Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label Mutiara Hati. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Hati. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

Anak Lelaki.... Perlu Ilmu Rumahtangga atau Pendidikan Seks?

Salam sejahtera,
Tiada apa2 yang menarik... cuma sekadar hasil fahaman saya. Saya suka meneliti dan membaca. Jadi, saya catatkan hasil kumpulan ini, supaya saya dapat jadikan sedikit panduan buat saya juga. Yang baik, ambillah manfaat. Yang tak sesuai, tinggalkanla.. :))
(Saya ada buat tambahan)

Anak Lelaki...perlu Ilmu Rumahtangga atau Pendidikan Seks?
Catatan ikhlas : http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/

Sebagaimana ilmu mnguruskan rumahtangga patut diajar kpd anak perempuan, begitu jugalah ILMU RUMAHTANGGA patut ada di dalam DADA sorang lelaki yang bergelar suami. Jadi tugas ibubapa dalam hal ini.

1. Ajarkan anak2 lelaki solat dgn sempurna menjelang usianya 6-7 tahun.

Sekarang ini, anak2 cepat cerdik. Kata orang DHA lebih.. :)) Saya pernah bertemu dgn seorang kanak2 berusia 6 tahun smasa mengajar di Tadika, yang telah pandai solat dan menegur kawan2nya yang bermain2 dgn rukun solat. Sejuk hati ibubapanya, kan? Jadi saya rasa seusia 6 tahun anak2 sudah cerdik untuk diajar solat dgn rukun yang betul, al fatihah, bacaan rukuk dan sujud, bacaan doa qunut, bacaaan tahiyyat, dan sedikit surah lazim. Bacaan2 tersebut buatla scara hafazan. Kanak2 mudah mengingatnya.. Insya Allah... Hafazan biasanya elok dgn si ibu, ibu lebih sabar jika dia lambat menghafal. Untuk amalinya, elokla dgn ayahnya pula atau mana2 saudara yang lebih tua, lebih tegas. :)). Tambahan : Ini penting, supaya anak2 lelaki pandai mengimami solat. Asuhlah dia supaya menjadi imam smasa solat dgn adik2 perempuannya, semasa ayahnya tiada. :))

Dalam majalah Nur 2005, ada satu hadis: Imam Ghazali ada menyatakan proses pendidikan anak2 terbahagi 4 iaitu Menghafaz, proses memahami ilmu, diiktikad barulah ditasdiqkan.

2. Tanamkan anak2 lelaki dgn sifat kelelakian.

Sifat kelelakian bukanla bab nafsu jer. Banyak kata2 orang dulu2 yang kita momok-momokkan jadi isu Seks. Kelelakian itu ialah pengetahuan agamanya, sifat kepimpinan, kekuatan badan, dan sifat penyayang terhadap wanita. :)) Sebab tu orang dulu2 suka ajak anak2 gi Kebun, angkat cangkul. bagi anak2 tu kuat tangannya. hihihi..

3. Anak lelaki membesar dgn tauladan

Anak lelaki banyak terpengaruh dgn cara Ayahnya dalam gaya perangainya. Contohnya jika ayahnya rajin mengimami solat di rumah, dia pun mudah terbuka hatinya untuk mengimami solat jika bersama teman-temannya. Jika ayahnya seorang pemarah pula, maka dia pun mudah jadi seorang pembentak tanpa ia sedari. Anak lelaki tidak perlu memerhati, kerana ia lebih cekap walaupun dilihat cuma sekali. Mungkin minatnya tak sama, tetapi gayanya hampir sama lebih2 lagi bila berumahtangga kelak.

4. Bila baligh

Walaupun dia pandai blaja, belom tentu dia pandai bab Ilmu rumahtangga. Rata2 saya baca dalam forum kalu bab kahwin.... anak2 muda ni fikir DUIT HANTARAN jer. Dia fikir, ilmu rumahtangga hanya blaja di kursus perkahwinan yang 2 hari tu. Ibubapa seharusnya membimbing nafsu anak lelaki supaya iman mereka terjaga. Contoh trdekat Anak lelaki banyk terdorong dgn nafsu dengan minat pada perempuan dan selalu mimpi basah. Bahkan kita slalu jumpa kisah anak2 muda yang hidup dalam Onani dalam ruangan kesihatan lelaki di akhbar... Tanyakanla padanya, bukan tunggu dia tanya kita. Bimbingla perasaannya dgn nilai agama seperti ajaknya berIstiqamah... Puasa Sunat. Supaya dia tenang, dan berusaha mengawal dirinya. Supaya tak dengar lagi kisah2 wanita yang menyerah diri kpd anak2 lelaki kita untuk dicabuli. Sebab tu orang dulu2 suka mencari jodoh anak-anak lelaki bila mereka dah agak matang.. bukan kerana mahu mengatur jodoh semata, tetapi kerana ingin menjaga dorongan nafsu anak2 lelaki supaya boleh diletak kepada tempat yang halal...

5. Ajarkan anak lelaki kemahiran yang mampu menyara hidupnya walaupun tidak makan gaji.

Isu KEMAHIRAN untuk anak2 lelaki sangat penting. Kerana dgn ini, mereka mampu menyara hidup. Kita tidak tahu setakat mana kerajinan anak lelaki untuk belajar hingga peringkat tinggi. Adakalanya cukup makan jer. Kalu lepas dapat masuk satu organisasi pun, sijil tu belum tentu bole digunakan untuk mencari kerja lain. Melainkan jika sifat kepimpinannya tinggi di tempat kerjanya spt kerap menjadi pengerusi majlis atau sentiasa dipilih dihantar berkursus menjadi sandaran. Tak semua bernasib baik spt itu. Banyak organisasi mementingkan pengalaman staf menguruskan projek. Belum lagi kalu projek2 itu semuanya diberikan kepada wanita. Jadi, mahu atau tidak, mereka memaksa diri bekerja... Jika ada kemahiran, adalah satu KELEBIHAN buat mereka. Saya pernah baca kisah ibu yang mengizinkan anak2 lelakinya berkahwin sms belajar di luar negara. Katanya, dia telah hantar anak2nya itu belajar menjahit pakaian lelaki di Giatmara seblum ini. Jadi, walaupun mereka blaja di luar negara, dan taraf hidup tinggi, anak2nya ada kemahiran untuk menyara hidup anak isteri. Aneh... tapi dia dah bekalkan sesuatu buat anaknya.. iaitu kemahiran mencari DUIT. :))

6. Al Quran, guru dan kitab sebagai temannya.

Ada disebut dalam satu majalah, tanggungjawab ibubapa ialah memastikan anak2 membesar bersama AL QURAN, bukan setakat Iqra' semata-mata. Pastikan mereka Khatam Al Quran sebelum Baligh. Selain itu, bawa anak2 lelaki yang TELAH baligh ke majlis ilmu yang brbincang bab2 Munakahat. Bukan blaja bab Seks... tetapi ttg Diri Seorang Lelaki dalam pandangan Agama. Contoh kitab yang terkenal ialah Bimbingan Mukmin, karangan Imam Al Ghazali, bab Kitab Adab Pernikahan. Judul asal dalam bahasa Arab - Mau'izhatul Mu'minin min Ihya' Ulumiddin. Seharusnya bab kitab, mestilah Berguru pada yang alim.. Yang ada di laman web itu rujukan. Pada masa ini, nak kursus kahwin banyak bayar, tapi di blog saifulislam, Siri Di Ambang perkahwinan ada 2 siri. Ustaz Hasrizal yang trkenal dgn buku "Aku Terima Nikahnya" bercakap dr segi intelektual dan penyeimbangan diri.. sebelum memasuki alam perkahwinan. Caranya berpesan laksana seorang bapa kepada anak-anaknya yang sdg ralit di alam percintaan. catatan ikhlas: http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/

- Siri 1 (Pra Perkahwinan)

- Siri 2 (Di Ambang Perkahwinan)

- Mengikat Pertunangan Dalam Kesederhanaan.

- Mengurus Fikiran Tentang Perkahwinan

- Erti sebuah perkahwinan


Tuesday, October 12, 2010

;) Suami akan mudah tersenyum bila....

Salam sejahtera, pagi ni kami makan mihun goreng saja. Lebih kurang macam resipi kat sini. Masih malas nak ambil gambar makanan. :) Saya cuma nak catat pasal ni jer. Moga jadi ingatan tika saya terlalai... Mohon maafla buat teman2 dan visitor yang nak lihat gambar menu kami. Itulah... dapur saya biasa2 jer, tak macam orang lain. Penuh sederhana. kadang2 makanan perut... kadang2 makanan hati. Yang sudi, bacalah. Yang tidak, boleh saja ke dapur TEMAN2 saya di bloglist. Dah sedia nanti, saya tunjukla lauk sambal tutok, ikan masin dan masak bening saya tu ya.. hihihi..


Cara2 yang mudah untuk mendapat senyuman, kucupan atau pelukan dari seorang suami. Jadi, suami akan mudah tersenyum bila... :

Catatan ikhlas: http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/
(kalau ada tambahan, saya akan tambah lagi ;)

1. Solat awal waktu.

Biasanya suami yg rajin tanya kita dah solat ker tak... mesti dia dah solat tu. Maknanya kita dah lambat... maklumlah, housewife pun ada masanya tangguh2kan Solat.. :)) . Kasihan suami, kalu isteri tak solat, dosa pun tertanggung juga atas suami yang membiarkan..

2. Bila dia dah balik kerja, ada makanan terhidang di atas meja.

Walaupun hanya sepinggan pisang goreng... percayalah, walaupun dia masih belum lapar, pasti akan disambarnya seketul... nak beli atau masak sendiri, terpulangla...tapi pastikan sedap pada tekaknya. :))

3. Jangan lupa, sekurang2nya, 2 kali seminggu, ajak suami tido awal..

Tak salah mengajak suami ke bilik tido. Sebenarnya suami suka diajak. Kat tv dan kat luar, lagi banyak ajakan2 yang ke arah maksiat dan dosa... Kita mengajak ke arah pahala, laaaaagi Istimewa AJAKAN tu, kan? :))

4. Bangun pagi2.

Dia senang hati kalau melihat kita, isteri ni bangun awal darinya. Kalu hari kerja, bangunla seawal 4.30 am. Kalu hujung minggu, nak selewat 6.00 am pun masih ok. Lagi pula, bila suami melihat kita buat kerja rumah awal2 pagi macam tu. Kata orang... sejuk hati suami..... Lagi pula, kalau kita jenis lambat skit bila buat kerja, macam saya ni.. dah sure kena bangun awal. Insya Allah, hanya suami yang hati batu jer yang mungkin tak tersentuh melihat isterinya buat keja awal pagi camtu. Kata orang, awal pagi membuka hati, kalu nasihat mudah masuk, hati pun mudah syahdu jer...

5. Istiqamah buat SARAPAN dan minuman panas.

Pagi2 macam tu, sure lapar.. nak tunggu lunch, teramat lambatnya. Walaupn suami jenis tak makan pagi, usahakanlah makan bersama, pasti dia menjamah walau sepotong roti dan seteguk Milo panas. Lagi2 kalu isteri Istiqamah sediakan MADU atau TELUR masak separuh, makanan yang baik utk kesegaran badan suami. Sure lagi sang suami senyum panjang...

6. Panjang tangan dalam membantu suami.

Orang yang paling panjang tangannya di kalangan isteri Nabi S.A.W ialah Ummul Mukminin Zainab R.A. Kata sesetengan riwayat, Zainab suka bekerja dengan tangannya sendiri iaitu membuat perhiasan lalu dijualnya, juga sifat dermawannya terhadap fakir miskin. Itulah definisi panjang tangan bagi Rasulullah. Boleh baca kisahnya di sini.Belum lagi perkara2 kecil yang kita buat, sebenarnya menyenangkan hati suami. Contohnya, menanam tanaman untuk mengurangkan membeli cili padi, halia, serai di pasaraya. Boleh saja ditanam di dalam pasu, kan?
Atau menggunting kain2 langsir yang lama.. dijadikan Patch Work, sebagai selimut. Sungguh berseni dan mendamaikan hati..


Monday, October 11, 2010

Adakah suami tidak mendengar?

Adakah suami tidak mendengar?

Siang tadi, saya membaca tulisan ummuhusna99. Suka melihat video yang dipaparkannya. Memang jelas nasihatnya. Mudah diikuti.

Saya terpikat dgn satu masalah seorang visitor, ttg sikap suami yang amat pendiam. Ada masalah, diam... takde masalah pun diam... Mungkin dpan kawan2 rancak bercerita. Tiba2 saya jatuh hiba dgn catatannya. Saya faham.. sahabat saya pernah mengalami masalah macam ni sehinga timbul curiga, juga......... kerana di awal perkahwinan dulu, saya pernah mengalami masalah macam ni. :))

Sebenarnya 1-2 tahun perkahwinan, tak sama macam 5-6 tahun bercinta sebelum perkahwinan. 1-2 tahun ialah masa yang sukar. MASA UNTUK MENGENALI LUAR DAN DALAM.

Lebih2 yang telah mempunyai anak dalam setahun perkahwinan. Belum lagi puas nak mengecap nikmat perkahwinan, tiba2 terasa ada batu galas yang terpikul di bahu sang suami. Saya tahu dan faham.. kerana saya orang2 di sekitar saya ramai yg mempunyai anak2 di usia muda. Anak2 adalah amanah. Bagi suami yang bertanggungjawab, memang makin lama... dia makin KURANG BERCAKAP..... Tapi TEKUN BEKERJA.

Dan perkara yg sukar bila kita sbg wanita sedih, ialah... meluahkan, tapi kita rasa macam sang suami tidak mendengar...

Pendapat saya mudah.... selagi dia bekerja mencari nafkah, dan masih pulang untuk menunaikan batinnya pada yang hak, iaitu isterinya... janganlah dikira sangat kelemahannya yang lain. Pelan-pelanlah memujuknya... :)

Pesan saya, jangan terlalu memendam rasa...
http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/

- Suarakanlah, tapi jangan mengungkit kekurangan sifatnya..
- Qanaah, menerima sifat kekurangan pasangan..
- Tepis semua pendapat org lain yang kurang baik. Isteri lebih kenal sifat suaminya luar dan dalam...
- Bersangka baik, dia mungkin ada masalah peribadi yg taknak menyusahkan isteri. Pujuklah dia...
- Meminta nasihat, tapi janganlah pada orglain... tapi pada ibubapanya. Suarakan dlm nada minta pendapat... tapi ikhlas dan redha, dan gembira dgn sifat suami. Berpura2 manis, tapi kalau hasilnya ialah gula, Insya Allah.
- Akhirnya.. Dia masih pulang ke rumah, menunaikan batinnya pada yang hak, iaitu isterinya. Bergembiralah.. wahai isteri. Syurga dah separuh kaki dijejak..

Moga kita sama2 mencapainya. :))

Tuesday, October 5, 2010

Makanan hati : 5 tanda Hayatan Tayyibah

Salam sejahtera. Dalam bbrp hari ni, kami makan simple2 jer. Belum beli lauk basah baru. Lagipun, bateri rechargeable untuk kamera Canon kami dah nyawa2 ikan. Charger kan dah meletup aritu. Seb baik bunyi "tik" jer. Charger GP tu.. tapi meletup disebabkan plug ada masalah kot.. redha jerla. Bateri tu adala skit2 buat spare. Satu lagi yang buat saya malas nak masak yang lain dr biasa, ialah... dapur saya masih lagi bersih tanpa secalit bahan tumis.. kikiki... saya cuma buat goreng2 stir fry dan kukus... :D. Oklah... saya tayang makanan hati dah ye. Moga kita semua mendapat manfaat dan berkat dalam pengajian ilmu. Amin.. Kata penulis, ia diambil dr kitab.

Ada 5 tanda kehidupan yang baik (Hayatan Tayyibah)

Sumber: terimaseadanya.blogspot.com

Imam Al Qurthubi menjelaskan dalam tafsirnya "Al Jamiu li ahkamil Quran" bahawa ada 5 unsur kehidupan yang baik(Hayatan Tayyibah) iaitu:

1.REZEKI YANG HALAL

Ramai orang yang memperolehi yang melimpah ruah tetapi hasil diperolehi daripada jalan yang tidak halal seperti mencuri, menipu,rasuah dan lalin-lain.Walaupun kehidupan yang dibina itu dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan dunia,tetapi dalam jiwanya masih timbul rasa gelisah,runsing kerana hasil rezekinya itu tidak ada keberkatan di sisi Allah Taala.
Perbezaan orang yang memperolehi yang halal pula,hasil daripada titik peluh yang ikhlas semata-mata inginkan keberkatan Allah Taala maka kehidupannya akan merasakan ketenangan ,kedamaian dan ketenteraman jiwa. Setiap hasil yang diperolehi di dunia ini ,baik atau buruk akan dipersoalkan di hadapan Pengadilan Allah kelak.

2. QANA'AH

Qana'ah itu bermaksud mengucapkan apa yang seadanya,terutama sekali berkenaan dengan rezki dan kehidupan. Dr. Yusuf Al Qhardhawi merumuskan makna Qanaah itu dengan kalimat :
"Redha terhadap kurniaan Allah yang tidak ada kuasa bagi manusia mengubahnya"(Musylatul Faqri wa kaifa 'ala jahal Islam)hlmn 28. Seperti yang sedia maklum manusia mempunyai sifat dan tabiat yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Rasulullah S.a.w pernah bersabda : "Seandainya manusia mempunyai 2 lembah penuh dengan emas, maka dia akan menghendaki lembah yang ke3, dan kalau sudah ada 3 lembah maka mengkehendaki lembah yang keempat. Perasaan tidak puas itu tidak akan berakhir sehingga jasadnya dimasukkan kedalam tanah(mati)".
Sesungguhnya manusia yang tidak mempunyai sifat Qana'ah tidak akan merasa puas dengan apa yang ada. Tetapi orang yang qanaah akan merasakan rezki yang dikurniakan oleh Allah itu pasti akan merasa nikmat walaupun sedikit.

3. TAUFIQ

Dalam kehidupan dunia ini, seringkali apa yang direncanakan oleh Allah kepada hambanya sesuai dengan apa yang diharapkan oleh hambanya.Kesesuaian itu dinamakan taufiq.Maka apabila manusi sering menemukan pengharapan dan keinginannya tercapai dan seumpamanya,maka ia salah satu kehidupan yang baik.Ia berhubungkait dengan hidayah dan menjelmalah taufiq.

4. BAHAGIA(Sa'adah)

Bahagia itu sesuatu yang umum untuk difahami, Ia berhubungkait dengan ketenangan jiwa dan rohani. Definisi bahagia adalah berbeza bagi setiap orang. Ada yang beranggapan bahagia lebih kepada material dan kemewahan, tetapi hakikat yang sebenarnya lebih kepada ketenangan yang dipandu dengan petunjuk Allah S.W.T .

5. JANNAH(Syurga)

Setiap manusia dibolehkan untuk mengecapi kehidupan didunia,tetapi keutamaan manusia ialah untuk mencapai kehidupan yang baik di akhirat kelak. Kehidupan dunia ini harus dijadikan laluan untuk menuju kehidupan yang hakiki diakhirat iaitu Syurga.

Dapat disimpulkan bahawa untuk mengecapi kehidupan yang baik didunia ini harus mengambil kelima-lima unsur yang dijelaskan oleh Imam al Qurthubi sebagai panduan untuk merealisasikan kehidupan yang nyata.
Dicatat oleh Terimaseadanya terimaseadanya.blogspot.com

Monday, October 4, 2010

Diari Hati Seorang Ibu

Diari Hati Seorang Ibu
Nukilan Hamba Allah, http://www.ataphijau.com/2010/09/28/diari-hati-seorang-ibu/

Mata adik kelihatan bergenang dengan manik-manik air jernih. Raut muka adik kelihatan mendung. Mak tahu ini adalah hari pertama adik mendaftar di asrama. Tapi, mak tak sangka adik akan menitiskan air mata. Adik yang mak jaga sejak kecil adalah seorang yang kental dan keras, sungguh berbeza dengan abang yang sedikit lembut dan ‘beralus’. Jadi, mak agak sedikit kaget dengan reaksi adik kali ini.

Adik kesian kat mak..tinggal sorang-sorang dengan ila je kat rumah. Takde orang lelaki kat rumah kecuali bila ayah ada. Takde orang boleh tolong mak pergi kedai, buang sampah ke tong sampah besar dan bantu buat kerja-kerja berat kat rumah.”
Masih terngiang-ngiang di telinga mak kata-kata adik itu. Itu rupanya sebab Adik sedih. Mak tahu Adik sayangkan mak. Memang mak pun banyak berharap kepada Adik sebelum ini. Memang mak suka kalau Adik tinggal dengan mak untuk tolong mudahkan urusan mak. Mak perlukan Adik untuk ke kedai, buang sampah, belikan makanan, hantar Ila ke kelas dan sebagainya. Kalau Adik ada di rumah, adalah juga orang lelaki di rumah untuk temankan mak dan Ila kalau jadi apa-apa.

Mak pun dah tua Adik, mak dah tak larat untuk buat kerja berat-berat. Kalau boleh mak nak duduk berehat je, memasak pun mak tak nak. Kalau boleh, mak nak semua kerja dibereskan oleh orang gaji kalau ada. Tapi apakan daya.

Mak pun tidak sangka Mak akhirnya tinggal berdua je dengan Ila di rumah ni. Mak tak pernah terfikir yang mak akan kesunyian macam ni dan mempunyai masa bersendirian yang sangat banyak. Mak tidak pernah membayangkan rumah yang besar ini hanya dihuni oleh 2@3 orang pada satu-satu masa. Mak tidak pernah menyangkakannya. Sungguh..

Mak mengandungkan dan melahirkan 11 orang anak semuanya. Ramai.. sangat ramai. Semua menyatakan hidup mak akan senang bila anak-anak dah besar nanti. Tapi bila anak-anak dah besar, mereka pula meninggalkan mak untuk urusan mengejar cita-cita, jadi mak tidaklah nampak kesenangan itu. Semua  merasakan mak tidak akan pernah sunyi dan sendirian kerana anak-anak yang ramai sentiasa di sisi. Tapi akhirnya mak ternanti-nanti juga panggilan telefon dari anak-anak di asrama.

Tapi Mak yakin bahawa ini adalah merupakan pengajaran Allah pada Mak. Walaupun Mak mempunyai ramai anak yang baik-baik semuanya, Mak akan tetap keseorangan apabila dijemputNya nanti. Mak tidak akan ditemani oleh anak-anak yang disayangi apabila terbaring di liang lahad nanti. Mak tahu Allah nak latih diri mak supaya terbiasa dengan bersendirian.

Dan jagalah dirimu dari (`azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikit pun; dan (begitu pula) tidak diterima syafa`at dan tebusan daripadanya, dan tidaklah mereka akan ditolong. (Al-Baqarah:48)

Namun, janganlah Adik bimbang, kerana sesungguhnya Mak tidak keseorangan. Walaupun anak-anak Mak tidak menemani Mak di rumah, Mak masih ada Allah. Mak yakin yang Allah akan menjaga Mak di sini. Lagipun, bukan Mak tidak pernah membuat semuanya sendiri dan berkeseorangan. Mak juga tahu, Mak tidak patut berharap pada manusia, namun hanya pada Allah semata.

Mak masih ingat pada suatu ketika Mak membawa kelima-lima anak Mak yang masih kecil dalam kereta. Hujan ketika itu sangat lebat dan tatkala sampai di suatu tempat, air telah melimpah dan naik tinggi. Mak tak berani meredah air, takut enjin kereta yang dah tua ni semput atau lemas di tengah jalan. Mak pun tak nampak sangat nak memandu sebab hujan tersangat lebat. Ketika itu, Mak tak tau nak buat apa. Mak risau kalau apa-apa jadi pada anak-anak Mak. Mak menangis…  Tulah yang Mak mampu lakukan. Mak menangis memohon bantuan dan perlindungan Allah. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Katakanlah: “Siapakah Tuhan langit dan bumi?” Jawabnya: “Allah.” Katakanlah: “Maka patutkah kamu mengambil pelindung-pelindungmu dari selain Allah, padahal mereka tidak menguasai kemanfaatan dan tidak (pula) kemudaratan bagi diri mereka sendiri?”(13:16)

Mak masih ingat ketika Along masih kecil dan Angah masih dalam kandungan, Mak bersendirian di rumah setiap malam kerana Ayah sentiasa ada urusan di luar. Sakit demam anak-anak Mak, semua Mak uruskan sendiri. Mak tiada pembantu, Mak juga tiada mak sendiri untuk diharapkan bantuan. Ketika itu, Allah sajalah pembantu Mak. Dan Allah tak pernah sia-siakan permintaan dan doa Mak. Jadi Adik janganlah bimbangkan Mak tidak dibantu di rumah.

“Di sana pertolongan itu hanya dari Allah Yang Hak. Dia adalah sebaik-baik Pemberi pahala dan sebaik-baik Pemberi balasan.” (18:44)

Bertahun-tahun selepas melayari bahtera rumah tangga dengan Ayah, memang tiada saudara mara di sisi Mak. Dunia Mak hanyalah dengan anak-anak. Namun, percakapan dan perkongsian Mak terbatas kerana anak-anak tidak memahami perasaan dan percakapan Mak. Walaupun Mak dikelilingi anak-anak yang pasti tidak membiarkan Mak kesunyian walau sesaat, tapi Mak tetap keseorangan meneruskan kehidupan yang penuh mencabar ini. Mak tiada teman berbicara kecuali Allah Yang Maha Besar.

Semasa Mak bertarung nyawa melahirkan anak-anak Mak, jarang sekali Ayah berada di sisi. Ketika itu, memang tiada yang lain terlintas di fikiran. Allah sahaja di hati Mak. Alhamdulillah,Mak selamat. Anak-anak Mak juga sihat semuanya. Semuanya membesar menjadi anak-anak yang bijak dan membahagiakan hati Mak.

Ketika Adik masih dalam buaian, pernah rumah kita disambar kilat. Mak juga kebuntuan dan ketakutan. Ayah pula masih di pejabat. Mak membawa anak-anak Mak yang kecil keluar dari rumah. Mulut Mak tak lekang daripada zikir mengingati Allah. Mak mohon keselamatan kita semua dan Allah masih memelihara kita sehingga ke hari ini.

Jadi, janganlah Adik bimbangkan Mak di rumah. Ini bukanlah kali pertama Mak bersendirian dan perlu berdikari. Mak tahu Mak tidak berkeseorangan kerana Allah sentiasa di sisi Mak menemani. Anak-anak juga tak putus-putus mendoakan kesejahteraan Mak. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Walaupun anak-anak Mak jauh di mata, Mak tahu sekurang-kurangnya Mak masih punya peluang untuk berjumpa dan berbicara dengan buah hati kesayangan Mak ini. Sekurang-kurangnya Allah masih meminjamkan kamu semua kepada Mak. Kita masih berada dalam dunia yang sama. Maka, Mak memanjatkan kesyukuran pada Yang Maha Pelindung dan Pemelihara.

Mak masih ingat pada satu berita kemalangan yang menyebabkan kematian 4 adik-beradik perempuan pada 4-5 tahun lepas. (Klik untuk ke berita penuh)

Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudaratan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah.” Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) mendahulukan (nya) (10:49)

Siapa sangka anak-anak yang dikandung, dilahirkan dan dibesarkan selama 20++ tahun,diambil Allah dalam sekelip mata. Keluarga yang besar tiba-tiba menjadi kecil dengan kehendak Allah. Jadi, Mak bersyukur kerana anak-anak Mak masih bersama-sama dengan Mak di dunia ini.

Untuk Adik, Janganlah bimbangkan Mak. Adik jalankanlah tanggungjawab Adik untuk menuntut ilmu tuh. Adik belajar lah bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjadi orang yang berguna nanti. Moga Adik terus menjaga solat dan bacaan al-Quran. Mak akan pasti lebih gembira sekiranya Adik berjaya pulang sebagai seorang Imam, Hafiz dan Intelek. Jadi, Adik usahalah agar kejayaan menjadi milik Adik. Adik jagalah Allah, nescaya Allah akan menjaga Adik. Dan Adik jangan lupa doakan agar Allah memelihara Mak, Ayah dan kita sekeluarga. Sayang sayang dari Mak buat Adik~~

Friday, August 27, 2010

Allah Maha Pencipta

Salam sejahtera. 17 Ramadhan 1431. Masa pengajian di Sijangkang aritu, MIL berikan saya tafsir. Jadi, saya sempat lihat terjemahan ayat yang dibacakan oleh ustaz yang bertadarus trsebut. Di antara part ayat yang menyentuh hati saya ialah ayat 43-49, Surah an Najm. Saya rasa tersedar dari mimpi, keluhan, dan rungutan saya selama ini terjawab. Keterangan ustaz trsebut ialah, setelah air mani suami dipancutkan ke rahim isteri, tidak semestinya akan menjadi seorang anak, kecuali dgn izin Allah kerana Allah yg berkuasa menciptakan, juga mencipta jantina anak. Sesungguhnya Allah tempat kita merujuk dan kembali:

Sumber Text: http://www.tanzeem.org
Sumber Terjemahan : http://www.iiu.edu.my


Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;[43]

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;[44]

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, -[45]

Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);[46]

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati);[47]

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;[48]

Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra;[49]

Thursday, August 26, 2010

Peristiwa Ramadhan : Nuzul Quran, perang badar dan Merebut malam lailatul qadar

Salam sejahtera. 16 Ramadhan 1431. Esok ialah hari Nuzul Quran. Malam ini ialah malam 17 Ramadhan. Kebetulan jatuh pada malam ganjil. Dalam mencari malam lailatul qadar, kita berusaha meningkatkan ibadah tertamanya di malam ganjil. Tapi tidaklah bermakna lailatul qadar itu pada malam ini. Kerana ada percanggahan bilakah hari Nuzul Quran ini. Tetapi yang saya tahu sejak dahulu ialah 17 Ramadhan. Dalam kalendar JAKIM, masih tertera 17 Ramadhan sbg hari Nuzul Quran. Jika ada fatwa terbaru, saya akan perbetulkan. :)

Malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.


PERISTIWA DI BULAN RAMADHAN

Sumber: http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=09&parent=06

1. Penurunan 5 ayat daripada surah Al Qalam ( Iqra’) kepada Baginda saw pada tahun ke 13 sebelum Hijrah.
2. Khadijah binti Khuwailid isteri Nabi saw menerima Islam.
3. Kematian Ummul Mu’minin Khadijah binti Khuwailid pada tahun kesepuluh selepas Nabi saw dilantik menjadi Rasul. Beliau merupakan isteri pertama Baginda saw, ibu kepada anak-anak Baginda saw, orang yang pertama menyahut seruan Nabi saw, pembantu setia dan pendamping rapat yang telah membelanjakan segala hartanya dan dirinya di dalam menyebarkan ugama Islam kepada masyarakat syirik dan berhala di kota Mekah.
4. Perutusan tentera pertama yang diutus oleh Nabi saw di bawah pimpinan Hamzah bin Abdul Mutallib pada tahun pertama Hijrah, disertai oleh 30 orang tentera Islam.
5. Pada tahun kedua Hijrah difardukan ‘ibadah zakat dan solat dua hariraya.
6. Peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah. Ianya merupakan peperangan pertama yang penuh bersejarah di dalam Islam dengan mengalahkan tentera yang dipimpin oleh Musyrikin Mekah. Walaupun bilangan Muslimin ketika itu terlalu sedikit namun bantuan Allah swt. tetap memyebelahi Rasulullah saw dan tentera Islam.

Sumber: http://www.jais.gov.my/ramadhan/Art/artikel03.php

Antara peristiwa bersejarah dilalui Rasulullah pada Ramadan adalah pelantikan Baginda sebagai rasul. Kejadian ini berlaku pada tahun ke-13 sebelum hijrah di Gua Hira’.Ketika itu, Baginda menerima wahyu pertama iaitu lima ayat pertama dalam surah al-Alaq. Sebaik menerima wahyu, Baginda terus menyampaikan dakwah Islam kepada keluarga terdekat, terutama isterinya, Siti Khadijah binti Khuwailid.Ahli sejarah turut meriwayatkan bahawa Siti Khadijah memeluk Islam pada Ramadan.Dalam pada itu, Ramadan turut menyaksikan peristiwa kematian Siti Khadijah selepas Rasulullah dilantik menjadi rasul.Beliau adalah orang yang membantu mengukuhkan dakwah Baginda ketika mula-mula disebarkan kepada penduduk Arab jahiliah.

Beberapa peristiwa lain yang cukup penting dalam kalendar Islam berlaku sepanjang Ramadan, antaranya:

1. Perutusan rombongan tentera pertama oleh Rasulullah pimpinan Hamzah Abdul Mutallib pada tahun pertama Hijrah, disertai 30 tentera Islam;
2. Difardukan ibadat zakat dan solat dua hari raya pada tahun kedua Hijrah.
3. Peperangan Badar pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah;
4. Perutusan Zaid Harithah pada tahun keenam Hijrah ke kediaman Bani Fazarah bagi menggertak mereka kerana menghalang satu rombongan dagangan daripada menuju ke Madinah;
5. Pembukaan kota Makkah pada tahun kelapan Hijrah daripada tangan jahiliah;
6. Pengislaman rombongan kaum Saqif pada tahun kesembilan Hijrah selepas menemui Rasulullah di Madinah;
7. Kematian anak Rasulullah, Fatimah pada tahun ke-11 Hijrah;
8. Kematian Ali bin Abi Talib pada tahun ke-40 Hijrah;
9. Kematian Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar As Siddiq pada tahun ke-85 Hijrah;
10. Kematian Nafisah binti Al Husan bin Zaid bin Al Hasan bin Ali bin Abi Talib di Mesir pada tahun ke-208 Hijrah;
11. Peperangan Balat As Shuhada' pimpinan Abdul Rahman Al Ghafiqiy; dan
12. Peperangan 'Ain Jalut pada tahun ke-658 Hijrah dalam kepemimpinan Al Muzaffar Qutuz.
Petikan dan Sumber:
Berita Harian 15 Oktober 2004


SIRAH NUZUL AL-QURAN

Sirah Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar
Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sumber: http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


LAILATUL QADAR

Sumber: http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Sumber 2: http://www.zaharuddin.net/content/view/608/72/

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :

Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :-

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?

Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-

1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.

Wednesday, August 18, 2010

Buatmu suamiku..

Selamat malam. Ingin berkongsi sedikit idea sajak yang saya nukil setelah melawat beberapa post dari ustaz Pahrol. Moga tiada yang tersenyum sumbing, kerana sajak saya ni hanya mengendeng. ;)


Suamiku,
Aku tidak kuat untuk membina rasa bahagia,
untuk berusaha,
menjauh rasa jemu dlm rumahtangga,
untuk selalu mengucap cinta.
Sedangkan,
dikau tersnyum seolah2 tiada rasa,
ingin 'give n take' dalam berumahtangga,
dan...
upah kasih cintaku,
hanya membeli-belah di mall.

Bila aku menolak ajakanmu,
bukan maksud aku membantah,
tapi kerana emosi wanitaku yg berwarna,
kadang2 kelabu, kadang2 menyala.
Bukan tidak sudi pada nasihat,
bukan tidak takut pada syariat,
cuma daku ingin kelembutan,
mendidik dalam pujukan...

Jika air mataku mengalir,
adalah kerana ia telah tidak tertahan,
kerana hasil usahamu bertahun,
mengajarku agar keras,
dari merajuk rasa.
sedangkan daku..
manusa biasa yng mahu menangis sekali-skala,
mana mungkin menjadi patung bernyawa.....

Nukilan NURINDAH.

Rujukan :
http://genta-rasa.com/2010/06/16/maafkan-aku-wahai-suami
http://genta-rasa.com/2009/05/31/bahagia-itu-bila-membahagiakan/
http://genta-rasa.com/2010/05/31/bebaskan-diri-dengan-syariat/
http://genta-rasa.com/2010/04/15/jangan-beratsbihkan-cinta/



SAJAK DARI: Genta-rasa.com

MAAFKANKU WAHAI SUAMI,
Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!



Sunday, June 27, 2010

Al-Mathurat dan ayat-ayat Ruqyah

Salam sejahtera, salam tengahari,

Seingat saya, saya paling suka amalkan al-Mathurat di masa asrama di sekolah menengah dulu. Maklum, jauh dari ibubapa, masalah ditanggung sendiri.. menjadikan ia salah satu kekuatan untuk peribadi. Namun, dah lama saya tak amalkan. Apa yang terjadi satu peringatan. :). Bole mendengarnya secara MP3 di blog kak fzi, pandangan kasih.

Ayat-ayat Ruqyah. Mengikut pengamal perubatan islam, ayat2 ini adalah untuk menghindar dan merawat gangguan. Di bawah adalah artikel dari salah satu blog Darulmukmin.com. Kita tak tahu dari mana kelemahan kita yg menjadi tarikan syaitan, Qarin, mahupun jin. Justeru itu, marilah kita amalkan ayat2 di bawah untuk menjadi kekuatan di dalam diri dan keluarga. Insya Allah...

Ruqyah syariah bermaksud ayat-ayat di dalam Al-Quran yang dibacakan kepada seseorang untuk mengubati penyakit, menghilangkan gangguan jin atau sihir, perlindungan diri/harta benda atau sebagainya. Ayat-ayat Al-Quran ini berasaskan daripada doa dan hadis-hadis Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur-unsur kesyirikan.

Yakinlah bahawa tidak ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang paling efektif untuk menghilangkan sesuatu penyakit adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan. Al-Quran telah menjelaskan hal itu secara terang :


Katakanlah, "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman."

( QS. Fushshilat : 44 )

"Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman."

( QS. Al-Isra' : 82 )


Oleh itu, di sini saya sertakan beberapa potong ayat ruqyah sebagai ikhtiar penyembuhan dari pelbagai penyakit. Ayat tersebut hanyalah sebagai ikhtiar dalam rawatan dan doa. Marilah kita beriktikad bahawa kesembuhan yang hakiki datangnya dari Allah SWT jua. Allah berkuasa makhluk tiada kuasa.

Updated 27 jun:
1. syeikh sa'id al-ghamidi - ayat-ayat Ruqyah dari Al-Quran.mp3. DOWNLOAD MP3
2. Nota buku ayat2 Ruqyah, cara amalan, kelebihan.pdf . DOWNLOAD PDF


1) Surah al-Fatihah

2) Surah al-Baqarah (Ayat 1-5)

3) Surah al-Baqarah (Ayat 102) ulang beberapa kali.

4) Surah al-Baqarah (Ayat 163-164)

5) Surah al-Baqarah (Ayat 255)

6) Surah al-Baqarah (Ayat 285-286)

7) Surah Ali Imran (Ayat 18-19)

8) Surah al-A'raf (Ayat 54-56)

9) Surah al-A'raf (Ayat 117-122)

10) Surah Yunus (Ayat 81-82)

11) Surah Toha (Ayat 69)

12) Surah al-Mu'minun (Ayat 115-118)

13) Surah as Shoffat (Ayat 1-10)

14) Surah al-Ahqof (Ayat 29-32)

15) Surah ar Rahman (Ayat 33-36)

16) Surah al Hasyr (Ayat 21-24)

17) Surah al-Jin (Ayat 1-9)

18) Surah al Ikhlas

19) Surah al Falaq

20) Surah an Nas

Selain itu, boleh juga baca di zaharuddin.net tentang amalan-amalan yang menjauhkan sihir : http://www.zaharuddin.net/content/view/151/91/

Terima kasih atas nasihat dan teguran teman2... :)

Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers