Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Wednesday, January 23, 2013

Mesrakan hati, Link video malam cinta rasul, dan sambutan maulidurrasul.


Salam kasih,
Salam 11 Rabiulawwal...Moga teman-teman dalam keadaan sihat dan bahagia.
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم


Banyak sebenarnya masalah yang melanda. Menebuk-nebuk perasaan. Tetapi saya harus ada benteng diri.  Perasaan ikhlas itu harus disemat rapat dalam hati, bukan sekadar mengucapkan. Begitu juga perasaan dalam berkasih-sayang.  Lillahitaala semata-mata.

Selepas beberapa bulan pindah, internet masih begini, tersedut-sedut. Macam manalah suami tak risau, P1 ni asyik nak kena topup saja.  Saya nak buka banyak tab pun takut, takut terguna kuota internet. Setiap kali buka blog oranglain, satu page pun payah nak keluar semua... Tetapi saya tak risau, sebab blog ini bukan side income.  Saya minta maaflah jika tidak menegur teman-teman blogger.  Bila BW dan sempat  melihat tulisan pun, Alhamdulillah. :)

Takpelah, ini ujian. Saya pun boleh berinternet sebab suami banyak membuat urusannya secara online.  Saya pula sentiasa mencari-cari maklumat sambil blogging. Nak manage website pun dah payah sekarang, sebab ia banyak menggunakan HTML secara manual, tidak macam blogger ataupun frontpage.




Ok, kita tukar tajuk.
Esok 12 Rabiulawwal. Hari lahir nabi kita, Muhammad SAW. 
:)
Banyak rancangan tv al hijrah sekarang.  25hb , pukul 10 malam, akan ada tayangan  Qasidah habib Syech as Segaf pada Malam Cinta Rasul, yang sempat kami hadiri sebelum ini.  Masya Allah, sedap sungguh suaranya.  Bila ada tazkirah dari Habib Ali, majis itu seimbang, menjadi majlis tazkirah dan selawat. 


Nak tengok macam mana malam itu?  Ada orang upload kat internet, terima kasih banyak2 kepada maulid nurul mustofa.  Ada " Ya hana na"  juga tau! :D

Malam Cinta Rasul 2013 Stadium Badminton Kuala Lumpur Cheras (Part 1)

Qasidah: Ya Taibah,Qul Ya Adzim,Qad Kafani,Alfa Solallah,Selawat Doa,Assalamualaik,Ya Rasulallah Ya Nabi,Allahumma Solli Ala Muhammad,Ya Sayyidi,Sidnan Nabi,Ya Hanana (mengikut urutan video)
LINK:  http://www.youtube.com/watch?v=5ka0QCwIZwY 


Part2. 
Qasidah: Ahmad Ya Habibi,Ya Habib,Yartah Qalbi,Solatun Bissalam,SubhanAllah,Alhamdulillah,Wala Ilaha IllAllah,Busyro Lana,Ya Imamar Rusli,Ya Hadithi Ruwaida,Allahu Allah,Ya Robba Makkah,Maula Ya Sholli,Pandang Bulan (Jawa),Ya Hanana,Mahallul Qiyam (mengikut urutan video)
LINK: http://www.youtube.com/watch?v=lRSdQIBH7Kw





P/S: Kita banyakkan berselawat. 

If you desire Allah swt to be persistent in granting you the thing you love, be persistent in doing the thing He loves” – Imam Ahmad ibn Hanbal-
Allah menyuruh kita banyakkan berselawat kepada nabi SAW. 



MAJLIS MAULID SEMPENA BULAN KELAHIRAN RASULULLAH SAW.

Di masjid Muaz bin Jabal, jemaah taalim darulmurtadza. klik newtab. http://www.darulmurtadza.com/2013/01/jemputan-ke-majlismaulidakbar-1434h.html


aturcara. Klik newtab.

http://www.darulmurtadza.com/2013/01/senarai-sambutan-maulidul-rasul-1434h.html


اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, January 17, 2013

La tahzan.


Merawat Hati  dengan qasidah.
Mengenangkan rabiulawwal yang bakal menjelang, saya dan suami menyempatkan diri menghadirkan diri ke majlis qasidah malam cinta Rasul oleh Habib Syech assegaf.  Dah lama rasanya tidak menghadiri majlis sprt itu, berselawat, berselawat...
Cuma kali ini bentuknya lain, kerana ada bait syair yang memuiji Allah dan nabi kita. Qasidah ini, macam nasyid juga... kita kan selalu menyanyikan nasyid kerana tujuannya baik, kerohanian dan menginsafkan. Qasidah juga peranannya begitu, cuma dialunkan dalam bahasa Arab. Terasa lebih dekat dengan bahasa al Quran, bahasa nabi kita dan bahasa ahli syurga...


La Tahzan.

Saya telah kehilangan ayahanda beberapa hari yg lalu. Beliau telah kembali ke hadrat Allah, di rumah kakak tiri saya.  Setibanya di kota bharu, kami pergi mencari kereta untuk disewa, lalu pergi mencari  kampung kakak tiri saya, kampung lama abah.  Saya hanya sempat melihat pengebumian...

Itu tidak mengapa, saya sudah bersedia. Siapalah yang tidak mahu melihat bapa di saat terakhir?  Hati saya kelu, tatkala mendengar cerita adik-adik  yang tinggal berdekatan yang sempat melihat abah semasa dikafankan.
Tiada siapa mengerti jeritan hati saya. Saya keletihan berlari ke kampung... sehingga tidak mampu menangis.  Meskipun suami saya mahu mengejar masa kerana mahukan saya melihat abah.... tetapi saya menahan dia.
 " Kita solat dahulu sebelum ke sana ". Saya mahu hati ini tenang.

Selama ini memang abah berharap tinggal di situ.... di kampung lamanya, barangkali sehingga akhir hayatnya.   Saya, mama dan adik-adik  sentiasa mendoakan abah  bahagia walau di mana dia berada...
Saya bahagia jika kakak dan abang tiri saya menjaga dia baik-baik. Selama ini pun, arwah abah memang banyak bergantung dgn kakak abang tiri saya dalam banyak hal. Hendak berulang-alik dari Besut  ke kota bharu memang jauh.


Allah...
Dan sekarang, arwah abah dah kembali ke sisi-Nya, dgn doa dan permohonan keampunan, salam kasih dari anak-anaknya..  Sekarang, saya hanya fikirkan ttg nasib mama dan adik-adik perempuan saya.. Ia terpikul di bahu saya secara automatik untuk mengambil berat keadaan mereka.  Sepanjang masa di kampung pun, saya dan suamilah yang membawa adik-adik perempuan ke sana dan sini, kerana suami masih bercuti 4 hari masa itu.  Jiwa adik-adik perempuan, memang sensitif dan berasa ditinggalkan, masing-masing keletihan emosi...  Lainlah saya, dah ada suami, ada tempat mengadu perasaan.
Kasihan melihat 4 orang adik perempuan yang duduk rapat-rapat, bercerita nasib diri.  Melihat keluarga saya yang tertinggal, saya harus mengawal hati saya.


Baru pagi tadi, saya melihat tv9 tanyalah ustaz tentang La tahzan, Innallaha ma'a Ana ( Jangan bersedih, Allah bersama kita ).
Tidak kiralah apa kesedihan kita, jangan mendengar kata-kata yang mencetuskan emosi. Kita ini lemah, dan cuma insan biasa yang punya had kemampuan. Bertawakkallah kepada Nya.

Sekarang saya di rumah saya, terasa cepatnya masa 4 hari itu berlalu. Hanya yang teringat... , pokok puding di pusara abah. Saya harus banyak bersedekah pahala utk abah, meskipun semasa abah sakit di hospital lagi... setiap kali teringatkan abah,  sedekah masjid, anak yatim dan hatta solat sunat pun, saya hadiahkan pahalanya utk abah. Saya mahu sakit abah terasa kurang, bebannya diringankan.

Saya tahu, di saat terakhir kita, kita hanya berharap keampunan, keampunan, kredhaan dan kasih sayangNya sahaja. Dan Allah memelihara aib kita. Saya mahu mnjadi lorong buat abah ke syurga. Bahkan tidak mahu menjadi penyekatnya. Saya tahu, anak-anak perempuan boleh menjadi lorong ibubapanya ke syurga, ataupun menariknya ke tempat sebaliknya. Saya mahu adik-adik perempuan saya hidup baik-baik, kerana roh Abah memerhatikan kita. 

 

 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, January 10, 2013

wanita dan peperangan


Legend of Xishi

Bismillah.
Saje... nak bercerita. Saya sering mengikut siri ini. Kisah peperangan, dan kaitannya dengan wanita pada zaman maharaja Cina, zaman dinati Wu.

Ia mengingatkan saya dgn zaman belajar tamadun asia. Pelbagai zaman kejatuhan dinasti cina yang saya dengar...

Lagipun, awal2 lagi saya dah selidik lagenda Xishi. Katanya ia tentang wanita cantik yang menyebabkan kejatuhan sebuah negara.
Tidak tahulah sama ada lagenda itu benar, tetapi siri di tv7 ini menarik hati saya. Biarpun diawali dgn kisah maharaja kacak yang suka memiliki gundik-gundik yang cantik. Ia sebenarnya kisah ttg kepintaran seorang wanita bernama Xishi, yang juga sangat baik hati. Xishi sebenarnya berasal dari negara Yue, dan dijadikan ufti oleh negara Yue kepada Wu.

Biarpun sepatutnya ia kisah peperangan. Xishi sepatutnya membantu kerajaan Yue agar membina kembali kerajaan Yue. Tetapi dia telah jatuh cinta kepada suaminya, maharaja Wu. Tetapi akhirnya, kerajaan Wu tetap jatuh ke tangan kerajaan Yue. Xishi tidak boleh menerima suaminya mati, akhirnya dia membunuh diri. Itulah akhir kisahnya tadi..




Wanita dan era peperangan

Beberapa hari yang lalu, hari Ahad, saya mengikut suami menghadiri kuliah Syeikh di bkt sentosa. Belajar tentang Jihad (berperang kerana Allah) , Ghanimah (harta rampasan), Jizyah (cukai kepada non-muslim).  Bab sebelumnya tentang Bughah (pemberontak) yang mana sabit dikatakan pemberontak ataupun masih rakyat awam.

Melihat kisah Xishi, peperangan menakutkan saya. Jihad ialah peperangan melawan musuh. Kami belajar, dalam peperangan, tawanan perang yang terdiri daripada orang-oang yang lemah akan menjadi hamba sahaya. Iaitu wanita, kanak-kanak, orang tua dan tidak upaya. Manakala tawanan lelaki pula akan diserahkan kepada kerajaan yang memenangi. Apabila dijadikan hamba, seluruh hubungan kita dgn oranglain akan terpisah. Begitu hubungan suami dan isteri.

Itu zaman yang menjadikan peperangan sebagai cara hidup mereka. Dan kitab menerangkan hukum dan peraturan yang sabit kepada masalah ini.

Jihad ialah berperang. Hukumnya fardhu kifayah, sekiranya di kampung yang diserang pihak musuh itu telah ada orang-orangnya untuk mempertahankan, maka kita yang merupakan orangluar tidak wajib pergi berjihad sama. Tetapi bagi penduduk di dalamnya iaitu warga kampung itu, hukumnya fardhu Ain untuk mempertahankan kampungnya atas serangan musuh. Ia juga termasuk dengan negeri sekitarnya sekiranya diserang musuh juga.


Sebagai wanita, saya gerun memikirkan peperangan dan pemberontakan yang berlangsung di seluruh dunia...
Tengoklah apa jadi kepada rakyat Rohingya, wanitanya dijadikan apa? Teringat bagaimana Serbia memerangi Bosnia, yang mana ada tayangan slide gambar seorang wanita mengandung yang telah dibelah perutnya oleh serbia... Jika orang yang tidak bertamadun memulakan peperangan, yang terjadi ialah perkara seperti ini! Ya Allah, lindungilah wanita!




Penyejuk hati... Puteri cina Islam. :).  klik new tab untuk saiz besar.
sumber: nayzak




 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers