Jadilah Wanita yang Proaktif.
How much? Water (in litre) to drink a day = Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.
Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Friday, May 31, 2013
nota weng weng.
Demam.
Ah, saya harap hujung minggu ini kami tak berjalan jauh...
Lagi, ada kenduri sana sini. Pening...
mr hubby... tak laratla nak jalan jauh. 'buat mata layu'.
Bagi sesetengah orang, demam itu pemandangan biasa baginya. Tetapi bagi saya, tidak. Sebab saya jarang demam.
Tekak payau saja... takmo telan makanan keras.
Dahaga tengah-tengah malam.
Suami baru saja sembuh, dan jarang sekali kami terkena pada masa yg sama. Orang kata, 'tak sebau'.
Alhamdulillah, hubby menjaga saya.
Nikmatnya ya Allah, ada tempat bermanja, sekurang2nya tiada sebab untuk saya memaksa diri melakukan tugasan rumah. Tunggu kepala ringan sikit, baru gagahkan buat.
Saya membelek-belek pegaga yang saya dah 'trim'. Kasihan, ia baru nak mencari tanah untuk akarnya mencengkam. Saya dah trim banyak haritu, supaya tak kelihatan 'bersemak' sangat. Saya juga menjaga pohon cili yang kerap berbunga, tapi masih 'merajuk' untuk berbuah. Pohon cili ini tak sama dgn pohon cili yang saya tanam sebelum ini yang dari keluar bunga, terus keluar buah cili. Hum, bilalah nak berbuah ni?
Selepas mencari tanah, saya mengitar semula beg tanah itu, mencucuknya dgn pisau dan bubuh tanah yang bercampur tanah merah dan hitam. Ada anak-anak pokok betik. Biji betik dari biji buah yang kami beli dan makan. Biji betik tu, saya tabur sedikit saja dalam pasu, selebihnya saya buang dekat pasir tepi-tepi pasu.
Subhanallah. Banyak bijinya yg bertunas. Yg saya tabur di kawasan pasir juga mencambahkan tunas (betik sukakan tanah berpasir ya?) . Banyak pohon dah ni, saya dah mula cemas. hehehe... Akhirnya saya sediakan beg plastik tulah, nak besarkan pohon betik.
Teringat pohon betik yg ayah berikan, yang tiba-tiba layu lalu mati. Jadi, agaknya anak-anak betik ini harapnya jadi pengganti.
Sekadar nota, di kala kepala tengah 'weng weng'.... :)
Assalamualaikum.
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Tuesday, May 28, 2013
Istiwa
Di sekolah dahulu, ada kelab ilmu falak. Tetapi saya tidak mengambil tahu.
Istiwa juga ilmu falak. di mana masa kedudukan matahari tepat di atas kaabah.
Mula-mula saya mengambil tahu ttg istiwa, apabila membaca catatan kak ummihumaira lama dahulu. Lepas itu dah lupa..
Bila berpindah ke rumah baru, kami hanya berpandukan kompas dan google menentukan arah Mekah. Kami tengok juga surau berdekatan. Jadi, rasanya tiada masalah.
Tiba-tiba satu hari masa di kampung, adik saya mengatakan betulkah kiblat kita? Kat google, kedudukan Mekah menyerong sikit. Saya tak pasti, cuma ustaz pernah cakap, kedudukan mukabumi sentiasa berubah apabila berlaku pergerakan bumi. Masa tu rasa sedikit was was dah.
Syeikh Nuruddin pernah menyatakan kiblat bagi seluruh umat Islam di luar Mekah ialah keseluruhan Mekah. Solat kita sah, meskipun kaabah tak ditentukan secara sangat tepat.
Tetapi, apabila ada cara falak untuk menentukan kiblat, kita gunakanlah untuk mengelak rasa was was. Dua tahun sekali, waktu istiwa terjadi pada 28 Mei, dan 16 July. Mengikut pensyarah ilmu falak KIST, tahun lepas iaitu 2012 ialah tahun lompat, jadi istiwa berlaku sehari sebelum tarikh itu. Tahun ini, dikatakan berbeza juga. wallauwaklam. http://detikperubahan.com/2012/07/17/16810/.
Apapun, saya nak cuba. Pukul 5.16 petang nanti. Mudah saja, letak pancang kayu di tanah lapang, kemudian lihat arah mana bayang-bayang kayu terhasil.
^__^
Updated 5.25pm: Saya dah buat. Arah yg terhasil, adalah bertentangan dgn arah matahari dan setentang dgn kayu. Alhamdulillah, kalau mengikut kaedah ini, arah kiblat yang digunakan oleh kami selama ini, betul.
:))
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Saturday, May 25, 2013
patty ikan dan monolog terkenang-kenang.
Assalamualaikum,
Ini patty ikan. Saya tengok caranya dalam Menu Alam, tapi bahan saya campur saja. Ikan direbus, ambil isi. Kentang direbus dan lenyek. Kedua kentang dan ikan dicampur garam, serbuk lada hitam ajishio , nak campur sayur sagat, silakan. Bentukkan menjadi patty. Celup ke dalam bancuhan tepung gandum cair, celup telur yang dipukul, dan golek atas breadcrumbs. Walaupun lembik sikit, bila dah goreng, kulitnya rangup tapi dalamnya lembut sangat. Cicahla sos cili Life.
Hubby cakap, macam takoyaki yang kat Jusco. HAH? Jangan terpedaya. ;)
Tak taulah...
Antara fe'el saya, saya suka mengimbau kenangan. Banyak yg saya jadikan tauladan atau jadikan sempadan.
Saya terkenang-kenang satu masa, apabila saya telah memasak puding marble (roti dicampur agar-agar). Sebelum itu saya telah memasak puding roti dgn kuah kastard dalam jumlah yang banyak, dan banyaklah lebihan roti, lalu saya blend dan didih bersama agar-agar. Alkisahnya...
hehehe..
Kami terbawa puding tu ke tempat saudara mara hubby yg sdg merewang kenduri. Saya diam saja, takut-takut. Seorang saudara jauh telah bertanyakan resipi. Saya berasa malu dgn kuih oter yang saya buat. hehe.
Saya kata, " Itu puding roti marble, resipi dari internet" Saya cuba berlaku ramah.
Kemudian makcik tu cakap dia tak tau nak cari internet lepas tu dia kata resipinya apa.
Sikap saya masa tu, saya akan diam dan berfikir sejenak. Saya resah bila orang mendesak sedangkan masa saya masak pun, saya tengok resipi! Aduh, manalah ingat dalam situasi macam ni.
Tiba-tiba makcik tu cakap, "Tak baik tau kalu kita kedekut resipi dan panjang jugala kata-katanya , dihadapan semua jiran sekampung. Sampai saya berasa semua orang memandang saya.
Llaaah!
Saya terdiam. Sempat lagi makcik tu bersangka begitu pada saya. Malu saya.
Dahla mertua ada kat situ.
Satu lagi sikap saya, saya malas nak berlawan cakap dgn orangtua. Takut mgkin disalah anggap kita ni apa-apa.... Mujurlah my MIL cover saya, dan saya akan tuliskan resipi untuk makcik itu. Besoknya, saya serahkan. Tapi sungguh! Saya dah tak mahu dekat dengannya lagi... hehehe.
Sepanjang beresipi ni, saya tahu kita harus berlapang dada kerana mungkin ada orang sukakan resipi kita. Ada yg tidak. Bahkan akan cakap terus terang pun ada, pandai je kondem orang, pastu tuduh orang bagi resipi yang salah. hehe, *sambil geleng kepala*.
Selera kita, tak sama dgn selera dia.
Janganlah salahkan resipi kan.
Pernah saya beritau seseorang semasa mengajarnya membuat buat kuih putri ayu. " Resipi dalam internet, cara dia tidak semua yg diberitahu dgn sangat detail. Sukatan, biasanya betul..... Step resipi tu, mungkin ada yg kurang detail. Macam kuih ni, dia tak beritahu guna mixer sederhana atau maximum kan ataupun sekembang mana ? ". Resipi percuma, haruslah terima seadanya, dan berterima kasih. Berlapang dada lah. Ia juga sama jika resipi majalah.
It is up to you. Cuma jangan terus eksperimen. Kalau bahan-bahannya mahal, kaji dulu, baru eksperimen. Sukat sebahagian dulu dan cuba buat . Harus try banyak resipi untuk mencari mana yang 'serasi' dgn kita. Macam pilih minyak wangi... Sebetulnya, peniaga hanya menggunakan 1 resipi yg mereka selesa untuk satu jenis kuih.
Atau buat adik2 yang baru pandai memasak, janganlah bangga diri kan, shg kita berasa masakan oranglain tak setanding kita. Pengalaman bertahun, berbeza dgn pandai memasak makanan popular dalam masa setahun. Sering saya lihat, adik yang dah mula pandai masak dan berjualan, mula tinggi diri. Dah tak makan teguran orang lebih tua. ( Maksudnya teguran yang membina lah :)
Tapi, kalu memasak di hadapan mertua tu lain... hehehe. Harus ada sedikit tinggi diri, hehehe. Eh, yakin diri.
Supaya kita yakin nak menunjukkan skill yang kita ada, kalu tak ada pun kita belajar senyap-senyap dan tunjukkan . Harus, ada kenalan saya yang semuanya mertua dia nak ajarkan, kerana dia berasa menantunya tak pandai menunjukkan skill. Semua kerana kenalan saya tu lebih mahu mengalah dgn orang lebih tua.
Aduh! Mana nak letak airmuka MAK kita?
Kita bukan bawa diri kita je dalam family suami, tapi air muka parents kita sekali tau!
Yang dah bermenantu, apalagi, kalu dengar besan kita mula mencanang kepandaian menantu lain, tapi bukan mencanang kepandaian anak kita? Huhu...
Takmo, takmo.
Memasak bukan saja skill, atau memasak yang popular sahaja. Ia makan masa.
Atau memasak yg main campak campak saja. Yg main campak garam gula tu, memang dah tau sukatan secubit tu bape gram. Ada yg boleh sukat bahan baking guna sudu makan jer, sbb dah biasa sukat guna sudu teh. Kan?
PRACTICE MAKES PERFECT.
Yang tak pandai, tapi rajin meningkatkan skill, Insya Allah akan pandai.
cubalah masuk exam kalu tak pernah rajin menjawab kertas soalan. hehe.
Satu lagi, untuk adik-adikku sayang yang baru berjinak memasak... jangan pandang rendah kpd sesuatu resipi. Ini pengalaman kakak. Kita mungkin pandang jer, tapi kita tak kata. Berblog bukanlah semata-mata nak menunjukkan kepandaian. Tetapi ia motivasi untuk kita berkarya dalam masakan. Ia seperti karya seni. Lebih-lebih lagi, bila kita suka bereksperimen.
Merendahlah diri...selalu-selalu :)

Wednesday, May 22, 2013
Berani
Salam sejahtera,
Saya sedang menunggu sifat positif. Seharusnya, saya menitipkan sesuatu agar teman-teman tidak menyangka saya telah melupakan teman-teman.
Semasa mengadap komputer, di masa inilah baru saya berfikir untuk menulis apa. Saya biarkan hati dan jejari ini bergerak.
Saya tidak pasti di mana munculnya keberanian itu. Samalah sprt semasa saya hendak memangkah pada kertas undi yang lalu. Saya tenung kertas undi, barulah saya pilih.
Corak kehidupan kita berbeza.
Dahulu, saya fikir, kita harus berlumba-lumba untuk menyaingi oranglain (maksudnya 'saing' yang satu lagi... beriringan ;)
Saya teringat seorang jiran kampung yang pernah berkata kepada saya , " Makcik ada 2 saingan". Dengan bendulnya saya bertanya, " Saingan itu apa?". Oh, saya tidak tahu adakah pertanyaan saya itu melukai perasaannya sedangkan dia barangkali mahu mengadu sesuatu kpd orang muda sprt saya.
Saingan : madu.
Belum lagi kata-kata orang. Mertua VS menantu = persaingan. Persaingan merebut kasih seseorang.
Saya pernah takut-takutkan adik-adik saya dgn perkataan di atas. hehehe...
Ah, kembali kepada ' menyaingi' yang saya maksudkan.
Saya fikir, kita harus SAMA dengan oranglain, supaya kita tidak dikata-kata orang.
Saya fikir, hiasan dalaman rumah kita harus sama dgn teman-teman hubby. Yalah, supaya tak ada yang menegur atau memperkecilkan.
Saya resah bila ada orang menegur kereta kancil kami. Saya berazam agar kami boleh membeli kereta yang hubby idamkan.
Teman-teman saya dah membeli cookingware yang terkini, dan saya terkulat-kulat memikirkan patutkah saya beli dan simpan utk kegunaan di masa akan datang?
Dan macam-macam lagi... sebab saya fikir keluarga kecil kami harus menyaingi oranglain, jangan sampai ketinggalan di belakang.
Namun semua itu membuat saya stress. Dengan komuniti saudara mara, dalam komuniti jiran dan masyarakat.
Ah, corak hidup kita lain-lain. Perkara yang membahagiakan kita pun lain-lain.
Saya menonton siri Princess Atsu baru-baru ini. Dan saya kagum dengan sifat positifnya apabila menjadi janda pada usia yang sangat muda. Kemudian mnjadi penasihat ketua keturunan Tokugawa, kerana suaminya bekas seorang syogun. Pada saya, dia sangat tabah. Suaminya mati. Dia tidak pernah mengecap perasaan mnjadi seorang isteri krn suaminya tidak mnyentuhnya, meskipun dia tahu suaminya sangat cintakannya. Dia tiada anak . Dia hanya orang keturunan bawahan yang dijadikan isteri seorang syogun. Menghadap cica nista orang tertentu yang hanya ingin merendah-rendahkan dia. Dia terus akur kpd takdirnya dan tidak pernah meninggalkan tugasnya sebagai penasihat syogun baru dalam keluarga syogun yang telah memerintah Jepun selama 200 tahun sehinggalah era kejatuhan kesyogunan Tokugawa.
Masya Allah, kagumnya saya....
Sedangkan saya cuma berkata, saya bahagia jika dikurniai seorang anak lelaki dan seorang perempuan yang sihat sempurna , adik-adik saya mndpt jodoh yang sayangkan mereka, dan suami saya berjaya dalam kariernya. Banyak betul permintaan saya, sedangkan Puteri Atsu itu mengorbankan kegembiraannya demi oranglain yg memerlukannya.
Kebahagiaan bukan sahaja kita dapati dgn memiliki, tetapi ia terletak pada bagaimana mngendalikan hati kita.
^____^
Bila kita hendak menafsirkan seseorang itu bahagia? Apabila dia masih MAMPU tersenyum. dan yang sedikit itulah yang memberi perasaan yang amat indah.
Ini potret dalam siri Princess Atsu itu, yang sentiasa bersikap positif.
*************************************************
Ada seorang anak yatim piatu yang tak punya keluarga dan tak ada yang mencitainya. Pada suatu hari, saat ia sedang berjalan-jalan di padang rumput sambil merasa sangat sedih dan kesepian, ia melihat seekor kupu-kupu kecil terperangkap dalam semak berduri. Semakin kuat kupu-kupu itu berjuang untuk membebaskan diri, semakin dalam duri menusuk tubuhnya yang rapuh. Dengan hati-hati anak yatim piatu itu melepaskan kupu-kupu itu dari perangkapnya.
Kupu-kupu itu tidak terbang, tapi berubah menjadi peri yang cantik.
Anak kecil itu menggosok matanya karena tak percaya.
“Untuk kebaikan hatimu,” peri baik itu berkata pada si anak “Aku akan mengabulkan permintaanmu.”
Si anak kecil berpikir sejenak lalu menjawab, “Aku ingin bahagia!”
Peri itu berkata, “Baiklah,” lalu mencondongkan tubuhnya pada si anak dan berbisih di telinganya.
Lalu peri baik itu menghilang.
Saat anak kecil itu tumbuh dewasa, tak ada orang lain yang sebahagia dirinya. Semua orang menanyakan rahasia kebahagiaannya. Ia hanya tersenyum dan menjawab “Rahsia kebahagiaanku adalah aku mendengarkan nasihat seorang peri baik waktu aku masih kecil.”
Waktu ia sudah tua dan akan menemui ajal, tetangganya berkumpul di kamarnya, takut kalau rahasia kebahagiaannya akan dibawa mati.
“Katakanlah pada kami,” mereka memohon “Katakanlah apa yang dikatakan peri baik itu,”
Wanita tua cantik itu hanya tersenyum dan berkata, “Ia memberitahuku bahwa semua orang, tak peduli mereka tampak semapan apapun, setua atau semuda apapun, sekaya atau semiskin apapun, mereka memerlukanku.”
http://pengharapan.com/rahasia-kebahagiaan.html
Nota Nurindah: Ikhlas, ia membuat bibirku tersenyum tanpa sedar.
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Monday, May 13, 2013
Amin!
Salam sejahtera,
Selamat menyambut Rejab.
Alhamdulillah, hari ini boleh masuk blogger, dah berapa hari susah nak masuk. Klik blogs, bolehla, cuma nak tulis yang masalah. Tapi saya yakin, ada hikmahnya. :)
Kelmarin ke nursery, membeli sedikit tanah hitam dan pokok kecil.
Perkembangan kebun di depan rumah.... pegaga dah makin merebak. Nak trim, maknanya kena amalkan resipi awet muda setiap hari- pegaga. Dah tanya hubby, dia kata boleh je makan pegaga kerap-kerap. hahaha.
Dah tabur cili merah, biji cili kerinting, cili padi, semuanya dah jadi anak. Antara nak bertahan atau tak saja. Beberapa pokok masih bertahan sehinggalah berbunga. Saya berdoa. Agar kami taklah kerap membeli cili padi lagi.
Pokok kesum ( dari batang kesum yg saya beli dari pasar) dah banyak daun, meskipun nampak sedikit merah. Kot kena tambah baja? Saya tanam tepi pagar, dekat-dekat pili air.
Pokok serai (pun saya biak yang dibeli dari pasar), dah merimbun.... biarpun ada belalang mengacau, dan daunnya sedikit merah, masih bertahan. Saya trim, ia merimbun lagi, saya trim, merimbun lagi. :))
Agaknya, tangan saya takdelah panas sangat kan? Man jadda wajada.
Saya pernah putus asa dan bersedih gara-gara pokok cili kerinting saya sebanyak 5-6 pokok, akarnya mati selepas berbuahkan berbakul kecil buah cili.
Ya, teacher, saya balik kampung... mengundi. hehehe.
Saja nak merasa, sejak umur 21 tahun, ini first time saya mengundi. Kat Terengganu? Meriah suasananya. Betul macam pilihan-Raya. Banner penuh, ada pondok penyokong dan pembangkang sepanjang jalan kampung. Ada tukang jaga sepanjang malam, ada makan-makan.
Tak nampak penyokong dan pembangkang berbalah. Masing-masing tahu mengambil tempat. Mereka tahu mengelakkan perbalahan.
Saya? Ah, malas nak ambil gambar. Sepanjang 2 hari pertama balik kampung..Hubby balik bersama. Ke sana sini, dgn Hubby sekali, termasuk mengambil angin di waktu malam. Tapi penatlah nak ambil gambar. Lepas Hubby balik ke sini, saya dok rumah parents saya jer diam-diam.
Hari mengundi? Haha. Sedikitpun tak ingat nak bawa handset.
Satu pengalaman baru bagi saya.
Kemenangan pihak tertentu? Ia tak membawa erti kepada saya, sebab saya tak tinggal di situ. Tetapi kepada Ma dan adik-adik, mestilah saya berharap mereka akan dilindungi. Sebab orang kampung sendiri, mempunyai kelompok mereka sendiri, macam kabilah-kabilah.... . Kenyataan, itulah adat dunia, yang moga satu hari.... akan terbuka untuk berubah.
Tulus, saya cuma berharap my family baik-baik saja bersama kalangan orang kampung.
Sepanjang 2 minggu ini, saya berasa lebih segar.
Mungkin benarlah kata penjual pokok bunga di nursery tu, jika letak pokok di tepi tv, ia boleh menyerap 'aura' dari tv.
Agak-agak berinternet pun.... ada aura jugak ke, yang menyebabkan keletihan?
Hubby asyik dgn mobile internet sepanjang masa, dan saya pula melihat pc besar ni ? Berehat 2 minggu dari melihat PC, memberi kesegaran yg luarbiasa. Hum.
Apapun, selamat mengqada puasa, hehe.. dan selamat menjalani Rejab, moga selamat melanjutkan ke Syaaban sehinggalah menjelangnya Ramadhan. Moga kita dipanjangkan usia. Amin!

Subscribe to:
Posts (Atom)
Kategori Post
acar
(2)
adik2
(2)
adunan 3 in 1
(4)
ais
(1)
Aktivitiku
(4)
Anniversary
(3)
apam
(5)
award
(18)
ayam
(44)
belacan
(1)
belajar
(1)
Besut
(1)
bihun
(12)
Birthday
(2)
biskut
(15)
Bisnesku
(3)
bounty bars
(1)
Brownies
(5)
buah kabung
(1)
budu
(2)
Buku
(3)
Bulan Asyura
(1)
Bunga
(1)
burger
(2)
capsicum
(1)
Cekodok
(3)
Cendawan
(12)
cendawan butang
(1)
cendawan enoki
(2)
cendol
(1)
cili padi
(1)
coklat masakan
(1)
Computer
(3)
Cucur
(12)
Curhati
(17)
dadih
(3)
daging
(12)
dessert
(20)
Doa
(2)
Doa Awal Tahun
(1)
Donut
(3)
Durian
(1)
End Year
(1)
fishball
(1)
Foto
(6)
Foto makanan
(6)
Gadgetku
(4)
Gift
(1)
Hikmah
(1)
Ibadah
(1)
icecream
(1)
ikan
(7)
ikan bawal
(1)
ikan bilis
(2)
ikan cencaru
(10)
Ikan Keli
(5)
ikan kembung
(4)
ikan kerisi
(3)
ikan kukus/stim
(2)
Ikan masin
(8)
ikan pari
(1)
ikan patin
(3)
ikan selar
(1)
ikan siakap
(3)
ikan tongkol/aye/ kayu
(3)
info
(8)
info berguna
(1)
inti
(2)
inti kelapa manis
(1)
inti kelapa savouri
(1)
inti popiah
(1)
inti sardin
(1)
isi ayam/daging
(9)
Jagung
(2)
Jalan-jalan
(12)
kacang
(3)
kad
(1)
kad raya 09
(3)
keju
(4)
Kek coklat
(4)
Kek Mentega
(3)
kelas masak
(1)
Keluarga
(8)
Kenduri
(2)
kentang
(9)
kepak ayam
(1)
kepak/ayam
(1)
kerabu
(2)
kerang
(5)
kerepek
(1)
ketam
(6)
ketupat
(1)
kisah kami
(1)
kitab
(2)
kueteow
(5)
kuih
(31)
Kuih Bakar
(3)
kurma
(1)
labu
(3)
laksa
(1)
Lala
(4)
Lempeng
(2)
madu
(2)
Makan-makan
(6)
maulidurrasul
(3)
mayonis
(1)
mee
(18)
mee cintan n-fried
(3)
mee sanggul
(1)
mee suah
(1)
Menjahit
(1)
menu
(84)
MIL
(14)
minuman
(12)
mixed vege
(1)
muffin
(10)
Mutiara Hati
(9)
mutiara rumahtangga
(1)
nasi
(30)
Nasi Goreng
(18)
nasi lemak
(2)
New Year
(1)
nota hati
(4)
nota rumahtangga
(5)
Novelku
(5)
Oat
(2)
oren
(1)
pancake
(4)
paru/hati
(2)
pasar malam
(1)
Pasta
(6)
petai
(2)
picnic
(1)
Pie
(1)
pisang
(16)
pisang abu
(1)
Pizza
(2)
popiah
(5)
price list
(1)
Puding
(17)
Puff pastry kawan
(2)
pulut
(4)
Ramadhan 09
(16)
ramadhan 2010
(11)
ramadhan 2011
(21)
ramadhan 2012
(31)
Raya 2011
(5)
raya Aidilfitri 09
(3)
raya haji 09
(4)
resipi jawa
(1)
resipi kltn/trg
(2)
rojak
(1)
roti
(27)
roti paratha
(3)
roti pizza
(1)
Rumahku
(2)
sajer
(2)
Sakit
(2)
salad
(2)
sambal
(21)
Sandwich
(3)
sarapan
(1)
satay
(1)
sate
(1)
sayur bayam
(1)
sayur bendi
(2)
sayur brokoli
(4)
sayur kacang buncis
(1)
sayur kacang panjang
(3)
sayur kailan
(3)
sayur kangkung
(8)
sayur kcg botol
(2)
sayur kcg buncis
(4)
sayur kobis
(6)
sayur kucai
(1)
sayur peria
(1)
sayur pucuk manis
(1)
sayur pucuk paku
(1)
sayur sawi
(1)
sayur siew pak choy
(4)
sayur taugeh
(4)
sayur terung
(8)
sayur timun
(1)
snack
(14)
sos
(1)
Sosej
(3)
sotong
(14)
soya
(1)
spagetti
(2)
suhun
(2)
sup
(17)
sup ayam
(3)
sup sayur
(2)
susu segar
(1)
Syawal
(1)
syawal 2010
(1)
syeikh nuruddin
(2)
takziah
(1)
taucu
(2)
tauhu
(12)
Teh
(1)
telur
(21)
teman2
(3)
tempe
(4)
Tips Bajet (budget tips)
(2)
Tips baking
(3)
tomato
(1)
Tomyam
(3)
tulang
(2)
ubi
(4)
udang
(23)
ulam
(4)
video
(10)
wantan
(3)
western
(1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.
Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.
Glory be to Allah[God]:
────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────
All Praise be to Allah[God]:
────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝
there is no god but Allah[God]:
────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝
Allah[God] is the greatest:
─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────