Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Monday, January 7, 2013

Biar sama-sama..


Salam buat teman yang dikasihi Allah,
Salam keindahan petang...

Saya tidaklah selalu berada di luar rumah diwaktu petang gini... buat apalah menjenguk-jenguk jiran yang keluar masuk di kawasan porch mereka. Saya malu jika terbuat begitu. Seringkali, anak-anak yang sudah bersekolah tidaklah pandai hendak menjawab teguran makcik (sayalah..:). Jika ditegur, mereka  buat tak tahu saja.... Samalah apabila saya menegur mereka kenapalah kucing dibaling batu?
Jika anak kecil pula, mereka amat pemalu bila ditegur, terus lari agaknya.. :)


Saling Melengkapi.
Saya sering berasa tidak sempurna. kerana manusia sering dihambat dengan 'peranan' yang pelbagai. Ada yang bertabur di tengah jalan, ada yang kita hanya mampu buat separuh-separuh, ada yang kita perlukan pertolongan oranglain. Peranan wanita tidak menjadi sempurna apabila tiada yang melengkapi, iaitu 'pasangannya sendiri'. Jika kita  terjatuh di tengah jalan lalu terseliuh, mampukah kita mengheret kaki berjalan sendiri?  Pasti tidak, kecuali kita benar-benar berhati gagah. Pasangan ialah seorang yang melengkapi, lalu menumpangkan tangannya supaya kita boleh berdiri dengan baik, lalu berjalan bersamanya..
Itulah rasa merendah hati di antara satu dengan yang lain.



 Some advice. klik new tab.
Sambungannya : Rajin berpuasa,  rajin beribadah,  menjaga hatinya dengan taqwa apabila keluar bekerja, dsbg.


Pernah ada seorang penulis menulis di majalah, bercerita tentang keutuhan rumahtangga mak sedaranya yang sangat berusia. Pesan mak sedaranya itu.... kehendak suami ialah no 1.  Jika ada satu peselisihan pendapat, maka mak sedaranya itu akan mengikut pendapat suaminya. Jika ada ada fokus atau impian suaminya utk rumahtangga, dia akan menyokong usaha suaminya.
Jika berselisih faham sekalipun, mak sedaranya akan terlebih dahulu meminta maaf dari suaminya. Dia amat merendah hati sekali di hadapan suaminya.

Kita? wanita zaman ini yang terdedah dengan suasana yang liberal-mempunyai kuasa duit- yakin diri- suka cabaran...mahu tunduk pada seseorang?


Seringkali, saya berasa diri ini membuat keputusan ttg sesuatu, lalu si suami berasa kami harus membuat yang sebaliknya,  saya tetap mengikut  (walau dengan hati yg ragu ;) .  Saya tidak tahu kenapa...  Tetapi saya berasa keputusan yang dibuat bersama-sama itu lebih 'nikmat' berbanding apa yang saya putuskan bersendirian, lebih selamat barangkali .  Dan benarlah, apa yang diputuskan oleh suami itu nyata lebih baik dari pandangan saya. Saya berasa kekurangan saya dilengkapi.
 Jika hasilnya tidak terlalu baik sekalipun, saya akan cadangkan kami menggunakan cara saya pula.
Oh, tidak perlulah memulangkan paku buah keras. Itu tabiat yang tidak baik yang sering 'ada'  pada seorang wanita.


Tentang peranan saya terhadap kehidupan suami? Tidak perlulah saya bercerita panjang, kerana  saya hanya ingin menyebut kebaikan oranglain.  Kebaikan saya, biarlah suami saja yang tahu. hehe... ;)

Biarlah sama-sama... kerana berdua itu lebih baik. Berjemaah itu lebih kuat. Membuat keputusan sendiri tidak memberi keseimbangan di dalam rumahtangga..






 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Lower your gaze - Tundukkan pandanganmu


Bismillah,
Saya tidak tahu kenapa harus bercerita. Tetapi seringkali pengalaman hidup memberikan saya pelajaran yang bermakna.

Satu ketika, saya amat patuh kepada saranan ini. Menundukkan pandangan. Saya berasa senang untuk mengamalkannya semasa di sekolah menengah kerana persekitarannya begitu. Ustaz mahukan pelajar perempuannya memandang tidak memandang tepat di bahagian mata lelaki. Bahkan ketika itu, mana-mana pelajar lelaki yang sangat menundukkan pandangannya, dlm ertikata pemalu, sangat mencuri perhatian kami kaum wanita.

Namun payahlah jika tidak memandang orang. Bagaimana?
Saya pula amat berani orangnya. Yakin memandang orang sepenuh hati.

Semasa di kolej, saya tidak mampu melakukannya, kerana para pemudanya rajin bersosial. Saya pula kelihatan aneh di kalangan orang. Bukan mudah melakukannya, meskipun untuk mencari esei secara berkumpulan dengan pelajar lelaki.

Satu masa, saya terlibat dengan seorang pemuda yg katanya lulusan univ Mesir, tetapi belajar comp science di situ... kelihatan warak percakapannya. Anehnya, dia ini pun tidak menjaga pandangannya. Sering berkata manis dengan saya, mengambil hati saya, dan bersosial dgn baik dengan rakan wanita yang lain. Teruja? Cinta pertama... mata saya bersinar-sinar... tetapi lama kelamaan semakin pudar kerana terguris dengan sikap sosialnya. Tidak tahu namanya setia.

Kisah itu disudahkan di situ.
Kenapa? Kerana saya menemui jejaka yang lebih baik dari dia. Hati saya dicontrol oleh jejaka itu :) Yang memandang saya cantik manis di saat saya berasa diri ini tidak cantik. Yang hanya melihat saya, sewaktu rapat dengannya. dan mengikat saya dengan ikatan nikah, bukan ikatan janji. Itulah hakikat jejaka yang saya segani. Suami saya..
Tidak kurang kerapnya saya mengingatkan dia untuk menjaga pandangannya dari benda-benda yang tidak kurang cantiknya di luar.... hehe..


Oh... makin lama saya memahami. Menundukkan mata.... bererti menundukkan Hati. Menjaga aurat... bukan saja menutup pakaian... tetapi menundukkan hati dgn pakaian Taqwa.

Saya sering mengingatkan diri ... tundukkan pandangan. Meski bertudung labuh, berpurdah, atau memakai apapun... jagalah jelingan mata. Mata kita sering berkongsi perasaan, terutamanya mata kita, kaum wanita.... dan lelaki yang tidak 'betul', mudah mengambil kesempatan.  Sharing perasaan... biarlah pada orang yang tepat.

Hatta sudah berpunya atau belum, tundukkan hatimu dengan hiasan Taqwa, kerana ia menggambarkan suasana hatimu.... Berjaga-jagalah, pasti boleh!






 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, January 3, 2013

Mengubat hati....dengan syamail, mengingati sejarah perjuangan Nabi kita dan selawat


Salam kasih teman-teman yang diredhai Allah,

Malam tahun baru, kami diberikan tips oleh Syeikh, sekali-sekala cubalah makan dengan bismillah setiap kali suapan. Cubalah bagaimana rasanya..
Jika Azam yang tahun lepas belum tercapai.... janganlah buat Azam baru, sambunglah Azam yang tahun lepas itu.. buat sehingga berjaya!



Selepas menyambut tahun baru...
Hati ini masih terluka dengan beberapa hal. Tetapi terluka kita sekalipun, tidak sekali-kali kita mahu mengeluarkan amarah terhadap oranglain yang tidak bersalah. Kita tahu bagaimana rasanya dimarahi tanpa sebab yang jelas. Berkali-kali rasanya Dada ini sesak dan rasa susah nak bernafas dengan teratur.

Mungkin, kita cuba berhujah dengan orang yang menyalah-nyalahkan itu, supaya dia berpuas hati dengan penjelasan kita, atau agar dia terdiam dan tidak menyakiti lagi. Tetapi dengan itupun, insan masih lagi dikuasai rasa benci, rasa tidak berpuas hati, rasa mahu menang...
Ataupun Syaitan yang menang. kerana syaitan selalu membungakan rasa pertelingkahan sesama saudara atau dalam keluarga.
Sesungguhnya, sekali-kali, jangan memarahi oranglain. Jangan. Jika terasa mahu membalas penganiayaan atau cacian oranglain pun, jangan marah. Ia menimbulkan perasaan benci, hatta dia benar-benar bersalah, tetapi jika dia tidak bersalah sekalipun, itu lebih berbahaya. Menjadikan anak, keluarga, pasangan, orang bawahan atau kawan-kawan sebagai sasaran melampiaskan kemarahan di hati adalah sesuatu yang tidak adil bagi mereka. Manusia biasa kecil atau dewasa tidaklah mempunyai kesabaran yang tinggi. Dia teringat-ingat...


Menjelang 12 Rabiulawwal, kita baiki hati kita dengan syamail (peribadi)... sifat-sifat Rasulullah, ikutan sepanjang zaman. Sudah lama kita lalai...
Baginda dikatakan tidak siuman, tetapi masih ramai yang beriman kepada Allah dan rasulnya... Semuanya kerana peribadinya.
" Jangan dikatakan orang yang yatim atau tiada bapa atau ibu itu tidak diasuh dengan baik, kerana rasulullah berjaya membuktikan baginda anak yatim yang dikasihi...
" Jangan dikatakan pemuda yang miskin tidak mendapat tempat di hati wanita, kerana rasulullah ialah pujaan seluruh wanita berharta dan mempunyai kuasa "


Terima kasih kepada penyumber lirik nasyid dan selawat, zikir :

Nasyid ini rentaknya laju sikit,

Tanggal 12 rabiulawwal,
nabi muhammad anak Abdullah,
membawa rahmat ke seluruh alam, 2x
itulah sebesar kurniaan Allah, 2x

Semasa Muhammad meningkat dewasa
pelbagai kisah contoh tauladan,
nabi iktibar umat semua
untuk diikut di sepanjang zaman

40 tahun genap usia
wahyu Ilahi turun padanya,
diangkat jadi rasul yang mulia
memimpin ummat di alam maya

Nabi Muhammad nabi pilihan
nabi besar kekasih Tuhan
Tiada taraf atau bandingan 2x
Itulah nabi yang akhir zaman 2x

(Nasyid di atas  ini tak tahu judulnya apa. Lagu nasyid masa majlis di kampung. Kenangan jadi solo.. huhu)


Junjungan Mulia

Munsyid : Al Mizan



Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah 
Hari yang mulia penuh syahadah 
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah 
Dua belas rabiul'awal yang cerah 
Dua puluh april tahun gajah 
Lahirlah zuriat dan syahadah

Abdullah nama bapanya 
Siti Aminah ibunya 
Riang gembira menyambutnya 
Lahirnya putra yang utama

Muhammad nama diberi 
Gelaran yang terpuji 
Nikmat Illahi sama disyukuri 
Terima putra yang berbakti

Keadaan yatim anak mulia 
Lahirnya bawa cahaya 
Alam derita jadi gembira 
Terima junjungan mulia

(Sumber: lyrics.my) Thanks!

Rasulullah

Album : Secercah Pewarna
Munsyid : The Zikr

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al Quran

Rasulullah kami ummatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamalsunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kami dicaci dihina
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
Sumber: http://liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/1016/the-zikr-rasulullah.html. Thanks!


Ya Rasulullah
Oleh: Raihan
 

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajah Mu
Kan pasti mengalir air mata ku
Kerna pancaran ketenangan Mu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku kucup tangan Mu
Moga mengalir keberkatan dalam diri ku
Untuk mengikut jejak langkah mu
Reff:
Ya Rasulallah Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajah Mu
Ya Rasulallah Ya Habiballah
Kami rindu pada Mu
Allahumma Shalli ’ala Muhammad
Ya Rabbi Shalli ‘alaihi Wassalim   __2x
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku dakap diri Mu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu
Reff:
Ya Rasulallah Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajah Mu
Ya Rasulallah Ya Habiballah
Kami rindu pada Mu
Ku tahu cinta Mu kepada ummat
Ummati..ummati..
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa’at kan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat ku tatap wajah Mu
Kan pasti mengalir air mata ku
Kerna pancaran ketenangan Mu
Reff:
Ya Rasulallah Ya Habiballah
Tak pernah ku tatap wajah Mu
Ya Rasulallah Ya Habiballah
Kami rindu pada Mu
Ya Rasulallah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai ummat Mu
Ya Rasulallah Ya Habiballah
Duniakanlah syafa’at Mu
Allahumma Shalli ’ala Muhammad
Ya Rabbi Shalli ‘alaihi Wassalim   __4x
Sumber: http://jurnalgizishahira.wordpress.com/2012/02/03/milad-muhammad-rasulullah/#more-115. Thanks!



Selawat cara kita sejak dahulu.... lebih-lebih lagi kenangan semasa bersekolah. Tiada yang lebih indah untuk diingati kecuali zaman persekolahan yang hanya belajar.. belajar saja kerjanya.  :)

Sumber selawat: http://noraini-suhaida.blogspot.com/2011/02/maulud-nabi-cara-saya.html. Terima kasih!



Berzikirlah, tenangkan hati, insan itu amat lemah, mempunyai had kemampuan. Tetapi Allah Maha Berkuasa, mampu mengubah keadaan, memberi pengadilan kepada kita:
Lirik zikir : Hasbi Rabbi - Hafiz Hamidun

Hasbi Rabbi Jallallah
Cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung
My Lord is enough for me Glory be to Allah, 

Mafi Qalbi Ghairullah
Tiada di dalam hati ku kecuali Allah,
there is nothing in my heart except Allah 

Nur Muhammad Sallallah
Cahaya Muhammad selamat atas NYA
The light of Muhammad shines upon us,

Laillahhaillallah 
tiada Tuhan selain Allah..
there is no God except Allah


 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers