Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label sayur terung. Show all posts
Showing posts with label sayur terung. Show all posts

Friday, June 24, 2011

Terung dan cendawan masak lemak

Salam sejahtera,

Buat tambah2 idea menu teman2 malam ni. Menu tertunggak ni.

Bila ada terung last week, cadang nak masak lemak. Lemak terung, walaupun cuma ada stok terung bulat. Hiris bawang, basuh ikan bilis, ketuk cili padi. Aish.. macam kosong jer. Tambah cendawan sebungkus. Pastu, kurang warna, tambah udang 4 ketul. Santan kotak ambik 1/3 jer, tambah air buat cair-cair. Kita guna kuali ya.... sambil tu tambah2 santan cair secukup kuah. Biar menggelegak. Jadi macam ni....



OKlah, resipinya mudah-mudah jer. Asalnya sok sek jiran masa gathering masak utk tahlil. Katanya, cendawan buat masak lemak..... FUH! manis. Saya pun try la. Memang manis kuahnya. Kalaulah yg ni takde terung, maunya saya rantah jer cendawan nih. Buh 2 paket terus. hahaha.....



TERUNG DAN CENDAWAN MASAK LEMAK CILI PADI

Terung - Dipotong besar2. Digoreng sekejap bagi separa layu (bila masak, ia kental, tak cepat lembik)
Cendawan - 1 paket
5-8 Cili padi - saya ketuk jer
Ikan bilis kecil - sejemput besar
Udang - 4 ekor
Santan kotak kecil - saya guna 1/3 dan tambah air secukupnya. Guna santan segar lagi sedapla..
Bawang merah 3 biji - dihiris. Nak tumbuk pun ok.
Bawang putih 2 ulas - dihiris. Nak tumbuk pun ok.
Serai - 1 batang diketuk.
Saya tak bubuh kunyit pun.
Garam


CARA:
1. Toskan terung yg siap digoreng separa layu tu.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang hingga naik bau.
3. Masukkan santan, ikan bilis,  serai . Biar mendidih sikit.
4. Baru masukkan cendawan,  udang,  terung dan cili padi beserta sedikit garam.
5. Sambil mendidih tu, tambah-tambah santan mengikut kuah yg dimahukan. Saya buat cukup-cukup jer.
Pergh! Manis rasa kuah masak lemak dgn cendawan tu.


Selingan, daging yang menceriakan hati saya. Mana taknya, saya dah rebus daging tu siap-siap dr hari sebelumnya bersama halia. Malam tadi cuma buat kuah masak kicap jer. Saya kurangkan kuahnya supaya jadi seperti ini. Terliur... kak azlina cakap dia masak daging kicap. hehehe.. Jangan tak caya...... saya makan balancenya dgn roti pagi ni. ;))

Jus tembikai.  Laju jer minum nih! :D



Thursday, October 21, 2010

Terung goreng berempah, Mihun goreng sos tiram. biasa2 jer.. :)

Salam sejahtera,
Er.. kata orang, kalu takde sambal.. tak kick! kata orang, kalu takde seafood rasa tak meriah jer. Bukan kata orang tu,.. Saya la.. :))
Sabo.. sabo.. tunggu Sabtu..tak lama dah. Bulan ni bajet semput.. jadi pandai2 Wife la nak bajet. Kesian mr hubby. Kalu takde udang, gantila udang kering kan? Kalu takde ikan.. buat sambal Bilis pun jadi la kan? Ok.. ok... dapat IDEA dah..


MIHUN GORENG SOS TIRAM

Mihun -rendam hingga lembut. Nak cepat, celur jer pastu toskan.
Sos tiram
bawang putih
bawang merah
Serbuk lada hitam aji shio..
Sikit air
Sayur... (saya punya, tak letak. Ada timun..aci tak? )
Da...:)

Tumis bawang, masukkan air sikit. Pastu masukkan sos tiram secukupnya dan sayur. Baru masukkan mihun, kacau rata. Kemudian masukkan serbuk lada hitam ajishio.. goreng hingga masak. Hidangkan. Rasanya manis2 pedas... Sedap di kala tekak nak tukar selera.


TERUNG GORENG BEREMPAH

Sajer goreng macam ni, nak rasa. Ada dalam buku resipi@Prima, tajuk JAWA. hahaha... betul2 ni, tak tipu.. tapi resipinya dah diubahsuai mengikut bahan yang saya ada. Jadila versi berempah pulak. Sedap jugak merantah2.. lembik, but still crunchy dgn bahan yang saya tumbuk. Di bawah ialah Versi SAYA...

2 biji Terung panjang dibelah dua -yang dua tu, saya potong 2 lagi
1 sdk Serbuk ketumbar
1 sdk Serbuk jintan manis
1 sdk Serbuk jintan putih
bawang putih -ditumbuk
bawang merah -ditumbuk
sedikit halia -ditumbuk
sedikit tepung jagung -jika mahu
garam secukup rasa
serbuk kunyit

Campur semua bahan. Perap sekejap. Goreng dgn minyak penuh. Toskan. Lap minyak skit2 pada terung. Hidangkan

Daging yang diperkatakan dari kelmarin.. jadi DAGING MASAK KICAP. Sure laju jer makan... :)))


SUP TAUHU BERTAUGEH NGAN TELUR sekali masuk...


Friday, August 20, 2010

Sahur : ikan cencaru goreng bercili, terung masak kicap, dan Kuih Berbuka

Salam sejahtera. 10 Ramadhan 1431. Kelmarin saya minta hubby belikan nasi kerabu. Nak buat sendiri, kena gi kedai cari kelapa parut. Dah serik gi kedai paling dekat ni. The owner tu, merungut2 masa saya mintak kelapa parut. maklumlah, bulan puasa ni, laku benor kelapa parut ngan santan. Saya pun taknak la nyusahkan dia. Hum.. baik gi pasar basah, tempat orang ada mesin perah santan tu. Saya cuma buat kuih tepung pelita (tak bape jadi.. :D dan karipap sardin sbb nak wat frozen skali. Berbuka ngan nasi kerabu beli juga. Oh ya, sahur pula ikan cencaru goreng bercili, dan terung grill masak kicap.

Ikan cencaru yang menjadi kegemaran saya bila kurang selera. Asalnya resipi ikan cencaru sumbat, saya aplikasikan dengan membuat cara ini pula. Sedap juga. Pernah buat masa sahur kat besut, family saya suka. Abis ikan tu dirantah.

IKAN CENCARU BERCILI

Bahan-bahan:

3 ekor ikan cencaru kecil -dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng garing.
4-5 tangkai cili merah - dibuang biji, kemudian tumbuk
2 ulas bawang putih - dtumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1/2 sdk gula (ikut rasa)
secubit garam (jika perlu)

CARA: Tumis bahan tumbuk. Tambah gula, dan sikit garam. Biar sedikit garing.
Setelah masak, bole masukkan ikan dan gaul rata. Atau, tuang bahan cili di atas ikan, dan hidangkan.

Mulalah saya dgn pelbagai versi kicap. Moga2 bertambah selera kami. Di bawah, masak kicap utk sayur terung pulak.

TERUNG GRILL MASAK KICAP

Bahan-bahan:

2 biji terung panjang (saiz pendek skit) -dipotong bulat2.
1 ulas bawang putih -ditumbuk/ dicincang
1 biji bawang besar (saiz kecil) - ditumbuk/ dicincang
1 sdb sos tiram
2 sdb kicap masin
2 sdb kicap manis
Air secukupnya - untuk sedikit kuah

CARA:

1. Panaskan pan leper dengan sedikit minyak. Atur potongan terung tadi. Grill sehingga sedikit lebam. Guna api dapur kecil.
2. Dalam kuali kecil, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan air, kicap masin, kicap manis, sos tiram. Biar mendidih sekejap.
3. Masukkan terung yang siap digrill tadi. Biar sebati.
4. Angkat dan hidangkan.

KARIPAP SARDIN
Resipi karipap ni saya letak asing. Bole klik sini.

KUIH TEPUNG PELITA
Resipi kuih tepung pelita ni saya letak asing. Bole klik sini.

Thursday, July 1, 2010

Ikan kembung bersambal, terung masak lemak


Salam sejahtera. Entah apa2 tah saya masak. Malas nak beli sayur lebih2. My Hubby kena gi kem motivasi kat janda baik weekend ni. tak taula dok kat resort atau camp tengah utan. yang tau, ia tengah hutan... huhu. Ramai2... naik bas.. Dulu2 mereka gi Kem al Azhar, kat Morib. Kem keagamaan, ada Ustaz Zawawi. Tapi, kali ni, tak taula. Ramai staf dipaksa rela pergi, kata My Hubby, heheh.. (pandai2 jer...:D) ramai yg kurang setuju gi kem pada Weekend, lagi2 awal bulan. Tapi, atas arahan atasan. My Hubby dengar janda baik jer, terus dia nak gi. Sebab utama, itulah tempat dia ngan kawan2 silat bertapa dekat 3 hari. Siap kena kacau hantu. Tapi itulah tempat dia nak pergi. Gulp! Baca doa pendinding banyak2 bang... Haip!


Oh, ya... terlupa... kat atas tu menu terung masak lemak. Stail MIL, goreng dulu terung tu skejap. Pastu baru masukkan santan dan bahan tumbuk. MIL biasanya bubuh kunyit dan udang. Tapi, saya ubah jadi ikan bilis semata. Still sedap... thanks mak. Ikan kembung bersambal pula, kegemaran saya masa kecik2.. Mama saya slalu buat, tapi kali ni saya terkurang sambalnya jadi kering. Habis My Hubby rantah... :D

Wednesday, June 30, 2010

Terung Berlado


Khas Untuk faheem : NAK HADIAH TAK??: Myfaheem.com ada SUPRISE sempena HARI BAPA. Muah dari auntie. :D

Salam sejahtera. Er.. tiba2 saya join contest pulak. dah buang tebiat agaknya. hihi. takpo.., asalkan takde tag or kena buat post khas. :D. Terung berlado ni hasil mengintai rumah kak Syurie. Actually, otak tgah block nak buat apa ngan terung. jadi, sambal2 gini bakal menyambut selera. hihi. Alhamdulillah... :D.

TERUNG BERLADO -Sumber kak Syurie. Terima kasih kak. Mohon halalkan resipi ya :).

BAHAN-BAHANNYA

* 3 biji terung - nurindah: saya potong panjang2
* 5 biji cili merah - nurindah: saya ganti cili kering
* 5 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 biji tomato (yang ni, saya tak kisar, bubuh tomato comel2 tu jer)
* Garam & Gula secukupnya
* 2 helai daun salam - nurindah: saya tak bubuh
* 1 cm lengkuas - nurindah: saya tumbuk halus
* Nurindah: saya tambah halia - nurindah: saya tumbuk halus
* 2 sudu besar ikan bilis halus - digoreng


PENYEDIAANNYA

1. Potong terung ikut suka dan goreng sehingga masak.Angkat dan toskan.
2. Kisar kasar cili merah, bawang merah, bawang putih dan tomato.
3. Panaskan minyak dan masukkan bahan (2), tambah daun salam dan lengkuas.
4. Tumis sehingga agak-agak garing kemudian baru masukkan terung.Kacau sebati.
5. Taburkan bilis goreng diatasnya, kacau rata....Jika bilisnya dah cukup memberi rasa masin, abaikan garam.Tapi jika perlu, boleh tambah sedikit garam dan gula.
6. Sedia di hidang...


Thursday, June 10, 2010

Terung Goreng Taucu

Salam sejahtera. Sejak petang, teringat2 terung telunjuk masak taucu Che mat. Terung pun ada lam petiais. Taucu pun banyak. Takde terung telunjuk, terung ungu pun jadilah. :D. Sedap... ! kami berdua suka resipi ni. Guna 2 biji terung biasa tu jer, dipotong2 bulat. Dan taucu dikurangkan skit. Alhamdulillah.. Terima kasih buat bonda che mat dan che mat yang sudi berkongsi resipi. Izinkan saya share di sini...



TERUNG GORENG TAUCU - asal resipi terung telunjuk goreng taucho CMG,che mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 - 12 biji terung telunjuk
1/4 cawan ikan bilis, direndam sekejap dan toskan
1 1/2 camca besar taucho
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 biji cili hijau, dihiris
1/2 inci belacan, larut kan dengan sedikit air
1/4 cawan air
Garam dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Terung telunjuk dikerat sedikit pangkalnya, kemudian kerat dua secara menyerong, rendam dalam air berisi sedikit garam. Ikan bilis ditumbuk sedikit, tapi jangan hancur. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga layu. Masukkan belacan, ikan bilis dan taucho, kacau rata dan masak hingga pecah minyak. Tuang air dan masukkan terung tadi (toskan dahulu), kacau dan masak hingga pekat.
3. Tambah secubit gula dan rasa, jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap hingga terung lembut tapi tidak lembik. Angkat dan isi dalam bekas sesuai. Hidangkan segera bersama nasi atau bubur...

Tuesday, May 4, 2010

Terung Grill Paprika


Salam sejahtera, selamat petang,

Nak update post lunch cepat2 ni. Aritu beli terung, teringin nak buat terung grill kak hana. Biasanya kami jarang makan terung. Nak try resipi ni plak. kak hana dah expert bab terung ni, sebab terung faveret kak hana. Jadi, kita cuba. Yum...terung grill ni rasa segar, dan manis2. Saya grill atas pan juga. Ish ish... sedapnya! Saya yang tak gemar terung pun, sedap jer geget2. rantah pun sedap nih..Terima kasih kak hana sebab tayang resipi ni. Mintak halal saya share resipi kat sini. :)



TERUNG GRILL PAPRIKA - sumber kak hana, asal majalah jepun.

Bahan-bahan
Bahan A

* 3 biji terung - potong serong
* minyak zaitun (nurindah: takde minyak zaitun.saya ganti minyak jagung)
* black pepper (nurindah: saya tumbuk halus)
* garam

Bahan B

* 1/2 biji bawang besar - potong dadu
* 1/2 inci halia - cincang
* 1 sudu besar syouyu - bleh ganti kicap (nurindah: saya ganti kicap manis)
* 3 sudu besar sos tiram
* air sedikit
* lada capsicum merah dan kuning - potong dadu (nurindah: saya guna capsicum merah je)
* daun bawang - hiris (nurindah: tak bubuh)
* sedikit black pepper
* gula sedikit
* lemon@limau nipis - optional

Cara-cara

* Gaul semua bhn A. Grill terung sehingga masak. ketepikan.
* Panaskan minyak. Tumis bwg dan juga halia hingga naik bau.
* Masukkan syouyu, sos tiram, sedikit gula, blackpepper dan kacau sebati.Masukkan air sedikit sahaja.
* Masukkan lada capsicum. gaul. jika kurang masin masukkan garam. tp bagi hana tk perlu sbb dh cukup masin.
* Curahkan ke atas terung grill tadi. dan taburkan daun bawang. perahkan lemon jika suka.
* Sedia utk dihidang.





Wednesday, December 23, 2009

Terung masak kicap ngan udang


Ini di antara menu malam tadi 


Salam sejahtera, selamat pagi. Insya Allah, hari ini ada lapang skit. Akan menziarah blog geman-teman ya :)


Terung masak kicap ngan udang


4 biji Terung (saiz kecil) - dipotong serong.
1/2 biji Bawang besar -dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
Segenggam Udang basah (saiz sederhana)
3sdb Kicap manis
2sdb Kicap masin
Sedikit air masak


CARA:
1. Tumis bawang putih dan bawang besar, udang
2. Kemudian masukkan terung. Kacau sebati.
3. Masukkan kicap masin dan kicap manis dan air.
4. Biar sehingga sedikit layu.
5. Angkat dan hidangkan.


Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers