Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Thursday, June 9, 2016

kuih Cek mek molek




Rebus ubi keledek oren, jadi buat cekmek molek. Tak susah, ubi yg dah lenyek tu campur tepung gandum, bubuh sikit2 pastu gaul doh, uli.
Saya tambah skit garam dan sikit majerin. Tambah tepung agak2 doh tak melekat pada bekas. Melekat pd jari takpe,tanda doh masih lembut.
Kepal2 dan bubuh gula. Pasal bubuh majerin, optional, dahulu mama saya letak dlm doh cekmek jualannya, katanya supaya kulit garing sikit.


resipi lama nih baru update. ;)

Copyright © 2016


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, August 9, 2011

Kuih Samosa



Salam sejahtera,

Hari ni buat tayangan kuih samosa pulak. Jenuhnya menyusun gambar. Fiuh! Tapi demi memudahkan saya lenkali. Dan kuih ini pun, intinya boleh dibuat awal2 dan frozen. Masa free yg lain boleh buat kulit dan bubuh intinya pula. Boleh goreng terus atau frozen lagi. Kami makan untuk berbuka ondaway balik banting Ahad lalu. Isnin my hubby cuti.

Nota Nurindah: jam 4.56 pm Mohon maap banyak2 sbb terbubuh air daging dan udang. Itu utk mee jawa tuh! Saya dah EDIT resipi bahagian stok rebusan tuh. Fenin2 skejap. Mohon maaf sekali lagi. huhuhu..

Saya panaskan Mee Jawa, celur mee, buat kuih samosa ni, buat puding roti untuk My Adik siti dan family kat kampung. Sempat hantar sedikit masakan saya utk Siti dan kawan2nya di damansara damai. Sempat juga singgah kat Putra beli tiket untuk balik Besut bbrp hari. Kami berbuka kami di RR yg tidak ramai org. Kuih samosa pula dah dimakan dalam kereta lagi. My hubby makan kuih Samosa banyak, sedap katanya. :D Mee Jawa takde gambar ek, guna resipi maklang kat blog che mat. Alhamdulillah, menepati selera saya tapi My hubby macam kenyang pula. Selainnya kami bekalkan utk family lain merasa. Dapatlah kami bersahur dan berbuka kat banting minggu lalu. Dan my hubby suka betul puding roti tu. Disuruhnya buat lagi, tapi saya ni maklumlah puding bersusu, cepat muak. Bila teringin lagi, baru buat lagi. :D

Oklah saya tayang kuih Samosa. Ada cara lipatnya, yg saya belajar dr seorang cikgu yg baik hati, cikgu wan rusyaini. Cara saya lipat masih tak cantik, tapi harapnya cikgu luluskanlah ya. hehehe... Terima kasih buat empunya resipi Biduri MyR, mohon halalkan. Sungguh sedap samosa nih!





SAMOSA

Resipi: Biduri MyR

Bahan-bahan ( 5 orang )



Kulit popia saiz besar secukupnya
Minyak untuk menggoreng












Bahan-bahan INTI :

1 cawan daging kisar - (Nurindah: Saya guna ketulan Daging yg dikisar kali ini mggunakan food processor shg hancur).
500g ubi kentang-potong dadu
1 labu bawang besar-potong dadu
2 ulas bawang putih-cincang
1 sudu besar rempah kari   (Nurindah: campur 1/2 sdm serbuk kari + 1/2 sdm serbuk kurma daging)
garam secukupnya  (Nurindah: 1sdk)
gula secukupnya
1 tangkai daun kari (optional)
sedikit minyak untuk menumis
NURINDAH:
~ Saya tambah 1 cwn mixed vege.
~ Ganti serbuk kari dgn mencampur serbuk kurma daging.
~ 1 - 1 1/2 cwn air utk empukkan daging dan kentang.
~ 1 sdm tepung gandum ditambah air sprt gam sebagai pelekat kulit samosa



(Nurindah: Teknik mndadu bawang besar mnggunakan pisau yg tajam)


Cara-cara Sediakan Inti :


1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi








2. Masukkan rempah kari biar sehingga garing








3. Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.







4. Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air. (Nurindah:  Dlm step ini, saya bubuh Air agak dlm 1 cwn  dan tutup kuali dgn penutup periuk, kecilkan api. Kacau sekali-sekala)








5. (NURINDAH:  Apabila daging empuk dan hampir kering, pd step ini saya tambah 1 cwn mixed vegetable. Gaul rata sampai inti agak betul kering, mixed vege kelihatan kembang).
CARA ASAL: Masak sehingga kering dan kentang empuk. Padamkan api. *** Kentang kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dulu - 2/3 masak.



6. Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)
Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih. Buat sampai habis
Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas



CARA MELIPAT KULIT SAMOSA:
mysweetlife-nurindah.blogspot


































Wednesday, May 18, 2011

Karipap Inti Keledek



Salam sejahtera,

Ini karipap inti keledek. Dah berkurun lama tak buat karipap. Terliur bila jumpa keledek besar-besar kat pasaraya haritu. Tapi belum tau nak buat apa. Tak patut kan? hehe... Siap kopek dan simpan dalam petiais... seminggu. Punyala takut rosak. Isinya oren... fuh!! Akhirnya, 2 hari lepas, potong-potong keledek ni, untuk buat inti Karipap.  Buat waktu malam lak tu. Tetapi, memang mudah.

Kulitnya baru buat hari ni. Pastrinya rangup, intinya keledek. Saya mencari resipi yg siap dgn inti keledek, dapat resipi Ros Jintanmanis. Waduh... sedap! Kulitnya rangup, tapi tidak menjemukan. Dan 3 biji dah saya telan. hikhik...  Tetapi yang saya buat, tak secantik ros punya, maklumla lain airtangan.. hehe.. Terima kasih ya Ros. Mitak halal akak share kat sini...









Ok, tayangan gambar last hari ni.. ihiks..


KARIPAP INTI KELEDEK JM
Sumber: Ros, Jintanmanis.com

Doh Untuk Pastri Rapuh

400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Untuk Inti Keledek

1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 genggam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam) - Nurindah: saya guna isi ayam
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam

Cara-caranya

Buat Doh Pastri dulu

1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.

2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap.

Buat Inti Karipap

1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.

2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim

1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunnkan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.



 

Tuesday, May 17, 2011

Bengkang Ubi kayu atau Bingka ubi kayu watierman



Salam sejahtera,
Moga teman-teman sihat-sihat semuanya. Bab masak, Alhamdulillah, berjaya juga buat bingka ubi kak watie. Rindu betul kat dia. Dah lama tak tengok bekal kak watie awal pagi. Saya pun dah lama tak spend masa awal pagi. Rindu pulak nak BW, 'blogwalking' awal pagi. hikhik....

Ubi kayu ini diberikan oleh Mertua masa balik haritu. Mula-mula telan air liur jugalah, sbb saya bukan rajin nak buat kuih. Tetapi anggap saja satu cabaran. Eh... senang je buat kuih ni rupanya. ihiks...

Saya gantikan santan dgn susu, kerana malas nak gi pasar beli santan. Mr hubby bukannya bersungguh-sungguh nak makan kuih, macam tekak saya ni. Jadi, tak payahla nak mintak en hubby susah payah beli santan bila balik kerja.  Bila dah sedia dalam pinggan, dia makan juga. Siap saya bekalkan ke office. Ok tak bang? hehehe....  Mitak halal dan copy resipi kat sini ya, kak watie. Cayang kak..!




Ubi yang siap diparut. Sebatang ubi jer ni. Hati-hati, jangan calar balar tangan tu. hehe...

Adunan ubi kayu parut yang siap untuk diletak dalam bekas pembakar

Siap dibakar... namanya jadi Bingka Ubi. :D





BENGKANG UBI KAYU/ BINGKA UBI KAYU
Sumber: kak watie, watierman

Bahan2 yang digunakan:

•1 ketul ubi anggaran 1 kg disagat (boleh juga diblend...tapi texture halus sgt)
•1/2 cawan gula pasir
•1/2 sudu garam
•2 cawan air (air lebih tak ape...sebab nak tapis & buang)
•1 peket santan di campur dengan 1 cawan air
•sedikit margarine atau butter
•beberapa titik pewarna kuning

Cara-caranya:

•Sagatkan ubi dan campur dengan 2 cawan air
•Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih
•air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal dilapisan bawah
•campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk
•masukkan gula, garam, dan beberapa titik pewarna
•kacau...dan tuang santan sedikit2...sampai adunan menjadi macam bancuhan jemput2
•sapukan loyang dengan butter dan panaskan oven ke suhu 180 darjah
•Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci diameter
•dan sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan
•Bakar selama 45 minit - 1 jam...bergantung pada tahap kerak yang anda suka.
•Bila dah sejuk....baru cantik dipotong....



Tuesday, March 8, 2011

Koleh Kacang (tak cukup sifat ;)

Koleh kacang ini kegemaran saya. Lebih-lebih kalau ditaburi tahi minyak (dari pati santan) yang lemak masin tu.Saya ambil resipi orang katering, dalam majalah. Senang je, guna tepung Alagappas ni. Janji, rajin mengacau jer. hehe.


Di bawah, koleh kacang yang saya buat. Mohon maaf, sebab tak cukup sifat. Maknanya gula merah tak cukup. Dan tak cukup santan nak buat 'Tahi minyak'. Yang saya buat ni, sedulang. hehe.. banyak betul. Tak perasan servings untuk 40 orang. hahaha. Jadi, dalam 3 hari ni, asyik mengulang makan. Alhamdulillah, dah berhari, masih sedap dan tak basi. Agaknya sebab masak betul. Rasanya... cukup sedap! Mr hubby yang payah nak makan kuih lembik-lembik ni, berjaya habiskan 5 potong sekali hadap. :D Tak kisahla kalu tak cukup sifat pun, kan?


Ampun maaf. Memang koleh kacang ni warna asal semata. Gula merah/gula melaka tak cukup. Dan hanya menggunakan sedikit gula melaka yang siap dicairkan. Tahi minyak pun tak buat sebab tak cukup santan. Tetapi rasanya tetap sedap.Tak muak memakannya.


KOLEH KACANG
Sumber: FZ catering, Subang Jaya, majalah Rasa Dis 06.

Servings: 40 orang.
Tempoh masak: 45 min -1 jam.
Cara saya, guna kuali. Mula-mula api sederhana, bila pekat baru api kecil sikit.

BAHAN-BAHAN:
240gm tepung kacang hijau (nurindah:saya guna jenama Alagappas)
120gm gula pasir
240gm gula merah (nurindah: Hanya guna sedikit gula melaka yang dicairkan)
2 liter santan (saya guna 1 liter pati santan yang dibeli di pasaraya + 1 lit air)
2 helai daun pandan
sedikit garam
nurindah: saya tambah perasa pandan

Cara Memasaknya:
1. Masukkan semua adunan ke dalam kuali dan dikacau hingga pekat. Sama seperti membuat dodol.
2. Jika telah nampak berminyak, masukkan adunan ke dalam loyang.
3. Biarkan sejuk.
4. Dalam pada itu, masak satu cawan pati santan sehingga kering.
5. Kemudian taburkan di atas kuih yang telah sejuk tadi dan sedia dihidangkan.



Wednesday, January 26, 2011

678 dan kuih bakar pisang

Salam sejahtera,

Online skejap jer ni. Internet baru ada. Masalah 678. Katanya troubleshooting modem. Ntahla. Berjanggut misai palsu dahni menunggu internet.huhu... Bukan apa, risau gak, mr hubby dah call banyak kali. Dia nak check bursa saham malam-malam.

Lepas cabut wayar, restart modem, restart lappy, connect sana sini.. tetap tak muncul2 wane hijau 'Internet' kat modem tu. Biasanya sentuhan saya ni menjadi... hehe.. perasan skejap. Tetapi kali ni, tak laku pula sentuhan saya tu. Risau jugakla, kot modem rosak hape. Dahla caj baiki benda rosak kat TM tu, mahal. Ini baru je, up pakej. Baru kejap tadi dalam 5.30 kot, tiba-tiba 'on'. Fuh.. lega,...... Alhamdulilllah. Hubby pun lega hati skit. Nasib baik modem tak rosak.

Aiseh, Masak pun belum siap ni. Saya tayang kuih bakar pisang dulu wat minum petang. Moga2 hari ini hari yang ceria dan bermakna buat semua. :)) Lawatan dan reply akan dibuat nanti2 la. Hubby nak balik jap lagi...

Cara untuk menikmati kesedapan kuih bakar pisang ni, gigitla skit2. Saya potong besar-besar 2 jari ni, my hubby skali ngap jer dua tiga ketul. Mulut pun penuh ngan kuih... Bila saya tanya sedap ke, dia ngangguk2. Hu.... camana dia rasa ek?

Kalau saya, yummmmmmm.... memang tak berhenti menggigit kuih bakar ni. Thanks kak zana. Superb recipy! Nak perang, atau berkerak. Biar lama skit dalam oven. Ingat... gigit sikit2 tau... heheh....


KUIH BAKAR PISANG
Sumber: Kak zana Johor

KUIH BAKAR PISANG -sumber kak Zana,Johor

Bahan2
1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar .. byk ni coz sy suka pisang.. klau tak suka boleh kurangkan...
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara2
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 45 minit.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt




Wednesday, October 20, 2010

Kuih dari keledek...


Salam sejahtera,
Menu malam tadi, tak mo tunjukla, tak comey... Ala, ikan goreng, sayur taugeh, dan masak lemak telur masin. Dah balen2 peti sejuk. Dalam esbok cuma ada daging yang kejung, campur telur yang baru dibeli. Tengokla jadi apa.. Breakfast pula, Cekodok campur Tepung + udang balen + bawang + telur + baking powder + cili merah cincang. Makan ngan sos Cili Thai.. Kuih di bawah, baru buat... Saya nak Frozenkan. :)) Adunan dari keledek ni, main campak2 jer berdasarkan prinsip2 dari Resipi Bebola Keledek MamaSyipah. :)) Alhamdulillah, lembut, sedap dan mencairkan hati. Saya ADA BUAT TAMBAHAN sikit, iaitu 1 sdk majerin, untuk mmberi lebih rangup. Lihatlah aksi-aksinya ya... Nak tengok Jenis Ubi, Resipi, dan Cara.. KLIK SINI. Tak lupa, terima kasih buat Mamasyipah kerana berkongsi resipi. :))


Macam2 versi boleh dibuat dari adunan ni. Gembira hati.. :))

Di antara step nya..

BEBOLA KELEDEK berinti kacang merah

Rupa bebola sebelum digoreng..

KUIH CEK MEK MOLEK yang mencairkan hati dari adunan yang sama.. Cek mek ni, my faveret masa panas2..uish..panas..!

Rupa kuih cek mek sebelum digoreng...

Nak Frozen kan. Yang Cek mek tahan sehari jer... kang air gula menyerap dalam doh. Pastu yang bebola macam cucur badak tu, intinya kacang merah readymade. Tahan... Intinya ada dijual kat bakeri nu..



Friday, August 20, 2010

Karipap Sardin lagi..

Salam sejahtera. Kelmarin, saya sempat uli doh karipap ni. Ingat nak frozenkan. Alhamdulillah, tangan saya masih tak keras nak mengelim kulit karipap ni. Dapat 20 biji. Penat juga, tetapi, puas hati bila mengunyah kelimannya itu. hihi. Lagipun , resipinya menepati citarasa saya dan my hubby. Ia rangup dan tidak lembik bila sejuk. Inti sardin, yang tentu menambah selera. Resipi kak Suzi, dah pernah buat sebelum ni. Kali ni, saya update lagi resipinya. Terima kasih banyak2 buat kak suzi.Amat suka resipi ni. Mohon halalkan resipi ya kak.. :)


KARIPAP SARDIN
Sumber: Kak Suzi, perutkenyang.blogspot
Servings: 20 ketul

Kulitnya:
400 gm tepung gandum
2 sudu makan majerin planta
40 ml minyak masak di panaskan
150 ml air hangat (Nurindah :air panas, tapi bukan didih ya)
1/2 sudu kecil garam (campurkan pada air hangat)

Cara:

1. Masukkan tepung ke dalam sebuah mangkuk besar. Tuang kedua minyak dan majerin tadi ke dalam tepung dan gaul rata. (Nurindah:Boleh gaul dgn sudip kayu).
2. Setelah itu, masukkan air sedikit, sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik.
(Nurindah: Mula-mula boleh kacau dgn sudi kayu, lepas tu, ulilah dgn tangan sampai adunan lembut -tempoh anggaran 15 minit).
3. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam.
4. Buatlah bebola-bebola mengikut saiz yg anda perlukan. (Nurindah:bahagikan doh 20 ketul)
4. Kemudian canai, bubuh inti dan kelim kemas-kemas. Goreng dgn kaedah terendam (deep frying) dgn api yg sederhana. Angkat dan toskan.
NOTA NURINDAH: setelah tiba masa mencanai, doh selebihnya di dalam bekas, ditutup supaya doh tidak cepat kering, dan lembut untuk dicanai.


Inti Sardin:
Servings: untuk 20 ketul karipap

1 tin sardin (kalau nak sedap, gunakan Ayam Brand)- (Nurindah: saya guna 1 tin besar sardin)
3 biji bawang besar (hiris)
2 sudu makan cili kering kisar
1 batang cili merah (hiris)
1 batang cili hijau (hiris)
½ sudu teh gula
secubit garam
jus dari 1/2 biji limau kasturi
2-3 sudu makan minyak utk menumis

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis separuh dari bawang hiris.
2. Masukkan cili kisar dan kacau lagi hingga garing.
3. Masukkan pula sardin dgn sedikit jer sos tomatonya, lebihan bawang hiris tadi dan juga cili hijau dan merah.
4. Kacau rata tapi pastikan ikan jgn terlalu hancur/lumat. Biarkan kasar-kasar sedikit.
5. Akhir sekali, masukkan garam, gula dan jus limau kasturi. Gaul rata dan angkat dari api.
NOTA NURINDAH: Saya kacau sehingga sedikit kering, atau nampak minyak.




Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers