Salam sejahtera,
Dinner malam tadi. Namanya nasi tomato merah, sebab warnanya merah mak ngah... ;) Guna tomato puree je lebih skit. Resipi oter2 , sbb tak jumpa lagi nasi tomato tak pakai susu. Hasilnya, My Hubby berselera makan juga, sebab tak muak. Rasanya tak masam. Sedang2 jer. Tumis nasi guna majerin je. Saya kurang gemar nasi berbau minyak sapi. Agak lembik masa ni, terlebih sukat air. hancuss skit.
Ulang lagi makan masa dia bersahur pagi tadi. Alhamdulillah. Kalu nak kurangkan merahnya tu, kurangkan tomato puree jer, hihihi. Malam tadi berlaukkan rendang daging segera, paru bercili, dan ulam timun, buat sedikit kuah sup kiub ayam.
Nasi Tomato Merah Ringkas (tanpa susu)
2 cwn beras -dibasuh dan ditoskan. (saya guna beras thailand)
2 1/2 cwn Air (sukatan lihat jenis beras anda, kurangkan sebab nanti air tomato turun)
1/2 biji Buah tomato (saiz besar) -didadu
1/2 cwn Tomato puree (kimball) - (boleh kurangkan)
garam secukup rasa
daun pandan disimpul
1 batang serai
Kismis
BAHAN TUMIS:
2 sdb majerin -utk menumis
3 biji Bawang merah -dihiris
1 ulas bawang putih -dihiris
halia -dihiris
Bunga lawang
buah pelaga
bunga cengkih
kulit kayu manis
1 sdk Rempah kurma
1 batang Serai -diketuk
1 helai daun pandan -diikat
CARA:
1.Di atas api dapur, guna periuk nasi. Cairkan majerin, tumis bahan tumis dengan serai dan daun pandan hingga naik bau.
2. Masukkan tomato puree, buah tomato, garam. Gaul sebati.
3. Masukkan beras, kacau sebati. Tutup api dapur. Pindahkan ke periuk letrik.
4. Masukkan air, tanak nasi hingga masak. Bila hampir masak,masukkan kismis. Kacau hingga sebati.
5. Saya nak lagi kering, jadi saya angkat periuk nasi tu, masak atas api dapur biasa hingga benar2 kering. Tutup api dan hidangkan.
Rendang daging guna paket rendang adabi jer.
eh kenapa la macam baru 1 hari tak mai sini, dah 2-3 page update ni? laju betuuuulll :)
ReplyDeletesalam KOG,
ReplyDeleteblog saya ni macam Nota, KOG. bila rasa nak update laju...jer. bila takde mood, kuranglah. ;)