DINNER malam tadi...hidangan sup tulang n the geng....
Resipi hentam jer. Rasanya rangup, sedap, dan tak jemu. hihi
SOTONG CELUP TEPUNG -sumber sendiri, inspirasi dr resipi tepung ayam goren Ijan...hehe(sotong mesti dicelup satu2, jk tak ia akan melekat. satu lg, hati2, meletup...! haha Sebaiknya gunakan kuali yang ada penutup.)
Bahan:
sotong kecil - badan sotong amik seketul2. mata sotong dibuang dan kepala dibelah dua.
Adunan:
Tepung beras secukup sotong
1/4 biji telur
air secukup utk adunan tepung goreng.
1/2 sdkecil serbuk cili
1/2 sdkecil serbuk kari
1/2 sdkecil serbuk lada putih
Gaul semua bahan adunan hingga pekat. Panaskan minyak. Amik sotong, celup dalam adunan dan goreng satu- persatu. Buat cepat2 dan tutup kuali. Biar garing.
Sup masih style my MIL kerana hanya style my MIL yang menepati selera suami saya
SUP TULANG - sumber my MIL (mother in law).
p/s: Saya ada olah skit2 sebab tak catat resipi mak. main tengok jer. Resipi sama ngan sup ayam, cuma tukar tulang jer n guna sup bunjut tulang...
1/2 kg Tulang lembu - direbus sampai empuk dengan 2 inci halia ketuk
Bahan tumbuk : sejemput rempah jintan manis + sejemput jintan putih + sejemput biji ketumbar + sejemput lada hitam + bawang merah 4-6 biji biji/bawang besar saiz kecil (1 biji) + bawang putih 3 biji + halia 1 inci
rempah :Bunga lawang, Bunga cengkih, Kulit kayu manis
Tambahan : sup bunjut tulang
garam
perasa
1. Isi air dalam periuk.Rebus tulang lembu dgn halia ketuk sampai empuk.
2. Bila tulang dah empuk, tambah air, sup bunjut dan didihkan lagi dalam 5 min.Api sederhana.
3. Panaskan kuali. Tuang minyak skit.Tumis rempah ratus, dan bahan tumbuk.Hingga skit garing. Angkat dan masukkan ke dalam sup tulang.Biar mendidih lagi.
4. Bila dah naik bau, tutup api. Tabur daun sup, daun bawang. Hidangkan
cam biasa, sambal kicap penyeri rasa...hehe
telur dadar penambah lauk...
sawi goren wat pelawas...ahaks






