Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label Nasi Goreng. Show all posts
Showing posts with label Nasi Goreng. Show all posts

Thursday, June 9, 2016

Nasi goreng sambal




Sambal tumis petai rewang kenduri yang dibekukn, ambik sikit untuk goreng nasi cara my mama. Merah sambal ni... tapi rasa manis2 pedas.
Biasanya mama guna cili kisar tapi saya ganti dgn sambal. Sambal ni banyak bawang holland hiris, jd saya tak guna bawang. Kalau tak kelihatan bawang, cincang sikit bawang besar sblm masuk sambal.

Caranya masuk minyak dlm kuali, panaskn sambal, masuk telur 2 biji, kacau, masukkn nasi sejuk, masuk garam/pasti sedap knorr. kacau.
Jadi nasi goreng petai. heheh.

p/s: jgn lupa gosok gigi.

Resipi lama nih baru update. ;)

 Copyright © 2016


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, August 5, 2011

nasi goreng ala cina dan teh O, kek brownies moist - ramadhan 4


Salam sejahtera,

Mula-mula saya rasa tak nak letak menu ni. Tapi, kerana saya rasa ia prkembangan harian kami, maka saya letak jugalah. Nasi goreng jer.... hehe..

Petang kelmarin, kami ke pasaraya. Ada byk barang dah abes, trmasuk juga barang basah. Walaupun dkat bkt sentosa ada Tesco baru, barangnya tak banyak. Bulan ramadhan ialah bulan budget kami, jadi jalan paling selamat ialah... NSK jer. Beli byk2 pun tak takut over budget.

Telur pun kami prefer beli kat NSK. Bukan dalam pasaraya, tapi kat tepi ada Kedai pemborong telur. Beli satu papan saiZ B dalam RM 9. Kat dalam tesco atau giant, sepapan dlm RM 7 - rm8, kan? Saya kalu bab telur, akan cari Kedai pemborong telur. Tak sempat NSK, kat sekitar rawang ada satu kedai telur lagi. kadang2 beli 10 biji dr satu gerai telur kat pasar pagi. Beli sepapan kat kedai macam tu, telurnya agak baru dan tahan 2-3 minggu dalam fridge. Kami makan dua orang jer, lagi lama tahan dlm fridge tu jadi tak perlu kami habiskan cepat2.. hehe. Tapi lainlah kalu keluarga besar, sepapan setiap minggu mmg cepat abisnya.

Bab menu, saya masak nasi goreng je. Mula-mula nak gi bazar ramadhan. Tapi taulah, my hubby takde mood nak pegi time petang dan penuh orang ms tu. Jadi, saya terpandang balance lauk dlm fridge. Ada sayur campur frozen. Saya masak nasi. Tumis skejap, gaul-gaul.... siap Nasi goreng ala cina. Lepas tu, kami terus ke pasaraya, dan bawa bekal nasi. Tapi tak singgah mana2 pun utk brbuka, mr hubby nak makan kat rumah pulak...... :)





Makan nasi goreng dgn teh o suam. Air oren pun ada tu..


NASI GORENG ALA CINA
resipi: mysweetlife-nurindah.blogspot

2-3 pinggan nasi putih
udang 10 ekor -siap kopek kulitnya
3 ulas bawang putih - dicincang/tumbuk
1 sdk lada sulah biji - ditumbuk
1/4 bawang besar - dihiris
1 tangkai lada benggala
1 sdk garam
1 cwn Sayur campur
saya ada balance bebola ayam dihiris dan sedikit daging.

CARA:
1. Tumis bawang besar dan putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang, gaul biar masak.
3. Masukkan lada sulah dan garam, lada benggala, sayur campur, bahan lain, dan sedikit air supaya tak kering sangat. Kacau sebati dan sayur campur kembang.
4. Siap dihidangkan.


Cukuplah menu berbuka. Ada tembikai last potong2. Dan for dessert, ada Brownies moist. :)



Sebenarnya yg dimakan dalam bekas muffin. Yang ni, buat presentation jer. :) Guna resipi Brownies moist ini, tapi tak bubuh telur atau jus sunquick. Serbuk koko guna yg dlm tin, Tudor Gold. Yum... sangat bercoklat walaupun tiada topping. Dlm cepat2 kelmarin, sempat bagi brownies dlm cup saja pada jiran. Yg dlm talam tak sempat potong. Itu jerla, saya nak kemas barang yg dibeli malam tadi, berselerak kat dapur tu :D




Thursday, June 30, 2011

nota hati takde penghujung dan makan sahaja...

Salam sejahtera,

27 rejab telah berlalu... hari ni sudah 28. Ntahlah, mungkin ada hikmahnya apabila para aulia' dulu menyuruh kita berpuasa sunat pd 27 rejab. my hubby pun siap bagitau saya, ustaz di tpt kerjanya menyatakan tiada puasa sunat pd 27 rejab. jangan niatkan "aku berpuasa sunat rejab".

Yalah, saya terima. Tiada yg perlu didebatkan, sebab saya pun dah trlupa 27 rejab tu. Dalam kalendar pun dah takde hari2 istimewa dalam Islam. Semua kalendar pakat nak jadi 1 malaysia. dah pakat kata maulidurrasul/isra' mikraj/ nisfu syaaban tu bidaah. Siapalah saya, nak bangkang-bangkang..

My hubby sama ngan saya, diasuh guru tentang amalan sunat ni semasa di sekolah berasrama penuh. Sebab perkara ni kan, biasa seronok kalu buat ramai-ramai, berjemaah. nisfu syaaban baca yasin 3x, maulidurrasul ada sambutan kecil dan salawat, isra' mikraj biasanya ada kuliah ttg bab semayang dan masjidil aqsa. Saya pula? guru2 yg mnjadi warden asrama ramai yg lulusan negara mesir, madinah atau jordan. Tak pernah pun saya dengar perkataan bidaah. Sekolah tu pula bekas sekolah pondok yg dinaiktaraf.

Masa tu, tak pernah lg dengar ttg bidaah. Semua bersatu-padu 'improve diri' dan 'amalan'. Takde nak sindir sape-sape. Takde nak perli sape-sape mahupun berdebat bab agama. Mengumpat, lagilah. Kita akan tau "hati" atau "sifat" seorang Muallim atau Muallimah apabila dia mula mengumpat atau merendah-rendahkan orang itu dan ini... dan seorang Tilmiz pasti kenal siapa Muallim yg disenangi majoriti...


Dahla, orang sibuk ttg "Bersih", kita bercakap pasal itu pula. 'Bersih'? Mana taknya, setiap hari my hubby dok sembang pasal ni. Teruja pula bila dinaik-naikkan semangat. Tapi, bila baca pasal Ambiga tu, personaliti dia, terus saya menurunkan dr rasa teruja tu. Takpela, kalu ada yg tak suka saya cakap macam ni. Sebab saya bukan orang politik. macam abah saya pun dulu cuma kais pagi makan pagi, mana la nak sibuk hal politik. tiada aura politik dalam hidup saya.  Saya memilih orang utk diikut, adalah personalitinya supaya tak tersasar tujuan saya....  iaitu  LILLAH..  kerana saya cuma orang bawahan, tergolek terhiris... yg kena saya juga.

Oklah, dah puas mengomel. Kita jamu mata dah ya... hehe..



Peringatan: ini bukan nasi kunyit. ahaks... inilah Nasi Goreng guna perencah adabi 1/2 paket plus sayur kuning kat bawah tu. Our breakfast. Tak pose Khamis arini.


Ini pula sambal Kerang. Guna resipi Sambal biasa, tapi UPGRADE: tambah bilis yang rendam, pastu tumbuk. Tumis bersama sambal. Memang tak berenti makan sambal ni... :))


Ini pula masak lemak cili padi biasa2 jer. Guna Ikan keli. Kata orang, letak daun  cekur, jadilah masak lemak Cekur.  Ikan Keli digrill sekejap dalam kuali dgn sesudu minyak sehingga masak, . Tuang bahan tumbuk dan santan. Bahan tumbuk cuma cili padi, halia, lengkuas, bawang putih dan merah. Tambah perasa sikit. 


Inilah dia sayur kuning. ahaks... dari nak masak udang asing ngan kobis, terjadi campur macam ni. Tumis macam udang bersos tiram selalu tu. Tapi tambah kobis. Haih, punyala malas nak tulis resipi. buat adik-adik, sila semak kat MENU kat atas ;D


Wednesday, February 2, 2011

Nasi Goreng planta (dari nasi minyak) dan kisah 5 tahun dulu...

Kisah banjir berkumandang lagi. Biasa bulan 1 dah kemarau. Musim pun dah tak menentu sekarang. Setiap kali banjir, saya teringat kisah dulu2. Masa nak meminang diriku. Saya jadi penunjuk jalan tak bertauliah ke rumah saya.
Jalan dr Selangor ke Besut, bukan kemahiran saya. Tak pernah mengukur jalan dgn kereta. Dalam bas, asyik tido jer. heheh.. Tersangkut ngan banjir dari Kuala terengganu nak ke Besut. Kereta tak boleh lalu, boleh mati enjin. Bas lori lepas lagi.
Masa tu saya dah kena usik, katanya nak meminang puteri Besut ni, sampai meredah lautan banjir. huhuk...
Nak patah balik selangor, banjir pula kat Kuantan. Tersangkut kat tengah2. Jadi, patah balik ke Kuala terengganu. Sedara mara pun takde kat kuala terengganu ni. Masa tu berterima kasih sangat kat adik ipar saya nih. Cool jer dia. Dia dah biasa ke kemaman dan terengganu sbb ada seminar. Akhirnya, tumpang bermalam rumah kawan adik ipar nih.

Dah 5 tahun berlalu, adik ipar tu pun dah 5 tahun kawen juga. Kawen taun yang sama. Moga iman makin bertambah, moga hubungan sentiasa mekar. Isteri dia pun orang besut juga. Sesama orang besut, mesti dapat menerima sikap masing2. Lgpun sama2 menantu, dah ambil anak orang, kan, dik... kena pandai bawa diri... Syukurlah sbb suami sangat sayangkan kita. Segala benda dia sanggup korbankan hatta nyawa sendiri utk berhempas pulas bekerja utk menyenangkan isteri dan anak... Mak mesti faham perasaan menantu, sbb dia pun isteri dan ibu... cuma dia jarang tunjukkan.

Er..... dah merapu saya ni.

Pagi ni sarapan kami nasi minyak goreng... :D Nasi tu menggunakan nasi minyak. Daging kurma tu, kurang rasa, maafla empunya katering... thumb down... jadi saya basuh.. masuk dalam nasi goreng.

Nasi minyak di bawah, bukan nasi kenduri.... ada majlis makan kat ofis my hubby. Sampaikan dah pesan, tak payah masak nasi.... dia nak bungkus utk saya. Er.. malu tau. Patutnya saya yg masak nasi minyak ni. hahaha...
Sampai 2 bungkus nasi penuh dgn lauk pauk semua dia bawa balik. Rezeki... rezeki... katanya banyak tak abes. Haritu, pun masa kuliah agama, dia bawa balik mihun jugak. Sebijik macam my ayah mertua. selalu ingat bini bila makan kat luar... Terharu.... :)) Takpe, kasihmu akan kuingat di mana-mana, akan kubalas dgn kesabaran dan kelembutan, dgn sifat berterima kasih atas kasih sayangmu...


Sedap! my hubby baru e-mail tadi sbb dia bawak bekal. hehe.... Resipinya..... Cuma cairkan planta, jadikan minyak utk memasak nasi. Saya taruk sesudu cili kisar, skit garam,  masukkan daging  yg dibasuh (saya siat kasar daging tu). Biar skejap baru masuk nasi minyak 1 polisterin penuh. Biar sebati semua, baru masuk sayur kobis yang dihiris nipis. Saya renjis air skit, supaya nasi tak kering. Tabur cili padi, tabur kiub ikan bilis maggi. Biar sebati semuanya. Angkat. Hidangkan.







Saturday, August 14, 2010

nasi goreng cina 2, cucur kucai 2

Salam sejahtera. 4 Ramadhan. Minggu ni kami rehat2 kat rumah. Membeli keperluan dapur dsbg. Baru terima voucher Parkson dr kilang sbb tahun ni tiada jamuan tahunan spt dulu2. My hubby suruh pilih, nak baju raya or periuk baru. Hm, berbelah bagi ni. hihi. Periuk nasi kami adalah pemberian kahwin hampir 4 tahun yg lalu. Dah byk kali nasi masak separuh jalan. Hubby check plug,ok. Check extention,ok. Alah, sayang.... nak periuk baru la. *wink *wink.

Tapi mmg mendebarkan sbb kena slalu tgok kot2 nasi dah kembang, tapi periuk tak menyala. Dah byk kali suh hubby redeem point credit card, dan tunjuk2 periuk nasi kat mall. Bukan tak mampu, tapi tahulah Mens... tunggu sampai dah tak bole guna baru beli baru. Agaknya diaorg pikir buat ape periuk 2 biji? Kelulah saya... hahaha.. Skarg pun, peti sejuk dah menunjukkan tanda2 keuzuran. Dah hampir 6 tahun umurnya. Dah takde lampu bila dibuka, dan cepat sgt ada ais. Alahai.. bila nak rosak ni... ikikiki...



JUS TEMBIKAI SUSU
Saya campur tembikai susu + separuh air + susu pekat + gula. Blend hingga hancur. Buah bertenggek tu, tiru si Jiya. hihi.


NASI GORENG CINA 2
Nasi goreng ni menggunakan resipi nasi grg cina chef hanieliza. Cuma tukar sayur kepada mix vege, dan saya tambah sotong. Saya tambah serbuk lada hitam ajishio.


CUCUR KUCAI 2
Cucur kucai versi dua ni saya tambah bawang besar, dan cili besar dicincang. Ia membuatkan cucur kucai ni agak basah dan kurang rangup di tepi. Tetapi lembut maintain. Cara gorengnya mestilah minyak tohor, mcm grg telur mata. 1 senduk adunan jer. Versi sebelum ni lebih rangup kat tepi. ;)


Wednesday, May 19, 2010

Nasi Goreng dengan Hati




Dah lama tak goreng nasi. Kali ni guna apa yang ada kat peti, bayangkan bawang merah atau bawang besar pun dah takde, nasib baik ada sedikit isi ayam, udang dan hati. Just teringat sorang makcik yang berniaga stall nasi dulu. Katanya, nasi goreng lebih sedap kalau guna bawang putih banyak. Saya try dan hasilnya tak mengecewakan. Rasa tak cukup nasi goreng tu...Saya pilih nama ni, sebab kita jarang guna hati ayam buat goreng nasi... :)

NASI GORENG DENGAN HATI

2-3 cawan nasi putih
3-4 biji Bawang putih - ditumbuk
3-5 biji cili padi thailand -diketuk
Hati ayam - dipotong sikit
5-6 ekor Udang saiz sederhana -dibuang kepala
Isi ayam- dihiris nipis
white pepper@lada putih
Garam secukup rasa

CARA:
1. Panaskan minyak, masukkan hati ayam, dan isi ayam. Biar masak, baru masukkan udang. Biar udang masak.
2. Baru masukkan bawang putih. Biar naik bau.
3. Tambah garam dan lada putih, cili padi.
3. Akhirnya masukkan nasi putih tadi. Gaul sebati.
4. Angkat dan hidangkan.

Tuesday, April 27, 2010

Nasi Goreng balance Tomyam



Salam sejahtera, selamat pagi,
Malam tadi ada juga buat Tomyam ayam. Bahagian tulang2, memang sedap dibuat tomyam atau sup. Nasib baik tomyam malam tadi sempoi, sbb no vege. Jadi, pagi ni, oter buat nasi goreng.




NASI GORENG BALANCE TOMYAM

Bahan-bahan:
2sdb Minyak
1/2 sdm Pes tomyam (secukup rasa)
2sdb Kuah tomyam
Ayam dr tomyam tersebut
2cwn Nasi sejuk
Cili padi- diketuk, jika mahu
Sayur - saya hiris halus carrot jer
Garam

Cara :
1. Tumiskan pes tomyam hingga naik bau.
2. Masukkan kuah tomyam, dan ayam. (Sayuran bole juga dimasukkan masa ni)
3. Masukkan nasi dan garam secukup rasa. Gaul rata.
4. Akhirnya masukkan cili padi dan carrot (saya masukkan carrot lambat sbb nak rangup).
5. Kacau rata dan angkat. Siap dihidangkan.

Saturday, April 24, 2010

Nasi goreng cina, maggi goreng, dan hal pilih-pilih raya... ;)


Nasi goreng cina dinner last night..

Salam sejahtera, selamat pagi,
Rupa2nya, nak makan2 tu kat Kuala Selangor! Fuh Lega! Dah Hubby cakap kwsn Hulu Selangor, sedangkan area rumah kami, Bukit Beruntung pun dah area Hulu selangor..Jika restaurant area Kuala2 tu, nampak cam best...pantai kat sana ada jeti, angkut ikan,kan? Tak penah pegi..Dah penat tgok bendera bertampal kat kwsn aptmen nih, nak tukar pandangan plak. hikhik...

Pagi tadi, Hubby muram skit. Dia bersungguh2 nak gi Masjid Bkt Sentosa for solat Subuh berjemaah ngan Tuan Guru Nik Aziz...tapi,kan...tak set jam. Bangun lepas azan Subuh. Tak sanggupp nak bersesak ngan ramai org berkerumun kat masjid tu. Kelmarin pun masa Solat Jumaat, My Hubby ada. Terpinga2 dia dengar orang takbir lepas smayang. Khatib tu takde pun ceramah politiking.. pastu ada org sebelah sinun cakap solat jemaah kelmarin tak sah sbb Khatib lupa selawat masa khutbah...aish2..My Hubby tak perasan pun. Maklumlah, dok jauh skit. Asih...macam2 time pilihan raya nih!

Dah2....saya dah merapu nih.Bekfes pagi ni, maggi goreng. ngeeee... Last night saya goreng nasi goreng cina jer. Tambah white pepper byk skit dan sedikit isi ayam. Habis My Hubby makan. Sedap plak, walaupun tak pedas. rasa ssss...gitu sbb white pepper byk. hakhakahak...



Close up skit..


NASI GORENG CINA - sumber buku Nasi, Chef Hanieliza

2 cwn nasi sejuk
2 biji telur -dipukul skit
100gm udang - buang kepala, dan kulit atasnya.
1 pokok daun bawang (dipotong pendek)
100gm kobis - dipotong
100gm kacang panjang - dipotong pendek
100gm lobak merah - didadu
2 biji cili merah - dihiris nipis
garam secukup rasa

Nota nurindah: Bole ganti sayur ngan mix vege kalu nak cepat

Bahan B
2 sdm minyak masak - utk menumis
2 ulas bawang putih - ditumbuk (saya cincang jer)
1sdt lada hitam - (saya guna white pepper jer)

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi. (saya tumis bawang putih jer)
2. Masukkan telur, biar sebentar.
3. Apabila telur sudah separuh masak, kacau supaya hancur sedikit.
4. Masukkan kobis, kacang panjang, lobak merah, cili merah, dan udang. Kacau rata. (jika guna white pepper, bole masuk time ni)
5. Masukkan nasi dan garam. Kacau rata dan tutup api.
6. Masukkan daun bawang dan kacau.
7. Angkat dan hidangkan di dalam pinggan dengan salad atau keropok.


Amaran...guna satu paket perencah jer. My MIL yg ajar... sedap! :)

MAGGI GORENG - dapat idea dari My MIL

2 paket maggi -ambil mee saja, rebus hingga lembut, tapis.
Bawang putih - dhiris
1/2 biji bawang besar -dihiris
1 paket perencah maggi sahaja
Kicap manis - secukup rasa
Sos tiram - secukup rasa
2 biji telur

Cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga separuh garing
2. Masukkan telur, kacau hingga hampir masak (masa ni, boleh masukkan sayur)
3. Kemudian, bole masukkan sos tiram dan kicap manis, dan perencah.
4. Akhirnya masukkan maggi rebus tadi. Kacau rata. Bole tambah kicap manis di sini jika nak lagi hitam.

Friday, April 16, 2010

Nasi Goreng Pattaya


Pandangan cantik...


Ni plak pandangan dah terburai..hahahaha.

Salam sejahtera, selamat pagi,
Ni da dekat tngahari ek. Jadi, nasi goreng pattaya ni, bukan bkfes ya. Dah jadi "BRUNCH", singkatan bekfes dan lunch. hehe...




Bahan2 dia...

Siap masuk lam kuali..

Jadi nasi goreng...

Masa ni dah rasa nak makan dah, hhu. lapo..kesian cawan ni, jd tempat letak nasi.

Ni la telur dadar tu. Nipis siot saya buat. Khas tuk 1 cawan nasi jer.

Tunjuk terer, bungkus nasi lam kuali....ha, kang dah teburai...tak sempat terbalik lam pinggan..hehehe...

NASI GORENG PATTAYA - sumber buku Nasi Chef Hanieliza

Bahan A:
2 cawan nasi sejuk - diperoi
2 biji telur ( nurindah:ni utk gaul skali ngan nasi ya)
100gm udang (nurindah: udang sebijik2 besor sgt, saya dadu 3 ekor udang saiz besar)
100gm kobis - (nurindah: takde, saya ganti kobis cina, hiris kecil2)
100gm kacang panjang (nurindah: takde)
100gm lobak merah - didadu
1 biji cili merah - (nurindah: saya guna capsicum hijau balen malam td, didadu)
1 pokok daun bawang - dipotong pendek
Garam secukup rasa

TELUR DADAR: (utk membalut nasi)
2 biji telur - dipukul sikit
garam skit (saya tambah)

Bahan B (menumis)
2sdm minyak masak
2 ulas bawang putih
1 sdt lada hitam - (nurindah:bole ganti white pepper )

Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi.
2 Masukkan telur dan biarkan sebentar.
3. Apabila nampak telur separuh masak, kacau supaya hancur skit.
4. Masukkan kobis, kacang panjang, lobak merah, cili merah, udang. Kacau rata.
5. Masukkan nasi dan garam secukup rasa. Kacau rata kemudian tutupkan api.
6. Tabur daun bawang. Kacau.
7. Angkat dan masukkan nasi ke dalam mangkuk kecil.
8. Dadarkan telur di dalam kuali.
9. Apabila telur sudah masak,letakkan nasi goreng di atas telur.
10. Bungkus nasi dan terbalikkan perlahan-lahan k dalam pinggan.
11. Hidangkan dengan hirisan timun dan sos cili.

* Sebaik-baiknya gula kuali non-stick.

Tuesday, March 30, 2010

Nasi Goreng Jagung


Salam sejahtera, selamat malam,

Lepas belek2 resipi sana sini utk isi perut kami berdua, saya terpikat ngan Nasi Goreng Jagung kak Ummizaihadi. Kebetulan ada jagung kernel tin utk dihabiskan. Untuk tambahan, saya buat lauk ayam. Akan menyusul selepas ini. Terima kasih banyak2 kepada kak ummizaihadi sebab berkongsi resipi. Saya kopipes jer resipi dr blog kakak kita ni.


sajer nak tayang bahan2nya...hehe

NASI GORENG JAGUNG - sumber kak ummizaihadi

Bahan:-

* 2 mangkuk nasi putih
* 1/2 tin jagung biji (corn kernel)
* 1 labu bawang besar (didadu)
* 3 ulas bawang putih - dicincang
* 1 biji cili merah - dicincang
* 10 - 12 ekor udang
* 1/2 sk. lada sulah
* sedikit daun bawang n daun sup
* garam secukup rasa

Cara-Cara:-

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili hingga kekuningan dan wangi.
2. Masukkan lada sulah dan udang, kacau sebentar.
3. Masukkan nasi putih, kacau rata dan masukkan garam. Biarkan nasi masak nampak sedikit berasap.
4. Masukkan jagung tadi dan kacau rata sebentar...jangan terlalu lama, nnt kecut sgt jagung.
5. Seimbangkan rasa dan tutup api. Tabur daun sup dan daun bawang, kacau rata. Angkat dan hidangkan.


Friday, January 8, 2010

NASI GORENG UDANG ALA VIETNAM

 
Nampak basah, kan, kan...saya suka..

Salam sejahtera,selamat pagi Jumaat yang mulia,

Malam tadi, takyah cite la. Tensen, ntah apa yg tak kena. Rupanya...ehem, kedatgn PMS. Jagung rebus tu, dah abes kami rantah. No problemo

Breakfast pagi nih, saya try resipi Chef Zam, ala Vietnam plak. Agaknya diaorg tak makan pedas kot. Jadi, saya ubahsuai la seikut rasa tekak. Sedap jugak, tambah saya sajer2 tambah hirisan ayam dan tambah2 kuantiti serbuk lada itam dan kicap cair tuh.
Ilang dah rasa Vietnam, jadi rasa Melayu lak. Ahaks...terpaksa la, nanti anak tekak takleh telan...Tapi, rupa-rupanya gabungan cendawan dalam nasi goren sedap jugak tu! Nasi lebih basah, dan saya suka...!


NASI GORENG UDANG ALA VIETNAM - sumber : Chef zam, RASA 06

500gm nasi putih ( kira2 2 pinggan nasi)
450gm udang basah - dikupas kulitnya (udang saya tak cukup, jadi saya tambah hirisan daging ayam)

1 ikat daun bawang - (jika tak suka bau kuat sgt, bubuh 2 batang je)
50gm cendawan butang - (saya guna cendawang kembang yang disiat je)
1/2 batang lobak merah - (saya belah 2, kemudian baru hiris nipis )
50gm kacang buncis - takde
1 st kicap cair - saya tambah kuantitinya ikut rasa
Sedikit serbuk lada hitam - saya tambah kuantitinya spy lebih kick
Garam secukup rasa
30ml minyak - untuk menumis (ikut suka)


CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Goreng udang dan hirisan ayam selama seminit. Ketepikan.
2. Dengan lebihan minyak dalam kuali, goreng daun bawang, cendawan butang, lobak merah, dan kacang buncis selama 2 minit.
3. Masukkan kembali udang ke dalam kuali.
4. Masukkan nasi putih, kicap cair, serbuk lada hitam, garam. Gaul hingga sebati.
5. Angkat dan hias dengan hirisan daun bawang atau ketumbar (yang ni tak buat :))
6. Cili padi potong for My Hubby. hehe

Teh O panas.....

Saturday, December 12, 2009

Sarapan Sabtu: Nasi goreng ngan daging, jemput-jemput kurma, Teh o


 
Sarapan kami pagi Sabtu : RESIPI DI POST BAWAH

Kami akan balik ke Banting lagi hari ini. Kali ni, dalam 4 hari. Hari Selasa baru balik Rawang, sebab MY FIL (father in law) akan menjalani operation di Hospital Klang. My Hubby akan teman.
Saya mungkin di rumah Banting, sbb My MIL (mother in law) kurang sihat. Dia sesak nafas malam tadi. Dugaan....Moga mak dan ayah cepat sembuh...Saya akan OFFLINE selama 4 hari ni, ya. ;) Salam windu...


Salam sejahtera, selamat pagi,

Disember tahun ini, ialah bulan yang agak memenatkan. Dari urusan syarikat dan bisnes online, rumahtangga, kos operation, adik2 yang bertamu minggu lepas, masalah parents saya di kampung, My MIL yang tak sihat, My FIL (Father in law) yang akan buat operation di Hospital Klang Selasa depan...


For Personal:  Memenuhi bajet TAX Pendapatan untuk buku dan alatan sukan, Menunggu keputusan Insurans Prudential, Hubby perlu cuti lagi untuk menemani My FIL di wad, bajet rumahtangga untuk tahun 2010... huhu


For business : Renew Pendaftaran syarikat kami : TJX Gemilang Enterprise di SSM dah selesai. Urusan pembelian stok t-shirt juga sdg diuruskan, permohonan agen, pembelian domain,  update data jualbeli dan akaun akan dibuat untuk urusan Tax 2009.
Ini tahun pertama kelahiran website portalniaga kami dan blog indahhouse kami. Saya yang dari buta HTML, sampailah skit pandai. Semuanya hasil bantuan  My Hubby,teman di portalniaga, dan juga bloggers internet...


Plan yang mencabar minda kami berdua....Moga dipermudahkan Allah.


Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers