Salam sejahtera, hari Isnin 2 minggu yang lalu, saya berpuasa. Selalunya teringin dessert manis. Teringat pula cendol paket yang kononya saya nak buat kuih talam...hahaha. Cendol ni dibeli kat pasaraya. Saya tapis, dan buang airnya, basuh skit cendolnya. Agak keras cendol paket ni. Saya teringat cendol kat bandar Jertih. Homemade, dan hanya tahan 2 hari, sebab langsung takde pengawet. Yang itu aaamat lembut. Biasanya cara mama saya, dia campur cendol ngan air gula. Hirup macam tu jer. Sedap! Takpela, walaupun cendol ni agak keras, asalkan lepas kempunan kan?
CENDOL BERSANTAN
1 bungkus Cendol paket - saya buang airnya (yang kat pasaraya tu)
KUAH: (Dipanaskan dengan api kecil)
Santan cair secukup kuah yang dkehendaki
sedikit Garam
1 helai Daun pandan
AIR GULA MERAH: (Dipanaskan hingga gula merah cair)
Gula merah/ gula melaka (saya guna yg dah hancur, cap bintang)
Air masak secukupnya untuk mendapat air gula yang sedikit pekat.
CARA MENGHIDANG:
1. Letak semua cendol di dalam mangkuk.
2. Masukkan santan panas tadi ke dalam mangkuk berisi cendol. Biarkan sejuk.
3. Gula merah diletakkan dalam bekas asing.
4. Bila nak makan, isikan saja cendol dalam mangkuk kecil, tuang air gula merah mengikut rasa, plus sedikit ais atau ais kisar. Yum.... menyelerakan! :D

