Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label nota hati. Show all posts
Showing posts with label nota hati. Show all posts

Sunday, January 25, 2015

minit

dalam seminit, kita boleh meraih hati, dlm semint kita mnjauh hati.
mg Allah mndekatkn kita kpd prkara2 yg baik.

Thursday, July 7, 2011

Bila dia belajar..

Hari ini, saya bercerita lagi. Terkenang kisah-kisah lepas sambil teringat, malam tadi kamera habis bateri. Takde foto makanan. Insya Allah, selesai masak arini, baru saya blogwalking.


Dia mahu menahan

Saya ingat satu pengalaman saya di bulan puasa. dgn seorang anak yg brpuasa. Saya mengasuh di taska selepas sesi mengajar tadika. Dari awal ibunya hantar, ibunya brpesan bahawa anaknya berpuasa. Tolong tengok-tengokkan.

Anak itu sudah 6 tahun. Awalnya, elok jer. Menjelang petang, selepas bangun tidur pukul 4-5 pm, dia mula baring letih. Mengadu apapun tidak. Saya juga risau, tanya keadaannya. Tetapi saya yakinkan dia, Insya Allah, boleh teruskan puasa. Ini bukan pengalaman pertama saya dgn anak-anak yg brpuasa. Lagipun dari buku pendaftaran, ibunya sendiri tidak menyatakan anaknya mmpunyai apa-apa penyakit.

Tetapi rakan-rakan saya yg lain kasihan padanya, asyik menyuruh saya mendorong anak itu berbuka. Katanya takut jatuh sakit. Sebab dia letih dan nak tidur.

Saya bingung dan hati lemah. Siapa yg tak kasihan? Namun, mengikut pengalaman saya dgn anak2 tadika lain, saya lihat anak itu masih mampu bertahan lagi. Saya sebagai guru, bukan sahaja pengasuh, harus mendorong dia teruskan berpuasa dan mmberi perhatian padanya. Saya juga takut ibunya tidak izinkan anaknya berbuka puasa. Ada juga ibu yg mengambil berat hal seperti itu. Terutama anak guru. Saya mmberi perhatian padanya sepanjang petang itu.

Masa ibunya datang mengambil dia, rakan-rakan saya macam menyalahkan saya di hadapan ibunya. Waktu itu dah hampir maghrib. Masa tu juga, dia bagi air pada anaknya. Matanya macam menyalahkan saya.

Anak itu kuat hati. Sepatah pun dia tak mengadu letih berpuasa. Cuma dia kelihatan nak baring dan main sedikit dgn adiknya. Tapi bila disua air, manakan dia menolak? Saya cuma terkilan. Anak yg berjuang seperti itu harus diberi ganjaran besar! Hampir saja saya berjanji dgnnya mmberi hadiah! Tapi ya, sebab ibunya macam marah pada saya, dia pun sama, sbb saya bukan ibunya.

Ya, jika dia meminta berbuka pada tengahari, saya juga lemah kot. Cuma sebab sudah 2 jam lagi utk berbuka, saya berusaha mendorongnya dan saya disalahkan. Saya pula yg patah hati..



Dia mahu berjemaah

Hari tu berqiyamullail. Saya lihat ada beberapa kanak-kanak yang saya kira belum baligh yg berada dalam satu saf dewasa. Mengikut tertib saf yg guru saya ajar, tidak boleh begitu.

Saya tidak menegur. Saya tau mereka anak-anak yg ingin belajar Qiyamullail. Kagum melihat kesungguhan mereka yg berumur 6-8 tahun bangun seawal 4 pagi. Saya tak ingin patahkan semangat mereka.

Antara solat tahajud yg 4 rakaat dua salam, ada jemaah di sebelah merungut kerana ada jemaah kanak-kanak di sebelahnya. Sorang jemaah lagi, siap berkata "mak diaorang tak ajar ke tak bole satu saf dewasa?". Kelu hati saya. Bukan begitu caranya kita orang dewasa berkata.

Saya diamkan saja kerana itu Solat Sunat. TIada apa yg nak digaduhkan dalam keadaan gelap dan seawal 4-5 pagi tu.

Bila masuk azan Subuh, saya masih lihat seorang anak itu mahu ke depan. Kakaknya bersama. Saya terpaksa masuk ke saf itu. Dan saya tegur sambil menepuk belakangnya. "yang belum baligh kena saf belakang". Saya tidak mengusir, cuma menyatakan dan yakin dia faham. Saya senyum saja.

Kasihan anak itu, mahu bersama kakaknya. Saya tunjukkan ada deretan jemaah kanak-kanak di belakang sana, sebelah kiri. Anak itu mengikut kata saya dan saya lihat kakaknya yg mungkin dalam 10-11 tahun mengekor adiknya. Aduhai, belum baligh rupanya...

Hati saya kelu, hiba pun ada. Alangkan anak itu baru belajar solat dan mahu berjemaah sewal pagi itu. Cuma guru-guru saya berpesan tertib safnya. Dan saya tahu, anak itu mungkin marah pada saya, kerana saya terserempak kakaknya selepas solat dan dia menjeling. Siapalah saya utk menegurnya. Agaknya orang tuanya berkata boleh.

Bahkan banyak kali, di surau mana-mana saya lihat ibu dan anak 6-8 tahun solat bersebelahan. Apa salahnya kalau dibelakangkan sedikit anaknya, tanda berjemaah? Bahkan kain solat surau pun diberikan pada anak-anak kecil. Yang dewasa ni menunggu giliran memakainya. Kenapalah si ibu tidak memahami pentingnya mendahulukan yg dewasa? Kerana tidak mahu berkecil hati, saya tidak lupa beg kain solat saya setiap kali keluar jauh dr rumah.


Maksudnya: “ Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sumber khutbah jumaat masjidnegara.gov



Thursday, June 30, 2011

nota hati takde penghujung dan makan sahaja...

Salam sejahtera,

27 rejab telah berlalu... hari ni sudah 28. Ntahlah, mungkin ada hikmahnya apabila para aulia' dulu menyuruh kita berpuasa sunat pd 27 rejab. my hubby pun siap bagitau saya, ustaz di tpt kerjanya menyatakan tiada puasa sunat pd 27 rejab. jangan niatkan "aku berpuasa sunat rejab".

Yalah, saya terima. Tiada yg perlu didebatkan, sebab saya pun dah trlupa 27 rejab tu. Dalam kalendar pun dah takde hari2 istimewa dalam Islam. Semua kalendar pakat nak jadi 1 malaysia. dah pakat kata maulidurrasul/isra' mikraj/ nisfu syaaban tu bidaah. Siapalah saya, nak bangkang-bangkang..

My hubby sama ngan saya, diasuh guru tentang amalan sunat ni semasa di sekolah berasrama penuh. Sebab perkara ni kan, biasa seronok kalu buat ramai-ramai, berjemaah. nisfu syaaban baca yasin 3x, maulidurrasul ada sambutan kecil dan salawat, isra' mikraj biasanya ada kuliah ttg bab semayang dan masjidil aqsa. Saya pula? guru2 yg mnjadi warden asrama ramai yg lulusan negara mesir, madinah atau jordan. Tak pernah pun saya dengar perkataan bidaah. Sekolah tu pula bekas sekolah pondok yg dinaiktaraf.

Masa tu, tak pernah lg dengar ttg bidaah. Semua bersatu-padu 'improve diri' dan 'amalan'. Takde nak sindir sape-sape. Takde nak perli sape-sape mahupun berdebat bab agama. Mengumpat, lagilah. Kita akan tau "hati" atau "sifat" seorang Muallim atau Muallimah apabila dia mula mengumpat atau merendah-rendahkan orang itu dan ini... dan seorang Tilmiz pasti kenal siapa Muallim yg disenangi majoriti...


Dahla, orang sibuk ttg "Bersih", kita bercakap pasal itu pula. 'Bersih'? Mana taknya, setiap hari my hubby dok sembang pasal ni. Teruja pula bila dinaik-naikkan semangat. Tapi, bila baca pasal Ambiga tu, personaliti dia, terus saya menurunkan dr rasa teruja tu. Takpela, kalu ada yg tak suka saya cakap macam ni. Sebab saya bukan orang politik. macam abah saya pun dulu cuma kais pagi makan pagi, mana la nak sibuk hal politik. tiada aura politik dalam hidup saya.  Saya memilih orang utk diikut, adalah personalitinya supaya tak tersasar tujuan saya....  iaitu  LILLAH..  kerana saya cuma orang bawahan, tergolek terhiris... yg kena saya juga.

Oklah, dah puas mengomel. Kita jamu mata dah ya... hehe..



Peringatan: ini bukan nasi kunyit. ahaks... inilah Nasi Goreng guna perencah adabi 1/2 paket plus sayur kuning kat bawah tu. Our breakfast. Tak pose Khamis arini.


Ini pula sambal Kerang. Guna resipi Sambal biasa, tapi UPGRADE: tambah bilis yang rendam, pastu tumbuk. Tumis bersama sambal. Memang tak berenti makan sambal ni... :))


Ini pula masak lemak cili padi biasa2 jer. Guna Ikan keli. Kata orang, letak daun  cekur, jadilah masak lemak Cekur.  Ikan Keli digrill sekejap dalam kuali dgn sesudu minyak sehingga masak, . Tuang bahan tumbuk dan santan. Bahan tumbuk cuma cili padi, halia, lengkuas, bawang putih dan merah. Tambah perasa sikit. 


Inilah dia sayur kuning. ahaks... dari nak masak udang asing ngan kobis, terjadi campur macam ni. Tumis macam udang bersos tiram selalu tu. Tapi tambah kobis. Haih, punyala malas nak tulis resipi. buat adik-adik, sila semak kat MENU kat atas ;D


Friday, June 24, 2011

Namanya Ikhlas... juga Mahabbah..

Salam sejahtera,

Selamat petang. oH... dah petang ya. Skejap jer masa.

Sejak pagi, mood pun kureng sbb sakit belakang dan rasa nak baring jer. La ni rasa ok skit. Tengah buat apa tu? hehe.. Saya pun dah trlepas rancangan yg biasa ada kat TV9 di hari Jumaat macam ni.

Pagi ini ada perkara yg menyentuh hati saya. Yalah, kita dok elok2 mmpertahankan hati kita dlm hidup berumahtangga ni, mesti ada suara2 yang BOLEH mmbuatkan kita runtuh segala kekuatan kita. Dok sebut2 kekurangan kami dan nak kami jadi 'perfect' macam keluarga lain.

Pagi tadi, hubby nak cepat dan tak sempat k**s betul2. Pun saya tersinggung. Terus cakap-cakap orang tu terngiang kat ingatan saya. Terus runtuh ketabahan.

Oranglain yg tak tahan tentu dah bercerai-berai. Tapi kami masih mncari erti 'baiti jannati' dan kami bersama kerana menuju jalan itu.

" Hargailah perhubungan itu selagi Allah izinkan kita bersama. Berikan hari yg penuh bermakna setiap hari, selagi kita masih bersama... "

Menolak cadangan bukan bererti kami kerasa kepala. Membantah bukan bererti tidak suka. Mengikut kata pula...... bukan bererti kami tak IKHLAS. Janganlah diperli-perli pula kalau kami cuba melakukan tranformasi dalam kehidupan. Bukankah seluruh hidup itu menuju JANNAH?


Ikhlas

Saya sedih bila orang yg berdegar-degar cakap pasal IKHLAS. Tetapi hati kita yg merasainya. Saya ada seorang sahabat lama, namanya kak Fina. Setiap kali brtemu dan brpeluk dgnnya, terasa sangat hatinya dekat. Terasa kita dihargai dlm hidupnya, walaupun kita bukanlah selalu berjumpa dengannya. Suami kami bersahabat sejak bujang.... dan satu tmpt kerja.

Saya brtemu dgnnya sejak kami mula brkahwin dan berjiran 2 tahun. Saya dan suami kahwin bulan 1, mereka bulan 3, tahun yang sama. Tetapi mereka skrg sudah ada anjakan paradigma dlm hidup mereka. Sudah ada anak 2 orang, suaminya dah nak abis master, dan sudah punya rumah sendiri kat emerald, dan kereta 2 buah.

Saya melihat transformasi itu dgn hati yg melonjak-lonjak inginkan perubahan. Tetapi, ada benda yg Allah belum izinkan.

Kak fina seorang yg sederhana, dia risau juga dgn perubahan itu. Bukan mudah mereka lalui. Saya faham itu. Kesenangan pun, perlu melalui penderitaan dan kesusahan. Takde yg datang brgolek.

Kadang2 hati saya juga kacau. Bila mengetahui banyak sgt apa yg orang ada. Itulah hati,kan? Berbolak-balik selalu. Belum lagi saya kacau apabila sedara-mara menyebut-nyebut kekurangan kami di waktu kami tengah STRUGGLE nih.

Juga, pelukan kak fina yg saya rasa mesra kaedahnya. Sama macam perasaannya apabila saya CUMA bercium pipi dengan adik-adik perempuan saya. Tetapi amat dekat dan sayu jer perasaannya. Perasaan ingin bergantung dan berkasih-sayang....

Tetapi ada sesetengah orang (Wanita sahaja), bila memeluk dan cium dahi saya sekalipun, saya tak terasa hibanya, tak terasa Mahabbahnya. Seolah hanya mahu mnjaga adat. Lepas peluk, terus berpaling. Sering saja begitu. Astaghfirullah. Begitukah orang yg brcakap soal ikhlas dgn saya?

Perlu ke mencium dahi dan memeluk orang kalau hati tidak sekata?

Setiap kali saya mghadapi situasi yg saya kurang ikhlas, saya akan lapangkan dada. Saya takkan brfikir apa-apa. Saya pasrah pada Allah moga ikhlaskan hati saya. Saya tau manusia sering melihat kelemahan orang. Saya akan tenung matanya. Mencari sinar Mahabbah di situ.


Forgive and forget. Itulah erti IKHLAS DAN MAHABBAH....


Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers