Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label Ramadhan 09. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 09. Show all posts

Monday, September 14, 2009

Menu Iftar Ramadhan 22


Salam Ramadhan,

Petang Sabtu, suami kerja. Petangnya, kami siap2 keluar sebab ayah datang ke UIA untuk ambil Thaqif,kerana dah start cuti raya.Kami nak bagi handset ayah yang tertinggal di dalam kereta kancil kami,setelah minggu lepas kami pulangkan kereta ayah. Kami ingat nak ajak mereka berbuka di luar. Lagipun tak plan. Rupanya mak tak datang skali.Tak jadi la nak berbuka sama-sama kat kedai makan.

Thaqif baru lepas accident.Jatuh kat atas jalan masa waktu naik motor selepas exam. Kesian.Nasib tak teruk.Kami berikan skit duit persiapan raya kepada ayah,sebab kami tak beraya kat Banting. Tahun ni,Insya Allah,kami balik Besut,Terengganu (kampung saya).

Selepas itu,kami pergi membeli makanan berbuka. Sekadar berbelanja di pasar Ramadhan Greenwood.Kami beli:

nasi kerabu = RM4 X2
+ ikan siakap bakar= RM 15 (besar)
+ air laicikang =RM 2
+ air bunga= RM 2
+ kuih cara = RM 2
+ pulut panggang+lepat pisang =RM2 (campur)
+ karamel =RM 2 (lagi murah dari Bkt Sentosa)
+ bubur lambuk = RM3 (kali ni,ada daun ulaman,dan daging)
+ bubur jagung= RM2


Fuh..banyak kami beli. Da lama tak pergi Pasar Ramadhan kat Greenwood. Nasi kerabu kat Greenwood alwiz sedap...


Friday, September 11, 2009

Menu berbuka Iftar Ramadhan 21


Salam Ramadhan,
Petang ini, kami pergi ke pasar Ramadhan kat Bkt Sentosa.

Kami beli:
bubur lambuk= RM 2
kebab daging x 2= RM 2.50X2
lauk ayam masak kicapx2 + lauk kari daging + sambal kerang =RM 9
sayur pucuk paku =RM 2
kue teow sup =RM2


Banyak,kan? Skali-skali jer pergi,nak rasa masakan oranglain plak.heheh..

Di sini saya simpulka skit makanan macam mana yang kami sukai:

1. Sup- yang sedap ialah sup yang sedikit pekat,dengan rasa stok dagingnya yang beraroma. Arini saya terbeli kueteow sup yang supnya macam sup nasi ayam..Alhamdulillah,dimakan juga.

2. Mee goreng - yang sedap yang dijual ialah mee yang ala-ala basah, dan ada sedikit sayur + fishball/fishcake.takperla,takde ayam pun..plus kalu nak rasa beli kat pasar.lebih sedap goreng sendiri. :)

3. Kuih basah - yang sedap ialah kuih tidak nampak kering,kurang terdedah dgn habuk,dan tak nampak pelik sangat. Warna-warni kadang2 buat kuih tu nampak lain skit. Teringat kuih kat pasar di Jerteh,Besut. Jual kuih masih dalam dulang.Saiz besar, dan nampak basah lagi.

4. Murtabak- yang sedap,mestilah yang kurang bawang. dan ada kuah merah tu..

5. Air - yang sedap ialah air manis yang masih pekat.Tak nampak aisnya dah cair...

6. Yang paling laku,mesti nasi kerabu, nasi ayam, nasi kukus ayam berempah...

7. Lauk pauk - saya jarang beli. Tapi tadi, beli jugak sebab nampak ada sambal kerang.:)

8. Bubur lambuk - biasa yang dijual,jarang jumpa bubur lambuk dengan ulaman yang sepatutnya ader.Beli tadi pun, rasa macam bubur nasi kosong...Sabar jelah. Rezeki arini...

Menu Iftar Ramadhan 20



Salam Ramadhan,

Dalam minggu ni,kami amat berjimat.Last pergi pasaraya, Ahad lalu di Econsave,Banting.Di sana,pun kami beli seafood,kerana ikan2 nampak dah tak segar.
Menu berbuka kelmarin: sosej bersos, telur bungkus sardin, lepat pisang yang diberikan jiran,dan kek yang saya bakar awal petangnya.

KEK MENTEGA COKLAT MARBLE

ALhamdulillah, dalam tiada lauk segar, saya sempat pelbagaikan telur yang ada. 5 biji telur dah dibuat kek mentega marble coklat. Guna pek tepung kek Dhiya. Maaf, tiada gambar.:) Jadi juga belang2 marble coklat tu. Sebijik cam warna zebra..hehe. Rasa, cam kek mentega juga.

TELUR BUNGKUS

2 biji telur, saya buat telur bungkus. :)
Syok tengok Telur bungkus kak maz-Bahrain. Tapi saya guna sardin.

2 biji telur- untuk didadar
1 tin kecil sardin - ambil beberapa ketul ikan saja,dilecek sikit
1 paket kecil mix vegetable
Bahan tumis : 1/3 biji bawang besar + 2 ulas bawang putih - kedua2 bawang didadu kecil
1/2 ketul stok ayam maggi

Tumis bawang, masukkan mix vegetable, skit air, dan stok ayam, dan ikan sardin . Biar sampai mix vegetable lembut skit dan air kering. Angkat.
Pukul telur sedikit kembang.Kecilkn api.Tuang skit minyak dalam kuali. Ratakan. Pegang dan angkat skit kuali,masuk telur dari tengah lalu goyangkan kuali sehingga telur melebar tipis.Masukkan inti sardin tadi, ditengah telur,secukup telur boleh balut.Balut terus di atas kuali.Pstikan buat secepatnya.Jika mahu,biar garing skit.



SOSEJ BERSOS

Saya buat biasa jer. Guna sosej ayamas perasa cendawan.Potong sosej serong2 ala keropok lekor..Goreng sosej dulu.Tumis bawang besar dan putih yang dihiris. Masuk skit cili boh.Kemudian, masuk sos tomato dan sos cili dan air untuk kuah. Biar mendidih,masuk sosej tadi. Biar skit pekat. Angkat dan hidang.


Noted: Lepat pisang tu memang sedap.Cukup lemak manisnya,pisang,rangup kelapa parutnya,lembutnya. Jiran tu namanya kak Ida. Memang rajin buat kuih tradisi.Sambil merasai lepat pisang bersama suami kelmarin,saya mula faham.Resipi,memang banyak resipi,tetapi teknik mengadunnya,apa yang membuat kuih tradisi sedap... hanya orang yang biasa buat saja yang tahu. :)


Thursday, September 10, 2009

Malam 10 terakhir Ramadhan


Salam Ramadhan,

Alhamdulillah, kita diizinkan Allah sehingga ke hari ini untuk mengecap Rahmat berpuasa Ramadhan. Sehingga kini,terasa diri masih kurang amalan.

Lebih2 lagi bila melihat Blog cik Lie,yang mana memaparkan terawih di Makkah.
Sila2 la lihat gambar kaabah dan para jemaahnya sedang berjemaah Terawih. Seronok,haru semua ada.

P/S: Cik Lie sebenarnya dah selesai buat umrah.

Astaghfirullah aladzim,
Subhanallah,walhamdulilah,wallahuakhbar.


Sayidatina Aisyah r.ha pernah bertanya kepada baginda SAW,"Wahai Rasulullah!Sekiranya aku menemui malam Lailatulqadar,apakah doa yang harus dan baik untuk dibaca?"Rasulullah SAW menjawab,"Bacalah doa ini: Ya Allah! Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun.Engkau menyukai akan keampunan, maka ampunilah kami."
rujukan majalah ANIS,SEPT 09.



Wednesday, September 9, 2009

Iftar Ramadhan 19



Salam Ramadhan,

Kami akan berbuka di luar malam ini. Insya Allah, kat Templer. Ada orang belanja. Moga yang menaja dimurahkan rezeki oleh Allah.



Di samping itu, saya post lagi award kak Nura.Dah post awal tadi.sajer tunjuk lagi.Nanti kak Nura tanyer..he he







Tuesday, September 8, 2009

Iftar Ramadhan 17


Salam Ramadhan,

Kami dah bersahur kat rumah mak tadi. Suami kerja hari ini. Walau hari cuti umum Nuzul Quran, suami kena ganti cuti Raya.Biasalah kilang...

Petang tu, kami berbuka : nasi + Tomyam udang dan sayur + acar buah + serunding daging. Acar buah dan serunding daging kami beli kat kilang supplier kerepek.


Iftar Ramahan 16


Salam Ramadhan,

Menu bersahur kami : kentang goreng cili padi dan bilis + ayam masak kicap + sambal tutok + tempe mangan bening.

Masa nak solat Asar..hu hu, saya tak boleh solat. Sikit lagi nak berbuka. Suami cakap, kesiannya saya. Sabar jerla.

Hari tu, sempat kami pergi Econsave, beli barangan dapur kami. Tumpang kat peti sejuk mak. Petang tu,kami masak ringkas: nasi goreng cili padi + bihun goreng udang kering + ayam ayamas. Yang lucu, saya beli nugget yang bentuk huruf a,b,c. Masa beli,tak perasan. Nampak paket tu, nugget perasa cheese dan tomato. Bila buka, macam nugget budak2 jer. he he. Goreng jugak nugget tu skit.


Malam tu bersiap nak balik Rawang. Suami cari kunci kereta tak jumpa. Badan saya rasa macam nak patah ni.Sakit semua. Tak larat cari, suami tertidur. Saya tunggu mak balik dari Terawih. Mak pun pening mana nak cari. Sebab tak sihat, saya naik bilik, tidur. Tak payah balik la malam ni...

Tiba-tiba suami kejutkan saya. Katanya dah jumpa kunci.Alhamdulilah, tapi, saya tak sihat ni..Jadi,kami cadang balik pagi Isnin. Walaupun cuti Nuzul Quran, suami kena kerja sebab ganti cuti Raya.

Lepas bersahur, kami balik Rawang. Fuh, saya pening. Laju betul suami bawak.Padahal kancil tu. Dalam pening2, dah sampai rumah.

Iftar Ramadhan 15- kepulangan sebelum Raya


Salam Ramadhan,

Petang ini,Sabtu, kami mendapat jemputan berbuka di Subang Jaya. Seramai 40 orang dijemput. Moga murah rezeki orang yang menjamu orang berbuka. Walaupun yang menaja bukan orang Islam, tetapi, sebagai tanda persahabatan, mereka menghormati kami,dan menaja berbuka puasa di tempat yang selesa. Alhamdulillah.

Sempat singgah di Subang Parade.Kami lihat banyak sale,tapi tengok jer dlu. Ada set hidangan yang cantik. Harganya pun RM100 lebih. Teringat tahun ni,kami akan beraya di Besut, Terengganu, saya cadangkan supaya suami belikan set tu untuk maknya (my MIL). Cantik set tu.Akhirnya, suami beli set hidangan tu.

Harap-harap mereka tak sedih masa kami takder,masa raya. Kesian, mak yang anak perempuannya yang cuma seorang. Mesti penat di hari terbuka nanti.Biasanya, saya ada membantu.Lagipun Rina mungkin balik rumah mentuanya,membantu. Serba-salah rasanya.

Saya ada ramai adik perempuan, ada 3 orang di kampung masa Raya. Jadi mama saya tak sepenat mak (my MIL).


Selepas berbuka, kami berbual-bual sekejap. Syukur kami, boleh berniat solat jamak ta'khir. Dapatlah kami melayani penaja. Selepas itu, ada rakan kami yang balik Seremban, dan lain-lain lagi. Jadi,kami pun beransur bertolak ke Banting yang jaraknya 1 jam dari Subang Jaya.

Monday, September 7, 2009

2 hari lepas offline

Salam Ramadhan, dah 2 hari, saya offline. Balik Banting. Serta bermaaf-maaf ngan mak (my MIL),ayah( my FIL), n cuma sempat jumpa Rina (my SIL), n Khalid(her husband). Penat skit nak post citer. Insya Allah, kami akan balik Besut, Terengganu taun ni...kampung saya. Moga perjalanan dimudahkan Allah

Friday, September 4, 2009

Iftar Ramadhan ke 13


Salam Ramadhan,
Petang kelmarin,stok tepung kek sampai.Alhamdulillah. Sempat snap gambar.






Petang tu,bila suami balik,dia senyum jer baca post saya kat blog ni. Sesaja tunjuk kat dia sbb dia sibuk bertanya gambar yang dia amik.Sebenornya gambar tempe tu,suami yang ambik.Cantik,kan?Sebijik cam burger..he he.Lepas tu, dia tebus kesalahan bawak memory card ngan ambik gambar coklat,yang tak jadi ambik kelmarin. Cantik gambar tu.Rasa nak ngap jer coklat tu. Saya tak pandai sangat ambik gambar.



Menu berbuka smalam, kailan goreng + masak lemak ikan masin + sotong bersalut tepung adabi. :)

Ikan kurau masak lemak.

Ikan masin masak lemak buat versi lain skit. Kelmarin,geledah peti,sah takder lengkuas,hu hu.

1. Bahan tumbuk:Bawang besar 1/2 biji, 2 biji cili besar(saya buang bijinya), sedikit halia.
2. Santan secukupnya.
3. Tulang dan isi ikan kurau
4. Ikan kurau saya goreng kejap.Reneh santan dan bahan tumbuk,sampai mendidih.Kacau slalu.Masukkan ikan kurau. Biar mendidih lagi. Tutup api.


Kailan goreng biasa jer.Bawang putih,cili besar, tumis dan sedikit telur.Campur sayur.

Sotong bersalut tepung adabi

Sotong bersalut tepung adabi.
1. Sotong besar 2 ekor- dibersihkan,buang tulang, dan buang matanya,dan belah 2 kepalanya.Badannya hiris bulat2.
2. Telur saiz B sebiji.
3. Tepung goreng ayam adabi (tepung ni dah ada garam)
4. Celup hirisan sotong ke dalam telur, gaul asing2,dan golek dalam tepung. Goreng sampai keemasan.



Noted: Rasa sotong besar ni lebih sedap berbanding guna stong kecik.Plak tu,kurang liat,walaupun garing.Kalu goreng skali ngan daun kari.Dah sebijik cam sotong goreng mamak yang mahal tu... slamat bajet,hehe..



Thursday, September 3, 2009

Menu berbuka Iftar 12

Salam Ramadhan.
Suami saya buat surprise.Dia belikan kurma coklat,siap ada badam kat dalam.Jenama Ryverra. Khas buat saya..:) Dah lama nak buat,tak buat.Nak beli tak jumpe.Juga dia ada beli coklat special,jenama Ryverra. sedap btul coklat tu. Nak amik gambar,tapi,memory card dah kena seludup masuk ofis abang.Kalu saya tau,tak bagi suami bawak. Takut ilang.Di bawah timbunan fail bebanyak tu. Sebab tu dia main sorok jer..hu hu.

Lauk berbuka smalam yang jarang saya buat. Kerang rebus.Actually, dulu2 masa kecik,abah slalu beli,dan mama slalu rebus jer,berkuah,siap ngan bawang putih,serai,dan garam,serta air banyak skit.sajer,mama nak buat kuah. Saya slalu jugak menghirup kuah kerang rebus,walaupun mama larang .sampai tercirit-cirit waktu pagi.hehe, tapi,memang sedap...

Semalam guna cara my MIL(mother in law).Kering tanpa air.Nak buat berkuah,takut lak suami sakit perut hirup kuah kerang.heheh.

Kerang + serai + sikit garam+ air skit jer.Tak bubuh air pun takper.Pastu tutup periuk.Ala-ala kerang bakar gitu.Api slow jer.Sampai masak.Semalam nasib la kau kerang,ader serai seketul.Kalu tak bertapa lagi dalam ais box.he he. Smalam termasin lak.Setengah sudu garam ngan kerang tak sampai sekilo.hu hu.Tak patut...Agak-agak la bila rebus dengan meneliti berapa kg kerang anda. :)


P/S: Aik,saya ker ni?cara menulis pun dah lain bila banyak baca cerpen. Dolu2 minat sesangat.Tapi rasa sayang duit jer beli buku citer.Baik beli barang dapur..



Wednesday, September 2, 2009

Menu Sahur Iftar 12



Salam Ramadhan,

Pagi ni, sempat buat tempe mangan bening(ape tu?).Resipi dari my MIL(mother in law).
Buat simple jer. Tapi ngancam rasanya. Lauk lain, balance berbuka masih ader.

TEMPE MASAK BENING

1. Tempe-potong2
2. 1/3 biji Bawang besar-dihiris
3. 1 biji Bawang putih-dihiris
4. Cili padi 2 biji.
5. Air - 1 atau 1 1/2 cawan(secukup tempe)
6. Sikit garam dan perasa
7. Didihkan semua dalam periuk kecil. Sampai tempe agak warna kelabu dan ada bau.Kira masak tu..


Tuesday, September 1, 2009

Menu Bersahur Iftar ke 11


Salam Ramadhan,

Kali ni, saya asingkan entry sahur. Ringkas jer .Supaya petang nanti,tak banyak post nak masukkan.

Menu sahur tadi: telur masak kicap+ kobis goreng + buah betik. Tak lupa makan kismis dan minum susu panas. Menu berbuka semalam ngan resipi, ada kat post bawah tu...

Monday, August 31, 2009

Menu berbuka Iftar 8& Iftar hari ke 9

Salam Ramadhan,







Salam Ukhuwwah buat: kakkin-sejenakbersamaku,wawa-umairaqayyim,AnaWahid-waheedeana,ciktah-resipi-bondaku, nur-fiqah99,kak maria-salamdariborneo,ijan-blogresipi,che'iza-pangkin,mamasya-FP,FA-melayuberangan,kakAna-ElianasBakery.

ENTRY KHAS: Terima kasih, kerana sudi singgah di rumah baru saya. Bagi yang sudi letak link blog ini, terima kasih bebanyak skali lagi.Moga ia merapatkan ukhuwwah kita semua.


PERJALANAN KE BANTING-IFTAR KE-8

Kami bertolak ke Banting,kira-kira jam 2.30pm.Singgah beli lemang + rendang ayam + daging puyuh.Lemang saiz kecil RM5, rendang ayam 2 ketul sederhana RM5, rendang puyuh 1 ekor RM4(Mahal skit dan agak liat,tapi suami nak rasa).Lepas itu, kami teruskan perjalanan mengikut highway Sg.Buloh. Singgah Bro-Arts lagi,amik stok.

Then,kami teruskan laluan KL,masuk highway MEX(kalau tak silap),jalan Putrajaya. Smpai simpang,kami masuk Dengkil.Dalam perjalanan,ada satu pusat pemasaran kerepek. Suami cari kerepek pisang tanduk,kerana kat supplier kami, takde stok.Kami beli 8 Paketx400gm.Pisang tak banyak musim ni.

Perjalanan terus Olak Lempit ke Sijangkang(banyak rumah sdara suami kat situ) ke Telok Panglima Garang.Rumah mak ayah kat Tmn Teratai, tapi, kami teruskan perjalanan ke Bandar Banting,kilang kerepek(pusat pemasaran) untuk ambil maruku gerigi dan halus.Semalam ayah dah ambilkan kerepek ubi BBQ,Ubi tomato,Ubi Pedas,ubi pedas basah,keropok kacang dhal.Sampai sana, dah hampir 5.15pm, 5.30 mereka tutup di bulan pose ni.Syukur sempat sampai. Sempat lagi suami amik rempeyek kacang hijau, rempeyek kacang tanah, dan beberapa paket keropok kacang dhal lagi. Saya plak nengok jer. Banyaknya...hu hu.Dengan keta kancil,camana nak bawa balik nanti?



Saya nak cari kilang biskut raya.Kawasan kampung ni,takder mahal sangat.Saya beli ni di 2 tempat berbeza( pengedar).Semua home-based biscuit,dan diedar orang kampung tu juga. Bagus mereka ni,bantu surirumah.Saya beli biskut nestum(takde gambar,tinggal rumah mak)=RM15, biskut almond london bulat(besar, tapi cair dlm keta...hu hu)=RM16,
biskut batang buruk=RM5, coklat berkacang= RM16. Seblom ni, dah beli tat nenas= RM17.50 di tempat lain.Coklat berkacang tu..bagi saya tak rangup,tapi suami cakap mmg macam tu rasanya. Biskut-biskut lain,banyak,macam-macam dalam harga RM16- RM17.Seblom ni,ada beli biskut tat nenas(tak snap gambar).Tat nenas tu, ok jemnya, tapi teringin la,nak cari kulit tat nenas yang rasa macam ada susu tepung...


Kacangnya kurang rangup,tapi suami cakap rasenya mmg camtu.


Lama tak makan.Paket kecik jer.


Dah cair dalam keta,hu hu..actually rupanya bulat dia bersegi-segi.Lawa, tapi da takde rupe..Takpe,jangan risau,kita buat makan seblom raya. he he. Saya ni hantu coklat.


MENU BERBUKA

Kami sampai di rumah mak, kira-kira jam 6.30 pm. Mak tengah goreng pisang tanduk. Mak cakap dia nak buat rendang peparu,tapi,dah tak sempat. Syukur abang ada beli rendang dgn lemang tadi. Selalu jadi telepati antara mak dan suami ni.Rendang tu ok, tapi ayamnnya,dah macam lama.Tapi, kami makan juga dgn lemang.Pisang goreng,huish..sedap. Suami tak berenti makan.Mak guna tepung gandum, tak macam biasa yang guna tepung beras.Tapi, memang sedap. Air tangan mak kot...)


Malam tu, menu kami:
sayur lemak + rendang + lemang + ikan bawal + sambal tutok. Air nenas (buatan mak,lagi sedap buat sendiri,dari yang dijual,kan?)Malam tu,suami sakit di betis. Ntahlah,naper.Sian dia, nak terawih pun rasa krem.Lepas urut kaki suami, saya plak terlentok.Tak larat...

IFTAR 9
Menu Sahur,sayur masak lemak + peparu goreng+ kentang grg cili api.Sedap betul kentang tu.

Kentang bercili api: caranya kupas kentang, potong2,jangan tebal.Tumbuk cili api,bilis kecil, dan bawang putih dan merah. Tumis bahan tumbuk,masuk garam skit, masuk kentang,biar sampai lembut.

Peparu plak, langsung tak berbau. Kata ayah,beli peparu lembu import.Mak kata,rebus lama-lama malam tadi sampai lembut. Peparu goreng taruk garam dan kunyit jer. Sedap sangat. Saya jarang beli peparu. Nanti nak beli..


Hari tu,kami rehat.Suami lak sibuk tengok wayar letrik yg terbakar di tingkat atas. Alhamdulillah,usaha berhasil walau satu bilik jer ada lampu.


Petang tu, kami masak
daging lembu ungkep. Resipi mak simple jer: Daging, perap ngan halia + bawang putih tumbuk. Panaskan minyak skit, masuk daging, tutup.Biar air kering. Api slow. Jika masih belum lembut,masuk air lagi (seelok air bawang balance bekas tumbuk atau blender tadi). Tapi daging kami guna daging batang pinang. Jadi,cepat masak.


Gambar ni,dari FP Kak Liza lama dulu.

Sambil tu, buat pengat keladi + tepung + pisang tanduk.Sedap.Ini cara my MIL(mother in law),Caranya: Potong ubi keladi dadu. Panaskan air skit. Masak keladi,hingga empuk. Buang airnya. Panaskan air lain.Bancuh tepung gandum+air.Buat cair skit dari adunan cekodok(jemput-jemput).Sudukan ke dalam air mendidih. Biar masak sehingga ketulan tepung tu terapung.Angkat tepung.Air dalam periuk,gunakan.Tambah santan cair dan pekat, gula melaka(dicairkan dan ditapis dahulu),masuk keladi rebus,tepung dan pisang(didadu).Biar mendidih. Tutup api.


Selain tu, kami masak ikan masin masak lemak. Senang jer..Ikan masin(biasa tulang kurau), potong2,basuh. Cili kering + bawangmerah + bawang putih + sedikit lengkuas + sedikit kunyit hidup. Tumbuk atau kisar halus. Campur bahan tumbuk dengan santan.Masak sehingga ikan masin masak.Jangan lupa letak nenas,jika suka.

Menu berbuka malam tu daging ungkep + bayam goreng + ikan masin masak lemak + pengat.
Lepas berbuka,kami bersiap untuk pulang ke rumah kami.Syukur ayah sanggup pinjamkan keretanya untuk kami muatkan kerepek tu. Alhamdulillah.

Setelah melepasi 'road block' sepanjang jalan ke highway,kami terus ke laluan Rawang..dan sampai di rumah jam 10.30pm. Alhamdulillah.




SALAM KEMERDEKAAN BUAT SEMUA.





Dengarnya, ada kumpulan NGO buat sambutan kemerdekaan di Masjid Negeri Shah Alam.Siap laungan merdeka dan AllahuAkbar! Dengarnya ada slaid pasal kesusahan penduduk Palestin.Kan bagus tu?Mengingati kesusahan orang lain..



Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers