Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Friday, January 20, 2012

May Allah Guide Our Marriage

Assalamualaikum,
Salam bahagia.



First time letak tangan. Tangan saya banyak ikut tangan mama saya.  Disebabkan ia tak mmbesar mengikut lilit pinggang saya ( heheh..),  jadi  saya tak rasa malu nak tayang tangan. Cuma nak tunjuk menunjuk cincin ni baru . Hadiah anniversary ke 6.
^___^

Saya tahu harganya, sebab saya pilih sendiri. Tak mahal, tak murah sangat. 1 gram emas sekarang RM187. Saya beli dlm 2 gram campo upah. Wah Chan beria-ia promote. :D Tapi bukan salah wah chan. Memang dah banyak kedai saya cari sejak berbulan lalu. Sejak 1 gram emas RM200 lagi. Saya nak berbunga camni, tapi susah cari saiz jari saya. Poh Kong kata tak boleh potong bagi kecik, saiz 11- 14 jer boleh.

Letihla si suami meneman saya memilih. Seme dia kata cantik. Tak yah pilih memilih. Tapi susah betul cari sama saiz. Pegi Wah Chan, katanya saiz 15 pun boleh potong. Tapi macam Poh Kong cakap, saiz 15 ke atas bunga atasnya besar, nanti tak cantik bila disarung. Saya berjaya cari juga saiz 14 ke bawah. Jari saya kejap saiz 10, kejap saiz 11, kejap saiz 12. Ha, yg tebal sikit kena saiz 11 1/2 - 12. Yg nipis macam yg atas, saiz 11. Memang tak melorot jatuh masa mandi. :D

Alasan beli, bukan setakat anniversary. Sebenarnya, nak ganti cincin kahwin. Dulu2, My MIL ajak saya untuk pilih cincin, saya pilih yg ada lip lap permata.  Sekarang yg tu, dah banyak dijual murah. 6 taun lepas, mahal tuh!   Satu permata tu asyik tercabut, pastu sampai sekarang malas nak besarkan saiz. Dulu cincin saya saiz paling kecik. HAHA..

Dan saya bukanlah orang yg suka memakai barang kemas. Dan memang ibubapa saya bukan orang yg mampu.  Saya terasa pelik bila lihat orang2 kampung suka pakai emas banyak2.  Ataupun memang saya ni BUTA EMAS. haha...  Tapi, sekarang, saya rasa ia satu keperluan bagi isteri. Apa-apa jadi, kita ada Aset. Emas yg pernah mak saya belikan dengan duit hantaran dulu, harganya tak sampai RM100 =1 gram. Bayangkan!   My Hubby la yg ajar seme ni. Sampaikan saya pun mula nak cari aset. :)



ANNIVERSARY

Rumahtangga saya sangat Indah. Indah bagi saya yg tidak pernah berharap mimpinya mnjadi nyata.

Mimpi saya sejak kecil bersulam jatuh dari tempat tinggi, terbang, bertemu benda pelik. Semua itu mmbuat saya takut bermimpi. Bahkan kenyataan hidup saya juga. Saya selalu tawakkal apa yg bakal terjadi, sikap mana bujang2 dulu.

Kami kahwin atas restu ibubapa.  Meskipun saya ni bukanlah orang bandar atau tidaklah setinggi mana. Memanglah my Hubby lagi tinggi. :)

Lelaki selalu berkata, dia berduit, sebab itu boleh meminang perempuan, boleh kahwin. Bole bantu sediakan kenduri belah perempuan.

Nasib baik suami saya tak cakap sprt tu.  Sebab memang ya, perempuan terpaksa menurut kehendak ibubapa. Sebab kita nak nikah, jadi kena ikut kata ibubapa.  Saya kata, kita tak payahla buat kenduri, atau just buat makan kecil2 saja, sebab kita tak mampu, saya pun tak menyimpan duit, biarlah oranglain nak cakap apa.  Tapi kehendak saya tak berlaku. Saya memang tak pandai nak tegur orangtua bab-bab  perkahwinan sederhana dalam Islam walaupun saya belajar di sekolah agama. Bagi saya, ibubapa ada HAK mereka dan perasaan mereka.


Saya serahkan pada Allah.  Nak terjadi, abang tiri saya meninggal secara mengejut dalam tidur.  Saya dah rasa lain.  Rasa tak sampai hati dan segalanya, tapi saya tetap takmo cakap apa-apa. Saya biarkan ibubapa saya uruskan mengikut kehendak mereka. Maka saya sering ingatkan mereka, saya tak mahu bergembira sangat.  Maka, jadilah sesederhana mungkin dgn bantuan suami saya juga. Kendurinya, saya mekap sendiri,  baju sanding songket yg paling simple dapat cari.  Saya jaga bajet  duit nak bagi orang van untuk hantar saya ke selangor.  Saya jaga duit yg nak beli barang2 nak orang masakkan. Semua tu duit hantaran.  Meskipun saya serba salah nak guna 'hantaran' utk semua tu, saya terpaksa tebalkan muka dgn keluarga mertua.

Sebab Kata ibubapa saya, mereka tak suka nikah gantung atau kahwin dulu, buat kenduri kemudian. Berduit atau tak, kena  wat kenduri juga.  Bahkan kena atasi rasa sedih kehilangan ahli keluarga. Itulah sedara2 saya semuanya macam takde mood masa hari kahwin saya. :)  Tapi saya faham.... sbb saya tak menangis pun.  Mungkin yg menggembirakan hati, apabila  melihat wajah gembira keluarga suami saya. Sebab itu, perkahwinan anak sulung mereka.  Rasa segan juga, sebab  saya tidak dapat buat dgn sempurna, maklumlah mereka orang bandar yg lebih arif pasal majlis macam ni.

Mama saya menangis, sebab kenduri perempuan sulungnya, bercampur kenduri tahlil arwah abang tiri saya serta Akikah anak-anak abang tiri saya. Saya masih malas nak cakap apa-apa. Saya la yg patut lagi sedih,kan? Sebab saya la Pengantin Baru.  Saya sedih, sebab mama saya sedih je.  Teruknya saya ni, kan? 

Saya selalu lihat oranglain beria-ia mengadakan kenduri kahwin sendiri dr doorgift, tempah dewan, bunga, tempah kad hantaran.  Saya senyum jer, sebab saya pernah macam tu. Tapi suasananya lain.

Bulan pertama saya sebagai pengantin baru disulami dgn pelbagai ujian. Saya ke Johor, Terengganu, dan macam macam lagi. Yalah, menjadi seorang Isteri sebenarnya  susah juga. Kesusahan yg saya cari sendiri :D   Jadi,  tahun pertama saya sebagai Pengantin Baru tidaklah Indah di mata oranglain.....

TAPI INDAH DI MATA DAN DI HATI SAYA. :)

Setiap kali ada ujian, saya mencari jalan terbaik antara itu mngikut kemampuan saya.  Saya  MENCARI YG INDAH-INDAH dari kesusahan mahupun kedukaan itu. Kalau terlebih tension, saya luahkan kat suami. Semua itulah yg mnjadi semangat saya.

Kerana itu, saya suka akan perkahwinan. Kita sah, kita tak haram lagi bersentuhan, kita ada teman kalau takut waktu malam. kita rasa selamat bila berjalan. Kita ada tempat luahkan perasaan. Kita ada orang yg kita cintai, dan kita sentiasa rasa dicintai.

Meskipun ada masa saya rebah, dan terluka. Saya tahu, mungkin ada orang terluka kerana saya,. Sama ada saya sedar atau tidak.  Jadi, itulah KAFFARAH saya. 

Dulu, saya pernah bagitau suami saya, bahawa saya sanggup bersusah senang dengannya. Tak kira dia ada hutang banyak atau masalah apapun. Tapi sejak kahwin, saya mudah kalah dgn keadaan, dgn perasaan. Jadi, rupa-rupanya 'bersusah senang itu' tidaklah sesenang perkara utk dilakukan. Ia bergantung pd penerimaan saya, dan tawakkalnya saya pada Allah.
..................

Saya sayangkan Abang,
Tak kira apa yg terjadi di masa depan, saya akan mengharunginya utk keluarga kecil kita. Happy Anniversary, bang. Selamat Hari Lahir juga. Terima kasih sbb tetapkan tarikh perkahwinan kita yg senang nak ingat. Selamat hari lahir yg ke 35.  :)



Khas buat Suamiku,

Satu ketika, kita  mabuk dengan Cinta, kita  berasa dunia ini hanya milik berdua
Satu ketika dengan perkahwinan, kita berasa tiada yg kurang antara satu dengan lain, kita saling menerima.
Satu ketika dengan Cinta, kita berasa ada yg perlu dibaiki, dan kita menetapkan tiang rumahtangga itu.
Satu ketika dengan Kehidupan, kita berasa tanggungjawab itu  menyesakkan, kita teguhkan Iman.
Satu ketika, dengan  Harapan, Mimpi kita belum tercapai, kita berasa kosong.
Satu ketika, dengan Kasih dan sayang, kita berdepan dgn ombak yg berderu.
Aku masih berpaut pada lenganmu, berpayung pada dadamu.
Dan  Abang masih memegang  erat Diriku, sentiasa mendengar luahanku
Kasihku, 
May Allah Guide Our Marriage... 




Thursday, January 20, 2011

:D Moga hari ini lebih indah buat kita semua... Amin...

Salam sejahtera,

Petang kelmarin, buat kuih bakar pisang, hancus... pasang api oven TOP. Jadi, masak bahagian atas je. Potong separuh, susun elok2 dalam pinggan. My hubby makan berketul2. Saya gelak jer.... :D

Pastu buat agar-agar nanas, buat sos vanila. Saya tuang masa ia hampir sejuk. Pastu potong. Rupanya belum betul2 keras. Jadi la crack... macam puding koktel. Still Sedap.... rupa no hal.... Gelak lagi... mood happy jer. Komen hubby, sedap jugak ;))

Malam tadi gi dinner kat riverside. Ala, takde romatik2nya.. sebab tak booking meja. huhu... Jadi, mencarila meja mana yg kosong. Dapat satu meja yg goyang2.. haha. Lepas oder chicken chop dan lamb chop sepinggan besor, pindah lagi meja sebelah. Ala, asalkan tak bergoyang masa nak potong lamb tu sudah... hehehe... ( Hampa juga, tapi tetap mempamerkan wajah ceria. Yalah, tak mo rosakkan mood hubby. Penat dia redah jem semata-mata nak balik awal kelmarin ;D )

Lampunya malap, jadi tak dapatla tunjuk lamb chop yg gedabak tu. Chicken chop grill mmg faveret saya. Dgn sos lada hitam yg selambak . yummmm...
hihi. sorry. kalu dapat meja yg cerah skit, lenkali saya snap gambar ya... All RM30 sekali makan : chicken chop dalam RM10 +, lamb chop RM16 +, fresh orange, air suam. Restoran Riverside jalan ke Sg Buaya, hulu selangor. Memang makanan lagi sedap dan banyak dari hotel! amaran.. sediakan perut sebelum pergi, memang selambak sepinggan nasi goreng ke, mee, claypot, chicken chop ke.... kenyang betul. :D

To my hubby..... happy Birthday... Moga hari ini lebih indah dari hari-hari sebelumnya. Moga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan diberi kesihatan dan dalam perlindungan Allah sentiasa.

Jua, happy anniversary. ;D. Terima kasih atas kasih dan sayang yg diberi sepanjang 5 tahun ini. Hanya Allah mampu membalasnya. (syahdu skejap.. huhu)

Thanks ajak saya dinner last night. Malam ni, saya masak ya. Insya Allah, apa yg ada, saya buat, takde membazir. :))

Dah send this E-card to mr hubby : http://www.123greetings.com/love/i_love_you/crazy/crazy54.html


Thursday, January 21, 2010

There is no cake : Pulut kuning umi_e, Telur masak kari pekat Love, puding laici


Hidangan pulut kuning. Brownies dah abes dijamu kepada officemate My Hubby. My Hubby kurang makan benda manis. I don't know what to give to our neighbours, but i've made this. Pulut Kuning... :)

Tengah cari resipi kari tanpa santan, jumpa resipi kat rumah kak Love.  Telur rebus masak kari pekat. Saya kopipes resipi kat sini.Ada beberapa bahan tak bubuh, sbb dah abes. Tapi rasanya sedap, bole calen kari kedai mamak. hihi. Izinkan saya paparkan di sini,ya. 

Telur Rebus Masak Kari Pekat - kak Love

Bahan2nya :-

* 4 biji telur ayam ~ (Nurindah:saya guna telur rebus)
* 3 ulas bawang putih ~ diketuk
* 1 cm halia ~ dicincang
* 1 bawang besar ~ dihiris
* 2 biji cili hijau ~ dihiris
* 1 tangkai daun kari
* sedikit halba campuran
* 2 biji ubi kentang ~ saiz sederhana (dipotong 4)
* 1 biji tomato ~ dipotong 4
* 2 sb serbuk kari ikan
* 1 sb serbuk cili
* 1/2 serbuk kunyit
* sedikit jus asam jawa
* 1.5 cawan air ~ ikut suka (Love suka klu kari pekat)
* garam secukup rasa
* minyak masak

Cara2 memasaknya :-

1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis halba campuran, bawang putih, halia, bawang besar dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan ubi kentang, jus asam jawa dan air. Tutupkan kuali...biar mendidih dan ubi kentang masak.
3. Kemudiannya, masukkan serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit, tomato dan garam. Kacau sebati dan biarkan mendidih sekali lagi.
4. Apabila dah cukup rasa, masukkan telur tadi. Kacau mesra, biarkan seketika dan padamkan api. Sedia dihidang. ;))

Saya takde pati santan, terpaksa ganti susu cair. Jadi kurang cantik pulut saya. Tapi, Alhamdulillah. dah selamat masuk peyut... bila kurang lemak ni, agak sesuai jugak wat dinner. cepat kenyang...hihihi. Saya kopipes resipi umi_e@MYR. Izinkan saya kongsikan di sini,kak...

PULUT KUNING - umi_e@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4-6 orang )
• 4 cawan beras pulut
• 1 tin santan (400ml) - jgn campur air
• 1 sudu teh kunyit serbuk
• garan secukup rasa
Cara-cara
1. Rendam pulut bersama serbuk kunyit lebih kurang 1-2 jam atau sehingga pulut bertukar warna kuning
2. Cuci dan toskan pulut dan kukus hingga 1/2 masak
3. Setelah 1/2 masak keluarkan dari kukusan dan masukkan dlm bekas. Kemudian tuangkan santan yang dicampurkan secukup garam ke dalam pulut tadi dan gaul hingga rata
4. Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus hingga masak

Guna pulut paket jer. Cepat lembut. Rendam 1 jam lebih jer. jadi, kuning macam nasi minyak lak. hihi..Ini baru masak. Tengah sejukkan.
 
Ini dah siap pack untuk jiran2 kami. Bagi jiran dekat pintu jer. :)

 
Ini puding laici. Susu cair, saya ganti air soya. Maka jadila puding laici soya. Ahaks...resipi kat sini

Dapat dalam 6 mangkuk penuh. :)


Tak lupa terima kasih banyak buat semua yang menitipkan ucapan sempena anniversary kami  dan birthday Hubby. Salam sayang....


Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers