Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Saturday, May 25, 2013

patty ikan dan monolog terkenang-kenang.

Assalamualaikum,
Ini patty ikan. Saya tengok caranya dalam Menu Alam, tapi bahan saya campur saja. Ikan direbus, ambil isi. Kentang direbus dan lenyek. Kedua kentang dan ikan dicampur garam, serbuk lada hitam ajishio , nak campur sayur sagat, silakan.  Bentukkan menjadi patty.  Celup ke dalam bancuhan tepung gandum cair, celup telur yang dipukul, dan golek atas breadcrumbs. Walaupun lembik sikit, bila dah goreng, kulitnya rangup tapi dalamnya lembut sangat. Cicahla sos cili Life.
Hubby cakap, macam takoyaki yang kat Jusco. HAH?  Jangan terpedaya. ;)


Tak taulah...
Antara fe'el saya, saya suka mengimbau kenangan. Banyak yg saya jadikan tauladan atau jadikan sempadan.

Saya terkenang-kenang satu masa, apabila saya telah memasak puding marble (roti dicampur agar-agar). Sebelum itu saya telah memasak puding roti dgn kuah kastard dalam jumlah yang banyak, dan banyaklah lebihan roti, lalu saya blend dan didih bersama agar-agar. Alkisahnya...

hehehe..
Kami terbawa puding tu ke tempat saudara mara hubby yg sdg merewang kenduri. Saya diam saja, takut-takut. Seorang saudara jauh telah bertanyakan resipi. Saya berasa malu dgn kuih oter yang saya buat. hehe.
Saya kata, " Itu puding roti marble, resipi dari internet"  Saya cuba berlaku ramah.
Kemudian makcik tu cakap dia tak tau nak cari internet lepas tu dia kata resipinya apa.
Sikap saya masa tu, saya akan diam dan berfikir sejenak. Saya resah bila orang mendesak sedangkan masa saya masak pun, saya tengok resipi! Aduh, manalah ingat dalam situasi macam ni.
Tiba-tiba makcik tu cakap, "Tak baik tau kalu kita kedekut resipi dan panjang jugala kata-katanya , dihadapan semua jiran sekampung. Sampai saya berasa semua orang memandang saya.

Llaaah!
Saya terdiam. Sempat lagi makcik tu bersangka begitu pada saya. Malu saya.
Dahla  mertua ada kat situ.
Satu lagi sikap saya, saya malas nak berlawan cakap dgn orangtua. Takut mgkin disalah anggap kita ni apa-apa.... Mujurlah my MIL cover saya, dan saya akan tuliskan resipi untuk makcik itu. Besoknya, saya serahkan.  Tapi sungguh! Saya dah tak mahu dekat dengannya lagi... hehehe.


Sepanjang  beresipi ni, saya tahu kita harus berlapang dada kerana mungkin ada orang sukakan resipi kita. Ada yg tidak. Bahkan akan cakap terus terang pun ada, pandai je kondem orang, pastu tuduh orang bagi resipi yang salah. hehe, *sambil geleng kepala*.
Selera kita, tak sama dgn selera dia.
Janganlah salahkan resipi kan.

Pernah saya beritau seseorang semasa mengajarnya membuat buat kuih putri ayu. " Resipi dalam internet, cara dia tidak semua yg diberitahu dgn  sangat detail. Sukatan, biasanya betul.....  Step resipi tu, mungkin ada yg kurang detail. Macam kuih ni, dia tak beritahu guna mixer sederhana atau maximum kan ataupun sekembang mana ? ".  Resipi percuma, haruslah terima seadanya, dan berterima kasih. Berlapang dada lah. Ia juga sama jika resipi majalah.
It is up to you.  Cuma jangan terus eksperimen. Kalau bahan-bahannya mahal, kaji dulu, baru eksperimen.  Sukat sebahagian dulu dan cuba buat .  Harus try banyak resipi untuk mencari mana yang 'serasi' dgn kita. Macam pilih minyak wangi...  Sebetulnya, peniaga hanya menggunakan 1 resipi yg mereka selesa untuk satu jenis kuih.

Atau buat adik2 yang baru pandai memasak, janganlah bangga diri kan, shg kita berasa masakan oranglain tak setanding kita. Pengalaman bertahun, berbeza dgn pandai memasak makanan popular dalam masa setahun. Sering saya lihat, adik yang dah mula pandai masak dan berjualan, mula tinggi diri. Dah tak makan teguran orang lebih tua. ( Maksudnya teguran yang membina lah :)

Tapi, kalu memasak di hadapan mertua tu lain... hehehe. Harus ada sedikit tinggi diri, hehehe.  Eh, yakin diri.
Supaya kita yakin nak menunjukkan skill yang kita ada, kalu tak ada pun kita belajar senyap-senyap dan tunjukkan .  Harus, ada kenalan saya yang semuanya mertua dia nak ajarkan, kerana dia berasa menantunya tak pandai menunjukkan skill. Semua kerana kenalan saya tu lebih mahu mengalah dgn orang lebih tua.
Aduh! Mana nak letak airmuka  MAK  kita?
Kita bukan bawa diri kita je dalam family suami, tapi air muka parents kita sekali tau!

Yang dah bermenantu, apalagi, kalu dengar besan kita mula mencanang kepandaian menantu lain, tapi bukan mencanang kepandaian anak kita? Huhu...
Takmo, takmo.

Memasak bukan saja skill, atau memasak yang popular sahaja. Ia makan masa.
Atau memasak yg main campak campak saja. Yg main campak garam gula tu, memang dah tau sukatan secubit tu bape gram. Ada yg boleh sukat bahan baking guna sudu makan jer, sbb dah biasa sukat guna sudu teh. Kan?

PRACTICE MAKES PERFECT.
Yang tak pandai, tapi rajin meningkatkan skill, Insya Allah akan pandai.
cubalah masuk exam kalu tak pernah rajin menjawab kertas soalan. hehe.

Satu lagi, untuk adik-adikku sayang yang baru berjinak memasak... jangan pandang rendah kpd sesuatu resipi. Ini pengalaman kakak. Kita mungkin pandang jer, tapi kita tak kata. Berblog bukanlah semata-mata nak menunjukkan kepandaian. Tetapi ia motivasi untuk kita berkarya dalam masakan. Ia seperti karya seni. Lebih-lebih lagi, bila kita suka bereksperimen.
Merendahlah diri...selalu-selalu :)

 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, April 4, 2012

wanita berdakwah,bermula dari diri sendiri, serta makan-makan

Bismillah.

Dakwah. Tanyalah ustazah hari ini sedang membentangkan ttg Ibu sebagai pendakwah. Benar, berdakwahlah kpd orang trdekat dgn kamu terlebih dahulu, pada anak-anak, ahli keluarga. Episod sebelum ini,Dr Muhaya pun pernah berkata, dakwah hak semua orang, tetapi ilmu hak Ulamak. Jadi laksanakan amal makruf, nahi mungkar.

Seorang ustaz/ustazah yg keluar berdakwah dan tinggalkan anak di rumah, kerana beliau laksanakan dakwah dan kerana sayangkan anak-anak juga, kerana persekitaran juga membentuk anak-anak. Jika persekitaran tidak bersih, bagaimana anak-anak akan membesar dgn sempurna dan akhlak yang mulia? Tertib mendidik anak juga biarlah seimbang antara khabar baik dan khabar buruk. Jangan terlebih dos dalam menasihati anak sehingga anak-anak takut. Gambarkan kemuliaan, kebesaran dan penyayang Allah. Pujuk dan berlemah- lembut dan ikhlas, begitulah bagaimana Asiah memujuk firaun untuk tidak membunuh nabi Musa semasa bayi.

Jangan berasa terbeban dengan dakwah. Meskipun kita tak nampak perubahan.

Nasihat saya, Mula dari diri sendiri:

1. Keluarkan perkataan dan khabar yang baik. Jika ada berita buruk, siramlah dgn 'mawar' supaya seimbang antara berita baik dan berita buruk.
2. Jangan tunjukkan sifat buruk kita di hadapan anak-anak, suami, menantu, saudara, atau sesiapa saja yang kita jumpa. Betul, kita kena jujur pada diri sendiri tetapi perlulah ada batasan dgn sifat malu meskipun antara ahli keluarga.
3. Pakailah pakaian yang sopan di dalam rumah, supaya syaitan tidak menganggu. Supaya terjaga dari pandangan orang yang mungkin nampak kita dari tingkap. Supaya kita juga tidak mudah terhasut syaitan dgn dorongan nafsu atau sifat-sifat tercela.
4. Qanaah. Berpuas hati dgn rezeki yang ada, setelah berusaha. Orang miskin yang qanaah juga, tanda hidupnya mndapat berkah. Apatah lagi orang kaya yang makin rajin beribadah dan bersikap baik pada oranglain.
5. Bersabar dengan sakit. Sebab sakit itu tiket untuk mendapat syurga.
6. Musuhi sifat riyak. Wanita dgn menunjuk-nunjuk memang tidak boleh lari. Kerana satu masa, kita akan rasa sedih bila kita lihat oranglain tak ada benda yg kita ada. Sprt kita bangga ada kereta baru, satu masa, kita lihat sepasang suami isteri dgn anak kecil di tengah jalan raya sesak menaiki motosikal, dengan hari panas, dan menyelit-nyelit di antara asap kereta dan lori. Memang kita rasa perasaannya jika kita tanya mereka "Kenapa tak beli kereta?". Jadi, saya bangga kami ada kancil.
7. Jangan susahkan Mak kita untuk menjaga anak atau memasak. Tetapi jika dia redha, cubalah senangkan dia. Sebab menjaga anak-anak, haruslah ikhlas, barulah keluarga ada berkat.
8. Jika ada wanita lain merungut atau mengeluh kerana masalahnya di hadapan kita, kita janganlah bertanya banyak. Sebab nanti melarat-larat rasa sedihnya. Kita patut menceriakan hatinya, dan minta dia bersabar. Sebab melakukan kebaikan atau tanggungjawab rumahtangga, tetapi kita merungut akan menghilangkan pahala. Buat kebaikan haruslah ikhlas.
9. Rasa curiga itu berjangkit. Kita bersembang dengan wanita lain yg mula menyatakan rasa curiga pada suaminya, lalu dia menyuruh kita berhati-hati 'kerana curiga pada suami kita'. Sebenarnya kita harus berhati-hati pada wanita itu. Nasihatkan dia.
10. Sebaiknya, jika Suami TIADA di rumah, janganlah kita menerima tetamu ke dalam rumah, kecuali yg ada hajat di hadapan pintu rumah sahaja. Kadang-kadang, ada saja terjadi benda yg tak kena. Benar, tetamu membawa rezeki. Tetapi seorang isteri yg diakui Rasulullah sbg penghuni syurga, yang tidak membawa oranglain ke dalam rumah tanpa izinnya atau semasa dia tiada.
11. Kalau ada keinginan besar, kecilkanlah. Menjadi isteri memang perlu banyak menahan nafsu dan bijak mengatur keluarga, sebab suami adalah orang yg paling sibuk dan tak sempat lihat semua tu. Janganlah sengetkan bahunya di dunia dan di akhirat dengan dosa kita dan permintaan kita yg dia separuh mati bekerja untuk tunaikan. Juga tunaikanlah hak ibubapa kita dan ibubapa mertua. Lupakanlah perkara yg menyusahkan hati.




AHAD
Menu Ahad lalu. Yg ada brownies tu, sebab ada tetamu datang. Tetapi yg lauk lain siap bila suami balik saja. :)




MAKEREL TUMIS. Tumis bawang putih hiris, bawang besar hiris, cili padi potong. :)

KENTANG BERCILI PADI. Dah lama tak buat. Resipi ringkas saja, ada kat SINI

AYAM GORENG BEREMPAH  guna serbuk, ;) :  Ayam diperap dengan garam, serbuk kunyit, Halia dan 2 ulas bawang putih ditumbuk halus, serbuk Kari, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih

MOIST ORANG MOCHA BROWNIES .  Saya bubuh dalam cup. :) Resipi klik SINI
. Oh... saya tambah choc chips utk kali ini. Yumm..

:) Bepang




SAMBAL BILIS II
Isnin, My Hubby tak kerja . Jadi, saya buat ini sebagai BRUNCH (breakfast campur lunch). Saya ada improve sambal saya. Saya ada baca ada orang buat Ibu sambal dengan menambah sedikit ikan bilis goreng dalam bahan kisaran (ia dikisar bersama hingga hancur). Jadi, saya tambah. Memang tak perlukan perasa pun, rasanya dah cukup dan sedap. :))  Sambal ini saya buat ala terengganu:

Ikan bilis dibasuh dan direndam sekejap.
Bahan kisar :  Saya guna bawang kecil, 1 ulas bawang putih, 10 batang cili kering yang direndam air panas, belacan, asam jawa, air secukup kuah, garam, tambahla sejemput ikan bilis goreng tadi.. Semua kisar hancur. 

Tumiskan hingga sambal naik minyak.
Tambah air lebihan dari blender, biar mendidih.
Bubuh ikan bilis, garam, biar masak dan sebati.
Kacau perlahan sehingga masak.

Resipi lain menggunakan bawang besar dan cili kisar senduk, ada kat SINI dan SINI








EGG BENEDICT.
Breakfast Selasa. Pagi-pagi dah panaskan Oven, hehe... Hurm, puas makan telurkelmarin. Egg benedict ni 2 in 1. Hanya masak telur tu separuh saja, biar nampak bergoyan-goyang. Nescaya, suami akan makan dgn tersenyum  ' kalau dia tak makan masa benedict baru keluar oven la.. ;) '
Resipi kat SINI




CUCUR SENANG MESRA
Breaksfast Pagi ini, Rabu.  Cucur isi udang  dan sedikit popcorn bites spicy Ayamas.  Masa ni teringat jemput-jemput isi ikan. Kat Tesco, tiada ikan sardinnya nampak tak fresh.  Yang di bawah versi sempoi saja   tepung + telur + bawang + isi udang + air. Sesiapa yang ada masalah dgn cekodok/cucur/ jemput-jemputnya keras dan cepat liat bila dah SEJUK, hanya tambah air dari sukatan biasa anda. Insya Allah, cucur akan lembut. Resipi asal, klik SINI





  Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, October 3, 2011

Kari sardin cicah paratha, dan Wings


Salam sejahtera,

Kembali ke arena masakan. hehe.. Sekali sekala di rumah my MIL, kami bersarapan roti canai yg dibeli dari kedai mamak yg dekat sangat dgn rumah MIL. Di situlah saya baru kenal kari sardin mamak. Sedap wooo... campur dengan kuah kacang dhal.

Justeru, satu pagi yg cemerlang yg bukan hari ini, saya try buat juga kari sardin ni. Tapi maaf, dah lupa sukatan. Kalau buat lenkali saya akan update sukatan tu. Kami makan dengan roti paratha segera.





KARI SARDIN
Resipi: mysweetlife-nurindah.blogspot.com

1 tin sardin besar (bersama kuah sardinnya. Saya guna ayam brand atau king cup )
Serbuk kari ikan babas (dibancuh dengan sedikit air)
Bawang putih dan bawang merah - dihiris
Cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
sedikit pes asam jawa
Sedikit santan (dimasukkan selepas masuk sardin)
Kalau nak pedas, boleh tambah cili padi yg dipotong.
Sedikit garam
sedikit gula


CARA
1. Tumis rempah cengkih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis. Kemudian masukkan bawang yang dihiris tadi. Biar sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari yg dibancuh tadi. Biar naik minyak.
3. Baru masukkan sardin bersama kuah tomatonya. (banyak kuah tu terpulanglah). Tambah sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
4. Tambah santan dan sikit je pes asam jawa, garam dan gula. Sukatan santan sedikit je, setakat cukup dgn kuah sardin tu. Biarkan kari sardin hingga mendidih.
5. Siap untuk dihidangkan.



CERITA KAMI

Company tmpt my hubby kerja telah adakan family day. Siang, kerjanya makan puas-puas. Macam ala sambutan hari raya pulak ada soto, sate dan nasi arab lagi. Malam, ada konsert pulak.

Semua pakai Gelang khas, jadi hanya staf boleh masuk. Staf kat situ 99% lelaki. dan ramai juga family saja. jadi mana ada can diaorang nak bw GF, kena pelangkung dgn BOS nanti :P

Apalah Awie tu, suruh staf2 muda kat situ menjerit pulak.Tapi kan, punya la baiknya staf kilang kat situ, tak nampak ramai pun yg jadi gila atau meloncat2 tak betul. Yala, seramai berbelas ribu orang tu. Termasuk staf yang ada family dan anak-anak kecil.

Patutla, Awie cakap semua orang macam tengok wayang kulit, sbb suara mereka tak dengar sangat, sekadar berebut amik video dan gambar je :).  Saya lalu tepi diaorang, diaorang takde langgar saya pun atau himpit2. Bodyguard ada sebelah wo.... hehe. Kawasan kerja tu, tak bole happening sangat, karang terlanggar Bini Bos,  kang,  :P

Apalah company ni, GAH sungguh pentas konsert tu.  Saya fikir, setakat buat pentas biasa macam yg kat pasaraya tu, jadila kan... Tapi pergh! Berapa la belanjanya dgn pentasnya, lighting, dll.. Hubby cakap, ni bole tolak cukai ni. Cukai hiburan ke? Aihh!

Sekali sekali konsert FREE, kami meninjau-ninjau jugakla. Actuallly siang, my hubby dah penat main Street Soccer. Pastu berkejar kenduri lagi. Lagipun tmpat Awie datang tu tmpat sendiri, dalam kawasan kilang je, tempat kerja my hubby yg bukan jauh pun dari rumah. Last.... lagu  'Sejati'.  Femes betul lagu tu dulu. :D

Haih! nakal sungguh kami ni. Jiwa takla rock sangat, tapi nak jugak meninjau2 tengok Wings. hukhuk..

"_____^





Thursday, June 30, 2011

nota hati takde penghujung dan makan sahaja...

Salam sejahtera,

27 rejab telah berlalu... hari ni sudah 28. Ntahlah, mungkin ada hikmahnya apabila para aulia' dulu menyuruh kita berpuasa sunat pd 27 rejab. my hubby pun siap bagitau saya, ustaz di tpt kerjanya menyatakan tiada puasa sunat pd 27 rejab. jangan niatkan "aku berpuasa sunat rejab".

Yalah, saya terima. Tiada yg perlu didebatkan, sebab saya pun dah trlupa 27 rejab tu. Dalam kalendar pun dah takde hari2 istimewa dalam Islam. Semua kalendar pakat nak jadi 1 malaysia. dah pakat kata maulidurrasul/isra' mikraj/ nisfu syaaban tu bidaah. Siapalah saya, nak bangkang-bangkang..

My hubby sama ngan saya, diasuh guru tentang amalan sunat ni semasa di sekolah berasrama penuh. Sebab perkara ni kan, biasa seronok kalu buat ramai-ramai, berjemaah. nisfu syaaban baca yasin 3x, maulidurrasul ada sambutan kecil dan salawat, isra' mikraj biasanya ada kuliah ttg bab semayang dan masjidil aqsa. Saya pula? guru2 yg mnjadi warden asrama ramai yg lulusan negara mesir, madinah atau jordan. Tak pernah pun saya dengar perkataan bidaah. Sekolah tu pula bekas sekolah pondok yg dinaiktaraf.

Masa tu, tak pernah lg dengar ttg bidaah. Semua bersatu-padu 'improve diri' dan 'amalan'. Takde nak sindir sape-sape. Takde nak perli sape-sape mahupun berdebat bab agama. Mengumpat, lagilah. Kita akan tau "hati" atau "sifat" seorang Muallim atau Muallimah apabila dia mula mengumpat atau merendah-rendahkan orang itu dan ini... dan seorang Tilmiz pasti kenal siapa Muallim yg disenangi majoriti...


Dahla, orang sibuk ttg "Bersih", kita bercakap pasal itu pula. 'Bersih'? Mana taknya, setiap hari my hubby dok sembang pasal ni. Teruja pula bila dinaik-naikkan semangat. Tapi, bila baca pasal Ambiga tu, personaliti dia, terus saya menurunkan dr rasa teruja tu. Takpela, kalu ada yg tak suka saya cakap macam ni. Sebab saya bukan orang politik. macam abah saya pun dulu cuma kais pagi makan pagi, mana la nak sibuk hal politik. tiada aura politik dalam hidup saya.  Saya memilih orang utk diikut, adalah personalitinya supaya tak tersasar tujuan saya....  iaitu  LILLAH..  kerana saya cuma orang bawahan, tergolek terhiris... yg kena saya juga.

Oklah, dah puas mengomel. Kita jamu mata dah ya... hehe..



Peringatan: ini bukan nasi kunyit. ahaks... inilah Nasi Goreng guna perencah adabi 1/2 paket plus sayur kuning kat bawah tu. Our breakfast. Tak pose Khamis arini.


Ini pula sambal Kerang. Guna resipi Sambal biasa, tapi UPGRADE: tambah bilis yang rendam, pastu tumbuk. Tumis bersama sambal. Memang tak berenti makan sambal ni... :))


Ini pula masak lemak cili padi biasa2 jer. Guna Ikan keli. Kata orang, letak daun  cekur, jadilah masak lemak Cekur.  Ikan Keli digrill sekejap dalam kuali dgn sesudu minyak sehingga masak, . Tuang bahan tumbuk dan santan. Bahan tumbuk cuma cili padi, halia, lengkuas, bawang putih dan merah. Tambah perasa sikit. 


Inilah dia sayur kuning. ahaks... dari nak masak udang asing ngan kobis, terjadi campur macam ni. Tumis macam udang bersos tiram selalu tu. Tapi tambah kobis. Haih, punyala malas nak tulis resipi. buat adik-adik, sila semak kat MENU kat atas ;D


Thursday, May 26, 2011

Asam pedas kelantan dan sambal godok Jawa Nza

Salam sejahtera, selamat pagi.

Alhamdulillah. Pagi ni segar je, kan? cuaca cantik jer. Malam tadi, sebab masak tu cuma tumis skit dan berkuah air. Jadi, around 20 minit dah masak. hehe. Mana taknya, asam pedas kelantan tu saya pasang api besar skit. Cuma fokus nak tumis tempe je.  "Eh.. cepatnya masak", kata mr hubby. Muka my hubby yang tadi serius je sebab kena tukar gas malam2, dah jadi berbunga balik. wuhaha.. Alhamdulillah.

Di bawah ni la, asam pedas style kelantan yang saya ambil dari rumah kak Nza. Sedap sungguh nampak gambarnya, saya pun teringin la.  Masa kat tesco, ambik sekor ikan patin. Murah pulak tu.  Cara resipi ni  pula lebih kurang masak tempoyak patin.  Mr hubby kata sedap... cuma dia tak nampak cili.  Garu kepala saya. Mmg problem kalu masak lauk yang cilinya dikisar ni. Lenkali kena tumbuk skit, bagi nampak kot. hehe...  tak larat dah malam tadi. Cili padi, saya oter skit, sebab mr hubby suka pedas.

Yang sambal tu, MIL ada buat kalu tak silap ada campur bilis. Sambal kak Nza ni, ada tempe dan ikan masin. Makan ngan nasi, best, jadi pencicah pun best. Sungguh sedap wo.. makan ngan ubi kayu rebus. Telan air liur seh. Mana ubi kayu nih? hehe...





ASAM PEDAS IKAN PATIN STYLE KELANTAN
Sumber: Kak NZA

Nota nurindah: asam pedas kelantan berbeza dari asam pedas lain. kalu rajin, bahannya boleh tumbuk lumat.

Resepi:
1 ekor ikan patin  (nurindah: saya guna kepala dan 3 keping isi. Ikan dilumur dan dibasuh dgn air limau kasturi)
asam keping (nurindah: saya guna 2 keping)
sedikit garam + serbuk perasa


Bahan A
3 hiris lengkuas
3 biji bawang merah
3 biji cili padi    (nurindah: cili padi ni, ikut citarasa)
sedikit kunyit  (nurindah: guna kunyit hidup)
Nota nurindah: Bleh tambah daun kesum - kalu ada


Cara:
Kisar semua Bahan A.
Masukkan semua bahan dalam periuk + air + masukkan ikan.
Masak kesemuanya hingga mendidih.
Hidangkan.

*bagi yg suka tempoyak boleh masukkan 1 senduk kecil tempoyak ke dalam masakkan ini.



SAMBAL GODOK JAWA
Sumber: Kak NZA

Nota nurindah: cara sambal godok ini tanpa santan, dipanggil juga sambal ikan kering dan tempe.

Resepinya:
BAHAN A
cili padi-lagi sedap kalu ada cili padi warna hijau.
 (nurindah: saya guna 4 cili padi tambah 1/2 sdm cili kisar secukup rasa. Boleh juga menggunakan cili padi semata, campur merah dan hijau. Ikut citarasa)
1 biji bwg besar
1 inci halia
2 ulas bwg putih
sedikit belacan - (nurindah: tak bubuh)
sedikit gula + sedikit garam
(kalu ikan dh masin xperlu letak garam)

BAHAN B
Ikan kering dipotong kecik-goreng
 (nurindah: saya guna 2 ekor ikan gelama, potong 6, buang kepala dan ekor)
1 keping tempe dipotong kecil-digoreng
asam keping ( kak Nza: kalu ada belimbing buluh lg sedap)

Cara:
Tumis bahan A dalam sedikit minyak panas.
Kacau hingga naik bau.
Masukkan bahan B.
Kacau sebati.
Siap untuk dimakan dgn ubi rebus.
Makan dengan nasi panas pun sedap....



Sayur bayam merah goreng

Thursday, April 21, 2011

Menu rebus dan kukus stim

Salam sejahtera,

Selamat bertemu. Baru hari ini terasa nak gagahkan diri. Terdahulu, jutaan terima kasih atas sokongan teman-teman sehingga blog mysweetlife ini ada nilainya. Ada lihat harga di sebelah tu? hehe... tak tau nak caye ke tidak. Tetapi dari RM1,000, nilainya dah up ke 15,000. Kira blog saya ni ada pengunjunglah, kan? Alhamdulillah. walaupun saya ni, tenggelam timbul. Terima kasih sayang juga buat mereka yang follow dan buat link. Semoga jadi wadah pertemuan dan tempat perkongsian resipi dan menu buat semua teman dan pelawat. Kalau saya tiada, klik-kliklah dapur teman2 lain. Mereka amat rajin berbanding saya. ;)



Teringat masa kat kampung. Selalu masak macam ni kalau ada sotong. Maklum adik2 ramai. Banyakkan kuah. Jadi, bila lauk berkuah memang menghirup je kerjanya. :)
Masa beli sotong kecil kat gerai pasar pagi, penjual tu orang kelate. Pun suruh saya rebus. Resipi ni bergantung dengan bau serai dan sotong kecil amat sesuai. Dakwat hitamnya saya tak buang pun, dan tak mengganggu kuah. Semua bahan dihiris je. Kalau sotong tu ada telur, memang terasa. Bagi saya, dah sedap! Mr hubby pun suka.


SOTONG KECIL REBUS SERAI

BAHAN-BAHAN:

Segenggam Sotong kecil (secukupnya) - asingkan kepala dan badan, buang tulang satu tu. Dakwatnya tak perlu buang.
4-5 Cili padi - dihiris
1/2 biji bawang besar (saiz sederhana) - dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
2-3 batang Serai -diketuk
beberapa hiris halia
Air dalam setengah periuk kecil
Garam secukup rasa

CARA:

1. Tumiskan bawang sekejap.
2. Masukkan air secukupnya. Masukkan bawang, serai, halia, sotong. Biar mendidih.
3. Masukkan garam dan cili padi.
4. Tutup api. Boleh dihidangkan.



:) Memang sangat simple. Tetapi masak cenggini, dgn cili padi. My hubby dah berselera makan nasi.

SUP AYAM KOSONG

BAHAN-BAHAN:

Isi ayam dipotong kiub(dari sekeping dada ayam)
4-5 cili padi - diketuk
Bawang merah - dihiris
Bawang putih - dihiris
Air separas dlm setengah periuk kecil.

CARA:
1. Tumis bawang sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air dan isi ayam. Biar didih.
3. Masukkan cili padi dan garam
4. Bila ayam lembut. Boleh tutup api dan hidangkan.



Ini pula menu nak habiskan ikan kembung yang dah dekat expired. Saya buat Fishball kak JC, digabungkan dgn sup ikan campur fishball paket. Haru biru nampak kuahnya, kan? Tetapi....  dengan bau Sup bunjut Ikan Adabi. Rasa umph!

SUP IKAN ADABI

BAHAN-BAHAN:
2 ulas Bawang putih dicincang
sehiris dua halia
Sup bunjut Ikan Adabi
2 ekor Ikan kembung kecil
Fishball homemade kak JC (Dari isi ikan kembung. Saya rebus fishball shg ia timbul, angkat, tapis)
1 paket Fishball jenama AAA
Air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA:
1. Tumis bawang putih dan halia
2. Masukkan air, sup bunjut ikan adabi, ikan kembung, dan semua bahan lain.
3. Masak sehingga sebati dan ikan masak.
4. Angkat dan boleh dihidangkan.


IKAN STIM macam ni sudah ada dalam MENU kat atas. Guna ikan kerapu. Serai ketuk. Tak masuk sayur sbb masak sayur asing. Ops! Lupa nak cite. Saya tak letak dalam kukusan. Just guna kuali, letak ikan,sedikit air dan semua bahan. Tutup kuali. Pasang api besar. Biar masak. Idea dari seorang teman masak. Lupa kat mana. Maceh ya.. :)

Tuesday, December 28, 2010

Menu : kuah kicap bertomato, ikan bakar, tauhu telur bersos tiram

Salam sejahtera,
Moga hari ini lebih cemerlang, iman lebih meningkat dari hari sebelumnya. Amin... Ini menu bajet semput. Ikan bakar yang bukan bakar, pencicah masam tapi bukan asam. Sebelum beli barang dapur aritu :D

Tomato didadu, cili padi dipotong kecil, bawang didadu, kicap. Resipi kat hamsini. Buat cecah2 ikan bakar kat bawah tu.


Ikan selar. Baring atas kuali tanpa minyak jer. Sampai masak :))

Campuran tauhu telur dan bebola ikan yang digoreng, campur sawi dimasak macam resipi kat SINI

Sekian ... hihi


Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers