Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Friday, July 26, 2013

Salam nuzul Quran, Doa, tempat bersedekah, pos biskut, mee cintan goreng.


Salam sejahtera,

Hampir separuh hari tiada internet. Inilah baru ada.

Apabila dapur mghadapi krisis, rasa tak seronok sangat. Pengalaman orang yg baru setahun pindah,
saluran sinki ke saluran belakang, tersumbat. Jadi keraplah melimpah di saluran belakang dekat dapur, semasa membasuh baju, membasuh yang banyak di sinki. Yg sikit2 tu, keluar jugalah.
Alhamdulillah, tiada bau yang busuk.  Bila tanya kontraktor, katanya mungkin pemaju terlupa nak cuci saliran sebelum menjual rumah. Ada lebihan simen kot.
Saya dok fikir kena pecah lantai dah.. tapi rasanya boleh dibersihkan lagi. Hubby beli asid  sekali lagi, kalau-kalau lebihan makanan.

Lupakan sekejap.


Kelmarin, sempatlah mencuba buat sate goreng lagi. Kami tak berbuka dgn nasi, buat sup ayam, rebus bihun, rebus beberapa biji nasi himpit, sambal kicap, sate goreng.
Kena dgn selera, Hubby bertambah-tambah makan. :D


1) Sempat print  yang di bawah tu : Doa-doa di waktu sahur- after tahajud, Insya Allah. Juga doa yang terpilih semasa waktu berbuka. Saya tebar alas plastik nak balut buku ke atas meja makan , dan selitkan di bawahnya alas. Saya letak kat tepi sudut yang Insya Allah terhindar dr ditindih pinggan mangkuk.  hehe.



Er, plastik alas meja yg dah 2 tahun.

2) Doa untuk mengingat malam 10 terakhir juga saya tampal di dinding. Dgn doa utk lailatulqadar sekali. Moga2 berjumpalah... Ameen.

3) Karpet, saya dah bentang satu lagi, harapnya sempatlah saya dan hubby Qiyam bersama... Ameen.

4) Insya Allah, nak ajak orang Iftar kat rumah. biarlah walau sekali.

5) Post biskut raya - hehe.  Alhamdulillah, kelmarin saya post biskut raya utk family kat Besut. 2 jenis kuih tart je. Beli.. Pihak pos berjanji nak letak sticker FRAGILE,  tetapi dia tak jamin la biskut tu selamat. Huhuhu.... Teringat, 3 tahun lepas saya hantar biskut dalam balang 3/4 jenis,  semuanya hancur takde rupa.  (Tahun itu, pulun saya buat biskut raya.....)
 Pakai poslaju juga, kata orang pos, salah saya sebab tak packing 'sendat' sikit.  :(
Tak apalah, dimaafkan. Cuma tahun ini, saya pack dalam kontak sendat2 dan suruh dorang letak fragile.  Doakan ia selamat ya? :))

6) Cari tempat bersedekah :
Insya Allah, setiap kali ke masjid harus kena bersedekah.
Kelmarin nampak ada satu gerai kat pasar Ramadhan bertulis : wanita berdikari Ibu-ibu tunggal. Dorang menjual kuih muih raya juga.  Hum, saya ingat nak beli dan beri lebihan duit untuk anak-anak yatim. Moga2 sempatlah saya membeli di situ....

7) Alhamdulillah, selepas merenung, membelek, membaca buku-buku resipi, hehe. Saya dah bersemangat balik nak menyediakan menu yang beresipi. Kalau tidak, asyik ulang resipi lama saja, yang saya ingat gitu-gitu. hehe. Biarlah nampak special sikit di hari2 terakhir Ramadhan ini. Ameen.




 Ini menu minggu lalu, tapi hari itu memang tak berbuka dgn nasi, buat mee ni. Guna mee kering cintan. 

MEE CINTAN GORENG

3 keping Mee kering cintan, celur dengan air panas suam jer.
Kisar 1/2 bawang besar, 3-4 tangkai cili kering yg dah lembut (saya rendam dgn air panas), 2 ulas bawang putih.
Potong sawi siap-siap dan bersihkan udang. 
Campur dalam mangkuk : kicap manis 1 sdb , 1sdb kicap masin, 1/2 sdb sos tiram. 
Tumiskan bahan kisar,masukkan kicap bercampur tadi, tambah sedikit air.
Tambah udang, dan batang sawi, kacau sekejap.
Masukkan mee,  dan daun sawi. Kacau sebati. 
Kalau tak cukup kicap, tambah kicap. Biar lebih kicap manis.



 Copyright © 2013


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, March 30, 2012

murtabak maggi

Bismillah. Dah 11.35 pagi. Tapi saya tunjuk ini saja. Maggi makanan tak berkhasiat, tapi ramai orang yang suka. Dulu2, saya dan adik2 makan 3-4 bungkus maggi, direbus dengan telur dan kangkung. Banyakkan kuah, dan tambah nasi putih. Cukup kenyang 8 orang satu family... :)) Kenangan...tapi sangat manis!

Saya jumpa resipi kak madiha kat FP. Tapi saya buat mengikut selera saya. Ni kali kedua saya buat. Tapi bentuknya tak bergam macam murtabak asal. barangkali sebab saya guna telur saiz B. Tapi, saya suka :D 



Oh.... gambar diambil guna nokia C3 saya jer.  Kalau nak nampak murtabaknya macam bergam, rasanya kena guna telur saiz besar sikit.



MURTABAK MAGGI
Resipi : Mysweetlife-nurindah.
Ilham dari: murtabak mee segera kak madiha FP. Terima kasih, kak madiha :)
Cara membuatnya ditunjukkan Step by step untuk adik-adikku..


1 bungkus mee segera perisa kari
2 biji telur saiz B
Sedikit (Beberapa hiris) bawang Besar dicincang halus
1 ulas bawang putih dicincang halus
4-5 Cendawan butang dari tin, dihiris nipis

Alatan: Periuk bertangkai untuk merebus maggi :), Penapis yang tahan panas untuk menapis maggi siap rebus, Pan leper untuk menggoreng, Sedikit minyak Jagung untuk menggoreng (hasil penemuan, minyak jagung mnjadikan masakan bergoreng lebih rangup ;)


Rebus maggi sehingga lembut, lalu toskan dengan penapis tahan panas.

Bahan bawang dicincang halus dan cendawan yang siap dihiris.

Telur, perencah maggi  dicampur bersama dalam satu bekas. Kacau rata.

Masukkan maggi yang direbus tadi.

Gaul rata.

Ini dah step ke-2 goreng dah ni. step pertama lupa nak snap. Panaskan minyak di dalam Pan leper, tuang campuran bahan tadi. Biar sekejap bagi telur di bawah kental sedikit, baru balikkan  'berhati-hati'  :)

Saya goreng sampai nampak rangup sikit.

Lepas masak, letakkan murtabak ke dalam pinggan, tuang sos cili, potong dan hidangkan. :))
Memang rasa macam maggi goreng, cuma versi murtabak :D


Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, June 16, 2011

Mi Padprik


Salam sejahtera,

Sempatkan juga blogging pagi2 ni. Sebelum start buat tugasan harian. Nanti kalu dah sibuk2, tak sempat kejar masa. Mee padprik ini dibuat bbrp hari lalu. Takleh tipu sebab ada date kat foto. pstt... belum pandai setting hilangkan date tuh. hahaha...





MI PADPRIK
Resipi : buku senangnya memasak Mi, mihun dan kuetau Chef hanieliza.
Ditulis kembali: mysweelife-nurindah.blogspot

BAHAN-BAHAN:

500 gram mi kuning (dibasuh dan toskan)-
(nurindah: cara biasa saya akan tuang air panas atas mi sbb nak kurangkan bau. Tips dari MIL)
5 sudu besar sos tomato - (nurindah: sos takde. saya ganti sebiji tomato didadu kecil)
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
5 helai daun purut - (nurindah: takde, tak bubuh)
5 biji cili api diketuk - (nurindah: tak bubuh. guna cili jeruk dimakan asing)
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang merah- dihiris
1 cawan air masak
2 kiub pes tomyam - (nurindah: saya guna pes tomyam Adabi 2 sudu makan atau  secukup rasa)
3 sudu besar minyak masak utk menumis
Tambah: Garam atau kicap pekat

Bahan B: (nurindah: saya masukkan apa yang ada saja)

300 gram hirisan ayam
100 gram udang - dibuang kulit
100 gram sotong
100 gram lobak merah
100 gram bunga kubis
50 gram kacang sepat hijau
1 labu bawang besar
1 biji tomato


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan ayam, udang dan sotong. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan lobak merah, sos tomato, sos cili, sos tiram. Kemudian masukkan air. Biar mendidih. (nurindah: saya masukkan buah tomato cincang tadi bersama sos, bagi ia sebati bersama)
4. Masukkan sayur-sayuran yang lain. Kacau rata.
5. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut, kacau rata. (saya skip)
6. Tutup api, kemudian masukkan mi kuning dan daun ketumbar. Kacau sekali lagi. Sedia dihidang.
(nurindah: saya masukkan mi SEBELUM tutup api kerana nak biar ia kembang sedikit sambil tambah2 air takut kering kuah. Saya suka mi kuning saya nampak kembang sikit, ala basah).


Nota: Mee padprik ini kalu guna Pes tomyam, sudah cukup rasa. Tambah garam sikit je. Atau kicap. Bubuh pes tomyam tu hingga  rasa kick. Hubby makan dgn  cili padi jeruk di bawah. Sekejap jer, 2 pinggan dia tambah.  Erm.. rasa macam nak buat jeruk cili besar pula,  for me.. ;)





Tuesday, January 25, 2011

Mee suah, macam meggi




Salam petang,

Hari ni, post sampai 3. Punyala nak cover. hakhakhak. Oklah, ini Mee suah. Saya pun tak kenal. Cuma pernah tengok kat buku handy chef hanieliza, senangnya mee dan kuetiau. Jumpa paket ni kat NSK, ada cop halal jabatan agama islam perak. Tapi malasla nak ikut semua resipi. Jadi, saya masak macam buat sup sayur.

Tumis bawang putih yang dicincang halus.
Masuk air, biar mendidih
Tambah kiub ayam megi.
Masukkan mee suah kejung macam tu jer. Cepat jer, ia kembang (ala meggi)
Buh garam kalau nak. Pastu, tutup api, tabur daun sup ke, daun bawang.
Ada ayam goreng, memang sedap diletak bersama.

Dah... cara nya dah sebijik macam megi, tapi more healthy. Yeah! Oklah, nak blogwalking skejap. Kang kawan2 merajuk plak. ;D



Tuesday, October 19, 2010

Sup makaroni , Nasi lemak berlauk sambal paru :)

Salam sejahtera. Kalu sudi, klikla di SINI untuk BACA entry KHAS buat kak Sofieyya atau Kak Soulha.

Kelmarin mmg blur tak tau nak masak apa... jadi keluarkan suhun (yang konon nak buat sambal kering.. macam kak lizahanum), bebola daging yang beli kat pasar basah RM 10 (banyak tuh). Jadi belek punya belek, jumpa sup makaroni berbola daging kat blog kak Masz. Pastu blog kak Nor secubitgaram pun ada. Jadi dgn bahan2 yang ada, saya buatkan saja. Dan.. ada sambal kicap pastinya my hubby riang gembira. hahaha... Syukur, katanya kenyang makan sup makaroni tuh. Maklumlah, my hubby ni susah kenyang kalu makan benda macam mee, makaroni ni. Tapi yang ni, katanya kenyang.. dan SEDAP! Terima kasih buat empunya resipi dan kak MASZ yang mencatat resipinya, pastu kak Nor yang bagi idea tambah daging... Kak Nor punya versi kat sini. Mohon halalkan resipinya untuk share kat sini, ya. :))

Sup ni, tabur bahan2 sampingan tu yang lagi sedap. Saya dah takde daun bawang dan daun sup. Bawang goreng pun dah lupa letak.


SUP MAKARONI
Resipi Asal : Kak Masz, masz73

Bahan2

* Makaroni (secukupnya) - Nurindah: saya guna makaroni biasa.Kena rebus dulu makaroni tu, 11 minit.
* 3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
* 1sdk lada hitam - tumbuk
* bebola daging - secukupnya
* 2 kiub lembu/tulang rusuk
* 2ltr air/ secukupnya
* segengam soohoon
* sayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pongg)

** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging

Bahan sampingan

* ikan bilis kecil/halus - digoreng
* daun sup/bawang - dihiris
* bawang goreng

Cili tumbuk

* Segengam cili padi
* garam
* 1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok

** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacau


Cara Penyediaan

* Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
* Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
* Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
* masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
* Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang... sure x cukup semangkuk!! :)

** Kesedapan & istimewa sup makaroni ni ialah campuran ikan bilis halus/kecil yg digoreng rangup & sambal tumbuk yg rasa masam2 tu... perghhhh... :P


Bahan Sampingan : Ikan Bilis. Ikan bilis goreng jer la. Abaikan yang kisar tu.. ikan bilis yang siap kopek ni tak mo rangup jugak. Itu yang kisar tu, sampai tersedak2 time makan.. hakhak. Sebijik rasa macam Mee Celup Kelantan.

Sambal Kicap ganti cili tumbuk. Tak yah citer... macam biasa, ada anak Jawa kat rumah ni. :))


Ni ha... takde resipi... nasi lemak campak2 jer. Lauk sambal paru ni.... senang, paru yang saya beli RM 5 aritu... banyak.. jadi hari AHAD saya rebus seme, sambalkan seme. Jadi, dia kejung dalam peti ais tu. Pagi tadi, keringkan lagi. Rasa yang mana patut. Ini kejadian aritu. KLIK.

Alhamdulillah, buat bekal lunch My Hubby tercayang tuh.


Thursday, July 29, 2010

Mee bandung segera yg meriah




Tu dia, saya masukkan potong2 ayam , tak ambil isinya sahaja. Sambil makan mee, rantah ayam skali. Ini dinner last night. Lebihan mee 200gm lagi, saya simpan buat mee goreng pagi ni. Seb baik my hubby tak komen, asyik mee jer. hehehe...

MEE BANDUNG SEGERA
Untuk 2-3 org makan.

2 paket Perencah segera mee bandung adabi
Air (4 cwn /secukupnya untuk kuah)
300gm mee kuning - dibasuh dulu, dan toskan
ayam - dipotong kecil
sotong - dihiris
1/2 ikat sawi- dipotong (asingkan batang dan daunnya)
6-7 biji Cili padi - diketuk. (mee bandung ni tak pedas, ikut selera masing2 utk tambah cili)
garam (paket dah ada garam, tambah skit jer)

CARA
1. Rebus ayam di dalam periuk kecil sehingga ayam empuk. Penuhkan airnya.
2. Tumis perencah mee bandung. Masukkan sotong dan batang sawi.
3. Baru masukkan ayam beserta air rebusannya. Tambah air lagi sehingga cukup kuah. Biar mendidih.
4. Baru daun sawi dan cili padi ketuk. Biar sekejap, tutup api.
6. Mee saya masukkan dalam 10 minit sebelum nak makan. Panaskan balik kuah mee bandung, masukkan mee kuning. Saya biarkan kembang skit. Baru tutup api. Hidangkan. Slurp! hihi.

UPDATE: Sebelum lupa, ini frame pemberian kak hana kelmarin. Terima kasih banyak2 kak. Saya paku kat dinding ni. Moga hanamemories terus bertahan. :)



Thursday, June 24, 2010

Mi Daging Berkuah


Salam sejahtera. Kelmarin, loading internet amatlah lembap. Saya cuma sempat singgah, tapi tak sempat comment. Maaf ya. Pastu lappy 'hang' semacam pulak. huhu. masa2 World cup ni, memang teruk loading internet. padahal orang tengok TV, ker ada yang tengok WC by internet? huhu..

Aritu ada beli mi siput kat pasaraya. ada cop halal dari jab. islam perak. Jadi, saya rembat satu. Mula2 konon2 nak try claypot... haha. takde cendawan, tak best kan? Jadi saya jumpa resipi Mi Daging kat saji. Nampak kuahnya macam jenis manis skit. Jadi, saya tukar kuahnya kepada resipi daging halia kat page lain. Pastu tambah air, bagi berkuah. Alhamdulillah, kombinasi yang bagus dibuat dinner. Instead of mi hailam yang biasa dibuat, kali ni rasa mi siput pulak. Ya, saya guna mi siput. Asal resipi mee wantan. Er.. sama ke? :D Tapi mengikut arahan paket mi siput ni, suruh rebus dulu atau celur,kejap jer sbb ia cepat lembut. Lebih kurang cara mi sanggul atau mi wantan. Rasa dan rupa macam sama. Er.....takpela, asalkan ada cop halal. hihihi. Rasa dia..., umph! Tak cepat muak macam mi kuning. Tak rugi saya celur 4 ketul. Itupun skejap jer My Hubby abiskan. :D



MI DAGING BERKUAH - olahan dari majalah Saji

Mi:
1 sdb minyak masak
4-6 keping Mi siput/ mi wantan/ mi sanggul
2 ulas bawang putih - dicincang
Kicap cair/ kicap manis secukupnya.

CARA:
1. Celur mi dalam air panas. Toskan.
2. Masukkan dalam air sejuk seketika. Toskan.
3. Tumiskan bawang putih cincang dalam kuali. Masukkan kicap secukupnya.
4. Masukkan mee pula. Gaul hingga mee sebati. Angkat.



Daging Halia Berkuah:
350gm daging - dihiris nipis
5 sdb minyak jagung
2 ulas bawang putih - saya cincang
1 inci halia - saya cincang
1 sdb kicap manis
1 sdb kicap masin
2 sdb sos tiram
4 titis minyak bijan
2 1/2 cawan air
1 sdb tepung jagung
1 ikat sawi - boleh dicelur sahaja, atau dipotong pendek.
garam secukup rasa (jika mahu)

CARA:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan daging. Goreng hingga daging air daging hampir kering.
3. Masukkan batang sawi. Kacau sekejap.
4. Baru masukkan campuran tepung jagung, air, sos tiram, minyak bijan, kicap manis dan kicap masin, daun sawi dan garam jika mahu. Biar mendidih dan kelihatan sedikit pekat.
5. Angkat dan hidangkan.



Thursday, June 3, 2010

Mee cintan non fried berkuah


Kes telur terover masak. jadi, kuahnya tak pekat.. :). Er...yang ungu tu kobis ungu ya. Kobis putih takde...

Selamat petang. Tengahari tadi, My Hubby balik sekejap. Tak sempat sediakan nasi dan lauk-pauk. Saya buat mee berkuah ni. Mula2 nak buat Wat tan hor macam resipi Sis Gert aritu, tetapi tak cukup bahan; kue teow takde, cili padi takde. Jadi, saya buat ala-ala jer, asalkan pedas. Alhamdulillah, masih sedap, dan menyenangkan hati saya. Mee tidak kembang kerana kuahnya asing, kental tapi...berkuah... cubalah jika ada mee non fried ni... saya takde resipi khusus.



Mee cintan non fried berkuah

Bahan-bahan Mee:
2-3 keping Mee cintan non fried
Kicap manis habhal - secukup mee
kicap masin habhal - secukup mee

Cara:
Mee direbus hingga lembut, toskan. Tuang kicap manis dan masin atas mee dan gaul hingga betul2 rata. Ketepikan.

Bahan-bahan Kuah:
Isi Ayam
1 -2 sdb Sos tiram - secukup rasa
1/2 sdb Lada putih @ white pepper -secukup rasa
3-4 ulas Bawang putih - ditumbuk
1 1/2 - 2 sdb Cili kisar
2 sdb Stok pekat ayam maggi
1 sdb Kicap manis
1 sdb Kicap masin
Garam
4 ekor Udang (sederhana besar)
sedikit Kobis, atau sebarang sayur - dihiris
2 biji Telur
1 sdb Tepung jagung - dicairkan dengan 1/2 cawan air
Air secukupnya untuk kuah

Cara:
1. Isi ayam diperap dengan sos tiram dan lada putih sekejap.
2. Tumis bawang putih hingga naik bau.
3. Kemudian tambah cili kisar. Biar naik minyak, baru masukkan isi ayam yang diperap tadi. Biar separuh empuk.
3. Masukkan air secukupnya. Biar air mendidih.
4. Masukkan kobis, stok pekat ayam, kicap manis, kicap masin, garam, dan udang.
5. Baru masukkan air tepung jagung tadi. Biar sekejap supaya kuah sebati dan udang masak.
6. Kemudian, pecahkan telur ke dalam kuah, besarkan api. Kacau telur. Biar skejap. Tutup api dapur.
7. Boleh dihidang. Cara menghidang, ialah tuangkan kuah ke atas mee. Siap untuk dimakan :)


Mee sanggul cintan goreng dengan kerang


Salam sejahtera, selamat pagi. Ini adalah versi oter. Sambal kerang malam tadi, saya amik skit sambalnya, ambil balance kerang, bubuh sos tiram, kicap pekat dan kicap manis. Oh, ya tak lupa baki ikan goreng dinner juga, disiat2. Masukkan mee sanggul cintan yang siap dicelur. Goreng sesedap rasa. Alhamdulillah, sedap... Inilah bekfes kami... :)

Thursday, May 27, 2010

Mee Sanggul Cintan Goreng



Salam sejahtera, selamat pagi,
Kelmarin ialah hari yang melelahkan. As usual, kerja rumah mesti dibuat. Takkan nak terbaring jer ,kan? I'm still strong. heheh... lagipun minggu ni, kurang sibuk sbb dah akhir2 bulan ni, biasanya kurang order baju. jadi, lepak2 jugakla..

Pagi ni,kelam-kabut cari software printer, saya pot pet jugakla. dah lama beli, tapi tak jugak2 install. Nasib baik kat online ada...huhuhu. Seb baik, saya sempat masak mee sanggul non-fried cintan ni. saya bekalkan jer untuk Hubby..

Takde resipi, sbb tuang jer tadi. Only guna 2 keping mee (dicelur lembut), tumis bawang putih dan merah (dihiris), masuk sos tiram, kicap masin (secukupnya), tambah skit air. Masuk mee, kacau sebati. Pastu, tambah kicap manis. Kacau lagi, lubangkan kat tengah2 mee, pecahkan sebiji telur. Kacau hingga telur masak. Tak payah add garam. kalau nak bagi laagi hitam, guna kicap pekat jer... Peringatan : Ini versi manis masin yer. nak cili tambah sendiri.....hihihi...


Saturday, May 8, 2010

Mi Hailam



Salam sejahtera,
Resipi Mi hailam kali ni takde kicap banyak. Saya tak perasan pulak thick soya sauce kat ingredients tu. Yang ini, agak pekat dgan tepung jagung. Ala2 mee kung fu pulak. Sedap, pedas. 



Siap dimasak. Kuahnya. Mee pula, saya celur sekejap dgn air mendidih, toskan. Bila nak makan baru tuang.

MI HAILAM - sumber Kak Leen's fotopage, kopipes dari FP mamafami

Ingredients : (nurindah: saya hanya buat separuh mee kuning 500gm)

1 kg fresh noodles
500 g chicken fillet ~ sliced
10 fishballs
5 pieces fish cakes
250 g prawns
Chinese cabbage or any green leaves vegetable
1 carrot
100 g cauliflower
1/2 cup oyster sauce
6 garlics ~ pounded
6 bird eye chillie ~ pounded
10 black peppercorns
1/4 cup thick soya sauce (nurindah: tak perasan ada kicap...heheh. bubuh skit je malam tadi)
1/4 cup tomato sauce
3 tablespoons cornflour ~ mixed with a bit of water
salt to taste
1 kiub bilis maggi (nurindah:saya tambah)

Method :

1. Blanch the fresh noodles and keep aside.
2. Heat oil in the wok and add in the pounded garlic and bird eye chillie. Stir till fragrant.
3. Add in the prawns, chicken fillet, fish balls, fish cake and enough water. Let it boil.
4. Add in the oyster sauce, thick soya sauce, tomato sauce and the cornflour mixture.
5. When boiling, add in the vegetables and cook till the vegetables soften.
6. To serve : Place noodles in a serving plate and pour the gravy on top. Garnish with spring onion and crispy fried onion.

Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers