Moga hari Isnin menjadi hari yang ceria buat semua. Malam tadi, membeli barang kat pasaraya. Jadi, hari ini menjadi "hari produksi" atau dlm istilahnya, menyiang lauk pauk, blend cili, potong sayur , tulis barang baru yg masuk fridge/kabinet, semualah! :D. Jadi, kita rehat-rehatlah dari online hari ni. BW bila dah siap nanti. Saya tinggalkan lauk di bawah. Ok, let's fight Monday blues! :))
KERANG PEDAS BERSOS
Sumber: mysweetlife-nurindah
Kerang dan 2 batang serai (kerang saya beli dalam RM2) - Dibasuh bersih. Kerang direbus tanpa air bersama serai yang diketuk dengan api dapur kecil sehingga masak. Lalu dikopek.
5 tangkai Cili padi - diketuk
Air masak secukup kuah
Bahan Sos:
3 sdm Sos tiram
1sdm Sos cili
1 sdm Sos tomato
Bahan dihiris:
1/2 biji Bawang besar sederhana besar
2 ulas Bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan hiris hingga sedikit garing.
2. Masukkan bahan sos, sedikit air supaya sedikit basah, cili padi, dan kerang tadi.
3. Biar mendidih.
4. Angkat dan hidangkan.




