Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Puding roti bersos vanila, Air tembikai laici, sambal udang petai kegemaran - 3 ramadhan


Salam sejahtera,

Alhamdulillah. Dah 4 Ramadhan. Badan dah mula sesuaikan diri, tapi itulah.. ada jer dugaan yg buat badan ni monyok jer.

Bendera dah nak brkibar. Badan seme dah sakit. Pastu Mr hubby pula demam lagi. Saya suh mitak MC, rehat sehari pun takmo. Katanya ada benda trbakar kat kilang. Dgn situasi macam tu, sibuk, demam dan puasa lak, camana la saya nak runaway balik besut skejap ni? Saya tak sampai ati. Ampunkan daku Mama...

Masak puding roti, puding angus. Masak ayam, ntah apa-apa saya masak. Kemarin beli tembikai besar, tembikainya kurang merah/ kurang manis. hehe... Puding roti tu, resipi yg biasa buat, tapi saya cuma oter dgn sapu majerin setiap lapisan roti. Bila guna suhu biasa, ia terhangitlah. Jadi, sepatutnya saya kurangkan suhu. Dalm monyok tu, sempat lagi mengidam petai. Ha, kopek petai kampung yg kecit2 tu. Rasa tak sabar je bila nak abis biji yg terakhir. haha...

Tapi kan, agaknya dah rezeki Ramadhan. Masih lagi tenang, walaupun emosi dah down. Rasa macam seme payah-payah. Tapi apa yg kita usaha, jangan merungut atau salahkan takdir. Nescaya ada la yg boleh cover seme kekurangan masakan kita tu.

Walaupun ayam msk paprik saya kurang menjadi, Mr hubby tak berhenti makan Sambal udang dengan petai. Suka sangat nampaknya. Berbaloi la saya terbongkok mengopek petai kecik2 tu. :) Pastu tembikai yg kurang merah, nak bagi jiran tak sampai hati. Jadi saya blend semua, jadikan Air tembikai laici. Alhamdulillah banyak dapat, siap 2 bungkus bagi jiran utk berbuka. Kami suka bebeno Laici, apatah lagi dibuat jus macam tu, tak payah letak ais pun takpe. Ha... puding roti saya tu? Yum.... rasa yg improvised ni tidak kalah. Tuang sos vanila lebih-lebih..... My Hubby yg demam tu, nak makan. Berkali-kali dia tambah.



Tima kasih buat empunya resipi. Saya buat first time dr awal kawen lagi ni. hehe...

PUDING ROTI BERSOS VANILA
Resipi: Nurul Azni, majalah RASA 06


Bahan:
10 keping roti sandwich
4 biji telur
150gm gula
400ml susu segar penuh krim
sikit esen vanila
sikit coklat cip

bahan sos vanila:

100ml susu segar
1 1/2 sudu makan tepung jagung-bancuh ngan sikit air
1 st esen vanila
sikit garam
gula secukup rasa

cara masak

1. Potong kerak roti di sekeliling roti, isinya potong 4 bahagian. 
(nurindah: cara trbaru, saya sapu majerin atas setiap keping roti)

2. Susun roti dalam bekas yang akan dibakar. Panaskan oven 170c. (suhu asal 180c, saya ubah)
3. Dalam bekas lain, masukkan telur dan gula. Pukul sebati. (nurindah: guna blender, tapi jangan kembang sangat) . Sehingga gula hancur je.
4. Tambah skit garam Pukul lagi.
5. Tambah esen vanila skit. Pukul lagi.
6. Akhir baru masukkan susu segar. Gaul sebati.

7. Tuangkan adunan telur ke dalam bekas berisi roti sama paras dengan susunan roti tadi.
8. Tabur skit coklat cip.
9. Bakar dengan suhu 170c shg masak. (suhu asal 180c,40-45 min)

10. Sosnya : 100ml susu dimasak dahulu, kemudian campur tepung jagung, yang dibancuh skit air, sikit esen vanila, garam, gula secukup rasa.
(nurindah: kalau nampak pekat sangat, tambah susu dan sedikit gula. Kepekatan, kita adjust sendiri ikut rasa :)





Sebab dah lewat, maka saya tayangkan jugalah air tembikai tu kat sini. Maaf buat sape2 kalu terdahaga ya.. Stok tembikai saya tu masih banyak, penuh satu jug besar isinya. Jadi saya tuang 1 tin laici. Tak payah bubuh gula dah. Sedap! Terima kasih ros, mohon halalkan idea dan resipi ya.


AIR TEMBIKAI LAICI
Resipi : Ros, jintanmanis.com

Bahan-bahanye
( kuantiti dlm 2 hingga 4 gelas)
1/6 biji Tembikai saiz sederhana (agak-agak je)
1 cawan air Laici dalam tin
8-10 biji laici

Caranya
1. Potong dadu tembikai dan buangkan bijinye kemudian blender bersama air laici tadi.
2.masukkan dalam gelas dan tambah kan buah laici serta beberapa ketul air batu. Ok dah siap. Sedia untuk diminum. Selamat Mencuba.


Mekasih banyak2 buat kak liza. Dr saya tak pandai buat sambal, sampaila pandai oter sendiri dan mnjadi kegemaran kami.


SAMBAL UDANG DENGAN PETAI
Rujukan asal: kak hanieliza
Telah diubahsuai oleh : mysweetlife-nurindah.blogspot

BAHAN-BAHAN:
Udang - dipotong hujung kepala sahaja.
10 tangkai besar Cili kering - dipotong, basuh, lalu direndam dgn air panas shg kembang. Kemudian toskan.
1/2 biji Bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit Belacan
sedikit pes asam jawa adabi
sedikit garam
Air secukup kuah
Isi Petai :)

CARA MEMASAKNYA:

1. Cili, bawang besar, bawang putih dan halia dikisar bersama dgn sedikit air. Nak masukkan belacan sekali pun boleh.
2. Tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
3. Tambah 1/2 cawan air, pes asam jawa dan belacan, sedikit garam.
4. Bila mendidih, masukkan udang dan kecilkan sedikit api supaya udang tidak cepat kering. Gaul sebati .
5. Tambah isi petai. Gaul sebati sehingga udang kemerahan dan masak.
6. Siap dihidangkan.



Inilah lauk paprik ayam yg saya main hentam tu jer. hehe.... tapi tak buang. Saya basuh, jadikan ia Tomyam pula , tambah pes tomyam, tambah cendawan, cili padi dan tomato. Buat sahur pagi tadi....



MENU SAHUR 3 RAMADHAN, yang pagi tadi tak sempat snap... abes bateri

Ayam goreng berempah mudah, sup ayam MIL campur daging, kobis dan cendawan campur, balen sos cili nasi ayam.

Wednesday, May 18, 2011

Paratha roll 2


Paratha roll atau roti paratha segera gulung. Satu keping roti paratha segera yang dimasak kosong, dan ada pencicah, memang tak cukup utk makan seorang. Tetapi kalu dibuat macam ni, 2 keping dah cukup untuk makan 3 orang dewasa, 4-5 kanak-kanak. Kenyang. Jimat, kan?

Dimasak dgn majerin, kerangupannya lagi terserlah. Dari kelmarin, terbayang-bayang paratha roll ni bila lihat ada satu blog  yang saya BW buat paratha roll. Malam tadi pula, buat Spagetti Bolognese, sedap.... cuma kehabisan spagetti.  Ada balance sos bolognese dalam beberapa sudu makan.  Jadi, pagi ni, bermula operasi paratha gulung ni, campurkan dgn bahan yang ada. Tidak membazir..

Tapi satu jer, saya tak sempat nak buat kuah kari. Jadi, pencicahnya takde.  Tapi sebab dalam adunan telur tu ada daging kisar, dan ,paratha ni dimakan panas-panas, kehilangan kuah itu tidak terasa sangat. hehe...  



PARATHA ROLL 2
Olahan: mysweetlife-nurindah.blogspot

2 keping roti paratha segera perasa Onion (jenama kawan)
2 biji telur 
3 sdm balance sos bolognese (ada daging dan sayur)

Cara:
1. Panaskan non stick pan api kecil.
2. Guna majerin utk masak roti paratha. Lebih rangup dan wangi.
3. Setelah semua roti masak, ketepikan.
4. Telur dikacau bersama sos bolognese tadi.
5. Panaskan non stick pan, tuang sedikit minyak.
6. Masukkan separuh adunan telur, biarkan mendadar.
7. Bila telur separuh masak di atasnya, letakkan roti paratha di atasnya.
8.Biar hingga telur benar-benar masak, baru angkat.
9. Gulung roti paratha tadi. Sesuai dimakan dengan kuah kari.
Step bergambar ada di sini




Monday, October 25, 2010

Roti pita segera dengan telur hancur

Salam sejahtera,
Apa2 sajelah.. hihihi. Biasanya roti pita sedap dimakan dgn daging bakar/ayam ala2 kebab kat pasar malam tuh. My hubby pun setuju. Cuma masa nak breakfast tu, ayam atau daging takde. Jadi buat telur hancur. Isikan telur pun, boleh tahan rasanya. Saya guna roti pita jenama natures bake dr Tesco. ;)



TELUR HANCUR
Sumber: Senangnya memasak tauhu dan telur PTS, Chef Hanieliza.

3 biji telur - dipukul
10 kacang buncis -didadu kecil
3 biji cili merah - dihiris/ dicincang
2 biji cili hijau - dihiris/ dicincang
1 labu bawang besar - dicincang
1 sdm minyak masak - nurindah: boleh juga guna majerin
garam secukup rasa

Tambahan Nurindah:
Roti sosej/roti frankfurter/ roti sandwich/ roti pita
mayonis - untuk topping
sos cili -untuk topping
kalu suka, sos thousand island

CARA:
1. Kacang buncis dipotong pendek.
2. Panaskan minyak/majerin, tumis bawang besar, cili merah, cili hijau. Kacau rata dan biar masak.
3. Masukkan telur dan garam. Kemudian biarkan sebentar.
4. Kacau telur supaya hancur.
6. Angkat dan hidangkan dengan roti.


Wednesday, August 18, 2010

Sosej cheese roll, Bingka roti gerenti sedap

Salam sejahtera, sesi menghabiskan stok roti gardenia. Masih ada setengah paket jumbo. Dah dekat expired. Cadangnya nak buat garlic bread, makan ngan sup cendawan. Tapi, sahur skrang ni masih aura NASI. Jadi, terbiarla roti gardenia ni. Sosej cheese roll, hasil mengintai rumah doktor inahar. Pastu intai lagi FP kak madiha. Terima kasih banyak2 buat kakak2 sekalian. Sebab sosej cuma 2 ketul, saya buat roti ni 4 keping jer dgn sosej belah dua. Balance, saya buat bingka roti, jumpa resipi kat rumah kak ummizaihadi. Terima kasih buat kak ummi, dan empunya resipi asal. :) Mohon halalkan saya share kat sini, kak :)




Resipi sosej cheese roll ini, sama jer dengan resipi roti gulung sosej yang saya buat sebelum ni. Cuma kali ini, saya update dgn menambah slice cheese dan salut dgn breadcrumbs. Nasib baik sempat capai breadcrumbs ni kat bakery aritu. Inspirasi dari kak Inahar dan kak madiha. Kata kak madiha, slice cheese tu, letak separuh, supaya cheese tak keluar masa menggoreng. Menggoreng sosej roll ni mesti guna api perlahan. Jika berkeju macam ni, enak dimakan suam2. Sedap dicicah dengan sos cili thai :D

SOSEJ CHEESE ROLL
Diubahsuai oleh : Nurindah
Asal resipi: Sumber: Norzulaili, majalah Rasa Jan 07.

Bahan-bahan roti gulung: (UPDATED!)
2 biji sosej ayam - (nurindah:Saya belah 2, nak bagi banyak :)
4 keping roti - dipotong tepi
1 biji telur
Breadcrumbs
minyak untuk menggoreng
2 slice keju -belah dua

Cara:
1. Pukul telur hingga rata.
2. Lenyekkan roti dengan penggelek.
3. Kemudian letak sosej, dan slice cheese tadi di atas roti. Gulung kemas.
4. Sapu sikit telur tadi pada roti supaya gulungan melekat.
5. Potong hujung sosej supaya nampak cantik. (Nurindah:sosej lebih jgn dibuang)
6. Celupkan pula keseluruhan roti gulung tadi ke dalam bancuhan telur.
7. Kemudian salut dengan breadcrumbs.
8. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. (nurindah:api perlahan sikit, supaya sosej di dalam masak dan salutan tidak hangus)

Nama asal resipi ni. Bukan saya yg letak ya. hihi.. Kelihatan lembik skit, sebab saya terpaksa gantikan bahan santan dengan susu cair. Adunan bingka ni, saya kacau bagi rotinya hancur. Hasil yang memuaskan hati saya. Sungguh sedap, dan menyelerakan. Sesuai dgn namanya. ;)



BINGKA ROTI GERENTI SEDAP
Sumber: Kak Junjs. Copy dari blog kak ummizaihadi.

Bahan:- (loyang 5"x5" untuk separuh adunan)
1 buku roti Gardenia/Hi-5 yang dlm plastik pendek.
3 cawan santan
3 biji telor
1 cawan gula
garam
sedikit esen vanila
kismis
1 tin jagung krim
sedikit mentega

Cara-Cara:-

Masukkan roti, santan, gula, telor, garam, esen vanila ke dalam mangkuk. Biar terendam selama 5 - 10 minit. Jika suka roti hancur, boleh kacau sedikit agar roti hancur.
Masukkan jagung dan kismis, kacau sedikit.
Sapukan mentega dalam loyang.
Tuangkan adunan. Cubit sedikit-sedikit mentega dan tabur rata di atas adunan tadi sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 190C sampai masak/garing (*akak masak 40 minit untuk half adunan ni)


Tuesday, August 3, 2010

Egg paratha roll atau paratha gulung



Salam sejahtera. Malam tadi, kami skip nasi. Buat egg paratha roll ni utk makan malam, berkuah kari oter dr balance ayam msk badang. Saya rasa penat. Seb baik my hubby bukan jenis makan nasi setiap malam. Fiuh... hihi. Dulu, penah buat resipi ni, tetapi menggunakan tortilla. tortilla agak liat skit. Jadi, bila guna paratha, ia lebih lembut dan crunchy macam roti canai telur. Sedap dimakan begitu saja ;). Yum yum.... Alhamdulillah, kenyang... Terima kasih banyak2 buat kakak2 yang membuatkan saya terliur dan empunya resipi. hanya Allah dapat mmbalasnya. Izinkan saya share kat sini ya ;).



Saya copy dari rumah ika, ika pula ambil dr rumah kak hana.kak hana ambil dr rumah kak zai. Ini roti paratha tampal telur ya. Sgera, dan mengenyangkan! :D

EGG PARATHA ROLL
copy dari: ika, bangkok

Bahan-bahan
5 keping frozen plain paratha - jenama kawan@lain
5 biji telor - dipukul sedikit
sedikit daun bawang - hiris halus
1/2 biji bawang besar - dicincang halus
sedikit lada sulah
garam secukup rasa
sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha
beberapa keping slice cheese -

Cara-Cara

1. Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
3. Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
4. Masak lebih kurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
5. Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam.



KUAH KARI OTER
Saya guna balance ayam masak badang tu. Bahan-bahannya ayam msk badang tu adalah bahan asas dlm kari. Jadi, saya cuma tambah 2 sdt serbuk kari ikan (utk mmberi kelainan rasa), isi ayam dipotong kecil, santan cair, air secukup utk kuah, garam dan cili padi diketuk, sayur berubi (kentang atau carrot dipotong kecil). Masak hingga sebati dan ayam empuk. Hidangkan dengan paratha gulung tadi.



Tuesday, July 6, 2010

Roti Gulung dan kacang panggang


Salam sejahtera, selamat pagi. Pagi ni, saya buat roti gulung. Resipi ni agak berbeza kerana menggunakan salutan biskut kraker yang dihancurkan. Saya aaaamat suka! hihi. Nak tau nape? Ada banyak biskut jacobs yang tak termakan dalam tin. hihih! aritu konon2 nak amalkan biskut jacobs wholemeal, biskut sihat, yang petak kurang garam tu. Tapi kan, kami susah sangat nak abiskan. Haih! Camana nak sihat, ni? :D (actually Kami lagi suka jacobs yang bulat tu..)

Tentang roti gulung ni, masalah saya ialah susah nak jumpa breadcrumb biasa kat pasaraya. Asyik jumpa yg japanese breadcrumb yang kasar2 tu. Dah cuba wat salut. Tak bape cantik.. (bagi saya la). Selain guna biskut kraker, empunya resipi ni, gelek roti tu, dan potong lebihan sosej kat tepi. Jadi, saya sesuaikan ngan kacang panggang, masuk jer lebihan sosej tadi. :D. Kulit roti, pandaii2 la nak buat apa ya? Saya suka buat puding roti. hihi. Alhamdulillah, cantik jer roti gulung ni. Dimakan pula dengan kacang panggang. Enak betul..! Biasanya cecah sos jer. Tapi pagi ni dah rasa cam makan breaksfast ala barat lak. hahaha. seb baik my hubby tak kisah. Alhamdulillah.




ROTI GULUNG
Sumber: Norzulaili, majalah Rasa Jan 07. Terima kasih banyak2 buat empunya resipi. Mohon halalkan ya. :)

Bahan-bahan roti gulung:
2 biji sosej ayam - (nurindah:Saya belah 2, nak bagi banyak :)
2 keping roti - dipotong tepi
1 biji telur
10 keping biskut kraker - dihancurkan
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Pukul telur hingga rata.
2. Lenyekkan roti dengan penggelek.
3. Kemudian balut sosej dengan roti tadi. (roti dipotong tepi)
4. Sapu sikit telur tadi pada roti supaya gulungan melekat.
5. Potong hujung sosej supaya nampak cantik. (nurindah:hujung sosej tadi disimpan)
6. Celupkan pula keseluruhan roti gulung tadi ke dalam bancuhan telur.
7. Kemudian salut dengan serbuk biskut tadi.
8. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. (nurindah:api perlahan sikit, supaya sosej di dalam masak dan salutan tidak hangus)

KACANG PANGGANG

1/2 tin kacang panggang
1/3 biji bawang besar -dicincang
1 ulas bawang putih -dicincang
1 sdb cili kisar
Lebihan sosej tadi - dipotong kecil
Sikit halia (jika suka)

Cara:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan cili kisar.
3. Kemudian sosej. Biar sekejap.
4. Baru masukkan kacang panggang dan sedikit air.
5. Biar mendidih, angkat dan hidangkan bersama roti gulung tadi.


Thursday, July 1, 2010

Roti Jala dan Serawa Durian


Salam sejahtera, selamat petang. Saya buat roti jala dan serawa durian ni. Mitak maaf la kalu semerbak bau, ya.. hihihi. Actually, masih ada lagi roti jala yang perlu dimasak. Jadi, saya postkan cepat2 dahla. Maklum, dah lewat minum petang. Hujan2 ni, sedap makan benda2 berkuah. :D. Roti jala, saya ambil resipi yang lepas. Serawa durian, saya ambil resipi kak Raihan. Sedap, Alhamdulillah. Saya merasa dulu tadi, sbb kena test dulu seblom bagi kat orang. hihih.. take care. Nak sambung menjala...



ADUNAN ROTI JALA - sumber Pn Liza, majalah RASA April 07 . Terima kasih buat empunya resipi.

Bahan-bahan: (asalnya 1 kg gandum, saya buat 1/3 sahaja)

330gm tepung
1/3 biji telur - kacau telur, dan ambil 1/3 saja.
650ml air
2 sudu makan minyak masak - untk bancuhan tepung
Sikit garam
Minyak masak untuk mendadar adunan ni
pewarna kuning.

1. Campurkan tepung gandum, telur, minyak masak dan air. Gaul rata hingga menjadi cecair, yang tidak terlalu likat. Kacau dengan whisk atau blend.

2. Panaskan kuali leper. Sapu sikit minyak. (kuali capati tu lagi elok).

3. Ambil acuan jala, celup dalam bekas batter (adunan). Lepas tu, mula jala dari tepi, baru ke tengah kuali. Iaitu dari luar ke dalam (itu cara saya). Biarkan ia masak dan skit rangup supaya mudah diangkat.

4. Angkat dan lipat macam kuih ketayap. Hidangkan dengan serawa durian tadi.




SERAWA DURIAN - sumber Kak Raihan . Terima kasih buat kak Raihan, mohon halalkan. Cayang kak..

Di bawah resipi asal : saya buat 5 ulas durian jer. Isi tebal. :)

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5-10 orang)

10-15 Ulas durian (ikut saiz)- sebahagiannya asingkan isi dan biji. sebahagian lagi biarkan dengan biji- supaya nampak cantik apabila dihidang
3 cawan santan daripada 1 biji kelapa
gula dan sedikit garam
sehelai daun pandan dicarik dan disimpul
***boleh tambah gula melaka jika suka warna gelap

Caranya senang sangat...
1. Masukkan semua bahan kecuali garam dan gula ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Kacau sentiasa.
2. Apabila mendidih, perlahankan api dan masukkan sedikit garam (1/2 sudu teh) dan gula. Jika duriannya sudah manis, letak sedikit sahaja gula bagi mengekalkan rasa asli durian.
3. Kacau lagi hingga kuah agak pekat. Apabila cukup rasa, tutup api dan boleh dihidang ketika panas atau selepas disejukkan.

*** Kuah yang cukup masak, disejukkan sebentar dan disimpan di dalam bekas di peti sejuk, boleh tahan sehingga 3 hari dengan rasa yang sama (sedap)
***jangan simpan kuah yang panas di dalam peti ais kerana ini akan menyebabkan kuah cepat rosak atau basi.



Monday, June 14, 2010

Mix Vege Sausage Bun


Salam sejahtera, selamat pagi. Maaf, roti ini tanpa mix vege sebab takde. Diselaputi oleh mayonis, dan sos cili. Tak berapa gebu, tetapi adunan hasil tangan saya. Mula2 uli guna tangan, sampai dah lenguh, barulah masuk stand mixer sampai adunan tak koyak bila ditarik. Deco-deco hasil tunjuk ajar My adik Nura yang kerjanya mmg buat roti hari2 di kedai kek. My adik Nurul pula ambik gambar2 ni dan menyapu2 sos. Inilah permainan kami petang Sabtu tu... :):):)


Di antara yang cantik dipamerkan. Macam2 deco kami buat. Yang lain, ada inti coklat yang hangus, bun yang tak brape naik pun ada...hihihih.


Er... ini bentuk apa Nura? hihihi.. Alhamdulillah.... sangat lembut resipi Alex Goh ni... ambil dari blog CMG. Terpikat kat blog kak hana aritu. Bila My Hubby balik kerja, dia cakap "Buka kedai roti ke?" hahahaha...

MIX VEGE SAUSAGE BUN - sumber dari blog CMG,che mat gebu. Resipi asal buku Chef Alex Goh. Terima kasih banyak che mat, halalkan ya..

BAHAN DOH ROTI :-)
300 g tepung roti
60 g gula halus
5 g garam halus
10 g susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
2 camca teh instat yeast (mauripan)
30 g telur (pecah kan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
150 ml air
30 g mentega

BAHAN LAIN :-)
8 batang sosej ayam "ayamas", celur 5 minit, tos dan sejukkan
Mix vege secukupnya
Sos tomato secukupnya
Mayonnaise secukupnya
Telur untuk disapu (baki 30 g tadi)


CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK DOH ROTI :- Campur semua bahan2 untuk dok kecuali mentega, gaul hinnga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (kurang lebih 15 - 20 minit). Bulat2kan dah, letak dalam bekas dan balut bekas tadi dengan plastik bersih, biar 1 jam hingga doh naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 dalam Bread Maker, pilih setting untuk "DOH", tekan "ON" dan tunggu hingga siap.

2. UNTUK MIX VEGE SAUSAGE BUN :- Keluarkan doh, tumbuk dan bagi kepada 8 bahagian sama besar, bulat2kan doh dan biar doh rehat 10 minit.(Nurindah:saya ikut cara kak hana,timbang 40gm setiap satu ketul) Ambil satu doh canai memanjang sama ukuran dengan sosej tadi. Balut sosej dan kerat kepada 4 bahagian sama besar, kemudian kerat lagi supaya mendapat 8 keratan (seperti dalam gambar).

3. Pusingkan setiap belahan tadi ke kanan dan ke kiri sehingga mendapat bentuk macam dalam gambar. Alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Tekan sedikit roti, buat kaedah sama untuk baki doh dan sosej tadi. Biarkan 45 minit hingga naik.

4. Sapu dengan telur, tabur dengan mix vege dan paipkan mayonnaise dan kemudian sos tomato. Buat hingga siap. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebenuhnya sebelum dihidangkan..


Di antara bahan-bahannya..


Pemerapan pertama 1 jam..


Step 1, cara adik Nura..


Siap dibentuk..


Diletak dalam dulang untuk dibakar. Er... nampak tangan Nura jer. ;)


Macam2 deco.. ;)

Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers