Salam sejahtera,
Hari ni buat tayangan kuih samosa pulak. Jenuhnya menyusun gambar. Fiuh! Tapi demi memudahkan saya lenkali. Dan kuih ini pun, intinya boleh dibuat awal2 dan frozen. Masa free yg lain boleh buat kulit dan bubuh intinya pula. Boleh goreng terus atau frozen lagi. Kami makan untuk berbuka ondaway balik banting Ahad lalu. Isnin my hubby cuti.
Nota Nurindah: jam 4.56 pm Mohon maap banyak2 sbb terbubuh air daging dan udang. Itu utk mee jawa tuh! Saya dah EDIT resipi bahagian stok rebusan tuh. Fenin2 skejap. Mohon maaf sekali lagi. huhuhu..
Saya panaskan Mee Jawa, celur mee, buat kuih samosa ni, buat puding roti untuk My Adik siti dan family kat kampung. Sempat hantar sedikit masakan saya utk Siti dan kawan2nya di damansara damai. Sempat juga singgah kat Putra beli tiket untuk balik Besut bbrp hari. Kami berbuka kami di RR yg tidak ramai org. Kuih samosa pula dah dimakan dalam kereta lagi. My hubby makan kuih Samosa banyak, sedap katanya. :D Mee Jawa takde gambar ek, guna resipi maklang kat blog che mat. Alhamdulillah, menepati selera saya tapi My hubby macam kenyang pula. Selainnya kami bekalkan utk family lain merasa. Dapatlah kami bersahur dan berbuka kat banting minggu lalu. Dan my hubby suka betul puding roti tu. Disuruhnya buat lagi, tapi saya ni maklumlah puding bersusu, cepat muak. Bila teringin lagi, baru buat lagi. :D
Oklah saya tayang kuih Samosa. Ada cara lipatnya, yg saya belajar dr seorang cikgu yg baik hati, cikgu wan rusyaini. Cara saya lipat masih tak cantik, tapi harapnya cikgu luluskanlah ya. hehehe... Terima kasih buat empunya resipi Biduri MyR, mohon halalkan. Sungguh sedap samosa nih!
SAMOSA
Resipi: Biduri MyR
Bahan-bahan ( 5 orang )
Kulit popia saiz besar secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan INTI :
1 cawan daging kisar - (Nurindah: Saya guna ketulan Daging yg dikisar kali ini mggunakan food processor shg hancur).
500g ubi kentang-potong dadu
1 labu bawang besar-potong dadu
2 ulas bawang putih-cincang
1 sudu besar rempah kari (Nurindah: campur 1/2 sdm serbuk kari + 1/2 sdm serbuk kurma daging)
garam secukupnya (Nurindah: 1sdk)
gula secukupnya
1 tangkai daun kari (optional)
sedikit minyak untuk menumis
NURINDAH:
~ Saya tambah 1 cwn mixed vege.
~ Ganti serbuk kari dgn mencampur serbuk kurma daging.
~ 1 - 1 1/2 cwn air utk empukkan daging dan kentang.
~ 1 sdm tepung gandum ditambah air sprt gam sebagai pelekat kulit samosa
(Nurindah: Teknik mndadu bawang besar mnggunakan pisau yg tajam)
Cara-cara Sediakan Inti :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi
2. Masukkan rempah kari biar sehingga garing
3. Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.
4. Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air. (Nurindah: Dlm step ini, saya bubuh Air agak dlm 1 cwn dan tutup kuali dgn penutup periuk, kecilkan api. Kacau sekali-sekala)
5. (NURINDAH: Apabila daging empuk dan hampir kering, pd step ini saya tambah 1 cwn mixed vegetable. Gaul rata sampai inti agak betul kering, mixed vege kelihatan kembang).
CARA ASAL: Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api. *** Kentang kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dulu - 2/3 masak.
6. Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)
Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih. Buat sampai habis
Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas
CARA MELIPAT KULIT SAMOSA:
mysweetlife-nurindah.blogspot
penah beli yg instant punye.balik goreng kulitnye hancur..huhu
ReplyDeletetqvm sudi share care nak lipat samosa..dah lama cari n3 cenggini...
ReplyDeletei followwwww
waaa.. siap ada langkah bergambar lagi... bestnyer samosa,,,
ReplyDeletedetail nye :) sedap :)
ReplyDeleteSalam kak kunang-kunang,
ReplyDeleteCiannya kak...
Salam intan,
ReplyDeleteAlhamdulilah. setakat yg saya tahu. mgkin orglain ada cara lagi baik. :)
Salam kak noorma,
ReplyDeletehehe... saya buat revision, kak. saya takut tak ingat caranya lenkali. :D
Salam Del,
ReplyDeletePenat sekali jer Del, utk senang mmbuatnya lenkali. :))
salam nur... rajin sungguh awak..siap semua step.. insyaAllah K.An pun nak merajinkan diri buat samosa pulak... terima kasih banyak nur...mmmuah..
ReplyDeleteSalam kak raihan,
ReplyDeletesama-sama kak. sekadar yg saya boleh tahu. buat rujukan saya juga ni. hehe..