Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label nota rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label nota rumahtangga. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Mencari redha Manusia

:)
Assalamuaikum,

Sajak ini sajak kehidupan. Saya rasa, semua wanita pernah mengalami situasi itu. Dan saya melihat seorang wanita, yang tidak habis-habis berkorban untuk orang tersayangnya. Tapi tidak memandang, orang yg sangat menyayanginya, yg ingin dia berubah, dari berusaha memuaskan hati manusia. :(

Kita bermuhasabah..



Dia menghitung kenapa?
Dia berbakti,
Dia mengorbankan hati,
Dia berharap dihargai
Berharap pandangannya tidak diketepi.

Benarkah
Mendapat Redha Allah itu,
degan berbakti pada ayah bonda,
Taat pada suaminya?
Tapi kenapa rasa seperit ini?
Bila Bayangan kita diketepi?
Muncul susuk pentingkan diri?

Saban waktu,
Rasa itu mencucuk dalam,
Rasa itu berbaur darah,
Mengalir tanpa kesan terbelah.

Allah,
Adakah mencari redha Allah,
kemudian rasa sepedih ini?
Dia termanggu di tiang Hatinya,
Dia terperosok di lubang kepedihannya.
Sakit.

Di saat cintanya diuji,
Dia tenggelam,
Lupa bertasbih.

Dalam Akal membasuh Hatinya,
Dia terfikir bijaksananya Allah,
Adakah selama ini dia mencari,
Redhanya Manusia?

Bukankah Redha Allah di situ?
Memuaskan hati orang tersayang dan menepikan rasa diri?
Dia mengira-ngira lagi.

Puaskah hati manusia?
Jika diberikan sedikit, mahunya banyak.
Antara Hatinya yan berharap Redha Allah,
Mungkin juga...
Redha manusia dia tidak dapat di dunia,
Kerana Allah memberinya ganjaran di Syurga!

Allah maha bijaksana dan luas kasihnya,
dan luas kasihnya,
Dia amat cinta pada manusia yg cinta padanya..
Allah...
Luasnya MAKNA kasihMu.

Meskipun begitu,
Kurniakanlah
"Rabbana Aatina fiddunnya hasanah, wafil aakhirati hasanah,
waqinaa a'zaabannar.

Mysweetlife-nurindah.blogspot




Friday, January 6, 2012

Lapang

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk)?
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan.    
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
   
Surah Al Insyirah . Terjemahan: http://www3.pmo.gov.my/webNotesApp/RqrMainM.nsf/WebQuranBannerMalay?OpenFrameSet



Assalamualaikum,

Moga semua teman dalam keadaan sejahtera dan rahmat Allah. Bulan ini, tahun ke 6 perkahwinan kami. Banyak dah perubahan hidup yg dialami.


Namun, meskipun kami berdua bukan tahap duduk semeja untuk mesyuarat keluarga, kerap juga saya buat kertas cadangan lalu tunjukkan pada suami untuk meluluskan ataupun tidak. Dari kertas lebih besar dr A4 yg bertulis marker, sampaila buat kira2 bodoh lalu saya usulkan pada suami utk melihatnya melalui E-mail.

Saya masih ingat, dari awal kahwin lagi my FIL selalu ingatkan saya untuk check surat penyata hutang dan bil my hubby. Meskipun masa tu, saya masih "blur" ttg kedudukan kewangan hubby, sebab saya bukanlah orang yg mmpu mmbeli Aset apapun. Bagi saya berhutang bank itu menyusahkan! :) Sedangkan prinsip orang lelaki yg baca buku donald trump ni, berbeza yg amat .

Namun, utk mengurus Aset adalah satu cabaran yg besar. Apatah lagi, Aset pun ada yg aktif, ada yg tiada penyewa. Lepas tu, bank sini mintak, bank sana mintak. Itu belum campur bil-bil keluarga. Mula2 saya tertekan juga. Namun perlahan-lahan saya mula biasakan diri. Masa tu saya redha Hubby dahulukan bayaran bulanan Aset dari belanja rumah. 

Itu saat yg getir. Namun, Hubby yakinkan saya utk melepasi tahap getir itu.


IA BERMULA

Aset juga harus diuruskan.
Masalah besar,  berpunca dari  Aset LOT KEDAI  di damansara yg tidak aktif dan tiada penyewa. Dari awal kami nikah.

Bayaran saja 1k setiap bulan trmasuk maintenance.  Aset ini, memang makan banyak duit dan belum mmberi pulangan. Allah yg menguji...   Alhamdulillah. Setakat ini, rumah apartment dah disewa. Itupun kena layan karenah penyewa yg liat nak bayar sewa. Lot kedai pula, sampai sekarang belum maju dan tidak ada penyewa. Itulah aset kami. Saya tak mahu katakan ia liabiliti. :)

Rasa nazak, tapi pengorbanan demi pengorbanan yg kami lakukan. Dah tak peduli apa kata orang yg suka mengkritik cara kami yg dah tahap kedekut nak beli baju baru. :) Tapi asal saja ada rezeki lebih, kami suka berkongsi dgn ibubapa dan oranglain.  Itu satu rahmat dan mmberi semangat buat kami...

Kata orang, kalau tak cukup duit, kerjalah part time. Tapi kami tak guna cara tu.  Kerja kilang saja dah rasa penat yg amat, mana larat lagi nak part time.  Saya pula sejak Hubby operation ACL dulu, saya dah tak kerja tadika. Dgn gaji RM 350 sampai jam 2 ptg, saya rasa tak berbaloi berada di luar.  Kemudian,  menjadi  PA (personal assistant) tak bergaji. Belum campur kerja2 rumahtangga lagi..

Alhamdulillah, dengan masa yg ada, saya manfaatkan mengurus masalah dari rumah. Asal saja ada plan baru, target baru, saya akan usulkan pada suami. Dan my Hubby lah yg menapis sama ada ia sesuai tak dgn caranya.  Dan biasanya, kami berjimat sehingga masalah itu segera berkurangan. Kerna utk melunaskan hutang bank, belanja rumah terpaksa dikurangkan.

Lagipun, saya tak perlu pakaian yg cantik sangat utk ke tmpat kerja, atau tudung dan handbag utk sama trend dgn teman2. Ataupun maintenance kenderaan atau duit minyak ke tempat kerja.  Jadi, saya dah kurang belanja di situ.  Dan saya tidak perlu meminta cuti dari sesiapa utk menemani suami yg kerap cuti pada  weekdays (hari kerja, bukannya weekend atau cuti umum? Saya tambah ya, jadi guru tadika susah nak cuti woo :)

Biarpun, kadang2 saya mmbandingkan diri dgn isteri kawan2 Hubby yg lain jugak. Mereka yg trendy, vogue, berduit, nampak ada 'kelas' bercakap ttg kerja dan life mereka. Dari pramugari, sampaila yg kerja bank. :) Nak bercakap dgn mereka pun saya malu dgn diri sendiri yg takde apa-apa.
 Cuma apalah nak fikirkan orang... memang hidup kita kan tak sama? :)



ALHAMDULILLAH

Sekarang ni, Alhamdulillah rasa pengorbanan berbaloi. Alhamdulillah, dengan usaha dan izin Allah, kami bebas dari hutang kad kredit yg bertimbun. Sebab Gaji dah naik pun, ya jugak.  Lebih lega rasanya. Sekarang ni pun, minyak kereta pun FREE selagi belum sampai limit. :) Tahun2 yg lalu, minyak keretalah yg banyak guna kad kredit. :) Allah yg Maha Pemurah..

Sekarang, kad kredit hanya utk bayar Autopay. Autopay, yg jenis bayaran tolak terus dari kad. Utk bil-bil asas. Er.. Kenapa tak bayar semua cash? :)
Sebab zaman ini CASH sangat bernilai. Tak semua tempat boleh guna kad.
Saya tambah ya, nak elak guna kad kredit masa brbelanja memangla sukar. Memang ada, tapi kami limitkan. Tapi kami masih amalkan yg satu ini sejak tahun lepas. Bayar CASH di pasaraya, utk keperluan rumahtangga. Jadi, kita tahu, apa yg mahal atau murah, dan yg perlu atau tidah perlu sangat. :)

Tak lama lagi, Insya Allah, naik rumah baru. Rumah teres setingkat saja. Tak besar, tak kecik sangat. Rasa tak malupun, meski teman2 sejawatan Hubby, semuanya rumah tahap banglo. hehe... Rezeki orang. Dahulu pun, nak cari rumah macam tu. Tapi teres 2 tingkat pun dekat 200K.  Menambah Aset baru bukan bermakna dah banyak duit. Tapi mengelak kerugian menumpang aset oranglain. Rugi, kerana selama ini menyewa, bagi duit kat orang. Membeli rumah, adalah membayar utk masa depan sendiri. Betul tak? :)

Nikmat Allah yg mana kita nak dustakan?

Saya catatkan di sini, sekadar renungan kami berdua. Membangkitkan semangat juang lagi utk mncapai TARGET SETERUSNYA. Allah... terasa kerdilnya diri ini. Mudahkanlah dgn rahmat dan RahimMu!



 

Monday, December 12, 2011

Rutin seorang isteri

Assalamualaikum,
Salam Isnin yang ceria. No more Monday Blues ;)

Disebabkan hati saya kadang-kadang bergetar dengan kerja rumah yang tdak sudah-sudah. Dari kecil sehingga sebesar perkara. Jadi saya cuba mencari Motivasi dan pelbagai 'organizer'. Lagipun saya tiada pembantu, suami sangat sibuk meskipun hari cuti. Melihat ramai teman yang punya anak kecil lebih bermasalah dari saya dengan suami yang jarang membantu kerjarumah, saya cuba mengatur rutin kerja rumah. Mungkin membantu adik-adik yang baru berumahtangga. Moga catatan ini dapat membantu sedikit sebanyak.




RUTIN SEORANG ISTERI


0. Masa Rohani

Waktu kerohanian sangat penting. Ia untuk mencari kekuatan diri untuk menjadi wanita yang terbaik untuk keluarga kita. Selepas solat fardhu, zikirlah dan berdoalah betul-betul. Jauhilah solat akhir waktu kerana ia tidak mmebantu hati kita tenang. Carilah ruang utk bersolat dan manfaatkan masa itu, solat hanya mngambil masa 5 minit! Jika rajin, bangunlah solat tahajjud, sangat bagus untuk muhasabah diri..



1. Mencuci

- kenapa mencuci dahulu? Kerana persekitaran yg bersih akan mewujudkan keluarga yg sihat :)

Tempat yg cepat 'comot' ialah sinki dapur dan tempat penunu memasak serta dindingnya. Ambillah perhatian di situ. Sediakan berus khas untuk sinki dan untuk dapur masak serta pencuci yg hygenic. Mencuci pinggan dengan memakai apron tahan basah sangat memotivasikan, tak rasa penat pun. Jangan lupa stok bahan pembantu sprt pencuci selalu jer kehabisan :)


2. Mengemas

- Tak seronok tinggal di rumah atau berada di dapur yang tidak tersusun dan kemas. Paling kurang benda yg besar-besar yang tidak mudah dicapai anak-anak kecil. Utk senang, gunakan room checklist. Seperti di sini: http://printables.yourway.net/kitchen-cleaning-checklist/

Kadang-kadang pening untuk menyusun atur barang-barang dapur, perabot, dekorasi rumah dsbg. Carilah idea dari pelbagai sumber. Banyak tips di internet sprt website Marthastewart.com

Utk dapur, ia lebih kepada fungsinya utk menyediakan makanan. Biasanya barang letrik yg selalu digunakan sprt blender (pengisar); periuk letrik; jug letrik; diletak atas meja brdekatan dan dekat plug. Dapur masak dekat dengan meja memotong dan periuk belanga. Rempah ratus, garam, dan bawang biasanya dekat meja memotong, begitu juga pisau. Langsir dapur biarlah sesuai.

Ruang lain pula, perabot dan barang2 di dalamnya adalah mengikut kesesuaian saiz bilik, warna dan dekorasi dan jumlah pengguna bilik itu. Kabinet pakaian pula, elok cari pembahagi supaya dapat asingkan kain yang besar; pakaian kerja yg digosok; pakaian harian; pakaian dalam; stoking dsbg.


3. Memasak

- Memasak di dapur yg kemas dan bersih (tidy and clean) lebih menyeronokkan. Suasana segar membuatkan hati kewanitaan dan fikiran kita lebih segar dan kreatif untuk menyediakan hidangan.

Bangun pagi, pertama sekali masak Air, kerana air mudah habis kerana diminum semua ahli keluarga. Periksa juga makanan sedia ada dalam peti ais supaya bila lapar, sudah ada makanan yg boleh dimakan.

Untuk bersemangat melakukan kerja dapur, pastikan kita mmpunyai alat pembantu seperti 'cooking tools' (alat memasak). Kebanyakan buku memasak juga ada senarai ni seperti periuk belanga, pisau, bekas plastik, dll. Perlu juga penimbang, sudu penyukat dan converter timbangan. Biasanya kita perlu atur sukatan bahan supaya kena dgn sukatan rempahnya. Sama ada mengikut resipi atau tidak, kita tetap menyukat, kan?

Langkah seterusnya kita merangka menu . Menu Planner. Kemudian pindah ke grocery list. Lalu kita ke pasaraya. :) Proses seterusnya ialah membasuh dan memotongnya, lepas tu menyusun apa yg perlu dimasak dahulu dan dengan cara macam mana (goreng/bakar/tumis/didih). Chef Kamarul ajar dalam buku 30 mninit, proses ini semua dibuat pada satu hari yg dinamakan Hari Produksi. Saya pula, buat bila-bila masa jer. hehe.. Akhir sekali barulah mengurus dapur (mencuci dan mengemas).

Tuala dapur bagi saya amat penting. Saya rasa 4 Tuala dapur dah cukup. Alat pembantu sprt Tuala dapur, bagi saya amat perlu untuk mengelap tangan sebelum mnyentuh barang lain. Jd taklah semuanya comot :) Saya selalu juga mnggunakan tisu dapur utk minyak2 di celah dapur masak. Tukar tuala dapur yg lembap setiap hari.

Begitu juga Apron, bagi saya ia mmotivasikan perasaan saya semasa di dapur. Juga Sarung tangan oven, saya amat perlu semasa di dapur bukan saja utk oven, tapi ia praktikal utk memegang semua periuk atau kuali yg panas.

Hidangan yang disusun cantik dan dipotong kemas, lebih membangkitkan keserian hidangan dan mnyeronokkan hati utk memakannya. Betul tak? :) Dengan Merancang menu, memudahkn mmbeli bahan di pasar, senang nak asingkan jumlah yg perlu utk dipotong dan bersihkan, cepat memasak kerana ada fokus, mngurangkan mangkuk yg perlu dicuci. ;)Di sini jg kita perlukan penimbang. Ada sesetengah suami, lebih suka jika masakan isteri yg elok rasanya. Jd utk yakin, lebih baik mngikut resipi. ;)

Menu Planning (Breakfast, lunch, dinner, AM/PM snack)
* Jenis menu: Minuman, nasi, roti, mee, lauk, sayur, buah, minuman, biskut)
* Jenis + cara masak + servings berapa orang
Cth: Ayam + madu + bakar; air + tembikai + kisar; paratha + kuah dhal + canai/didih; nasi ayam + kuah sup + sambal + goreng/didih/kisar; Boleh saja sediakan menu 'all in one pot!' macam tomyam dan sup utk sekali makan.

OAMM (once a month menu) = 3 @ 4 kali makan x 30 hari = 90 @ 120 Menu/resipi sebulan.
OAWM (once a week menu) = 3 @ 4 kali makan x 7 hari = 21 @ 28 Menu/resipi seminggu.
OADM (one a day menu) = 3 @ 4 kali makan sehari.


4. Mengemop dan mengelap

- TUgasan harian buat secepat mungkin. Tugasan mingguan boleh buat secara bergotong-royong semua ahli keluarga. Tugas harian boleh mmbersihkan debu ringan sprt pada bunga hiasan atau atas meja. Boleh guna pembersih yg ada bulu bersaiz kecil. Tugasan di hari cuti pula boleh mengelap tingkap, memvakum karpet, mmbersih sawang pd siling, membersih peti ais dsbg.

Oh,ya. Elakkan meletak barang atau kotak di bawah meja office, atas kabinet tinggi, kerana ia mudah memerangkap habuk. Kadang2 kita tak perasan.

Alat bantuan yg penting sprt kain buruk utk mngelap tompokan degil di lantai, kain pengelap khas utk perabot, kain utk rak dan kabinet, multipurpose duster (penyapu berbulu yg panjang dan pendek), cecair pencuci 'multipurpose' yang hygenic dan wangi.

Di dapur, memang banyak kerja mengelap, dari mengelap tumpahan, tompok minyak, mngelap meja kerja, mengelap barang letrik yg digunakan, mengelap kabinet bahan masakan sehingga ke peti ais. Tapi yg banyak-banyak tu lebih baik di buat di masa cuti. Ada juga ahli keluarga lain boleh mmbantu. ;)



5. Menjaga badan

- Tiada yg lebih menggembirakan hati suami selain melihat isterinya bersih, kemas dan berbau harum. Cantik ialah definisi 'peribadi', terpulanglah untuk menghias diri. ;) Satu lagi, sikatlah rambut selalu. Selagi boleh, lepaskan rambut bila di hadapan suami, jangan selalu digulung atau dikepit dgn penyepit rambut. Ia membuat kita rasa yakin diri ;)

Bersihkan perut, iaitu minum minuman yg boleh mmbuang buangan dan toksin dr badan supaya badan kita lbih segar dan brbau harum. Cergaskan diri dgn kegiatan kardio (brbasikal, joging dll). Ia juga mengurangkan 'Fat' atau lemak yg brlebihan sprt 'double chin', selulit pd peha dan perut . Insya Allah, kita boleh lakukan!


6. Wangian rumah

- Saya lihat, rumah yang ada air freshener, lebih segar perasaanya. Semua ahli keluarga mesti suka bau yang wangi. Terutama wangian cadar yang baru dibasuh, wangian dari pakaian kerja untuk hari pertama, bau lantai yang siap dimop, tandas yang baru dibasuh atau air feshener yang disembur setiap kali selepas memasak.

7. Hari minggu ialah 'Family Time'

- Sering wanita berasa tidak cukup masa di hujung minggu. Hendak mencuci, mengemas, melayan karenah anak dan selera suami. Kadang-kadang ada saja 'plan' suami di hari cutinya untuk mengajak isteri keluar, tapi rutin tetap isteri tetap perlu dijaga juga, kalau tidak semuanya bertimbun-timbun. Hutang kerja yang dibawa ke minggu hadapan ;)

Jadi, lakukanlah tugasan rumah secara rutin atau tetap setiap hari. Sediakan jadual tugasan rumah 'Chore Chart' untuk semua ahli keluarga. Jadi baki kerja yang tertinggal sudah tidak banyak untuk hujung minggu.

Bab masak, terpulanglah, kerana ada isteri dan ibu SUKA memasak banyak di hujung minggu . Ada isteri dan ibu yang sudah JEMU memasak, lalu mahu memberi perhatian pada perkara lain.

Hari minggu sangat bagus untuk memberi perhatian satu sama lain, seperti kebersihan badan dan kesihatan anak dan suami, merawat pakaian kerja suami dan pakaian sekolah anak, membaiki alatan rumah, menziarah ibubapa dan makan bersama, melayan karenah anak yang sebenarnya dahagakan perhatian, juga 'spend time dengan Suami berduaan. Tanyakan seleranya dan pendapatnya ttg diri kita. Ia sangat bagus untuk perhubungan, tetapi pastikan ada makanan kerana pasti kita akan lapar ( sedia ada/ dimasak bersama sprt barbeque/ makan di luar).


8. Dokumen penting, Mail dan borang

- Seorang suami kerap bertanya pada isteri ttg hal fail kerja atau dokumen pentingnya. Jadi sediakan kabinet untuk semua fail penting itu, seperti fail kerja kita dan suami, fail dokumen penting keluarga, fail kerja sekolah anak. Boleh letak semua sekali dalam satu kabinet dan letak label/pembahagi untuk setiap bahagian/rak, atau letak dalam setiap bilik berasingan. Tapi pastikan dokumen sulit seperti Aset, wasiat, maklumat peribadi, buku bank dan kad bank di dalam kabinet di bilik tidur kita.

Peranan isteri jugalah untuk mmebantu mengasingkan surat, bil, dan penyata yang sampai setiap minggu. Surat biasanya jemputan kahwin dan 'meeting', 'reminder', kad bank . Asingkan Bil sama ada dibayar segera, mingguan, bulanan, tahunan. Letak 'due date' atau bayar sebelum untuk mengelak interest. Yg boleh bayar secara online, lebih baik.

Jika ada borang yg suami tidak sempat isikan, berilah peringatan padanya. Jika dia masih sibuk, bantulah suami mengisi borang itu dengan pensil, atau tuliskan datanya dalam excel. Jadi, suami mndapat bantuan untuk mengisi borang penting itu dengan cepat. Borang ini seperti bancian penduduk, borang dari setempat, borang cukai pendapatan, borang dari pihak sekolah.


9. Membaiki alatan rumah

Siapa kata isteri dan ibu tidak mampu mmbuat kerja membaiki? Jika ada pengetahuan, dan tidak membahayakan diri, lakukanlah untuk membantu tugasan suami. Pada yang tidak pakar, lakukan pembaikian sementara dan tunggu arahan suami.

Tetapi jika suami melarang, janganlah lakukan kerana takut nanti berlaku kejadian tak diingini, kita pula dipersalahkan. Bab pertukangan atau 'maintenance' rumah biasanya suami lebih cermat, dan jiwa lelaki suka diberi peranan yang berat dan penting2. Walaupun kita pandai, jangan membuat semuanya. Tugasan kita pun banyak menanti ;)

10. Menjaga pakaian

Rutin membasuh pakaian tidak kira waktu, selagi sempat. Sebenarnya membasuh pakaian di waktu malam menjimatkan elektrik. Pakaian yang disidai dari malam, lalu diletak dikeringkan pada siang hari, lebih cepat proses keringnya. Apath lagi di musim hujan dan lembap.

Berusahalah mengejar matahari. Jika mmbasuh dari pagi, mesin kain sebelum Sarapan. Jika telah membasuh dari malam, pastikan kita menyidainya sebelum tidur. Amat penting utk mngelak kain berbau. Sayang, perlu dibasuh lagi. Tips, lihat ramalan cuaca. Jika hari tidak hujan, bolehlah jemur kain di tempat panas dgn senang hati :)

Sediakan bakul2 untuk kain yang putih sahaja trmasuk coraknya; yang hitam; dan yang berwarna . Di sini juga perlukan Baldi utk basuhan tangan sprt tudung instant. Perlu juga Clorox terutama utk mnjaga kecerahan kain yg putih / dan kebersihan 'kain buruk', tapi jangan biar direndam seharian krn kain mudah rosak.

'Laundry Days' ialah untuk pakaian kerja + pakaian sekolah + pakaian harian. Hari biasa untuk pakaian sedikit, dan satu hari untuk pakaian banyak. Tetapkan juga hari membasuh tuala + cadar + langsir. Bila diasingkan waktu mmbasuh kain besar dan kecil, lebih cepat kerja kita untuk proses seterusnya, Melipat, Menggosok dan Mengasingkan pakaian mengikut ahli keluarga. :)


11. Bilik air dan Tandas

- Bilik yang setiap ahli keluarga tuju setiap hari sampai malam. Selain cuci tandas dan 'flush', yang dapat kita bersihkan ialah mendakan dari sabun mandi. Bertompok-tompok jer luar mangkuk tandas, lantai dan dinding, kan? Jika mempunyai bilik air tandan tandas berasingan sangat satu kelebihan, tidak perlu rasa was-was. Lantainya pula memang kena berus. Di sini, bagi saya guna Clorox beserta pencuci lebih tahan lama bersihnya. Dalam seminggu masih tidak nampak tompoknya. Jadi, untuk menjaga Bau bilik air dan kesihatan seluruh keluarga, memang kena bersihkan tandas. Mottonya senang, sambil mandi, sambil bersihkan bilik air. ;)



12. Mencari ilmu dan mengembangkan minda dan idea.

- Wanita perlu menambah ilmu dari hari ke hari. Semakin meningkat usia, makin terasa banyak perlu diterokai. Cadangkanlah pada suami untuk keluar bercuti di kawasan lain untuk menambah pengalaman. Carilah sumber Internet yang positif, bukan gosip. Yg membantu kita menjana kewanitaan kita. Daftarlah ke kelas agama sebagai Motivasi diri untuk mengahadpi pancaroba hidup, bahkan senang untuk menjawab persoalan agama sebagai Bekalan diri. Juga permulaan mncari kawan yang baik agamanya. Carilah sumber rujukan yang baik. Majalah yang tidak banyak pengaruh negatif jika anak-anak terbaca. Buku yang membina minda yang kritis dan positif.



13. Nak tumbuhan subur, kena siram dan bagi makanan pada pokok yg kita tanam.

-Siram setiap pagi/petang. Buat list baja dan 'time' menggembur tanah. Mengikut dalam internet, pokok yang sesuai ditanam dalam pasu ialah pandan, pokok kari, serai, cili, kunyit, halia, daun kesum, pegaga, sadri, cekur. Pokok yg mudah besar seperti pokok limau kasturi, pokok kari dan serai. Sumber di sini: http://www.senihias.com/v2/?cat=69


14. Sampah

- Jika rumah perumahan, catat hari majlis bandaran mengambil sampah. Dgn itu, sampah takkan sempat membusuk di dalam tong di hadapan rumah. Jika rumah apartment, dah ada tempat khas secara kelompok.

15. Bersihkan halaman dan longkang

-Di rumah baru nanti, saya akan ada halaman beserta tanah kecil. Jadi, saya masukkan 'list' ini. Utk mudahkan mnjaga aurat, rasanya nak sediakan jubah. Oh ya, saya perlukan penyapu halaman dan cangkul! ;)

16. Menyapa jiran

- Bertanya khabar, juga membantu kerana mungkin ada masa mereka kesusahan. Mengambil tahu hal sekeliling , bukanlah bererti boleh mengumpat peribadi oranglain ;) Kena pastikan perbualan tidak tersasar. Cth, kes kecurian, dll..

17. Selalu 'pre-pare'( bersedia!)

Selalu amalkan sifat bersedia, Insya Allah memudahkan kita. Sekecil kita memotong sayur dan bawang utk mnggoreng mee utk sarapan besok. Semudah menggosok pakaian kerja atau meletakkannya di satu tempat supaya senang dipakai esok hari. Walaupun kita tahu di mana kita simpan barang2 tu, cara begini lebih mnjimatkan masa, terutama bila kita trlewat.

'Reminder' juga amat penting. Buat satu diari kecil , 'Cooking Diary' atau 'HouseWork diary' atau 'To Do List' supaya kita ingat kerja apa yg belum siap haritu utk dibuat esok harinya. Tulis plan minggguan dan bulanan sprt 'appointment', bil air, bil letrik , bayaran 'loan' bank, kad kredit, plan hari cuti, undangan majlis, Hari raya, dll.. Letih,kan? hehehe...

Biasanya kita mmg kelam kabut di waktu pagi dan masuk waktu maghrib. Jadi, jika dah ada rancangan apa nak buat, sediakan bahan atau barang yg perlu dan letak di satu tempat yg mudah dilihat. Kalau nak balik kampung, sampah letak siap2 depan pintu, takut terlupa.

Jika ada saja barang rumah yg habis, tulis dalam senarai 'grocery list'. Boleh guna software ni: http://www.menus4moms.com/kitchen/weeklymenu/grocery_list_software.php. Kita tulis, dan bila print, dah siap bersama bajetnya. Nak keluar rumah, terus ambil list dan shopping dgn senang hati sbb dah kira bajet ;)

18. Bercuti

-Jika balik kampung atau bercuti di tempat lain, memang kita sibuk... mengemas beg! Hurm, masa ni, kadang2 saya lihat check list yang di bawah. Kita tambah jer yg mana perlu. Mudah! ;)
http://www.faretex.com/your-printable-travel-checklist/#more-341
http://familyfun.go.com/printables/car-trip-checklist-703935/


19. Undangan, hadiah dan sumbangan

- Suami saya sering bertanya saya untuk memilih hadiah bila ada sprt kenduri kahwin kawan-kawan dan officemate (team rakan sekerja). Biasanya ada undangan semasa cuti Awal Muharram @ Maal hijrah (Nov), di cuti Raya Puasa, di cuti Raya Korban (orang pantai timur), di cuti sekolah yang panjang (bulan Mei-Jun, Nov-Dec).

Sering juga ke pasaraya besar, beli barang letrik dan kertas pembalut. Terus mintak bahagian service bungkuskan. Tapi kadang2 tak kena masanya, Sale tengah takde. Jadi, saya merancang nak beli hadiah kahwin di waktu ada promotion, bila-bila saja trjumpa. Mungkin 1-2 jenis sebelum Musim kenduri kahwin, lalu disimpan dan bungkus sendiri. :)

Hadiah atau sumbangan adalah mengikut kemampuan. Rancanglah sebaiknya supaya kita tak kurang budget pada bulan itu.

Undangan majlis tahlil yg dibuat di rumah, biasanya pada bulan Syaaban - Ramadhan.
Bulan Zulkaedah, majlis doa selamat bagi bakal2 Haji.
Majlis cukur jambul dan akikah biasanya dalam sebulan selepas berita kelahiran baby sedara mara dan teman2 kita. Walau majlis akikahnya dibuat di kampung pun, kita masih perlu mnhargai mereka dgn melawat mereka.
Cuti sekolah akhir tahun pula, biasanya majlis berkhatan, housewarming (naik rumah dan doa selamat), kenduri doa selamat yang biasanya beserta tahlil.
Untuk Majlis di atas, kita bole mmberi sampul duit sumbangan (jika perlu). Utk housewarming kita boleh menyelitkan hadiah juga sprt hiasan rumah. Dan baby shower/ majlis akikah dan cukur jambul, kita boleh cari hadiah set 'Newborn baby' dan hadiah utk ibunya, jika ibunya kawan baik kita. Atau mmberikan sampul duit.

Undangan majlis harijadi jarang-jarang ada. Tapi jangan lupakan, Hari Istimewa ahli keluarga tersayang. Rancang sambutan sesederhana mungkin. Belikan hadiah walaupun sekecil buku beserta kad ucapan. Nak beli hadiah utk anak-anak, mungkin baik di Sale christmas, sbb banyak sale permainan. Mungkin boleh belanja anak mmbeli buku di Pesta Buku setiap Mac/April, atau merancang percutian family di tepi pantai, tapi elakkan bercuti di pantai pada Dec dan Januari kerana ombak sangat besar.

Kalau utk ibubapa, sebaiknya beli hadiah masa Father's day dan mother's day. Sangat murah masa tu dan cantik-cantik pula. Untuk suami atau isteri tersayang, pada sale valentines boleh, sales Hari raya puasa pun biasanya cantik-cantik baju, kasut atau handbag :). Simpankan hadiah itu utk hari lahir dan Anniversary.

Oh, saya mndapat maklumat dari Sales.... barang letrik yg besar sprt TV biasanya sangat murah di musim perayaan ;) Barang letrik kecil pula biasanya sale mingguan kerana mngikut Sale jenama. Perabot sprt sofa dan meja pula murah di akhir tahun sbb nak masuk stok design baru. Makanan kesihatan yg brjenama juga murah-murah di akhir tahun. Memang banyak pilihan utk mmbeli hadiah, kan?

^_____^

Mungkin boleh ditambah nanti. :)


Friday, July 29, 2011

Celoteh, price list pasaraya NSK


Jamu mata dulu dgn cempedak luar pagar. Perak punya. Beli ondaway balik dr banting kat olak lempit. Kata adik yg menjual, buah cempedak tu dari perak sbb katanya buah cempedak yg dr banting lambat sangat masak. Buah macam kurang menjadi tahun ni. It's ok for me.  Kelantan, Trg pun  yg selama ini penuh dgn buah durian bulan 6-7, tak 'galak' berbuah.  Kata Mama saya, banyak durian perak yg sapot permintaan. Sape yg dok perak, seronokla ya? :)).

Oh ya, saya buat guna batter tepung beras, campur telur, air kapur makan, garam dan kunyit. Bagi saya, kalau goreng separuh dari buah cempedak tu, cukupla 1/2 biji telur yg dikacau. ia tak trlalu kembang, malah rangup sedang-sedang. Nak goreng semua, taruk je sebiji telur. Sekejap jer abes tu.. :D


CELOTEH

Siapa kata bila dah merancang, kita tak diduga? Makin kita cuba perbaiki hidup kita, makinlah banyak dugaan yg datang. Mcam sibuk sangat saya ni kan?

Inilah bendanya....

haih .... haih.... kecian my hubby. Bulan ni jerk (tak baik mengeluh ;)

Tayar kancil pancit - abis 100 ++ (bunga tayar elok lg, tp takleh tampal dah, kena tukar gak)
Baiki aircond kancil dll - abis 700 ++

* Kata hubby kalu aircond rosak, time hujan lebat cermin berkuap, susah nak nampak jalan. dahla mr hubby pakai spek.. dan nak masuk musim hujan dah ni.
Belt pun dah loose biarkan je.

Skarang,
Gigi mr hubby pulak yg sakit lagi. Memang kalu kat klinik kerajaan, dah lama kena cabut tu. Tapi sayangkan gigi. geraham tu. Belum pun 40 lagi. Jadi usahakan jugakla buat rawatan.

Dlm bulan yg sama... mau tak menangis?
Semua tu takde dalam plan bulan 7-8 lor..

Setiap kali keta rosak, my hubby akan bincang ngan saya dulu. Yalah, sebb sekali hantar bengkel cajnya lebih dr duit belanja dapur sebulan!

Seperti biasa, saya kena pandai-pandai kurangkan belanja dapur bulan akan datang dan tidak minta itu ini. hurm... biasalah musim raya, orang perempuan berkehendak itu ini. It's better management. I hope...

Even 'duit sampingan' pun tak mampu nak sapot kalu 'masalah sampingan' pun, dah dkat seribu sebulan. you'll know when it is the right time to use a C.card. Dah syukur tu, takdela trpaksa meminjam sana sini when you really need it.

Even belanja dapur kat pasaraya pun dah dekat setaun kami guna CASH lepas abes pay c.c akhir taun aritu. kalu terguna c.c pun, saya akan tolak dr duit dapur . Punyalah tekun ikut plan. :p. It's a tough plan, you know...

Dugaan menjelang Ramadhan. nak kata apa.
Saya nak balik ke besut skejap minggu lepas pun dah tak sampai hati. Nengok mr hubby berkerut muka je. He needs someone.

Untuk gigi, Sekarang pun saya tak masak benda keras2 sangat atau mudah terselit. Ketam nak skip dah. Daging pun blom beli lagi. Mudah sangat hubby berkerut muka bila giginya sakit. aduh... saya tak ble bayangkan. Saya pun dah larang hubby makan kacang ke, kerepek. Kata org dok kunyah benda2 tu, kita mudah sakit gigi. Even kita gosok gigi 3 kali sehari campur listerine dan floss lagi.

Orang lelaki selalu bertindak ikut Keadaan. Bila masalah datang. Ikut mana lebih penting.

Orang perempuan walau suka merancang, tapi duit susah nak lekat kat tangan. :P ye ke?


PRICE LIST

Tmpt yg pling parah dan menggalakkan guna c.c ialah tesco dn giant. ada jer trlebih, yg sepatutnya RM100 jadi 200. Sbb tu tahun ini, muka kami asyik prgi NSK rawang je skrg. Borong Mall... kalu rm100 (barang basah jer), dah penuh troli. barang tin dsbg usah cakapla, rega sama jer mana2 cuma trkurang waktu sale jer.

Ini pricelist Pasaraya NSK rawang. rasanya sama dgn selayang.

Resit Jun- Julai 2011:

Weetameal jacob's biscuit - sangat sedap. utk bulan pose. rm12.50/tin
Gula 2 kg - utk buat kuih muih dan minum teh, dll rm4.60
dutch lady full cream - 1lt rm5.79
fruit tree apple with aloe vera 1 lit rm3.89
maggi tomyam rm4.50
Susu tepung everyday 600gm - rm14.30
susu sejat fn rm2.60 (mahal skit, tapi suka susu ni)
susu pekat fn rm2.85
santan kotak ayam brand 200ml rm2.50 - bila trdesak untuk buat kuih.
santan kotak besar ayam brand 1 lit rm8.50 (ayam brand ni baunya elok, ada setengah jenama bau semacam)
laici uro rm3.20 - untuk trifle, air teh laici, soda brlaici, puding laici . Suka laici nih!
fruit cocktail choice rm3.80 - utk trifle, koktel buah
kawan paratha plain - rm3.69
ayamas chicken ball 850gm - rm9.69, sedap dibuat sambal tumis.
ramly daging kisar 400gm rm5.50, rancang nak buat karipap.
kulit popiah KG - rm3.99
ramly frankfurter ayam 1kg - rm9.99
KG mixed vege 500gm rm3.19
laksamana Mee 450gm rm0.90 (utk mee atau kue teow saya guna jenama ni sbb kualiti mee elok)
adabi asam jawa 200gm rm2.40
ladies choice mayonis 230ml - rm4.80
sabun top 3lit- rm14.90
premier kitchen towel 6 pcs- 9.90
minyak saji 5kg- rm13.35
sardin ayam brand 425gm- rm6.10 (sadin mahal sedapla..)
sardin king cup 425gm 4.70 (yg ni bagus juga kualitinya. org meniaga kuih pakai)
sardin ayam brand 230gm - rm4.10
beras wangi - 1 kg rm4.50, saya beli 3 kg sj
cili kering - 1 kg rm14.90, 200gm dah banyak kalu utk org bujang.
bawang putih - 1 kg rm2.80, 500gm dah cukup 2 minggu
ubi keledek - 1 kg rm1.89
bawang kecil india - 1 kg rm3.50, 500 gm cukup 2 minggu
bawang besar - 1 kg rm1.50, 500gm cukup 2 minggu biasanya.
udang besar - 1 kg rm18.99, beli 500gm dah byk. yg sederhana dlm rm16-17
Kerang - 1 kg rm1.80, 1.5-2 kg cukup 2 kali masak.
ikan kembung - 1 kg rm7.99, ambik yg elok, jangan yg dah pecah perutnya, 600gm adalah dlm 5-6 ketul yg saiz sederhana.
ikan bawal hitam - 1 kg rm14.99, 600gm kira-kira 2 ekor ikan
ketam bunga 1 kg, rm4.34

Ini jerla. Kalau ada perubahan, rasanya saya akan update.


Saturday, June 25, 2011

kasihnya...


Hari ini berasa tidak puas lagi bercerita. Maafla, kalu sudi mmbaca, silakan saja. Saya malas nak hop hop lagi. Harus masak kerana hubby kerja separuh hari hari ni.

Ada orang suka melalui jalan yg susah. Seperti bekerja di kedai cina dgn jadi rm350 sebulan dgn syif dan kerja yg brtimpa2 yang diberatkan oleh majikan.  Tiada istilah kasihan pd kaum melayu di situ. Siapa rajin  dan pandai mengambil hati, dia akan cepat naik gaji. Kalau majikan melayu buat sprt itu pada pekerja melayu, pasti... isu tidak kesian pada melayu  pasti dibangkitkan dan disebar seluruh tempat. Susah mnjadi pekerja, susah juga mnjadi boss.


Pernah jugalah adik saya bekerja di kedai sprt itu. saya melihat dgn tidak betah pada layanan bos, malumlah budak baru nak belajar kerja. RM350  gaji jurujual yang belum ditolak makan minum semasa kerja dan minyak motor ke tmpt kerja. Maka, balance yg tinggal cukup-cukup sahaja.

Padahal ada saja kerja lain yg makan minumnya tak payah, dan tak perlu berulang-alik sejauh itu? Kerana apa?  Asal lepas dari situasi menganggur. nampak macam payah, tetapi di situ hatinya berasa lega. Ada kerja dan jauh dr pandangan sinis orang.

Cuma saya tidak betah melihat itu.Saya kasihan padanya.

Bagaimana pula apabila kita dibawa ke jalan yg susah, dan terpaksa mengikut?

Seorang suami adakala sifatnya lain, corak pemikirannya lain.


Adakala, isteri terpaksa berbulan-bulan menggunakan cerek gas hadiah perkahwinan, sedangkan orglain dah ada cerek letrik hanya kerana cerek itu belum rosak? Apabila isterinya meminta,  tiba2 dia mmbelinya satu hari  katanya sempena hari istimewa.

Dan di kala isterinya merungut sprt terkurung dalam rumah kerana dia tidak suka isterinya keluar tanpa dia, dia mmbawa sejauh 50 km utk makan sate kajang samuri. sedangkan isterinya cuma teringin sate pasar malam dekat rumah?

Atau... sanggup download cerita dr internet, hanya kerana isterinya nak tengok astro , kerana dia tidak mahu mmbeli?

Atau kita dah beria-ia nak keluar rumah sendiri ke post office, tiba2 katanya,  dia akan hantarkan waktu rehat nanti.


Di balik cara yg 'memayahkan' itu, yang saya tidak gemar dia lakukannya.... betapa besar kasihnya..


Jika jalan yg susah itu sebenarnya satu Kemesraan yg dia ingin tunjukkan .... , kenapa perlu dibesar-besarkan. Bersyukurlah!

kasihan... 3 am tadi saya melihatnya download cerita free dr internet. cerita yg saya nak tengok sangat! walau dia curi-curi mncarinya di masa saya tidur.


Nota NURINDAH:    kadang2 isteri juga perlukan nasihat, utk bekal berumahtangga. bagaimana memahami hati suami yg diam tetapi caranya "berkata-kata".

Pesan saya pada diri :  Usahlah meminta lebih-lebih. Suami juga cepat keliru, kadang2 lebih mndengar kata kita.  Jangan susahkan dia....



Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers