Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label sayur kangkung. Show all posts
Showing posts with label sayur kangkung. Show all posts

Monday, December 24, 2012

masakan berjiwa..


Kangkung pedas masak lemak dengan isi ikan kembung.

Sehari sebelum itu, saya masak Ikan percik seperti di SINI. Puas memakannya. Apatah lagi, apabila setelah membakar ikan itu, saya tuang kuah percik dan memasaknya lagi kali kedua supaya kuah itu melekat  pada ikan. Harum saja...
Saya tidak ralat lagi apabila terkenangkan Ikan percik Mama saya yang bermusim setiap kali ramadhan. ahaks.. :)
Tapi, itulah kan, kita akan menghargainya dan memikirkan juadah bermusim ialah juadah yang amat menggoda ingatan.
Ada balance seekor ikan kembung, dan saya malas hendak menjadikan ia fishball. Saya ambil isi ikan sahaja, lalu saya masukkan dalam kangkung. Masakan ini tak susah.  Ia masih mengingatkan saya kepada kenagan sayur masakan mama semasa kecil...
Oh, akhir-akhir ini saya sentimental sangat.


KANGKUNG MASAK LEMAK PEDAS DENGAN ISI IKAN KEMBUNG

setengah ikat Kangkung   (kalau tertinggal banyak bahagian batang, masakan beginilah yang sesuai :)
Santan
Isi ikan mentah
Bawang merah dan putih yang dihiris
Cili     (saya masukkan 4 cili padi hiris biar pedas)
Garam dan secubit kiub ikan bilis 

Tumis bawang hiris
Masukkan ikan.
Kemudian baru masukkan santan
Bila mendidih, masukkan kangkung dan cili.
Bubuh garam dan kiub ikan bilis




Puas saya tercari resipi mana yang mudah nak gaul isi ayam. Akhirnya saya buat macam macam ini, salutannya nipis dan sangat sesuai makan dengan nasi.

ISI AYAM BERSALUT

Isi ayam (dihiris kecil memanjang)
1 sdb  tepung gandum
1 sdb tepung beras/tepung jagung  (maafla, dah lupa yang mana)
Garam
Serbuk ketumbar
serbuk jintan  manis
serbuk jintan putih
Air secukupnya
nak lebih perasa bubuh saja secubit kiub ayam

Cuma gaul isi ayam itu dengan semua bahan, dan air dimasukkan sedikit-sedikit supaya ia bersalut saja. Cara masukkan dalam kuali gorengan ialah satu persatu supaya ia tidakk melekat.



Ada balance kuah percik yang saya frozenkan.  Cili yang saya blend itu agak tidak hancur sebab tidak direndam lama, tetapi ia masih tidak mengurangkan rasanya.  Inilah cara saya recycle.
 

AYAM  MASAK BERLINANG

4 ketul Ayam  (siap dipotong)
Baki kuah percik
santan tambahan jika mahu
Halia diketuk
Garam dan gula secukup rasa

Masukkan ayam, kuah percik, halia, gula, garam, dan air . Didihkan. BIla didih, kecilkan api  dan tutup periuk supaya ia masak perlahan-lahan. Jadi, bila masak, kuahnya nampak berlinang-linang seperti di atas, ala stim. :))



 Siapa nak makan percik? Kuah percik mama saya : LINK 


Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, February 23, 2012

menu saya jer :)

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, bertemu lagi. Moga semua teman2 dalam sihat wal afiat.

Saya mencuba-cuba kamera. Dah lama tak pegang. Bergegar jugak kamera tu bila saya cuba fokus ambil foto makanan, hehe.. merajuk kot. ;) Lauk-lauk di bawah ni beberapa hari lepas. Malam tadi, saya buat nasi ala 'nasi ayam dara'. Saya buat ayam goreng berempah macam kat sini (tapi skip bawang putih dan lumur rempah serbuk je), buat kuah sup kosong, sambal belacan, kuah kari kosong, sayur timun. Malam sebelumnya, buat chicken chop ala riverside.  Saya buat  ayam bakar madu (tak buang tulang ayam pun), sekadar buat sos lada hitam simple, dan ubi keledek bakar. Semuanya sekadar melepas kemaruk dari makan kat kedai. hehe... Insya Allah, lainkali baru saya ambil gambar, ya. :)

Yang di bawah ni, semua ulangan. Tapi kombinasi menu mengikut apa yg ada.



Udang masak lemak  bercili campur tempe

Udang sederhana besar 10 ekor.
Tempe
Santan secukup kuah yang dimahukan
Bahan kisar: Bawang merah, bawang putih, halia, cili padi 7-8 tangkai, 3 tangkai cili kering(direndam lembut dahulu).
Tumis bahan kisar sekejap. Baru masukkan santan. Biar mendidih sekejap. Masukkan udang, juga garam, sedikit serbuk kunyit, dan perasa. Biar udang masak. Angkat dan hidangkan.


Lala masak lemak pedas

Lala 1 kg
Santan secukup kuah yang dimahukan
Bahan kisar : Bawang merah, bawang putih, halia, cili padi 7-8 tangkai.
Tumis bahan kisar sekejap. Baru masukkan santan, biar mendidih. Masukkan lala, garam, sedikit serbuk kunyit, dan perasa. Tutup kuali sekejap dengan tudung periuk supaya lala masak sekata. Bila masak sekata, angkat dan hidangkan.


Ikan cencaru sumbat

Ikan cencaru besar yang dibelah belakang - dua bahagian.
Bahan TUMBUK: 5 biji cili merah (buang biji) ,2-3 ulas bawang putih, garam secukup rasa, sedikit gula. Sumbat bahan tumbuk ke dalam bahagian belakang ikan yang telah dibelah tadi. Goreng dengan api kecil hingga ikan masak.


Kangkung goreng ikan masin

Kangkung 1 ikat - dipotong.
1 ketul kecil Ikan masin tenggiri - direndam dalam sedikit air dan dihancurkan kecil2.
Kicap cair
Bahan kisar: Bawang merah, bawang putih, halia, cili padi 7-8 tangkai.
Tumis bahan kisar, masukkan ikan masin. Baru masukkan kangkung dan kicap cair, juga air secukup rasa.






Friday, August 27, 2010

Ayam stim halia, sotong masak hitam sempoi,

Salam sejahtera. Hari ini ada bbrp list nak dibuat sebelum tengahari. Kelmarin seharian saya sakit kepala. My hubby pula batuk2. Harap2 dia ambil antibiotik hari ni di klinik panel. Tapi, Alhamdulillah, saya mula berpuasa dah, stlh 8 hari ABC (Allah bagi cuti). :D. Di bawah ni, menu ala kadar untuk orang sakit. :)


Di antara menu yang mudah dan lazat untuk SAHUR. Ayam stim halia sedap kalau diperap dgn bahan tumbuk. sedangkan ikan, lebih cantik jika ditabur bahan hiris. My hubby pun kurang sihat pagi ni. Makanan berhalia dan bersup macam ni memang menambah selera. Tambahla cili padi mengikut rasa.

AYAM STIM HALIA

Hanya perlukan pengukus dan bekas tahan panas.
Beberapa ketul ayam - (kalau 1/4 bahagian ayam, bole kelar skit spy cepat masak)
1-2 inci Halia - ditumbuk
3-4 ulas bawang putih -ditumbuk
1 batang serai- diketuk, atau dhiris
sedikit garam.
3-4 biji Cili padi -diketuk

CARA:
1. Didihkan air kukusan, api besar.
2. Gaul ayam dengan bahan tumbuk dan garam. Perap seketika.
3. Masukkan ayam ke dalam pinggan tahan panas. Masukkan serai dan cili padi.
4. Kukus 15 minit. Api besar. (masa masak mengkut saiz dn jumlah ayam. 1/4 ayam dalam 20-30min)
5. Dah masak, tabur daun bawang dan daun sup.

Balance berbuka. Saya buat cara yang mudah. Sotong masak hitam ni lagi sedap kalau ada telur di dalamnya.

SOTONG MASAK HITAM SEMPOI
Sotong - Asingkan kepala dan badan. Jangan buang dakwat hitamnya. Cuma buang tulang satu tu dan jika ada pasir.
Kicap pekat secukup rasa
sedikit Sos tiram
3 biji Bawang merah -dihiris
2 ulas Bawang putih -dihiris
3-4 Cili padi -dihiris
Kicap cair -jika perlu
1/2 -2/3 cawan air

CARA:
1. Tumis bahan hiris hingga naik bau.
2. Masukkan sotong dan air secukupnya. Biar mendidih dan dakwatnya keluar.
3. Baru masukkan kicap pekat, sos tiram dan kicap cair. Biar rasa cukup2 jer. Jangan trlebih masin.
4. Biar sebati dan sedikit pekat. Angkat dan hidangkan.


SAYUR KANGKUNG BALANCE BERBUKA


IKAN KEMBUNG OTER BALANCE BERBUKA


Tuesday, July 27, 2010

Menu 4

Saya terpikat ngan resipi madiha. Tapi saya tak ikut resipinya sbb saya malas. hihi. Jadinya, saya buat inti dari balance2 lauk. Ingat lagi tauhu poket aritu? Masih ada seketul tak abis. Sayang jer.

SOTONG SUMBAT INTI AYAM

Sotong besar dibuang kulitnya, tanpa kepala . Balance tauhu poket. Saya hancurkan guna garfu.Tambah 1 ketul ayam goreng yg jg tak abis. Saya tumbuk, pastu campur ngan tauhu tadi. masukkan blackpepper ajishio (ladahitam berperisa), secubit garam. Kemudian, bakar dalam oven 180c, dalam 15-20 min. Dah masak, saya kelar macam cara madiha tu. My hubby senyum jer tengok. hihihihi...



KEPALA SOTONG DAN UDANG ALA PAPRIK
2 ketul Kepala sotong- dibelah 2(dari sotong besar tu)
4-5 ekor Udang
1 ulas Bawang putih -dihiris
1/2 biji bawang besar -dihiris
1 inci halia -dihiris
2 sdb Cili kisar
daun limau
garam

CARA:
Tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Biar sikit garing dan tambah sedikit air. Masukkan udang, dan sotong, dan daun limau, garam. Kacau hingga masak.


Kangkung goreng dengan udang kering. Saya buat berkuah sikit.

Sambal tutok dah buat banyak kali seblom ni. :).Ikan kembung masin takyah cite ar..


Monday, July 26, 2010

Menu 3

Menu tertunggak lagi. Bukan panas2 ya.. hihi. Sotong oriental ni, memang menambat selera. Terima banyak2 buat madiha dan empunya resipi ya :)

SOTONG ORIENTAL
Sumber : madiha, asal resipi Aliza Mansur FP.
Terima kasih dan mohon halalkan resipi ya.

Bahan2
500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHaA tambah)

Bahan2 ini dicampur jadikan pes
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
6 s/b air panas

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan.
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan.


Kalu singgang, memang sedap guna ikan tongkol/ ikan kayu/ ikan aya ni. hihi. bagi saya la. Cara saya senang jer:

SINGGANG IKAN TONGKOL

Satu ketul ikan tongkol sederhana besar - dipotong2
Air untuk merebus ikan secukupnya, jangan lebih sangat kuahnya.
2 keping Kunyit
1 ketul Asam keping
2 inci Lengkuas -diketuk
Garam secukup rasa

cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak hingga ikan empuk.


Sayur kangkung ni digoreng dengan telur. Menu kegemaran saya dan adik2 masa kecik. Kawasan rumah kami banyak kangkung. Abah yang tanam :)


Sekali lagi mendapat buah tembikai yang kurang merah. Kat gerai ditayang tembikai yang merah. Beli satu, dapat tembikai yang putih2 campur merah. Sabar jer. :) Sebab tak abis dimakan, saya buat jus tembikai. Kisar semua + gula. Sedikit saya tapis. Separuh amik skali ngan serdak dia. :D

Wednesday, June 23, 2010

Ayam Rampai, Daging Grill, Sup Sayur Kangkung

Salam sejahtera. Petang kelmarin, tak tau nak buat apa ngan isi ayam. Terjumpa resipi ni, ayam rampai. Tapi guna bahan yang ada. Goreng kentang, kntang pun hangus, tomato abis, cili abis.... wakaka. Sebab tu nampak kosong jer.. takpelah, yang penting ayam ni dimasak. :D.

AYAM RAMPAI - Sumber chef hanieliza, FP. Terima kasih dan halalkan resipi ya, kak.

Bahan
1/2 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil..bersihkan]
5 biji kentang[ potong kecil dan gorengkan]
1 batang carrot [potong kecil]
20 tangkai kacang sepat/buncis
1 bij capsicum merah[potong kecil]
2 biji tomato [belah 6]
1 labu bawang besar [potong bulat]
3 biji cili merah [hiriskan kasar]
10 biji cili api [hiriskan kasar]...kalau nak pedas...
garam
kunyit serbuk
minyak

Bahan tumis [hiriskan]
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 cm halia

Cara.
1. Gaulkan garam dan kunyit pada ayam dan gorengkan sampai masak [gunakan minyak bekas goreng kentang]. Jangan terlalu garing [nanti keras isi aayam tu]
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk tumis bahan tumis.
3. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan masukkan ayam semula. Gaulkan rata.
4. Masukkan sayuran kacang dan carrot dan cili semua. Gaulkan rata.
5. Masukkan semua bahan lain dan kacau rata. Rasakan garamnya.
6. Angkat dan hidangkan


Daging Grill. My MIL yang ajar grill macam ni. Sedap, dan sihat. Umph kalau dicicah sambal atau kuah asam. Tapi saya buat ringkas jer. Tumbuk halia dan bawang putih, kunyit dan garam. Gaul semua bahan pada daging yang dipotong nipis dan lebar. Grill di atas dapur sehingga kering. Juga boleh dibakar menggunakan oven.


Sup sayur kangkung kegemaran saya masa kecil2. Tambahan telur membuatkan ia amat lazat. Saya cuma masukkan telur putih balance buat filling kelmarin. Alhamdulillah... :D

Tuesday, June 8, 2010

Kangkung goreng belacan


Salam sejahtera. Dah lama tak beli kangkung. Aritu terliur nengok kangkung goreng belacan kat jintanmanis...hihi. Jadi, sempatlah saya capai 1 ikat kat pasar. Alhamdulillah... Malam tadi, versi campak2 juga. Lebih kurang dengan bayam goreng belacan saya aritu. Cuma saya kurangkan air buat kering sikit.. dan tambah cili padi, bagi laaagi pedas. ;). Jika ingin lihat resipi dari MyR pun ada, di sini .

KANGKUNG GORENG BELACAN

1 ikat sayur kangkung- dipotong2
1 - 1 1/2 inci belacan -ditumbuk bersama
Sejemput Ikan bilis - ditumbuk bersama
1/2 biji Bawang besar (saiz kecil)-ditumbuk bersama
2 ulas Bawang putih -ditumbuk bersama
8 biji Cili padi -ditumbuk bersama
Cili merah -jika mahu
1/2 cawan air

CARA:
1. Tumiskan semua bahan yang telah ditumbuk. Biar sedikit garing.
2. Masukkan batang kangkung, dan air. Kacau hingga batang bayam sedikit lembut.
3. Masukkan daun bayam, dan kacau hingga sedikit layu.
4. Angkat dan hidangkan.


Saturday, May 1, 2010

Kangkung Goreng Belacan


Salam sejahtera, selamat malam,
Sayur kangkung memang sedap dibuat resipi ni. Puas korek2 petiais, jumpa jugak belacan. hihih. Search kat gugel, jumpa resipi kak hasue kat MyResipi. Kat blog damiacyan pun ada. Saya buat sayur ni, berkuah skit, sebab My Hubby suka yang ada kuah. Saya tambah air je. Dan cepat2 golek2 kangkung tu,angkat seblum dia layu. Terima kasih banyak berkongsi resipi kak. Mohon halal untuk disyer kat sini. :)

KANGKUNG GORENG BELACAN -sumber kak Hasue@MyResipi

Bahan-bahan ( Semangkuk besar )

* 1 ikat kangkung segar
* 1 tangkai cili merah(nak pedas,bubuh la cili padi ikut citarasa)*
* 2 ulas bawang merah*
* 1 ulas bawang putih*
* Segenggam ikan bilis/udang kering*
* 1 sudu makan(atau lebih) belacan*
* Garam dan perasa(ajinomoto) secukup rasa
* Minyak masak secukupnya untuk menumis

Cara-cara

1. Potong kangkung mengikut citarasa,bersihkan dan toskan.Bahan2 yg bertanda * ditumbuk hingga hampir lumat
2. Bila minyak sudah panas,tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan..
3. Masukkan garam dan perasa. Kacau jap then masukkan kangkung.
4. Gaul rata dan kacau sehingga masak(jgn terlampau masak,x sedap plak) Bagi yg suka berkuah tu,leh bubuh sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api..
5. Hidangkan segera dengan nasi panas..! (hepp!org dlm pantang takleh mkn kangkung,org tua2 ckp takut sejukkk)huhuu.. :P


Bahan tumbuk posing dalam lesung batu dahla... :p

Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers