Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label sup. Show all posts
Showing posts with label sup. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Mee Bakso - 1 ramadhan

Salam sejahtera,

Saya ke pasar basah tadi. Beli ayam, daging dll. Bawa beg satu lagi utk letak lauk basah. Naik bas 70 sen jer. Teringat masa dulu2 masa kat belum kawen kat kampung. Pergi jertih dua trip, satu naik motor (bonceng jer) sampai jalan besar. Dr jalan besar, naik kereta 'prebet sapu'. Naik prebet sapu ni, kalu balik brhenti jalan besar cuma rm1. berhimpit2 ngan 4-5 org. Tapi kalu brhenti betul2 di depan rumah, sekrang kena rm 3.

Rasa brsyukur, sbb saya bole keluar sndiri beli lauk, dgn kemudahan awam di depan rumah. Terutama bila tak sempat ke pasaraya NSK.

Dlm perjalanan balik tadi , saya lihat ada seorang remaja yg naik. Dgn topinya, kemeja dan seluar slack. Ada surat trtulis nama FA di poket dadanya. Remaja Sindrom Down. Siap pegang handset dan lagaknya sprt remaja lain. Cuma agak malu-malu. Saya tengok saja. Saya lihat dia turun di bus stop. Dgn tegak dan yakin. Melaui celah2 kedai tmn kenanga. Subhanallah... Saya agak, ibubapanya tentu telah brkorban apa sahaja utk mnjadikan remaja 'istimewa' itu seyakin itu bergerak sendiri.

Oh! Ya, sabtu ahad lepas, saya dan suami ke banting saja. Tetapi petang ahad dah balik. Tak sempat brsahur brsama. Sempatlah kami hadiri majlis tahlil di rumah sepupu hubby dan mak sedara hubby. Alang-alang, saya buatkan sheperd pie. Kat majlis mak sedara pula, saya buat kuih bakar pisang. Resipi sheperd pie tu ambik kat myresipi jer. Nanti saya update gambarnya. :)

Pagi Sahur pertama tu, sempat bangun 4 pagi. Bermulalah sesi saya calling adik-adik utk kejutkan sahur. Saja jer, sbb saya tak sempat call sebelumnya. Sambil bertanya Mama, menunya di pagi sahur pertama itu. Semua tak dapat balik brsahur brsama sbb sibuk, melainkan adik Nura yg mmg tinggal bersama. Kasihannya.... Sbb sahur prtama kan? Saya kesal, belum dapat balik lagi, tak sampai hati tinggalkan hubby, yg sibuk kerja sbb katanya mesin ada masalah. Moga dipermudahkan..




Inilah mee bakso. Sibukla menggentel daging kelmarin sebab lauk pauk takde. Alhamdulillah, mee satu paket 3/4 kami balun berdua. Campur murtabak kulit popiah tu, ngan air soya yg saya kisar sndiri. Syahdu.. sbb semuanya sedap dn mnjadi. Thanks to MyResipi. :)

Mee Bakso. Selalu nampak masa pasar ramadhan. Nak beli, tak reti makan. Tak tau apa rasanya. Dah buat sendiri ni, baru tau. :) Terima kasih buat Che 'iza, jasamu dikenang kak.. mohon halalkan resipi ya. :)


RESIPI MEE BAKSO
Resipi: Che'iza MyR

Bahan-bahan ( 7-8 org )


Mee Hoon 1 bungkus (400 gm) - nurindah: ganti mee kuning
Taugeh
Kobis dihiris halus

*UTK BEBOLA 
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sb telur (1/2 biji)
1 sk tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah n garam


*UTK KUAH
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sk lada sulah biji (lada putih)
1 batang serai diketuk
1 sb pati daging / pati ayam (nurindah: 1 kiub pati daging Knorr)
sedikit serbuk lada sulah (nurindah: 1/2 sdk)
Garam n perasa (nurindah: garam saya letak 1/2 sdm)
Nurindah: Air saya bubuh 1/2 periuk besar.

Cara-cara


UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.


UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.


Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa.... (nurindah: guna sambal kicap jer, pun dah kick. Rujuk sini)

KUAH BAKSO


Di bawah ni, lauk lauk Sahur Pertama kami, bekal dari mak sedara hubby selepas tahlil. Kerabu Jawa, kerang, sup ayam.


TIPS UNTUK DICE BAWANG dgn pisau
dr cooking books Maran illustrated. Memang cantik dadunya. Guna pisau yg tajam.



Tuesday, October 19, 2010

Sup makaroni , Nasi lemak berlauk sambal paru :)

Salam sejahtera. Kalu sudi, klikla di SINI untuk BACA entry KHAS buat kak Sofieyya atau Kak Soulha.

Kelmarin mmg blur tak tau nak masak apa... jadi keluarkan suhun (yang konon nak buat sambal kering.. macam kak lizahanum), bebola daging yang beli kat pasar basah RM 10 (banyak tuh). Jadi belek punya belek, jumpa sup makaroni berbola daging kat blog kak Masz. Pastu blog kak Nor secubitgaram pun ada. Jadi dgn bahan2 yang ada, saya buatkan saja. Dan.. ada sambal kicap pastinya my hubby riang gembira. hahaha... Syukur, katanya kenyang makan sup makaroni tuh. Maklumlah, my hubby ni susah kenyang kalu makan benda macam mee, makaroni ni. Tapi yang ni, katanya kenyang.. dan SEDAP! Terima kasih buat empunya resipi dan kak MASZ yang mencatat resipinya, pastu kak Nor yang bagi idea tambah daging... Kak Nor punya versi kat sini. Mohon halalkan resipinya untuk share kat sini, ya. :))

Sup ni, tabur bahan2 sampingan tu yang lagi sedap. Saya dah takde daun bawang dan daun sup. Bawang goreng pun dah lupa letak.


SUP MAKARONI
Resipi Asal : Kak Masz, masz73

Bahan2

* Makaroni (secukupnya) - Nurindah: saya guna makaroni biasa.Kena rebus dulu makaroni tu, 11 minit.
* 3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
* 1sdk lada hitam - tumbuk
* bebola daging - secukupnya
* 2 kiub lembu/tulang rusuk
* 2ltr air/ secukupnya
* segengam soohoon
* sayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pongg)

** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging

Bahan sampingan

* ikan bilis kecil/halus - digoreng
* daun sup/bawang - dihiris
* bawang goreng

Cili tumbuk

* Segengam cili padi
* garam
* 1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok

** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacau


Cara Penyediaan

* Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
* Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
* Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
* masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
* Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang... sure x cukup semangkuk!! :)

** Kesedapan & istimewa sup makaroni ni ialah campuran ikan bilis halus/kecil yg digoreng rangup & sambal tumbuk yg rasa masam2 tu... perghhhh... :P


Bahan Sampingan : Ikan Bilis. Ikan bilis goreng jer la. Abaikan yang kisar tu.. ikan bilis yang siap kopek ni tak mo rangup jugak. Itu yang kisar tu, sampai tersedak2 time makan.. hakhak. Sebijik rasa macam Mee Celup Kelantan.

Sambal Kicap ganti cili tumbuk. Tak yah citer... macam biasa, ada anak Jawa kat rumah ni. :))


Ni ha... takde resipi... nasi lemak campak2 jer. Lauk sambal paru ni.... senang, paru yang saya beli RM 5 aritu... banyak.. jadi hari AHAD saya rebus seme, sambalkan seme. Jadi, dia kejung dalam peti ais tu. Pagi tadi, keringkan lagi. Rasa yang mana patut. Ini kejadian aritu. KLIK.

Alhamdulillah, buat bekal lunch My Hubby tercayang tuh.


Wednesday, June 16, 2010

Sayur sawi bersosej, daging masak kicap, sup ikan cencaru?


Salam sejahtera. Bukan takde mood, tapi sikit jer rasa lesu. Otak pun susah nak gerak laju. nape ek... kurang H2O, maknanya saya kena minum air byk2,kan? kurang multivitamin, saya dah dipaksa rela oleh My Hubby, makan vitamin macam2. Sebenarnya.. M.A.L.A.S. Tapi, bab makan minum, still saya rajin untuk ke dapur. Alah, takat goreng2... resipi dalam otak. Malas masak, ertinya perut lapar,kan? Sayur sawi goreng dengan sosej. apa ada dalam peti ais ;)


Daging dan ayam scratch, balance yg liat2 tu? Rebus jeer sampai empuk, dan buat masak kicap. Cecah roti pun laju ni... ;)


Sup ikan cencaru. Bubuh rempah sup bunjut Ikan Adabi. Hm, dah takde ikan lain. Hentam jer cencaru.. :). Cau dulu, ya. kalu saya malas blogwalkin pagi ni, mohon maaf. Akan segera kembali dngan tenaga yg baru :)

Thursday, June 10, 2010

Sup Ayam Hadnyai


Sup ayam hadnyai. Semerbak bau dalam rumah... ;)

Salam sejahtera. Sedap sup ni.. Bau semerbak dalam rumah. Memang rasa laparlah nak makan... hihih. Saya buat sikit jer ayam, bahagian kepak dan drummet, potong kecik2. Perasan tak kuahnya kuning skit, sbb tumbuk bahan dalam lesung bekas tumbuk kunyit.. :D. Saya pun bubuh cendawan macam kak Nor. Tambah sikit kiub ayam. sbb tak sabar nak makan, lupa nak potong daun sup segala. Saya juga taruk 4-5 biji cili, huish... berselera My Hubby makan, tapi saya plak yang asyik minum air..kihkihkih...



SUP AYAM HADNYAI - Sumber resipi dari Pyhonda,MyR.Copy dari rumah kak Nor,secubitgaram.

* 1) Sebelah ayam dipotong-potong
* 2) 3 ulas Bawang putih dan 5 ulas bawang merah, 3 biji cabai, 4 cm halia ditumbuk lumat.
* 3) 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya.
* 4) 5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan.
* 5) 2 sudu besarKetumbar ditumbuk lumat, 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih ditumbuk sehingga lumat.
* 6) 2 biji bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 3 ketul kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
* 7) daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri
* Nurindah tambah: Cendawan kembang, dan 1/2 kiub ayam.

1. Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi
2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri
3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
4. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
5. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya

Wednesday, June 9, 2010

Sup Sayur Cendawan

Salam sejahtera. Ini menu ulangan. Saya pernah buat sebelum ini. Tetapi saya terlebih airnya, jadi rasa cendawan dah kurang manis. Sebaiknya, kurangkan air sup, kerana air cendawan pun akan keluar lagi. Barulah sedap menghirupnya ;) Resipi smpoi, saya ulangi di bawah. Terima kasih mak,(MIL) kerana ajar saya makan cendawan. :)

SUP SAYUR CENDAWAN

Cendawan kembang- yang besar - disiat 2 atau 3, dan potong 1/3 batangnya.
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
4-5 biji cili padi
air secukup untuk kuah
kiub bilis maggi

Tumis bahan tumbuk, masukkan cendawan. Kacau kejap. Baru masukkan air. kita akan dpt agak byk mana air yang perlu untuk kuah. Masukkan kiub bilis maggi dan cili padi. Biar mendidih dan cendawan layu. Angkat dan hidangkan.


Thursday, June 3, 2010

Sup sayur dengan bebola ikan


Sup Sayur hanya versi biasa saya buat. Tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk. Kemudian masukkan air secukupnya untuk kuah. Biar mendidih, masukkan kuib bilis, suhun, sayur, dan bebola ikan. Bebola ikan homemade, saya guna resipi kak JC, resipi di sini



Sedapnya sup sayur guna fishball homemade. Terasa-rasa manis fishball tu . Thanks kak JC.

Sunday, May 23, 2010

Sup Telur Bertaugeh


Salam sejahtera, selamat tenghari,
Di antara dinner kami, sup telur bertaugeh. Asalnya sup telur kegemaran My Hubby, yang selalu juga MIL buat jika nak makan cepat. Sedap, dan mengenyangkan. Saya just buat 2 jenis jer malam tadi, sup telur dan ayam goreng. Jadi, saya masukkan taugeh, supaya saya tak payah goreng sayur....hehehe....

SUP TELUR BERTAUGEH

Bahan:

3 biji telur
Air secukupnya
5 biji cili padi - dipotong kecil
2 ulas Bawang putih - dihiris
3 biji Bawang merah -dihiris
sejemput ikan bilis
1/2 kiub ikan bilis
Taugeh - secukup yang dimahukan
garam secukup rasa

CARA:

1. Tumis bawang putih,bawang merah, ikan bilis, cili padi hingga naik bau.
2. Baru masukkan air. Biar mendidih.
3. Masukkan telur, jangan pecah kuningnya. Kuatkan api.
4. Bila telur hampir kental, turunkan api dapur, masukkan kiub bilis, garam dan taugeh. Kacau sekejap.
5. Angkat dan hidangkan.

Saturday, May 22, 2010

Fishball Soup



Salam sejahtera,
Dah dekat tngahari kan? Tapi sini agak mendung. Pagi2 tadi dah ujan. Ini sup fishball dinner last night. Aritu masa gi pasar malam, nampak fishball, tapi tengok skali imbas jer, sbb dah niat..nak masak fishball homemade kak JC ni...hihihi..


Fishball soup yang siap dimasak..


Fishball sebelum dimasak


FISHBALL SOUP - sumber kak JC, jceastmeetwestkitchen

BAHAN-BAHAN UNTUK FISHBALL:

500 gm isi ikan-kalu guna tenggiri lg sedap (nurindah: saya guna isi ikan kembung)
1 tsp serbuk lada sulah
1/2 tsp serbuk bawang putih
1 ketul pati udang atau ikan bilis
2-3 ketul ice (nurindah:tak bubuh, ganti sedikit air)

Semua ni dikisar hingga halus, kemudian basahkan tangan dan bulat2 kan pes ikan dan susun dlm shallow dish yg diisi sikit air (utk elak kan bebola melekat) buat hingga habis ketepikan.

UTK SUP:
1 biji bawang besar }
3 ulas bawang putih} kisar halus
1/2 in halia}
3 btg carrot -hiris
2 biji kentang-potong ikut suka
1/2 atau 1 cawan makaroni-rebus ketepikan (nurindah: takde)
tauhu kering-jika suka
sayur2 lain jika suka
daun bawang dan bawang goreng utk taburan
garam dan serbuk lada sulah secukupnya
Air secukupnya

CARA-CARA:

1. Panaskan sikit minyak..tumis bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan carrot dan kentang, masukkan air secukupnya ( ikut le kalu nk sup banyak ke sikit) biarkan didih.

2. Masukkan garam dan serbuk lada sulah kemudian masukkan bahan2 lain biarkan didih sekali lg.

3. Masukkan bebola ikan/fishball biar kan didih/masak bila fishball timbul maknanya dah masak.

4. Akhir sekali masukkan makaroni yg telah direbus tadi..rasakan garam sekali lg. Siap.

Tuesday, May 4, 2010

Ayam goreng berempah sempoi, sup tauhu dan taugeh,



Salam sejahtera, selamat pagi,

Kelmarin, kilang masih shutdown, My Hubby cuti. Jadi, faham2 jerla. Takkan nak online masa Hubby ada kan? nanti kecik ati dia...huhuhu. Sebok My Hubby jual beli saham online. Saya terkebil2 jer tgok. orang tak skolah tinggi macam saya, manalah pandai nak tgok graph complicated camtu. graf excel advance pun blom tentu lepas lagi.
Pastu, jual beli saham yg min belian RM500....UHUKS..! seram saya. saya tanya Hubby, tak penah rugi ke? Dia cakap...main saham ni, kalu turun, dia naik balik. Fuh..diam saya. malas nak bebel2 lagi. maklumlah, bukan senang cari duit. takkan nak abes camtu je kan? selagi tak rugi, takpela, duit awak.....

Malam tadi, still malas nak tengok resipi. Buat menu yang dah ada dalam kepala. Jadi, godek2 ayam yang dah cair tu, sedap dimasak camni. kalu ada sambal belacan,...laaagi laju...



AYAM GORENG BEREMPAH SENANG

1/4 bahagian ayam (bahagian peha)- dikelar.
garam -secukup rasa
sejemput gula pasir
serbuk kunyit

Bahan tumbuk:
3 ulas Bawang putih (lupa tulis tadi)
2 inci halia
sejemput biji ketumbar
sejemput jintan manis
sejemput jintan putih

CARA MEMBUAT:
1. Sapu garam, dan kunyit pada ayam.
2. Lumur bahan tumbuk tadi beserta gula . Lumur hingga betul2 rata. Perap.
3. Goreng dalam minyak banyak, api perlahan. Goreng hingga agak garing.
4. Baki rempah masukkan bersama. Boleh angkat baki rempah dahulu, jika ia dah garing.
5. Sedap dihidang dengan kuah kari, dan sambal belacan, dan ulam timun. (saya buat ayam je malam tadi).




Sup tauhu dan taugeh.


Gulai siput ni beli tau. kat pasar malam. RM 3. Lamaa...tak makan. tak berani nak beli yg idup masak kat rumah...yang dah masak berani la saya makan...ngeeeee...

Saturday, February 6, 2010

Sup bebola daging, bebola daging versi burger Ramly, sayur pak choy sos tiram berdaging


 
Kes nak abeskan stok beger kat esbok. Dah tak rasa nak makan ngan roti. Bebola daging kelmarin pun kurang menjadi. Jadi, saya lenyekkan beger tu, tambah serbuk lada putih, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih. Gaul sebati. Bulat-bulatkan. Pastu, rebus dalam air mendidih. Bila bebola naik di permukaan air, kira masakla tu. Angkat dan tapiskan. Biar sejuk.


 
Saya buat ni.. Sup bebola daging. Hanya tumiskan bawang putih, bawang merah, halia (semua dicincang halus) . Tambah  air , biar mendidih. Masukkan sejemput ikan bilis dan garam. Biar  bilis lembut.  Tutup api. Tabur daun bawang dan daun sup. Angkat dan hidangkan.

 
Sayur pak choy sos tiram berdaging.

Saturday, January 23, 2010

sayur bak choy sos tiram, sup ayam My MIL

Salam sejahtera, selamat pagi,
Hari ni banyak kerja nak buat. Nak balik banting kejap, gi hospital damansara, gi amik stok bro-arts....dll. Insya Allah, saya blogwalking bila balik rumah nanti.
Tak care semua....muah!




Sayur Bak Choy bersos tiram ngan daging. Sorilah sayang, dah terlebih layu plak bak choy tu saya celur. huhu. Tapi kuahnya sedap. Saya main campak jer. Saya didihkan air, masukkan isi daging yang dihiris nipis, dan masukkan skali bak choy . Lepas tu, angkat bak choy dan daging, toskan. Air daging diasingkan. Kemudian tumis bawang putih yang telah dicincang, cili merah yg dihiris, 2-3sdb sos tiram dan kicap manis skit. Biar skit garing, masukkan air daging.Tak payah letak garam. Biar mendidih, baru masukkan daging dan bak choy yang telah dicelur tadi. Biar sebati. Angkat,dan hidangkan


Sup ayam ala My MIL. Main campak juga. Saya rebus ayam sampai masak (ambil bahagian tulang termasuk kaki...ihiks). Tumbuk jintan manis + jintan putih + lada hitam + biji ketumbar + bawang besar + bawang putih. Masukkan bahan tumbuk ni, bersama halia yang diketuk, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis. Tambah garam. Biar sebati. Angkat dan hidangkan bersama sambal kicap. Tambahan saya : takde ajinomoto, but kiub ayam megi.sedap!


Saturday, January 2, 2010

Sup Ayam

Bila kesibukan melanda, dan  sup ayam  dan sambal kicap mengubat selera... ;)


Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers