Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label ikan cencaru. Show all posts
Showing posts with label ikan cencaru. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

menu saya jer :)

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, bertemu lagi. Moga semua teman2 dalam sihat wal afiat.

Saya mencuba-cuba kamera. Dah lama tak pegang. Bergegar jugak kamera tu bila saya cuba fokus ambil foto makanan, hehe.. merajuk kot. ;) Lauk-lauk di bawah ni beberapa hari lepas. Malam tadi, saya buat nasi ala 'nasi ayam dara'. Saya buat ayam goreng berempah macam kat sini (tapi skip bawang putih dan lumur rempah serbuk je), buat kuah sup kosong, sambal belacan, kuah kari kosong, sayur timun. Malam sebelumnya, buat chicken chop ala riverside.  Saya buat  ayam bakar madu (tak buang tulang ayam pun), sekadar buat sos lada hitam simple, dan ubi keledek bakar. Semuanya sekadar melepas kemaruk dari makan kat kedai. hehe... Insya Allah, lainkali baru saya ambil gambar, ya. :)

Yang di bawah ni, semua ulangan. Tapi kombinasi menu mengikut apa yg ada.



Udang masak lemak  bercili campur tempe

Udang sederhana besar 10 ekor.
Tempe
Santan secukup kuah yang dimahukan
Bahan kisar: Bawang merah, bawang putih, halia, cili padi 7-8 tangkai, 3 tangkai cili kering(direndam lembut dahulu).
Tumis bahan kisar sekejap. Baru masukkan santan. Biar mendidih sekejap. Masukkan udang, juga garam, sedikit serbuk kunyit, dan perasa. Biar udang masak. Angkat dan hidangkan.


Lala masak lemak pedas

Lala 1 kg
Santan secukup kuah yang dimahukan
Bahan kisar : Bawang merah, bawang putih, halia, cili padi 7-8 tangkai.
Tumis bahan kisar sekejap. Baru masukkan santan, biar mendidih. Masukkan lala, garam, sedikit serbuk kunyit, dan perasa. Tutup kuali sekejap dengan tudung periuk supaya lala masak sekata. Bila masak sekata, angkat dan hidangkan.


Ikan cencaru sumbat

Ikan cencaru besar yang dibelah belakang - dua bahagian.
Bahan TUMBUK: 5 biji cili merah (buang biji) ,2-3 ulas bawang putih, garam secukup rasa, sedikit gula. Sumbat bahan tumbuk ke dalam bahagian belakang ikan yang telah dibelah tadi. Goreng dengan api kecil hingga ikan masak.


Kangkung goreng ikan masin

Kangkung 1 ikat - dipotong.
1 ketul kecil Ikan masin tenggiri - direndam dalam sedikit air dan dihancurkan kecil2.
Kicap cair
Bahan kisar: Bawang merah, bawang putih, halia, cili padi 7-8 tangkai.
Tumis bahan kisar, masukkan ikan masin. Baru masukkan kangkung dan kicap cair, juga air secukup rasa.






Friday, August 20, 2010

Sahur : ikan cencaru goreng bercili, terung masak kicap, dan Kuih Berbuka

Salam sejahtera. 10 Ramadhan 1431. Kelmarin saya minta hubby belikan nasi kerabu. Nak buat sendiri, kena gi kedai cari kelapa parut. Dah serik gi kedai paling dekat ni. The owner tu, merungut2 masa saya mintak kelapa parut. maklumlah, bulan puasa ni, laku benor kelapa parut ngan santan. Saya pun taknak la nyusahkan dia. Hum.. baik gi pasar basah, tempat orang ada mesin perah santan tu. Saya cuma buat kuih tepung pelita (tak bape jadi.. :D dan karipap sardin sbb nak wat frozen skali. Berbuka ngan nasi kerabu beli juga. Oh ya, sahur pula ikan cencaru goreng bercili, dan terung grill masak kicap.

Ikan cencaru yang menjadi kegemaran saya bila kurang selera. Asalnya resipi ikan cencaru sumbat, saya aplikasikan dengan membuat cara ini pula. Sedap juga. Pernah buat masa sahur kat besut, family saya suka. Abis ikan tu dirantah.

IKAN CENCARU BERCILI

Bahan-bahan:

3 ekor ikan cencaru kecil -dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng garing.
4-5 tangkai cili merah - dibuang biji, kemudian tumbuk
2 ulas bawang putih - dtumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1/2 sdk gula (ikut rasa)
secubit garam (jika perlu)

CARA: Tumis bahan tumbuk. Tambah gula, dan sikit garam. Biar sedikit garing.
Setelah masak, bole masukkan ikan dan gaul rata. Atau, tuang bahan cili di atas ikan, dan hidangkan.

Mulalah saya dgn pelbagai versi kicap. Moga2 bertambah selera kami. Di bawah, masak kicap utk sayur terung pulak.

TERUNG GRILL MASAK KICAP

Bahan-bahan:

2 biji terung panjang (saiz pendek skit) -dipotong bulat2.
1 ulas bawang putih -ditumbuk/ dicincang
1 biji bawang besar (saiz kecil) - ditumbuk/ dicincang
1 sdb sos tiram
2 sdb kicap masin
2 sdb kicap manis
Air secukupnya - untuk sedikit kuah

CARA:

1. Panaskan pan leper dengan sedikit minyak. Atur potongan terung tadi. Grill sehingga sedikit lebam. Guna api dapur kecil.
2. Dalam kuali kecil, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan air, kicap masin, kicap manis, sos tiram. Biar mendidih sekejap.
3. Masukkan terung yang siap digrill tadi. Biar sebati.
4. Angkat dan hidangkan.

KARIPAP SARDIN
Resipi karipap ni saya letak asing. Bole klik sini.

KUIH TEPUNG PELITA
Resipi kuih tepung pelita ni saya letak asing. Bole klik sini.

Monday, July 5, 2010

Menu :Ikan Cencaru Stim halia, sawi goreng bercendawan, udang mamak

Salam sejahtera. Inilah menu harini, cencaru stim halia. Actually, tukar2 selera, tidak salah. Takkan asyik stim ikan berisi lembut,kan? Dimakan panas2x.. Alhamdulillah, rasanya pun tak kalah ngan ikan2 lain. Sedap...! Hanya perlukan pengukus, bekas tahan panas. Halia dihiris halus, 2 ulas bawang dihiris, 1/2 biji bawang besar dihiris, 1 batang serai diketuk, sedikit garam. Tabur semua bahan di atas ikan. Kukus 20-30minit. Api mesti besar. Dah masak, tabur daun bawang dan daun sup.


Sayur sawi goreng bercendawan. Macam biasa kita goreng sawi. Tambah cendawan jer. Alhamdulillah, tiap kali masak sawi, mesti teringat kat cendawan ni. Faveret tu... :D

Udang mamak ni, resipi akan dipostkan berasingan :)

Wednesday, June 30, 2010

Ikan cencaru bakar dan sambal kicap cili potong

Jangan tak caya, hihi. Dalam gelak2 baca entry noorsha kelmarin, saya terpikat. Maka terjadilah cencaru bakar ngan sambal kicap ni. Kelmarin jenuh fikir, nak buat air asam, tapi asam jawa dah abis. teringat cara noorsha ni. Terus je buat :D. Saya bakar ikan cencaru tu kosong2 jer dalam oven. Rasa ikan, manis yang amat, ada pencicah lak tu.. Rantah2 yang syok :D.

Bahan2 Untuk Sambal Kicap Cili Potong -sumber Noorsha.Thanks a lot Noorsha, saya copy kat sini pulak.:D

1/2 biji bawang besar -hiris
5 biji cili api @ 1 biji lada merah -hiris
jus dari 1 biji limau kasturi
1/2 cawan kicap lemak manis

Cara2
satukan semua bahan diatas.siap dihidang bersama cencaru grill tadi...:)

Wednesday, June 16, 2010

Sayur sawi bersosej, daging masak kicap, sup ikan cencaru?


Salam sejahtera. Bukan takde mood, tapi sikit jer rasa lesu. Otak pun susah nak gerak laju. nape ek... kurang H2O, maknanya saya kena minum air byk2,kan? kurang multivitamin, saya dah dipaksa rela oleh My Hubby, makan vitamin macam2. Sebenarnya.. M.A.L.A.S. Tapi, bab makan minum, still saya rajin untuk ke dapur. Alah, takat goreng2... resipi dalam otak. Malas masak, ertinya perut lapar,kan? Sayur sawi goreng dengan sosej. apa ada dalam peti ais ;)


Daging dan ayam scratch, balance yg liat2 tu? Rebus jeer sampai empuk, dan buat masak kicap. Cecah roti pun laju ni... ;)


Sup ikan cencaru. Bubuh rempah sup bunjut Ikan Adabi. Hm, dah takde ikan lain. Hentam jer cencaru.. :). Cau dulu, ya. kalu saya malas blogwalkin pagi ni, mohon maaf. Akan segera kembali dngan tenaga yg baru :)

Friday, June 4, 2010

lala gulai kuning, cencaru masam manis, sayur kekacang tumis bebola ayam

Salam sejahtera, selamat pagi.
Er..pagi ni kami breakfast daging burger homemade jer, without roti. cecah sos jer. pastu minum susu panas... segar. arini, tayang gambar lauk dinner. Saya bersyukur kerana berita terbaru rakyat malaysia yang ditahan dalam gempur komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara, telah dibebaskan. Untuk cerita terbaru lihat berita harian


Lala gulai kuning, dalam erti kata lain, masak lemak kuning. Actually, ikut stail pantai timur kena tumbuk cili, bawang, kunyit bagai. Kalu lauk ikan, bole buat lauk nasi berlauk. Gulai saya ni versi pemalas. bawang pun hiris2. Cuma taruk cili kisar jer, tanda ni gulai kuning..kahkah. kalau nak betul2 kenal gulai kuning pantai timur, tengok gulai kuning kak fzi, kak anis, dan FP mamiyati.


sayur ni, campuran kacang botol, kacang buncis. Itu jer yang ada, tumis biasa. Cuma ada tambahan bebola ayam homemade. Actually, ada buat homemade burger. sebahagiannya, saya rebus untuk chicken balls. Hm, not bad, sedap jugak. Lembut jer. :)


Ikan masam manis dah banyak kali buat, kali ni guna cencaru. Sebab aritu, kami makan ikan cencaru masak 3 rasa, besar2 ikan yang saya masak ni, ...uhuks...6 hinggit. itu kedai makan kat sepanjang jln ke morib tuh, bukan kat bandar. Resipi sempoi saya lihat di sini

Sunday, April 11, 2010

ikan cencaru sumbat kelapa



Ikan cencaru sumbat kelapa. Sebelum digoreng. :)


Versi ikan selepas digoreng..

Salam sejahtera selamat tengahari,

Moga harini lebih baik dr semalam."Ya Allah percantikkan akhlakku, sebagaimana Kau perelokkan parasku,". Amin...kekadang kita terlalai. Insya Allah, kita sama2 berusaha...

Bahan 1 : ikan cencaru. Dibelah belakang..

Bahan 2: Inti serunding kelapa yang dibuat aritu...heheh.

Friday, January 15, 2010

Dinner : sayur labu air masak lada hitam, ikan cencaru sumbat


Salam sejahtera. Ini menu malam tadi. Ikan cencaru sumbat cili. Dah pernah masuk blog seblom ni. Secara ringkasnya bahannya : 2 ekor ikan cencaru besar yang dibelah belakang.  Tumbuk  lumat 5 biji cili merah ,2 ulas bawang putih, 1/2 biji bawang besar (jenis kecil), garam secukupnya, dan 1/2 sdb gula. Sumbat bahan tumbuk ke dalam bahagian belakang ikan yang telah dibelah tadi. Goreng dengan api kecil hingga ikan masak.
Secara ringkasnya, bahannya seperti timun masak lada hitam aritu. Didihkan air bersama  udang kering, dan bahan tumbuk : lada hitam, bawang putih, bawang merah. Biar mendidih, baru masukkan labu air, dan garam. Biar labu sedikit empuk. Siap.


Saturday, October 31, 2009

cencaru sambal kering

 Cencaru tiga serangkai yg tak sama. Tak sempat ngap malam tadi.....hihi
Salam sejahtera,selamat pagi,
Da breakfast? nati2 kita nak sarapan. Arini kami nak balik banting jap. Esok malam bru balik umah. Malam tadi,kami tak dinner. Da siap masak. Masa balik, hubby cakap, dia sakit kepala. Cian, suami saya. Saya pun tulun2 urut kepala. urut2 pun tak ilang sakitnya, sbb hanya ubat ponstan jer yg lalu. tapi, nak makan ubat bukan main payah, hish.... :) takpe, da biasa pun. maka malam tadi, kami tertidur tanpa makan..

Ni lauk ikan cencaru yang sempat posing.bateri kamera pun da lip lap merah.

IKAN CENCARU SAMBAL KERING - sumber sendiri

Ikan cencaru (kecil skit) - dilumur kunyit dan garam, dan goreng.
4 biji cili merah -buang biji dan tumbuk.
2 ulas bawang putih - tumbuk
skit je garam,
sejemput Gula

Cara :
Tumis cili merah ngan bawang putih
Masuk skit garam dan gula
Bila hampir cili layu, masukkan ikan goreng, gaul sebati.
Hidangkan.

p/s: Slamat berhujung minggu...hihi

Tuesday, September 1, 2009

Menu berbuka Iftar ke-10

Salam Ramadhan,

Dari petang semalam,saya kemaruk baca cerpen(ada link kat tepi).
Macam-macam cerita. Tak sedar dah petang sangat.
Jadi kelam-kabut sikit masak. Saya ada masak LALA BERCILI (tak amik gambar).Resipi dari my MIL(mother in law).Saya buat ringkas jer:




LALA BERCILI

1. Lala setengah kg-bersihkan,buang kulit yang pecah2.
2. Cili boh atau cili kering yang dikisar 2 sudu (pedas sederhana.kalu pedas,just 1 sudu.tak cukup pedas,tambah cili api)
3. Sepotong serai
4. Bahan tumbuk: Bawang besar 1/2 biji+ Bawang putih 2 ulas+ sepotong halia.
5. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masuk cili kisar. Biar cili masak.
6. Kemudian, masukkan lala, 1/2 sudu kecil garam dan perasa,sedikit air,serai (di. Kacau rata. Tutup periuk.
7. Skali-skali kacau.Nampak kulit terbuka,dan kemerahan, dan isi mudah tertanggal dari kulit,kira masak dah tu.




Juga IKAN CENCARU SUMBAT BERCILI- resipi sendiri.

1. 2 ekor Ikan cencaru- belah belakang (keluarkan perutnya dari kepala)
2. Bahan tumbuk: 2 biji cili merah (saya buang bijinya)+ 2 biji bawang putih + 1/2 biji bawang besar + sepotong halia +tambah skit garam + perasa
3. Sumbat bahan tumbuk ke dalam belahan ikan. Buat dua sisi. Jika ada balance bahan tumbuk,elok tumiskan biar masak,dan sapu kat ikan.Sedap tu..Saya tak taruk gula.Guna manis ikan.
4. Panaskan minyak banyak, goreng ikan dengan api slow sampai masak.


Nota: Walaupun lambat skit,tapi suami puas ati lauk pauk tu.Alhamdulillah...


Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers