu. Teringat adik Nurul di Jitra. Dahla tengah Exam. Mungkin bakal balik raya ke Besut tak lama lagi. Ya Allah, janganlah banjir di perjalanannya nnati.

Terima kasih banyak2 buat teman2 yang concern dan bertanya khabar. Selamat berehat di hujung minggu. Insya Allah, bertemu kembali nanti. Terima kasih banyak2 diucapkan buat empunya resipi dan yang kakak2 yang baik hati buat tayangan aritu. Kak mas, muaah! copy resipi ek. :D







MOIST ORANGE MOCHA BROWNIES

Nurindah: sebab telur tak ada stok, saya buat tanpa telur.. still menjadi.
Empunya Resipi asal: Chef Hanieliza
Ditambah oleh: Kak Maz Ilham dapur
Copy dari: Kak Mas Duniaku

Bahan A : (nurindah: saya kacau Adunan menggunakan whisk)

* 1 cawan butter cair / minyak masak (nurindah: saya guna minyak masak)
* 1 cawan susu cair
* 2 cawan gula perang
* 1 cawan air panas
* 1/2 - 1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas - ni maz tambah sendiri (nurindah: guna nescafe flavour)
* 2 - 3 sudu besar sunquick orange - ni maz tambah sendiri

Bahan B : (kacau rata) - maz guna wisk

* 1 sudu kecil esen vanilla
* 2 biji telur gred B

Bahan C : ( ayakkan )

* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan serbuk koko
* 1 sudu kecil baking powder
* 1 sudu kecil soda bikarbonat


Cara - cara :

1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit/ 15 minit (mengikut oven anda).
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit. - maz bakar 30 minit dengan suhu 150 C, sbb loyang cutter nipis je..jadi kek cepat masak..ni oven maz la ye..
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Chocolate Topping (nurindah: saya tak buat)

* 250 gm coklat masakan
* 1 sudu besar butter
* 1 sudu kecil susu cair

Cara-cara untuk topping :

1. Panaskan coklat dalam periuk / bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.


Saturday, August 7, 2010

happy



BROWNIES DIELLA

Salam sejahtera. My adik, Suzi dah pun balik ke Terengganu kelmarin. Alhamdulillah, terlerai sedikit rindu berkumpul adik-beradik. Kami 3 orang, tak jauh umur. Saya, siti dan suzi. Saya, bertemu adik2 perempuan, perangai gila-gila saya akan kembali. Tak berenti mulut saya pot pet menasihat, menegur itu ini. Dan adik-adik perempuan saya, of course akan buli saya balik. Haih! Dah kami tak jauh umo. Hm... kadang2 saya lupa, mereka dah anak gadis. dah pertngahan 20-an. dan saya lupa... saya dah menghampiri 30-an. hahaha. Sepatutnya saya kena banyak mendengar cerita mereka, bukan membebel kan? Insya Allah, saya akan ubah.

My hubby lak dah 2 hari cuti. Hari ini pulak dia kerja kerana cuti ganti hari raya nanti. Dan 2 hari itulah, lappy ni tak berenggang dngannya. My hubby pun dah pesan, kalu dia ada di rumah, pls jangan blogging. Maka, saya akur. :)

Masuk bab brownies di atas. Brownies ni, saya buat Khamis lalu, masa nak gi berjalan-jalan ngan my adik-adik. Kami gi IKEA, dan THE MINES. Buat kudap-kudap dalam keta. Saya guna resipi brownies Diella. Ada kat MENU. Actually, saya kurang sebiji telur dlm bahannya, tapi Alhamdulillah, rasanya tak byk berubah. Dan seperti biasa, saya guna soft brown sugar dalam kek coklat macam ni, sebab rasa manis2 buah. Saya topping ngan coklat cair. Alhamdulillah, seme orang kata brownies ni sedap. Sayang resipi ni, dan empunya resipi. :D






Saturday, April 24, 2010

brownies dr resipi muffin yani


Resipi Muffin yani MyR. bekas muffin abes, guna bekas besar. Macam brownies rupanya..hihi.


Resipi menggunakan cooking choc (dark choc) tanpa serbuk koko. Yum yumm...

Salam sejahtera, selamat petang,
Nak bersiap2 utk keluar makan nih. Tdi sempat buat kek ni utk tambah2 buah tangan. Disebabkan dah abes bekas muffin, saya tuang lam bekas besar jer. Actually, saya guna resipi mufin yani @ MyR geledah dapur kak watie. Alhamdulillah, rasa maintain sama, n ala-ala brownies jadinya... hikhik.

Okla, bye2 dulu ya. Nak siap2...




Wednesday, April 14, 2010

Chewy Gooey Yummy Brownies

Sedapnya...!Lama dah nak buat.Alhamdulillah, nampak cam menjadi...


Kalu saya, suka chewy2 camni, tapi kalu My Hubby kurang makan. Takpela, skali2 tekak wife dia nak rasa...hihihi


Salam sejahtera, selamat petang,

Sempat godek2 Chewy Gooey Yummy Brownies. Rasa nak menangis makan brownies ni, teramatlah sedap! Rasa chewy2, dan coklat yang maveles!
Mula2 nampak kat blog umieaisyah. Kopipes dari blog kakzai. Asal resipi dr blog kak diana . Blog kak hana pun ada.  Kalau nak adunan banyak dan resipi sukatan gram, bole lihat FP mamafami. Step by step kat sini.  Terima kasih banyak2 kepada kakak2 kita yg tayang resipi yg maveles nih. rasa syahdu sangat. huhu. sedap tau!

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES -sumber: resipi diana , kopipes dr blog kak zai

Ingredients:

125g butter
200g dark chocolate
3 eggs
1 ¾ cup caster sugar - bole kurangkan jd 1 1/2 cup je
1 tsp vanilla essence
1 ½ cup plain flour (sifted)
1/3 cup cocoa powder (sifted)
2 cups chopped nuts of your choice

Method

1. Preheat oven to 180 degrees celcius. Brush a shallow 8x11 inch tin with melted butter. Line the base with baking paper, extending over the two long sides.
2. Double-boil butter and dark chocolate until melt. Add caster sugar, mix well. Remove bowl of mixture from pan of simmering water.
3. Add eggs, one at a time. Mixing thoroughly with every addition. Add vanilla essence. Mix well.
4. Add sifted flour and cocoa powder. Mix well. Add nuts. Mix well.
5. Pour mixture into the prepared tin and bake for 30 minutes.
6. Allow to cool before cutting into pieces. - akak potong selepas keluar dr oven,kalau dah sejuk,susah nk potong dan pecah.

(Ditranslate oleh nurindah)

Bahan-bahan :

125g mentega
200g coklat masakan (dark chocolate)
3 biji telur
1 ¾ cwn gula halus - boleh kurangkan jd 1 1/2 cawan.
1 sdt esen vanila
1 ½ cwn tepung gandum (diayak)
1/3 cwn serbuk koko (diayak)
2 cwn kekacang -dicincang (saya masukkan badam cincang)

Kaedah penyediaan :

1. Panaskan oven suhu 180C. Sediakan dan alas tray 8X11 inc. Sapu bekas dengan sedikit majerin.
2. Double boil mentega dan chocolate hingga cair. Tambah gula halus. Kacau sebati. Angkat adunan coklat dari api.
3. Guna hand whisk. Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan coklat. Kacau setiap kali masukkan. Kemudian, tambah esen vanila. Kacau hingga gula cair.
4. Tuang adunan coklat tadi kedalam mangkuk.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan coklat.Kacau sebati.
6. Tambah kekacang cincang tadi. Kacau sebati.
7. Tuang dalam tray dan bakar 180C/-30min(bergantung pd oven).
8. Bila masak, biarkan dalam tray hingga sejuk. - (saya potong masa separuh sejuk, takut pecah :))


Adunan di dalam mangkuk, kacau ngan whisk..


Versi sebelum dibakar


Selepas pembakaran...:)

Tuesday, January 19, 2010

Brownies Diella - for chocolate lovers


first trial. Ini baru masak, bertenggek atas loyang.Yum yum..

Alhamdulillah, sedap!  Ni tak letak topping, nak rasa yang ori. hihi.  Brownies  ni untuk pecinta coklat (cilok ayat dari boxhousestudio...hihi). Bole jugak tengok sini  FP boxhousestudio. Saya copy resipi dari FP mamafami . Boleh juga tengok kat blog mamafami. Izinkan saya paparkan di sini, ya, mamafami.

BROWNIES for chocolate lovers - Sumber : diella

Bahan-bahan :

250g mentega
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan kekacang dicincang (Nurindah:saya cuma masukkan almond cincang 1/4 cawan)

Kaedah penyediaan :

1. Cairkan mentega menggunakan api perlahan. Setelah cair, tutup api dan masukkan gula. Kacau menggunakan whisk.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Teruskan mengacau.
3. Ayakkan tepung bersama serbuk penaik dan serbuk koko ke dalam bancuhan.
4. Masukkan kekacang. Boleh juga digantikan dengan cip coklat atau taburkan sahaja badam hiris di atas bater sebelum dibakar.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang ( 12" x10") dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 25 - 30 minit.
6. Setelah dikeluarkan dari ketuhar, potonglah mengikut saiz yang dikehendaki. Hiaskan dengan coklat masakan yang telah dicairkan dan taburkan dengan gula hiasan.


Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers