Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.
Showing posts with label Cucur. Show all posts
Showing posts with label Cucur. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

Cucur buat 'tea break'



Mood tak rajin sangat. Saya nak tayang cucur dulu,ek? Nak buat keja remeh2 edit gambar lauk malam tadi. ;) Cucur ni... jadikla buat kudap-kudap masa 'teabreak'. hahaha.


CUCUR SENANG MESRA
cucur lembut dan berongga yang tak perlu tambah penaik pun.
sumber: mysweetlife-nurindah

Tepung gandum (nurindah: tak sukat pun. bayangkan saja 1- 1 1/2 cwn)
Secekak Kucai - dipotong-potong sepanjang 1 ruas jari (nurindah: bayangkan saja cekak rambut kecil tu. Kira kucai banyak ni. heheh)
Segenggam Udang - siap kopek kulitnya.
1/2 biji Telur - dikacau rata.
Sedikit serbuk kunyit - sebagai pewarna
Garam secukup rasa (nurindah: cara saya 'test' mesti kena rasa sedikit adunan tu. tak puas, kalu tawar. tapi pastikan kacau sebati-sebati)
Air masak secukupnya sehingga jadi adunan untuk membuat cucur.

CARA:
1. Masukkan tepung dulu dalam bekas.
2. Masukkan kucai, udang, telur, serbuk kunyit.
3. Baru masukkan air masak.
4. Sebatikan adunan.
4. Goreng sehingga sedikit garing.
5. Angkat dan hidangkan dengan sos cili.
6. Sedap dimakan panas-panas.



Sunday, September 5, 2010

Cucur jagung 2

Salam sejahtera, 26 Ramadhan 1431H. Mesti dah ramai yg balik kampung kan? Kami, keluarga para pekerja kilang masih belum bercuti raya. My hubby cuti pun sehari sebelum raya. Kami dah siap2 dah. Beraya ala kadar je taun ni. Kuih raya dan pos ke besut, kuih raya utk sini pun ada 2-3 jenis lagi. Barang2 tu dah timbang, tunggu adun dan bakar jer. hihi..

Hari ini Ahad, macam biasa my hubby ada kat rumah. jadi kalu sempat baru blogwalking. Kelmarin mencuba cucur jagung dari setelah melihat tayangan dr blog kak lizahanum. Asal resipi dr kak Nor secubitgaram. Saya guna seketul jagung dan potong isinya. Adun, pastu perap skejap dalam 15 minit. Hasilnya, kulitnya garing, isinya lembut... Rupa cucur jagung ni, dah sebiji macam cucur udang yg gemuk2 kat gerai tu, boleh cicah sos atau kuah kacang. Sedap sungguh! MY hubby tak berhenti2 makan. Kata dia, dah bole jual ni. :D.

UPDATED: Terima kasih kak Nor atas teguran. Mohon halalkan resipi ya. :D Dan terima kasih kerana berkongsi. Terima kasih jua buat kak Lizahanum yang tayang cucur jagung ni haritu. Di bawah juga saya sertakan hutang tag. Terima kak liza sebab bagi award tu. :)


CUCUR JAGUNG 2
Sumber Asal : Kak Nor, secubitgaram
Copy dari blog: kak lizahanum

Bahan-bahan

1 cawan isi jagung
1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
2 cawan tepung gandum
1 bj telur
1 sudu teh yis mauripan
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
daun saderi dan daun bawang ~ dihiris halus
1 bj cili merah ~ dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
3/4 cawan air
minyak untuk menggoreng


Cara-cara

* Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.
* Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
* Biarkan seketika, lebih kurang 15 - 30min atau sehingga adunan nampak naik.
* Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
* Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda.. Selamat mencuba..


AWARD
http://lizahanum.blogspot.com/2010/08/award-dari-azatie.html

Soalannya ialah:

Soalan 1
Apakah yang bermain difikiran anda sekarang?

Kejap lagi nak gi rumah jiran. pastu lipat baju, pastu nak selak menu, pastu nak gi giant.. pastu.. banyak lagi ni. hihi

Soalan 2
Apakah nama samaran anda?

Nurindah (online)

Soalan 3
Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?

1. My hubby
2. Ibubapa dan mertua
3. Adik2 dan teman2 tersayang...

Soalan 4
Panggilan untuk si dia?

Abang..

Soalan 5
Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?

Kasih-sayang dan didikan yang berpanjangan. Dah banyak benda, keperluan dan keinginan saya yang my hubby penuhi, dan saya bersyukur sangat2. Cuma saya masih banyak kelemahan dlm menjadi isteri yg terbaik. Masih perlu bimbingan.

Soalan 6
Blog mana yang anda selalu lawat?

All Blogs yang menceriakan hari saya. ;)

Soalan 7
Tag 15 orang blogger...
Pasal mentagging ni, macam biasa... sape2 yang sudi sila ambik ya. :)

Saturday, August 14, 2010

nasi goreng cina 2, cucur kucai 2

Salam sejahtera. 4 Ramadhan. Minggu ni kami rehat2 kat rumah. Membeli keperluan dapur dsbg. Baru terima voucher Parkson dr kilang sbb tahun ni tiada jamuan tahunan spt dulu2. My hubby suruh pilih, nak baju raya or periuk baru. Hm, berbelah bagi ni. hihi. Periuk nasi kami adalah pemberian kahwin hampir 4 tahun yg lalu. Dah byk kali nasi masak separuh jalan. Hubby check plug,ok. Check extention,ok. Alah, sayang.... nak periuk baru la. *wink *wink.

Tapi mmg mendebarkan sbb kena slalu tgok kot2 nasi dah kembang, tapi periuk tak menyala. Dah byk kali suh hubby redeem point credit card, dan tunjuk2 periuk nasi kat mall. Bukan tak mampu, tapi tahulah Mens... tunggu sampai dah tak bole guna baru beli baru. Agaknya diaorg pikir buat ape periuk 2 biji? Kelulah saya... hahaha.. Skarg pun, peti sejuk dah menunjukkan tanda2 keuzuran. Dah hampir 6 tahun umurnya. Dah takde lampu bila dibuka, dan cepat sgt ada ais. Alahai.. bila nak rosak ni... ikikiki...



JUS TEMBIKAI SUSU
Saya campur tembikai susu + separuh air + susu pekat + gula. Blend hingga hancur. Buah bertenggek tu, tiru si Jiya. hihi.


NASI GORENG CINA 2
Nasi goreng ni menggunakan resipi nasi grg cina chef hanieliza. Cuma tukar sayur kepada mix vege, dan saya tambah sotong. Saya tambah serbuk lada hitam ajishio.


CUCUR KUCAI 2
Cucur kucai versi dua ni saya tambah bawang besar, dan cili besar dicincang. Ia membuatkan cucur kucai ni agak basah dan kurang rangup di tepi. Tetapi lembut maintain. Cara gorengnya mestilah minyak tohor, mcm grg telur mata. 1 senduk adunan jer. Versi sebelum ni lebih rangup kat tepi. ;)


Wednesday, July 28, 2010

Jom baca cerpen, derma darah, dan mencari jodoh?

Cucur bilis dan kuah kacang.




Salam sejahtera. Selepas selesai menakung air dalam baldi, dan tong (seb baik ada tong letak kerepek tu ;), my hubby balik sekejap. Saya melayannya, dan buat cekodok, makan ngan kuah sate aritu. Kuah sate tu saya bekukan. Jadi elok lagi. Sedap gak makan ngan cucur. Cuma agak kental skit la. Kalu bubuh yis, buat dia rongga2 skit sure lembut. Nak masak nasi memang tak sempat. Pastu, adik saya Suzi call. Kami borak2 dekat sejam... er takpe. duit kredit dia. hihihi.

Menjelang bulan Ramadhan ini, impian saya.... agar adik2 perempuan saya lekas mendapat jodoh yang baik di bulan yg mulia, agar kami berdua mendapat cahayamata, agar dapat menambah rezeki untuk menunaikan impian mak ayah melerai rindu ke Baitullah.

Berpeluh saya nak cakap ni. Smiley, tetapi saya tidak pandai mencari teman lelaki buat adinda2 saya. Seorang, hatinya kuat, kerana hatinya biasa berdikari, bekerja di Jusco Midvalley. Siti namanya. Seorang lagi, Suzi, mendengar kata, hatinya lembut, bekerja di Resort kat Besut. Peluang terbuka kepada para lelaki yang mampu bersolat dan berpuasa penuh di bulan Ramadhan, tidak lupa, sekufu. Mudah,kan? Smiley

Menjelang bulan mulia iaitu Ramadhan, bukan sahaja kita bole derma duit, makanan, mahupun pakaian, tetapi juga.... DARAH. Seram ke? Saya pun tak pernah derma darah. Tetapi, saya kasihan melihat kemalangan yg berlaku di bulan perayaan ini. Derma darah menyelamatkan nyawa. Besar pahala tu. :)
Di bawah, ada cerpen yang sesuai bagi mereka yg baru memasuki alam rumahtangga. :)


Cinta Rembulan Ramadan
Oleh Farahana Hussain
Sumber: Berita Harian

2010/03/08
Air Mata Subuh
BERGELAR isteri. Saya tidak pernah membayangkan saya akan menurut sahaja saranan Walid. Saranan Walid, yang lebih tepat, sebagai satu permintaan dan suruhan seorang bapa kepada anaknya. Sebagai anak, saya mahu jadi anak yang solehah. Apabila Walid menyuarakan dalam nada tegas dan sebak sambil memandang Ummi tunak, saya senyum.
“Izinkan saya, beristikharah dulu?” Pohon saya pada Walid.

Walid hanya mengangguk. Ummi senyum dan mengusap ubun kepala saya. Saya rasa dengan bertanya pada Dia sahaja akan memberikan saya ketenangan dan semoga jawapan saya kepada Walid dan Ummi dipandu oleh bimbingan Tuhan kepada bisikan hati saya. Akal saya cuba mencerna, mampukah saya memikul amanah Walid dalam usia semuda ini? Muda, bukan saya kira menggunakan angka kelahiran. Saya muda, masih pucuk hijau dalam ilmu agama dan cetek pengetahuan hal ehwal rumah tangga. Tapi, Walid dan Ummi yang menerima risikan daripada keluarga lelaki semalam. Mereka melihat saya sudah cukup bersedia daripada segenap segi. Saya melihat refleksi diri dari cermin di bilik tidur. Saya tahu, saya bukan lagi gadis yang sama seperti 10 tahun lalu. Walid dan Ummi hendak mengangkat martabat saya. Walid, wali mujbir yang punya kuasa menyatukan saya dengan mana-mana lelaki pilihannya, selagi tidak mendatangkan mudarat kepada saya, jika menurut mazhab Syafie. Persetujuan saya ini hanyalah budi bicara Walid, sedangkan Walid mempunyai kuasa menikahkan saya dengan mana-mana sahaja lelaki pilihannya. Tetapi Walid, bapa yang berilmu dan lembut hatinya. Walid tidak memaksa. Akhirnya, selepas 3 kali beristikharah. Dada saya lapang tanpa dihimpit perasaan berat. Sewaktu bangun menyiapkan juadah sahur, saya memberikan persetujuan.“Alhamdulillah.” Walid senyum lebar dan saya lihat di kolam mata Ummi ada genangan air mata. Walid mengetuai doa dan mengingatkan niat untuk berpuasa esok hari. Sebaik azan Subuh bergema, Walid mengetuai solat Subuh. Tazkirah Walid di pagi subuh hari ini, menyentuh mengenai taqqarub di bulan Ramadan.

Untung Buah Melaka
“Air tangan isteri yang mengikat cinta suami dan air tangan ibu akan mengekalkan kasih sayang anak kepada ibunya.” Ujar Ummi sambil memeriksa kelapa yang sedang dikukus.
Saya masih membulat-bulatkan adunan kuih buah Melaka, sambil meletakkan sedikit gula merah yang dikacip sebesar setengah biji guli. Kuih buah Melaka yang juga dikenali sebagai onde-onde itu selalu Ummi golekkan dengan kelapa kukus supaya tidak mudah basi. Teringat pula, saya dengan seorang kawan yang memanggil kuih ini dengan nama kekoh car. Saya terus senyum sendiri, kelucuan.
“Amboi, anak Ummi. Sambil memasak senyum sendiri. Seri pengantin dah naik ke mukalah tu.”
Usikan Ummi cepat saya sanggah dan saya ceritakan apa yang membuat saya tersenyum sendiri. “Kekoh car? Peliknya, Ummi tahu namanya buah Melaka saja. Paling penting, Walid suka makan, anak kesayangan Ummi pandai masakkan dan ada lagi ... satu yang penting ..,” Ummi senyum sambil menjungkitkan kening tanda menyuruh saya menghabiskan ayatnya.
“Apa lagi? Giliran saya mengerutkan dahi.
“Bakal menantu Ummi, khabarnya penggemar buah Melaka.” Saya tidak tahu hendak bereaksi bagaimana. Hendak senyumkah atau saya diserbu malu. Hari ini keluarga pihak lelaki akan datang berbuka di rumah kami. Saya tahu, risikan keluarga lelaki diterima bersyarat gantung dengan persetujuan saya. Hari ini, tentu rancangan pertunangan akan diusulkan. Entah kenapa hati saya tiba-tiba jadi berdebar. Semacam takut dan jantung saya berdenyut lebih laju daripada biasa. Bukan! Bukan! Saya tidak diserang, penyakit cinta. Saya khuatir, saya bukan pilihan terbaik untuk bakal suami dan lebih khuatir jika saya bukan pilihan hatinya, tapi sekadar pilihan keluarganya.
“Mengelamun pula. Tolong Ummi.” Pinta Ummi lembut kepada saya untuk membantunya menyerahkan bahan masakan kepadanya. Saya bangun dan segera membersihkan sisa tepung di tangan.
“Tak apa, Ummi. Biar, saya yang uruskan semuanya.”
“Oh, anak Ummi nak tunjuk bakat pada bakal keluarga baru, ya? Bagus juga, ikat hati bakal suami dengan keluarga mentua dengan air tangan sendiri. Ummi setuju.” Ummi menepuk bahu saya lembut. Kami menyediakan lauk sederhana untuk keluarga kecil yang bakal bertandang. Keluarga pihak lelaki datang berempat, bakal suami, ibu, ayah dan kembar perempuan bakal suami. Kuih buah Melaka, kegemaran Walid dan tetamu yang dijemput. Lauk ikan masak cuka kegemaran Ummi, gulai lemak ketam dan sambal udang tempoyak berserta ulaman. Bubur sarang lebah dan kuih buah Melaka sebagai pencuci mulut. Air jambu batu dengan asam boi dan teh madu suam turut kami sediakan meraikan tetamu untuk iftar di rumah kami.

Usai terawih diimamkan bakal suami, kami sekeluarga duduk di ruang tamu. Saya dengar, Walid memanggil namanya, Ilham sewaktu meminta dia ke hadapan mengimamkan solat. Bacaannya dalam solatnya lancar , merdu dan sederhana panjang menjadikan selesa untuk semua jemaah yang mengikutinya. Ayah Ilham yang diperkenalkan sebagai Pak Hamzah meminta izin supaya saya berpeluang berbual-bual sendirian dengan Ilham di halaman rumah. Kolam ikan kecil dengan deru air terjun menjadi teman. Saudara kembar Ilham, Ghafirah tersenyum mengusulkan saya mengikuti Ilham keluar selepas Walid mengizinkan. Saya hanya mengikut. Ilham, kini saya lihat secara jelas fizikalnya. Rambutnya kemas disisir dan dipotong rapi. Oh, saya tidak ada peluang berlama-lama menatap rupa fizikalnya kerana sebaik sahaja dia mempelawa saya duduk, saya tidak berani menatap wajahnya.

“Awak, syaitan kena ikatkan bulan puasa macam ni?”
Saya melongo. Saya betul-betul hendak ketawa, tapi bimbang dikatakan kurang sopan. Tidak menyangka sama sekali saya akan disapa perbualan perkenalan selucu itu.
“Kenapa muka awak merah, awak malu ya?” Ilham cuba memecahkan suasana tidak mesra kami.
“Bukan. Bukan. Saya geli hati sebab ditanya soalan macam tu. Saya fikir awak akan soal sesuatu yang formal.” Balas saya.
“Oh, saya nak cakap sebenarnya. Tak apalah kita berdua-duaan ni, sebab syaitan yang ketiga daripada kita berdua tak ada. Kan?”
“Ke situ pula.”
“Maaflah, saya gurau saja. Harap-harap supaya rupa saya yang garang ni tak membuat awak berubah fikiran daripada menerima pinangan saya.”
Saya tidak terkejut dengan sangkaannya sendiri. Apabila dia menganjurkan bahawa riak wajahnya yang garang, itu ada kebenarannya. Fizikalnya, dia terlalu tinggi dan berbadan sasa. Mukanya serius dan jika dia berlelucon pun, dia tidak ketawa. Tapi saya dapat rasa wajahnya bersih dan saya tidak menerima pinangannya kerana fizikal, jadi tidak ada masalah bagi saya walau apapun rupa parasnya. Saya tahu, pilihan Walid tentu yang terbaik.

“Nama saya Ilham Hanafi Hamzah. Umur saya 30 tahun. Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Bioteknologi. Saya hafaz 5 juzuk al-Quran sedang berusaha untuk hafaz lebih lagi. Apa lagi yang perlu awak tahu, ya?”
“Tak apa, insya-Allah panjang lagi masa kita berkenalan. Saya terima, awak seadanya. Saya harap awak, juga terima saya seadanya. Oh, ya kalau tak keberatan, apa pekerjaan awak?” Saya berharap dia lebih tenang dan tidak rasa tergesa-gesa memperkenalkan dirinya pada saya. Cukuplah saya mengetahui, dia pilihan Walid dan saya pilihan ibu bapanya. Tentu kami sekufu pada mata kedua-dua orang tua. Penyesuaian? Biarlah kami pelajari perlahan-lahan dalam alam rumah tangga kelak.
“Walid, tak beritahu awak pekerjaan saya?”
“Tidak, saya pun tak bertanya pada Walid. Selepas istikharah, saya setuju saja. Nama awak pun, saya baru tahu hari ni.”
“Oh ....” Ujar Ilham, tanpa menjawab pertanyaan saya.

Dugaan Pertama
SAYA tidak berubah fikiran apabila mengetahui pekerjaannya, bukan sesuatu yang mengejutkan jika saya mengagak daripada bentuk tubuhnya yang kelihatan tegap. Biasa saja pekerjaannya, yang selalu menjadi cita-cita kebanyakan murid di sekolah dahulu dan di universiti, masih ada anak didik saya yang menyimpan cita-cita yang sama. Polis. Cuma yang luar biasa, apabila dia mengkhabarkan sifat pekerjaannya di lapangan. Dia jujur memberitahu, saya akan selalu ditinggalkan kerana urusan kerja dan pekerjaannya bahaya. Raut muka saya sedikit berubah, saya tidak tahu dunia kerjanya. Walid seorang pendidik dan Ummi pula seorang psikiatris. Dunia pekerjaan keluarga saya, adalah pendidikan dan ilmu jiwa. Tidak ada ahli keluarga kami yang berkhidmat dalam angkatan tentera mahupun polis. Sewaktu dilihatnya muka saya berubah, dia menganjurkan saya berfikir semula.
“Tak apa, saya faham. Sebagai pensyarah memberikan awak peluang berjumpa dengan lebih banyak yang calon sekufu. Mereka yang dunianya buku, ilmu dan penyelidikan. Saya tak terkejut kalau awak berubah fikiran.” Ilham menarik nafas dalam, saya perasan suaranya tertekan dalam talian. Saya tidak tahu, kenapa saya pula merasa bahawa dia sengaja mencipta jurang. Ada lompang dalam hati saya mengatakan mungkin dia ada pilihan lain, namun mahu mengkambinghitamkan saya, supaya saya yang menolak pinangannya. Tapi itu tidak akan saya lakukan. Saya akan menyahut seruan hati bergelar isteri.

Terbongkar Rahsia
KAU kekasihku/tapi orang lain bagiku/kau dengan dirimu saja/kau dengan duniamu saja/teruskanlah/teruskanlah kau begitu.
Sudah genap seminggu kami dijabkabul, sempena nuzul Quran. Bait lagu dendangan Agnes Monica penyanyi dari seberang seakan mengena ke batang hidung saya. Saya cuba menumpukan perhatian pada pemanduan, namun bayangan Ilham Hanafi, yang saya jumpa dua minggu lepas kini selamat bergelar suami bermain di minda. Sayalah yang menelan semua kepahitan, sedang baru seminggu berumahtangga. Penyesuaian. Saya perlu banyak bersabar. Sesudah selesai memberi kuliah saya cepat pulang mengejar peluang menyediakan juadah berbuka, kata nasihat Ummi berkesan di hati. Kalau suami merasa air tangan isteri itu akan mengikat kasih sayang kami.

“Berbuka sekali ya? Izzah ada masakkan ....?” Saya menelefon Ilham sedang tangan cekatan menyediakan makanan kegemarannya. Kuih buah Melaka.
“Kerja ni. Nanti abang telefon semula.” Jawapan ringkas yang saya terima sebelum sempat menghabiskan kata-kata. Talian terus dimatikan. Seloyang kuih buah Melaka yang belum disalut kelapa terlepas dari pegangan tangan dan terburai intinya. Lantai di dapur kotor dengan inti gula Melaka yang mencair. Saya menangis. Hati saya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Saya berdebar-debar.

Pernahkah kau bicara/tapi tak didengar/tak dianggap/sama sekali/pernahkah kau tak salah/tapi disalahkan/tak diberi/kesempatan/

Saya matikan radio di dapur yang sedang memutarkan lagu Teruskanlah. Saya ke bilik air, mengambil wuduk. Hanya pada Dia saya mengadu, apakah saya telah tersalah pilih jalan hidup saya? Ketika menyimpan al-Quran dalam laci, saya menjumpai sampul surat putih tertulis nama saya. Nur Izzah Ain Hayati. Saya kira, ini tulisan Ilham Hanafi. Saya tidak peduli, saya rakus hendak membacanya.
“Buat isteri yang abang kasihi. Abang berdoa dikurniakan seorang isteri solehah dan abang mendapatkan Izzah, kurniaan Allah. Tapi abang bimbang menzalimimu. Lalu abang ragu apabila kita bersua. Abang tahu abang akan selalu melukakan daripada memberi kebahagiaan. Banyak belum sempat diceritakan. Sesungguhnya demi keselamatan Izzah lebih sedikit pengetahuan Izzah tentang kerja abang, lebih selamat dan baik untuk Izzah. Bulan ini, abang menyertai operasi membanteras pengedaran dadah dan betul-betul sibuk. Doakan abang.
Bukankah ada pepatah Melayu menyebut, sayangkan anak ditangan-tangankan, sayangkan isteri ditinggal-tinggalkan. Jadi abang, tinggal-tinggalkan Izzah. Abang tahu, tindakan abang macam badut, mesti Izzah sedang ketawa sambil mengesat air mata. Sekejap abang berlawak, sekejap abang serius. Bersedialah Izzah kerana buat masa ini itulah cabaran yang akan kita tangani bersama. Perkahwinan satu perkongsian dan buat masa ini penyesuaian kita memerlukan perkongsian persefahaman, fahamilah dan terimalah abang, seadanya”
Saya menggeleng-geleng dan memang saya ketawa. Saya fikir saya perlu banyak belajar bagaimana dia boleh membuat saya ketawa hanya dengan tulisannya. ‘Sayangkan isteri ditinggal-tinggalkan?’ Mungkin ada banyak benarnya pepatah Melayu, kerana dengan ditinggalkan saya belajar merindui ketiadaan dan menghargai setiap kehadirannya. Saya duduk dan menghidupkan suis televisyen.
“Berita Semasa - Seorang pegawai polis cedera parah dalam kejadian tembak menembak dengan penjenayah, disyaki pengedar dadah di ibu kota kira-kira sejam yang lalu. Kita bersama wartawan di lokasi untuk mendapatkan berita terkini.” Saya tutup televisyen, tidak mahu mendengar berita ngeri di petang bulan Ramadan yang patutnya damai dan menenangkan. Tinggal beberapa jam sebelum waktu berbuka. Saya diserbu gelisah, teringat kuih buah Melaka yang terburai isinya di dapur. Segera membayangkan Ilham Hanafi. ‘Tuhan, jauhkan saya dari prasangka.’, bisik hati kecil saya berdoa. Saya terduduk dengan perkhabaran daripada rakan sekerjanya. Namun, saya gagahkan diri. Tentu Ilham memerlukan saya.
“Kami perlukan penderma darah, luka di bahagian abdomen suami Puan parah. Bekalan darah di bulan Ramadan memang terhad.” Ujar petugas di hospital pada saya. Saya hanya dengar perkataan berdesing masuk ke telinga kiri dan keluar ke telinga kanan. Buku rekod derma darah saya bawa bersama, saya biasa menderma darah secara tetap empat bulan sekali. Hendak saja saya suruh petugas itu sedut semua darah yang diperlukan, tapi saya tahu dengan berat 46 kg, saya hanya mampu memberikan Ilham 350 ml darah. Saya berharap Ilham diberi keutamaan memandangkan saya penderma darah dan dia cedera dalam tugasan. Saya dikhabarkan peluru mengenai intestine kecil Ilham dan juga hampir mengenai hati. Lima das semuanya. Saya tidak mahu mendengar lebih lanjut. Saya mahu Ilham dibekalkan darah dengan segera. Azan berkumandang, saya berbuka puasa dengan segera dan cepat-cepat menghulurkan lengan kiri untuk proses menderma darah. Tiba-tiba sekeliling saya gelap.
“Rehat sayang, Izzah pitam tadi.” Ummi ada di sebelah Walid mengusap pipi saya.
“Ilham?”
“Alhamdulillah stabil. Terima kasih, Izzah.” Ujar bapa dan ibu mentua dengan rasa hormat. Saya masih pening lalat. Ramadan menemukan saya dengan cinta, kasih sayang dan pengorbanan. Semua kemanisan yang saya kecapi dari kemurahan Allah yang melimpahkan ujian, rezeki dan umur yang panjang buat kami sekeluarga di bulan yang mulia ini.

===============================================================================

Info penulis
FARHANA Hussain, Pelajar Tahun Satu, Sarjana Undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia adalah penerima Anugerah Penulis Remaja Negeri Perak 2004 dan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2004 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Cerpennya, Kidung Kasih Farah, diterbitkan dalam Antologi Aku Dan Aleeya terbitan DBP, 2002. Cerpen dan sajaknya, mendapat tempat dalam Tunas Cipta dan FOKUS SPM sejak 2002. Mula menerobosi media arus perdana seperti Berita Minggu dengan sajak bertema kekeluargaan seperti Puisi Buat Abah dan Buat Anak-Anak; Belajarlah Mengerti. Boleh dihubungi melalui e-mel farahnyemahmulya@yahoo.com

Monday, July 5, 2010

Pisang grill dan cekodok udang kering


Salam sejahtera. Ni sesi menghabiskan pisang nih. Alhamdulillah, buat Pisang Grill memang laju jer makan. tapi make sure jgn lama sgt, takat2 angus2 perang tu, dan masih kental, pastu tuang pulak madu. Cayalah... kejap jer abes. hihihi. Teringat aritu buat banana split, tapi letak pisang grill. Sedap...sangat! Sebab pisang panas2 lagi, letak pulak eskrim kat tepi. Sampaikan my hubby tgah2 lapar, dia cakap rasa nak lagi makan banana split macam tu. Aih... bila pulak abang suka makan eskrim? :D


Ntah apa2 tah saya ni. hihi. cekodok pun masuk blog ya? Takpela, dia pun nak glemer gak. Cucur udang, cekodok pisang dah slalu masuk blog. Kasi can la kan? Ni dia, cekodok udang kering. Versi abiskan stok udang kering yg lama. Udang kering yg baru dah beli kat NSK. Jangan tanya nape nampak kosong, dari kelmarin dok ulang... lom gi pasar. huhu. ... Biasanya bahan-bahannya masuk taugeh, kucai , udang kering tumbuk. Nak makan, cicah sos cili thai, dan minum teh tarik.... Hu, tak sedar dah abis 1 pinggan. haha. Versi arini, janganla intai mana bahan-bahan tu. Kita gi pasar dulu... jom.. jom... :D (My hubby cadang nak balik lunch... hooorei!)

Saturday, May 22, 2010

Cucur Labu


Menu petang. Cucur labu. Selalu, kita buat cucur savouri. Kali ni versi manis plak. Saya agak kurang makan cucur manis, teringat cucur adabi pek segera, kurang gemar...

Tetapi, bila makan cucur labu tadi sambil tengok movie IP man, minum ngan susu panas...(jangan gelak sbb masih batuk, malas buat teh O, tapi sanggup makan cucur goreng...hehehe...), sambil ngap2 tengok2 dah tinggal seketul. Mungkin sebab tau dalam cucur tu ada labu, itu yang beria-ia kami makan. Untuk budak2 sesuai sangatlah, sbb bila gigit, tak terasa pun makan hirisan labu seketul2, sbb memang diparut nipis dan rasa lemak2 gitu... Berkhasiat dan nikmat...



CUCUR LABU - sumber buku Kuih muih minum petang chef hanieliza

300gm labu kuning
2 cwn tepung gandum
1 sdk serbuk penaik
1 cwn air
1/2 cwn gula (saya ganti gula perang, secukup manis yang dikehendaki)
1/2 sdk garam
minyak untuk menggoreng

CARA:

1. Labu dibuang kulit dan biji, kemudian diparutkan.
2. Masukkan gula, tepung gandum, serbuk penaik, garam, dan air ke dalam mangkuk adunan. Gaul rata hingga sebati.
3. Panaskan minyak di dalam kuali.
4. Jemput dengan hujung jari ataupun bulatkan adunan dan masak hingga cucur kuning keemasan.
5. Angkat, toskan minyak. Hidang semasa masih panas.



Monday, May 17, 2010

Cucur Jagung



Menu Sabtu lalu juga. Sdap cucur berjagung macam ni. Lebih2 ada rasa udang. Sambil tengok movie, habis cucur ni kami kunyah. Siap bawa bekal dalam perjalann balik ke banting lagi, pun habis juga. Cuma satu, penggunaan air suam, akan menyebabkan tindak balas antara baking powder dan air suam. Air biar suam kuku. Resipi chef Hanieliza. Izinkan saya share kak sini..


CUCUR JAGUNG - buku Kuih Muih Minum Petang,chef hanieliza

Bahan-bahan:
3 tongkol jagung
1 labu bawang besar (dicincang)
3 biji cili merah (dicincang)
200gm udang basah
1 biji telur
sedikit daun kucai (dipotong pendek)
2 cawan tepung gandum
1 sdk serbuk penaik
1 cwn air suam
1 sdk serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak menggoreng

CARA MEMBUAT:
1. Jagung diambil isinya sahaja.
2. Gaulkan semua bahan di dalam mangkuk besar hingga sebati.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan adunan sedikit demi sedikit.
4. Goreng hingga kuning keemasan.
5. Angkat dan toskan minyak.
6. Hidangkan dengan sos cili.


Sunday, March 28, 2010

Cucur Jagung...sorry, silap taip tadi..;)


Salam sejahtera, selamat pagi,

Moga semua sihat di dalam keredhaan Allah. Mohon maaf jika hanya sempat mnjenguk tanpa tinggalkan jejak. take care ya... :)

CUCUR JAGUNG - buku kuih muih minum petang chef hanieliza, pts

Bahan-bahan

3 tongkol jagung (saya guna jagung tin)
1 labu bawang besar (dicincang)
3 biji cili merah (dicincang)
200gm udang basah (buang kulitnya,saya potong kecil2)
1 biji telur
sikit daun kucai (dipotong2)
2 cawan tepung gandum
1 sdk serbuk penaik
1 cwn air suam
1 sdk serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk mnggoreng

Cara membuat: (Sebaiknya diperap adunan sekejap)
1. Jagung diambil isinya
2. Gaulkan semua bahan di dalam mangkuk besar hingga sebati.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan adunan k dalam kuali sedikit demi sedikit menggunakan sudu.
4. Goreng hingga kuning keemasan.
5. Hidangkan dengan sos cili.



Saturday, February 6, 2010

Cekodok bawang leper


Bosan dah ngan cekodok bulat atau bujur, jadi saya buat cekodok Bawang leper ni. Sedap gak, rangup tepi, tengah lembut jer...

Salam sejahtera,

Apa khabar? Kami Alhamdulillah. My Hubby dah laju jalan. Sdar2, dia kat dalam bilik air, sedar2 dia dah amik wuduk. Hu, suspen betul Hubby saya ni. Saya bukan apa, tak nak dia slip atau tergelincir. Bahaya tuh. Nasib baik la, brace penyokong lutut tu sentiasa dipakai. Tapi, nak fisio sendiri, maklumlah, kat rumah. Sedap jer dok atas sofa dan tilam, dah malas nak fisio. Hu, saya kena garang skit ni. Baru Hubby rajin wat fisio...hihihi

My FIL (father in law) yang baru lpas operate dah bole drive. Saya pun terkejut. MY MIL (mother in law) tepon tadi. Katanya ayah dah makin sihat. Macam seblom ni gak. Ajak kami balik bercuti kat Banting. Sayunya hati. Dah banyak kali My MIL ajak. Tapi, kena gi jupe DOC lagi minggu depan kat hospital. Nantila, mak. Nanti kami balik bila dah ok skit..:)

Orang dah nak lunch, saya baru update breakfast. Hentam jerla. Nak wat camana, baru sempat upload. Lunch tak siap lagi. makan2 ringan dulu lah ya.

 
Siap dipotong2 untuk dimakan. Saya buat adunan tepung  ni agak cair, goreng satu2 ngan minyak macam goreng telur tu. Berminyak skit, jadi saya lap2 ngan tisu dapur.

 
Breakfast tadi ni. Cecah sos cili, minum RADIX koko...

Monday, January 4, 2010

Cucur Udang sempoi

Salam sejahtera,
Saya tak makan tengahari nih. Sajer letak menu bekfes...hihi

Ini cucur udang gemuk sempoi. kiki. Gemok sebab saya tambah soda bikarbonat.

CUCUR UDANG SEMPOI

7 ekor Udang sederhana besar - buang kepala dan kulit, dan dipotong kecil2
Tepung secukupnya
Taugeh
Daun kucai (saya bubuh daun sup, ala..kucai takde)
Garam secukup rasa
Sedikit Soda bikarbonat

CARA :
Campur semua bahan. Goreng minyak banyak. Potong-potong. Makan ngan cili sos Thai...

Sos dari Teganu dulu. bole makan lagi nih

Ish, menu bekfes ni. bukan lunch ya.

Dah siap potong2. Leh makan. ngeh ngeh (tiru sapa ye). hihi

Thursday, October 29, 2009

Jemput-jemput udang kering


Salam sejahtera,
Malam tadi gi pasar malam, beli sayur mayur n bahan basah. 
And dinner pun, tunjuk2 beli kat sana gak.  Tak sempat nak amik gambar. Dah ngap...

Pagi ni...Huhu. tak tau nak buat apa pg ni. otak blur. Jika no idea, last2 akan amik tepung, buat cekodok jer... Saya cuma tambah udang kering tumbuk ngan taugeh. makan ngan sos. 
Nasib baik suami tak kisah, sbb kul 10.30 am biasanya dia akan g kafe makan lg.

Tuesday, September 15, 2009

Cucur Udang- Iftar Ramadhan 25

Salam Ramadhan,

Ari ni sempat buat cucur udang.Resipi dari myresipi oleh Noor Masri. Dah lama ambik kat MYR.Tahun 2008 tak silap.

Senang jer bahannya.Tapi,tekniknya tu susah skit.hu hu. Bahan: settle,semua ada.Kepekatan adunan: settle, cantik jer.Cuma,tang nak sendukkan tu masa goreng, tepung melekat kat sudip. hu hu.

Mula2 tu lupa nak panaskan senduk.ok,tukar teknik.Teknik kedua, panaskan senduk.Baru amik adunan. Tapi melekat jugak.Malu dan segan nak tunjuk,hi hi. Takpe,nanti menerai lagi.Lihatlah hasilnya...p/s: jangan gelak tau :)



CUCUR UDANG -sumber:MYR [NoorMasri]

Bahan-bahan:

4 cawan tepung gandum
250 g udang kasar
30 sen tauge
40 sen daun kucai (dipotong)
3 cawan air
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
MSG secoet jika suka
minyak utk menggoreng

Cara membuat:

Bersihkan tauge, daun kucai dan udang.
Campurkan tepung dgn tauge, kucai, serbuk kunyit dan garam
Kemudian bancuh dgn air sehingga sebati
Panaskan minyak dlm kuali
Sendukkan adunan bubuh sekor udang di atasnya dan goreng hingga masak.


Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers