Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label Ikan masin. Show all posts
Showing posts with label Ikan masin. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

menu saya jer :)

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, bertemu lagi. Moga semua teman2 dalam sihat wal afiat.

Saya mencuba-cuba kamera. Dah lama tak pegang. Bergegar jugak kamera tu bila saya cuba fokus ambil foto makanan, hehe.. merajuk kot. ;) Lauk-lauk di bawah ni beberapa hari lepas. Malam tadi, saya buat nasi ala 'nasi ayam dara'. Saya buat ayam goreng berempah macam kat sini (tapi skip bawang putih dan lumur rempah serbuk je), buat kuah sup kosong, sambal belacan, kuah kari kosong, sayur timun. Malam sebelumnya, buat chicken chop ala riverside.  Saya buat  ayam bakar madu (tak buang tulang ayam pun), sekadar buat sos lada hitam simple, dan ubi keledek bakar. Semuanya sekadar melepas kemaruk dari makan kat kedai. hehe... Insya Allah, lainkali baru saya ambil gambar, ya. :)

Yang di bawah ni, semua ulangan. Tapi kombinasi menu mengikut apa yg ada.



Udang masak lemak  bercili campur tempe

Udang sederhana besar 10 ekor.
Tempe
Santan secukup kuah yang dimahukan
Bahan kisar: Bawang merah, bawang putih, halia, cili padi 7-8 tangkai, 3 tangkai cili kering(direndam lembut dahulu).
Tumis bahan kisar sekejap. Baru masukkan santan. Biar mendidih sekejap. Masukkan udang, juga garam, sedikit serbuk kunyit, dan perasa. Biar udang masak. Angkat dan hidangkan.


Lala masak lemak pedas

Lala 1 kg
Santan secukup kuah yang dimahukan
Bahan kisar : Bawang merah, bawang putih, halia, cili padi 7-8 tangkai.
Tumis bahan kisar sekejap. Baru masukkan santan, biar mendidih. Masukkan lala, garam, sedikit serbuk kunyit, dan perasa. Tutup kuali sekejap dengan tudung periuk supaya lala masak sekata. Bila masak sekata, angkat dan hidangkan.


Ikan cencaru sumbat

Ikan cencaru besar yang dibelah belakang - dua bahagian.
Bahan TUMBUK: 5 biji cili merah (buang biji) ,2-3 ulas bawang putih, garam secukup rasa, sedikit gula. Sumbat bahan tumbuk ke dalam bahagian belakang ikan yang telah dibelah tadi. Goreng dengan api kecil hingga ikan masak.


Kangkung goreng ikan masin

Kangkung 1 ikat - dipotong.
1 ketul kecil Ikan masin tenggiri - direndam dalam sedikit air dan dihancurkan kecil2.
Kicap cair
Bahan kisar: Bawang merah, bawang putih, halia, cili padi 7-8 tangkai.
Tumis bahan kisar, masukkan ikan masin. Baru masukkan kangkung dan kicap cair, juga air secukup rasa.






Saturday, May 14, 2011

Kari ikan talang masin, ketulan ayam dan sotong masak sos tiram

Salam sejahtera,

:) Aish.. post kelmarin yg hilang tu. Yg ni ada save draft. Sabo je. Penat menulis awal 3 am semalam, tinggal gambar je. Resipinya saya tulis balik nanti. (geleng2 angguk2 ;)
Kat bahagian comment pun ada yg hilang. Kena reply lagi..

Tapi, bersyukur sbb HANYA itu yg hilang. Thanks blogger. Dalam 2 hari, dah settle masalah blogger seluruh dunia. Kira terer la tu, kan? caiyok!





Sunday, August 1, 2010

Menu 13




TAUGEH SOYA GORENG HATI
Salam sejahtera. Menu tertunggak 13. First time saya beli taugeh besar atau taugeh dari kacang soya ni. Rasa dia lemak dan keras2 skit. Satu kelainan. Dan sedap juga digoreng dengan hati.




SAMBAL UDANG DAN PETAI
Sambal udang ni sepatutnya entry sebelum sambal oter kerang tu. hihihi. Terbalik pulak,kan? Inilah dia sambal yang habis udangnya dulu, tu. Guna cili kering 20 biji. Ikut cara sambal tumis kak hanieliza (ada di MENU). Saya tumis sambal ni tanpa sos. Tunggu hingga sambal betul2 masak dan pecah minyak. Banyak tumisannya, pedas, kaw.. dan sesuaila buat lebih2 skit, simpan dalam tupperware untuk menumis lainkali. Jimat masa... Tetapi jika nak simpan, elokla skip sos, asam jawa dan belacan, dan guna dlm tempoh 3-4 hari sj. Itu syor saya... :D




IKAN SEPAT MASIN GORENG
Ini dia ikan sepat masin. Mencari kelainan sebab slalu beli ikan kembung masin tu. Sedap.... my hubby pun suka. ;)

Thursday, July 29, 2010

Menu 7

Salam sejahtera, lupa letak kata-kata aluan. Ini menu trtunggak lagi. Saje tayang, nak tambah koleksi menu. Moga memberi manfaat buat semua. :D

GULAI IKAN MASIN BERNANAS
Sumber: Nik mesra.net

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan masin gelama - sederhana besar
1 in lengkuas
1 in kunyit hidup
5 ulas bawang merah
3 cawan santan- jangan terlalu pekat 1 biji cili kering
2 keping nanas - potong ikut suka
1 keping asam keping
Sedikit garam
Sedikit gula
Serbuk perasa jika suka

Cara:
1- Blendkan lengkuas, kunyit, bawang merah dan cili kering.
2- Campurkan bersama-sama dengan santan, garam, gula dan serbuk perasa.
3- Masukkan nanas masak hingga mendidih.
4- Bila dah menddih masukkan ikan masin. kacau supaya santan tidak berketul.
5- Masak hingga ikan masak.

Cadangan Hidangan:
Hidangkan bersama-sama nasi putih. Hidangan ini enak dimakan semasa panas-panas. Lebih enak jika ada budu dan ulam.





AYAM BERSOS KACANG
Hihi. Ayam ni, hanya menggunakan kuah sate kak fida MyR yang saya buat aritu. Sbb saya ikut sukatannya betul2, maka banyakla yg saya dapat. hihi. Balance tersimpan dlm freezer. Saya campur kuah kacang tu dengan pati santan. Lumur ayam sekor or ketulan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Baru digaul dengan kuah kacang tadi. Perap sekejap. Panaskan oven dan bakar hingga ayam masak.





APAM GULA HANGUS PEMBERIAN JIRAN -KAK IDA




SUP SAYUR CENDAWAN ENOKI




TELUR DADAR

Wednesday, July 7, 2010

Tempe jangan bening dengan telur, ikan masin, sambal tempe, dadih eonis lagi...


Salam sejahtera,
Saya tak bape sihat ni, dari malam tadi. masak sempoi jer. Tempe jangan bening campur telur dan carrot, ikan kembung masin, dan sambal tempe. Tapi, Alhamdulillah, berkat ada ikan masin... my hubby makan bertambah. :D. Lega ati saya, seb baik dia tak kisah saya masak camtu. Dessert semestinya agar-agar gula merah tu. Plus.... alang2 buat agar2, saya buat Dadih Eonis tu lagi... teringin bila tengok kak mas buat dadih kelmarin. hihihi... :)

Kelmarin, comment kat blog ni ada problem. Banyak yg hilang. Saya comment kat blog orang pun hilang. padahal, panjang tulis tu. hukhuk...sape2 ada masalah cam saya tak? Arini dah nampak ok, sebab ada blogger pagi ni dah letak comment dan dah publish.. magic sungguh! aduh blogger, janganlah buat camtu lenkali. semput saya...

Dadih Eonis ni,mula2 memang nampak cam berair. Letak dlm peti sejuk semalaman, Insya Allah, cantik goyangnya. Saya sukat guna timbang elektronik, sbb tu tak susah. Oklah, nak cau dulu.


UPDATED 4.54PM : Hihihi. Firstly, saya mohon maaf utk wong jowo sbb bahasa saya salah. Patutnya tempe jangan bening. bukannya mangan bening. seb baik kak hana tak perasan, kalu tak mau kena denda.. hikhik. Memang itu yang saya dengar, jadi itu yg ditulis..huhu. Dah tulis, baru tanya my hubby. hihi. Jangan bening ialah masak air. Tempe jangan bening ngan telur bercili ni, dari MIL, saya cuma gabungkan jadi satu. :D (ada di entry yang lepas2)




Saturday, January 9, 2010

Dinner : Sayur kailan ikan masin, Sup Tauhu, Ayam goreng

Salam sejahtera, selamat pagi. Arini, saya tunjuk slide jer la. Banyak kerja ni. Insya Allah, ada benda nak sampai. Rumah belum kemas lagi neh. Kikiki. Pas siap keja nanti, saya ziarah ya...

Sup Tauhu - tumis biasa, ngan ikan bilis, campur taugeh skit, cili merah. Tambah air secukup untuk kuah.
Sedap...kalu tambah kiub ikan bilis megi,...laaagi sedap. kihkih


Sayur Kailan goreng ikan masin : Ikan masin jeruk takde, saya guna isi ikan kembung masin. Tumis dulu ikan masin. Pastu masuk bawang, cili padi, cili merah, dan kicap Manis. Masuk sayur.


Ini nak tayang watak utama, yang tak pernah mengecewakan... Ayam Goreng. Kihkih.


Monday, January 4, 2010

Sup Fishball ala Chinese Style, telur masak kicap, ikan kembung masin

Salam sejahtera.
Alhamdulillah, marathon Megasale Online Store kami telah berakhir, Jadi, kesibukan makin berkurang. 2 hari ni, saya sibuk kemas rumah. Menyambut our new sofa, book storage, dan dinner table. Insya Allah, sampai next week. Jadi rumah tunggang langgang.hihi.



Sup Fishball ala Chinese style. Saya ada makan kat Restoran Cina Muslim kat sini, sup cenggini. Jadi saya try n error. Alhamdulillah, rasa hampir sama.

Sup Sayur ala Chinese style-sendiri

1 paket kecil Fishball
1 Kiub bilis maggi
1/3 periuk Air (saiz kecil)
5 batang Sawi - dipotong2 (asingkan batang dan daun)
Segenggam taugeh
Sedikit Garam

CARA:
1. Didihkan air.
2. Masukkan batang sawi, fishball dan kiub bilis maggi.Biar sekejap.
3. Masukkan taugeh, daun sawi,sedikit garam. Biar hingga sedikit layu.
4. Angkat dan hidangkan.



Telur masak kicap yang alwiz buat bertambah nasi.

Telur masak kicap - sumber sendiri

4 biji telur - digoreng sebiji2 dahulu
1 cili merah - dipotong serong2
1 ulas bawang putih -ditumbuk
1 biji bawang besar (saiz kecil) - ditumbuk
1/2 inci halia -ditumbuk
1 sdb sos tiram
2 sdb kicap masin / kicap pekat
2 sdb kicap manis
1 keping kecil Kulit kayu manis
2 Bunga cengkih
1 Bunga lawang
Air secukupnya - untuk sedikit kuah

CARA:

1. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bahan tumbuk (bawang putih, bawang besar dan halia) hingga sedikit garing.
2. Masukkan air, kicap masin, kicap manis, sos tiram. Biar mendidih sekejap
3. Masukkan telur dan cili merah. Biar sebati.
4. Angkat dan hidangkan.





Friday, September 4, 2009

Iftar Ramadhan ke 13


Salam Ramadhan,
Petang kelmarin,stok tepung kek sampai.Alhamdulillah. Sempat snap gambar.






Petang tu,bila suami balik,dia senyum jer baca post saya kat blog ni. Sesaja tunjuk kat dia sbb dia sibuk bertanya gambar yang dia amik.Sebenornya gambar tempe tu,suami yang ambik.Cantik,kan?Sebijik cam burger..he he.Lepas tu, dia tebus kesalahan bawak memory card ngan ambik gambar coklat,yang tak jadi ambik kelmarin. Cantik gambar tu.Rasa nak ngap jer coklat tu. Saya tak pandai sangat ambik gambar.



Menu berbuka smalam, kailan goreng + masak lemak ikan masin + sotong bersalut tepung adabi. :)

Ikan kurau masak lemak.

Ikan masin masak lemak buat versi lain skit. Kelmarin,geledah peti,sah takder lengkuas,hu hu.

1. Bahan tumbuk:Bawang besar 1/2 biji, 2 biji cili besar(saya buang bijinya), sedikit halia.
2. Santan secukupnya.
3. Tulang dan isi ikan kurau
4. Ikan kurau saya goreng kejap.Reneh santan dan bahan tumbuk,sampai mendidih.Kacau slalu.Masukkan ikan kurau. Biar mendidih lagi. Tutup api.


Kailan goreng biasa jer.Bawang putih,cili besar, tumis dan sedikit telur.Campur sayur.

Sotong bersalut tepung adabi

Sotong bersalut tepung adabi.
1. Sotong besar 2 ekor- dibersihkan,buang tulang, dan buang matanya,dan belah 2 kepalanya.Badannya hiris bulat2.
2. Telur saiz B sebiji.
3. Tepung goreng ayam adabi (tepung ni dah ada garam)
4. Celup hirisan sotong ke dalam telur, gaul asing2,dan golek dalam tepung. Goreng sampai keemasan.



Noted: Rasa sotong besar ni lebih sedap berbanding guna stong kecik.Plak tu,kurang liat,walaupun garing.Kalu goreng skali ngan daun kari.Dah sebijik cam sotong goreng mamak yang mahal tu... slamat bajet,hehe..



Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers