Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label ulam. Show all posts
Showing posts with label ulam. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

Puding kastard jagung, rendang nangka, budu

Salam sejahtera. Ini menu berbuka puasa Nisfu syaaban. Menu kampung jer. buat puding kastard, ikan masak tempoyak, rendang nangka, sambal oter :) dan ulam nangka rebus ngan budu. Jangan tak caya. hihi. My hubby cakap, buat ulam gini pun dah sedap, tak yah wat rendang. Tapi budu, dia cecah skit2 jer, saya yg kemaruk. hahaha.

Pagi ni, sibuk skit. Kena simpan air dalam baldi besar, sbb ada maintenance air kat apt. nak basuh pinggan dn mandi siap. Kang takde air, sape nak jawab. hihi. Saya jenjalan tengahari nanti ya.



Ini baru masak, diatur dalam dulang. 1 cwn tepung kastard dan 1 tin jagung. Cukup utk 3-4 orang.


Panas lagi, tak sabar nak rasa. hahaha.


Bila dah sejuk, baru cantik dipotong, kan?

PUDING JAGUNG
Sumber: buku Puding dan dessert Chef Hanieliza.

1 cawan tepung kastard
1 tin susu cair (400ml)
1 cwn gula halus
2 sdm majerin
4 cwn air
1 tin jagung (nurindah:sweet corn cream style)

CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata.
2. Masakkan sehingga naik wap dan kelihatan berkilat.
3. Masukkan ke dalam acuan kecil ataupun loyang. Kemudian sejukkan.
4. Hiaskan dengan butiran jagung (optional)
5. Nota Chef Hanieliza: Gunakan cawan yang sama saiz. Majerin seeloknya dimasukkan semasa adunan sedikit kental supaya puding nampak brkilat.

NOTA NURINDAH:
Bila adunan sedikit pekat, selalu kacau supaya tidak berkerak dan masak sekata. Mula2 puding ni kelihatan kuning susu, dah hampir masak, ia berwarna kuning berkilat. Saya masukkan majerin skali. Saya masak sehingga puding kelihatan berkilat, berwarna kuning terang dan sedikit kental. Jgn lupa guna sudip yg panjang dn besar skit ya. Masa masak: hampir 1 jam. Senang nk bajet masa. Nak makan petang, buat pagi2.

RENDANG NANGKA
Baru masuk bab menu lain. Rendang nangka dr FP kak liza. Ni banyak skip, cili kering tak masuk, cili api pun pootong2 jer, daging pun tak masuk. Nak resipi yang real, sila klik sini. :)


SAMBAL KERANG OTER
Ini sambal oter. Sambal dr sambal udang yang tak abis. yang abis, udangnya. Sambal ada dalam 5-6 sb lagi. Jadi, saya simpan, buat sambal kerang pulak. ;)


IKAN MASAK TEMPOYAK SEMPOI
Ikan masak tempoyak. Versi cincai jer. Tumbuk lengkuas, bawang putih dan merah, cili padi. Panaskan air, masuk bahan tumbuk dan 2 dudu besar tempoyak, buh garam lagi kalu nak. Tunggu ikan masak. Seeloknya, kuahnya tak lebih sangat. Baru sedap..


NANGKA REBUS
Bila rebus nangka kelmarin, teringat jantung pisang rebus. Gulp! Ala, guna nangka muda ni pun bole. Kat pasar basah dah siap jual yang dikopek dan potong panjang camni. Getah nangka pun tak nampak. Balik siap untuk direbus jer. Kita cicah dengan....


BUDU
Budu.... budu! Jangan tak caya. hihi. Dah setaun tak makan budu, er... tekak kelantan ke tidak ni ek? Ala, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula budu sepinggan. hahaha... (saya cicah skit jer. Teringat kampung....huwa...!). Cara hidangkannya, budu + limau kasturi + cili padi. Siap!

Sunday, June 20, 2010

Sambal kering cendawan butang dan tempeh, Ulam Tomato, Sup daging...


Salam sejahtera. Kelmarin, dari hantar TV ke damansara damai, kami ke Low Yat pula. My Hubby nak cari barang2 komputer. Alhamdulillah, dapat cari External hard disc WD sebesar 1 tera! 1000G dengan harga RM 309. Mula2 saya ralat, sbb dr nak cari yg RM199, beli sebesar tu. Tapi, tak apalah, My Hubby lebih tahu. Hard disc lappy kami dah penuh, sebesar 80G sahaja. Nak backup gambar2 yg teramat banyak. Malam, baru sampai rumah. My Hubby cuti, ada kat rumah arini. Saya post entry ni selepas mintak izinnya. :) Nak laju jer ni. Nak masak lunch lagi :)

Atas ni, sambal kering tempeh dan cendawan butang, campur ikan bilis. Senang jer, blend bawang besar dan bwg putih, cili kering. Tempeh, ikan bilis digoreng hingga garing. Cendawan tin, dihiris nipis. Tumis bahan kisar hingga naik minyak, masukkan semua tadi termasuk garam. Biar hingga cendawan masak dan sambal agak kering. Sedap sangat. Gabunga lembut dan keras yang ideal ;)


Sup daging seperti biasa. Macam singgang pun ada. :)


Ulam tomato kak hamsini. Sedap dan senang. :)

ULAM TOMATO - sumber kak hamsini

bahan2
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 biji cili/ boleh ganti dengan cili api
sedikit garam
masukkan sedikit kicap pekat


Cara
hiris tomato nipis2
hiris cili dan bawang
satukan semua bahan sedia utk dinikmati

Wednesday, March 17, 2010

Nasi daging, kari sotong dan ulam timun simple (apa yg ada :)


Nasi daging ni buat masa Lunch kelmarin. saya guna beras biasa, dan kurangkan sukatan susu, dan tak guna minyak sapi. Resipi guna beras basmathi, ada disertakan di bawah. Walaupun bgt, kesedapannya tetap terasa...:)

Salam sejahtera

Actually, nasi daging ni, sedap dimakan ngan dalca, dan ayam masak merah. Tetapi, saya buat yg mana ada dalam esbok...;) Nasi LUNCH kelmarin ni. Ada balance daging batang pinang,sikit basmathi,susu cair ada,rempah kurma, daun kari, gajus ngan kismis pun ada.. Wah..kali ni, hampir lengkap walaupun tak cukup syarat. Bolehlah....buat special skit, sbb tak breakfast. hahaha.

NASI DAGING - Sumber majalah

500gm daging -dipotong kiub, dibersihkan dan direbus dengan sedikit garam menghasilkan 1 liter air rebusan daging . Seeloknya guna daging batang pinang.

960gm beras Basmathi -dibasuh bersih dan toskan

1 liter air rebusan daging tadi
1 labu bawang besar -dikisar
4 ulas bawang putih -dikisar
2cm halia -dikisar
sedikit bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih
1 helai daun pandan
1 tangkai daun kari
4 sdm rempah kurma
1 sdm serbuk lada hitam -
250ml susu cair
250ml tomato sup
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Gajus secukupnya
Kismis secukupnya
125ml minyak masak + 2sdm minyak sapi

CARA MEMASAKNYA:
1. Panaskan minyak masak brsama minyak sapi
2 .masukkan bahan kissar, bunga lawang, cengkih, pelaga, kulit kayu manis, dan daun kari. Goreng hingga kuning.
3. Masukkan rempah kurma, dan serbuk lada hitam.
4. Masukkan air rebusan daging, susu cair, tomato sup, sikit garam, gula serta daun pandan. Biarkan mendidih.
5. Masukkan daging dan beras. Tunggu hingga masak.
6. Kemudian, baru masukkan kismis dan gajus.

Sukatan Saya: (sbb guna bahan yang ada)

2 cup Beras biasa + 1 cup beras basmathi
Daging batang pinang - direbus

1/3 labu bawang Besar
2 ulas bawang putih
1cm halia
4 rempah
sdm rempah kurma
daun kari
1/2 sdm serbuk lada putih
1 cup Susu cair
Air rebusan daging secukupnya utk memasak nasi
garam
gula
gajus
kismis
2 sdb majerin


Mango lassi . Buat macam mango lassi kak love juga, tapi saya sukat dan kurangkan bahan. Inspirasi dari kak Love.

MANGO LASSI - inspirasi dr kak Love

Sediakan blender/pengisar
2 biji besar mangga masak - dikupas dan ambil isinya, letak dalam blender
4 sdm yogurt
Susu cair - tuang 1/2 paras mangga dlm blender
2-3 sdm gula pasir
1 sdm susu pekat
2 papan Ais kiub (masuk kemudian)

CARA:
1. Kisar dahulu semua bahan kecuali ais kiub.
2. Baru masukkan ais kiub. Kisar lagi hingga jd hancur.
3. Tuang dalam gelas jus. Siap dihidangkan.



Kari Sotong ni, ganti dalca. Buat kuah. Saya cuma guna 1 ekor sotong besar, tumis 1/2 biji bawang besar dan 2 biji bawang putih, 1sdm serbuk kari, daun kari, Air secukupnya, dan sedikit susu cair. Biar masak.


Timun ni macam acar, tapi guna kuah air masak jer. carrot ngan cili dah abes. Saya cuma kacau air masak ngan gula dan garam, masukkan timun yg dipotong nipis tadi.

Sunday, March 14, 2010

laporan masakan dan kisah kami

Salam sejahtera,

Insya Allah, awal bulan 4, Hubby dah nak start kerja. Esok, masuk minggu ke 7. Sekarang, kami kena kerap2 gi fiosio kat ospital damansara tuh. Hubby saya dah makin rajin exercise, sbb kakinya tak cukup kuat. Bila rajin exercise, otot kaki makin kuat. Tapi, exercise tu, kena warm up dulu, strengthen kaki rapat2 ke lantai...pastu hanging lagi,....baru bole guna thread mill. Tiap kali lepas fisio, saya slalu puji My Hubby yg jalannya dah elok. hati saya pun seronok. kalu tak, Hubby merungut, kakinya macam bengkak dn susah nak bengkok.


sumber. Best sungguh main benda ni. kalaula saya yg buat, mau turun berat 5 kg nih. hahaha.

kalu bab drive, tak yah cakap.Sejak DOC bagi lesen drive, dah laju benenor My Hubby bawa .....tapi, still berhemah. ikut undang2. saya ni, penakut...100km/hr kat highway pun saya rasa macam keta nak terbang...hahaha. al maklum, keta kancil. hati saya ni cepat kecut, lebih2 kalu Hubby main2...sajer nak takutkan saya. haish, ni buat takut nak pegang stereng nih. tapi, masa main2 bawa aritu, saya dah pandai buat U-TURN . Tapi, terkial2 lagi nak tukar gear.

Tiap kali jalan bersama sekarang, saya nak pegang tangan pun dia tak bagi. katanya nak usaha sendiri. hati saya bangga melihat usahanya. Haish...2 minggu lagi nak kerja. risau saya...Cukuplah bagi saya kalau Hubby dah bole berlari, dan berjalan elok. Insya Allah. Moga usaha kami diberkati. :)



Ini jer yg saya sempat amik foto menu kami. Ini menu yg lepas. ulangan juga. sajer postkan sbb dah naik debu dinding blog ni. hihi. nak polish, lap2 skit.


Tofu bersos tiram yang kami gemari :). kali ni, saya tak masuk sos lada hitam. rasanya manis2 skit. Resipi di sini.


Udang goreng oat guna resipi simple macam seblom ni, tapi skit upgrade. Inspirasi dr udang nestum kak maz . thanks a lot kak...

1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
4 biji cili padi.
Semua dihiris.

Udang - dikopek kulitnya, buang kepalanya
2 sdb majerin utk menumis
sedikit serbuk kunyit
secubit garam
1/2 sdt gula.
2sdb Oat

CARA:
1. Cairkan majerin sebagai minyak penumis.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar hg sikit garing.
3. Masukkan udang, oat, gula, garam, serbuk kunyit, cili padi.
4. Kacau sebati hingga udang masak.
5. Angkat dan hidangkan.


Bendi rebus ni, MIL yang ajar saya makan. mula2 tak reti, tapi bila masak asam rebus..sedap plak. kali ni, saya rebus kosong jer. ikan bilis takde. make sure, guna bendi yang muda. Lembut dimakan. yg saya terbeli nih, liat nak makan. hahaha.


ikan senangin ni besar jgk, tapi main goreng jer. malas nak buat asam pedas ker, masak lemak. haish...


Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers