Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Saturday, March 30, 2013

Mengasihi anak-anak kecil.


"Bukan di kalangan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil dan menghormati orang yang lebih tua. "

Mengasihi anak-anak kecil.
Sebagai antara orang yang pernah menjaga anak kecil, mestilah saya mengasihi anak-anak kecil.
Kita membersihkan dia, memastikan dia selamat dan memujuknya bila dia menangis, risau bila dia sakit... itulah.  Cuma keletihan itu kadang2 membataskan kita mengucapkan dgn kata-kata. Kita terpaksa mengatakan kepada diri, dia anak orang. Yg memberi nafkah ialah ibubapanya.

Sekasih mana pun saya kepada anak-anak jagaan saya sebelum ini, saya tidak membiarkan diri hanyut dek perasaan.
Kadang-kadang, hati menangis bila anak sakit tidak mahu makan ubat. Harus dipaksa, dan dia menangis. Kita memeluknya.
Kadang-kadang, suara tinggi kepada abang-abang sekolah transit yang nakal, tetapi berpaling kepada anak-anak kecil... terus sejuk hati.
Kadang-kadang kita geram kepada ibubapanya yang buat tak endah dengan anak-anak.. susu yang dipesan seminggu tak beli. Akhirnya terpaksa bagi milo (anak yang dah boleh makan).
Pampers habis... dah bagitau pun masih tak endah.
Kita pun tau jika ia tengah bulan... duit tengah tak ada. Jadi ada anak-anak dari awal lagi kami ajar potty learning (ajar ke tandas). Kadang-kadang basah tilam, dan kitalah yang basuh. Terkencing dalam seluar, kita bersihkan dia. Bila mereka tidak lagi bergantung kepada pampers, ibubapanya suka sangat. Alhamdulillah...ia pahala.

Saya teringat seseorang yang saya kenali, yang dia hanya bergantung dgn pampers untuk kebersihan anak-anaknya. Sangat risau itu dan ini... nak ajar anak ke tandas pun 'seriau'. Itu pula bukan anak yg pertama. Kasihan saya melihat mereka membeli pampers setiap kali, berkerut muka. Ya, anak-anak itu amanah...jangan berkira sangat... tetapi kewangan bergantung pada ibubapa. Tak jaga ekonomi, rumahtangga pun tak kukuh.


Alhamdulillah, saya melihat telatah ramai anak yang dari tidak boleh berjalan hingga setahun dan dari pelbagai peringkat umur. Jadi saya yakin dgn perkembangan mereka  yang mampu buat itu dan ini, tidaklah seperti yang kita takutkan sangat-sangat.  Cuma ada setengah ibubapa yang langsung tidak mmberitahu pengasuh bahawa anaknya menghidap penyakit, jadi ada kemungkinan kemampuan mereka terbatas. Contohnya, macam pengalaman saya sms  jadi guru tadika yang melatih anak-anak berpuasa.
Tajam pandangan ibunya terhadap saya bila saya berharap anaknya yg berumur 6 tahun belajar puasa sehari. Sedangkan saya bertanya sendiri kehendak anak itu... masihkah mahu teruskan berpuasa? Anak itu mahu meskipun dia letih sangat.
Tetapi hampir maghrib, ibunya menyuapkan dia air kotak.
Saya kesal, jika dia ada kelemahan atau penyakit, ibunya harus terangkan pada saya. Tidaklah kita mengikut kehendak anak tadika itu dan ibu itu salah faham. Hum.

Macam-macam ragam yang saya kutip, termasuklah masalah ibubapa. Semuanya saya jadikan tauladan, jadikan sempadan.  Cuma pengalaman sendiri yang tak ada. :(
Tak apalah, ia menguji keimanan, saya ingin mndapat yang baik-baik.

Ada perkara, kita tak mampu suarakan di hadapan seseorang. Jauh di lubuk hati.
Bila saya melarang Ma supaya jangan berlembut hati sangat dengan cucu kerana cucu-cucunya sangat lasak (hyperaktif)  , mungkin Ma berasa saya tidak pandai melayan anak-anak.
Bulat  matanya melihat saya.
hahaha....

(Sedih disemat jauh lubuk hati)

Bila saya menegur seeorang supaya tegaskan supaya anak yg sakit itu makan ubat, dia marah katanya budak tak boleh paksa-paksa. Aduhai, teringat parents yang  suka merungut katanya anaknya sampai ke sudah tak mahu makan ubat, berhari-harilah demam, muntah, panas...Bila dipaksa, mahu juga anak itu.  Alhamdulillah, eloklah dia..


Memanjakan. Semua anak suka diperlakukan begitu. Namun sprt yg kita tahu, bila anak-anak dah bertambah... perhatian kasih itu telah berbahagi. Saya sangat suka bila melihat ada kakak seumur 10-12 tahun yang menganggap adik kecilnya seperti anaknya, sangat pengasih dalam segenap perkara. Terasa ringan di bahu ini...
Kerana semua anak-anak dahagakan kasih-sayang, tetapi kita tak mampu nak memberikan sama rata, kan?

Saya teringat ada ibu yang takut-takut bila menjaga cucu, kerana anaknya suka marah-marah.  huhu... kalau tak suka, kenapa hendak dihantar pada orangtua? Karang, ternaik pangkat jadi anak derhaka pula, huhu...

"Bukan di kalangan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil."
Bagaimana pula anak yatim yang dah besar panjang, dah anak dara, meminta derma anak yatim di stesyen minyak, depan bank... pada Hari Persekolahan. Adakah itu dikira anak yatim? Jika dia dari badan NGO, tidak pula dinyatakan. Bagaimana?
Ingatlah- Rasulullah mengasihi anak yatim yang belum mampu berdikari, orang itu akan rapat dengan Rasulullah di akhirat seperti dua jari.
Jadi, bersedekahlah dan cakap baik-baik dengan mereka...




 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, March 26, 2013

Make it easy....

:D macam-macam jenis senyum. spreadsalam


Positive side.
Kadang kala kita tidak menjadi diri sendiri  semata-mata kerana kita berasa diperhatikan, dalam setiap kelakuan. Rasa kekok. Buat camni ada yang menjeling, buat camtu ada yang menegur.
Just ignore.
Kita anggaplah ia Tarbiah kepada diri sendiri.
Mengalah dan bertolak ansur tidak semestinya kita dah kalah. Kita hanya merendah hati.
Semat di hati - Allah menyukai hambanya yang kuat dan percaya diri, bukan mnjadi hamba kepada prinsip oranglain.


Bila masalah itu datang...
haha. Ada menonton Islam TKI tvalhijrah?
Dalam  ketawa, terasa, menangis,  dgn kisah mereka .
Satu saat, pak tua yang sering menegur itu berkata:
"Biarlah orang itu menghinamu,
 terimalah dgn hati yang lapang, dan doakan dia.
Agar hatimu kuat dan belajar untuk menerima semua keadaan.
( kerana masalahmu di dunia bukan hanya satu ).
masalah yang datang itu, hanya Cubaan untuk Iman."

.........
Samalah bila pak tua itu berkata, " Jangan kau menyirikkan Allah dgn pekerjaanmu. Hanya kerana bekerja, kau tertinggal solatmu."
"Jika tak tahu, belajar. Jangan Islammu hanya pada kad pengenalan".
Nasihat yang baik,yang memantapkan iman... dengarlah, hayatilah.


Percaya tak, bila kita memuji seseorang yang kita sayang, "Hensem",  "baik", "caring"  sedangkan dia tidaklah seperti itu 100%,  kita akan mendapat  hasil yang menakjubkan? ^__^
Anak yang tidak pandai, akan yakin diri utk mnjadi pandai.
Suami yg kurang berhias, lebih bergaya kerana dipuji.
Isteri yang kurang pandai , semakin pandai mengurus rumahtangga kerana suami sering memuji.
Bila seorang peniaga memuji saya "soft spoken" dan lembut,  saya berasa segan sebab saya bukanlah 100% seperti yang dikatakan.  Mereka sangat baik sehingga memuji sprt itu. (Oh, pls don't judge me) Saya sangat malu, kenapalah saya bukan sprt yang mereka katakan. Saya sangat malu tapi seronok. Tanpa sedar, mereka membuat saya berazam untuk bersikap lebih baik dan menjadi wanita yg lebih baik.
:)


Jangan fikirkan sangat.
Ada masa, muka kita menjadi muka tempat orang meluahkan perasaan. Kita ada sifat empathy yang kuat terhadap oranglain. Kita mahu mendengar. Tetapi ada masa empathy itu berlebihan sehingga terbawa-bawa dalam hidup kita. Kita terlalu memikirkan soal dia. 
Just, make it easy.
Menangis bersama, suka bersama. Tetapi haruslah adil dalam 'melihat' sesuatu.
Lihatlah dengan mata hati, bukan mengikut-ikut orang.
Kisah hidup manusia tidak tamat di situ... kerana kejadian dari Allah itu perkara ghaib.
Buruk atau baiknya sesuatu yang ditentukan/diberikan  Allah adalah perkara yang ghaib. Kita tak tahu adakah yang diberikan Allah benar2 baik utk kita, atau yang tidak diberi itu adalah lebih baik?


Make it easy,
Kita penat melalui suatu keadaan. dan cuba melakukan semua perkara sehingga kita terganggu.
Kita mengejar masa, sehingga kita berasa orang lain tidak secepat kita.
Kita mahu berada di depan, sehingga tinggalkan orang di belakang. Tidak mahu tahu keadaan sekeliling macam mana.
Man La Yarham, La Yurham.  (Siapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi).
Berhentilah rehat 10 minit. Lihat apa yang perlu dibantu sekeliling kita.
Kemudian teruskanlah apa yang kita nak buat, dan rasailah jiwa kita lebih bertenaga berbanding sebelumnya  :)

Make it easy.
Senyumlah.
Senyum itu menghubungkan perhubungan dan mengundang rezeki utk memudahkan penghidupan kita.

Saya doakan agar semua teman2 dan visitor sentiasa sihat dan bahagia selalu..




 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Buat saudariku: Bila harus memilih salah seorang...


Bila harus memilih salah seorang.

Once,
saya melihat seorang anak yang terpaksa memilih antara Ibu atau ayahnya yang telah bercerai.
Dia tidak tahu hendak berpihak kepada yang mana... dia ingin lari dari situasi itu, dia tak mahu memilih. Dia ingin menangis, tetapi air mata tidak keluar.

Semua saudara lelaki menyokong ayahnya, dan langsung mahu membuang si ibu. Antara sakit hati dan menyatakan siapa yang betul atau salah katanya...
dari suasana mencari kebenaran... kepada suasana kebencian dan pihak ketiga bertepuk tangan.

.....

Anak itu meredakan hatinya. Menutup mata dan melihat dengan mata hatinya...
Mengapa tiada soal jawab, tiada soal selidik dibuat? Hanya pertuduhan yang didengarkan . Hanya talak yang jatuh dikhabarkan.
Anak itu akhirnya memilih berpihak pada Si Ibu.

Di waktu itu, adakah PERLU untuk mengadil siapa yang betul atau salah? Antara ayah atau ibu, yang membela kita sejak dilahirkan?

Saya melihat kekeliruan anak itu dari jauh.
Saya sentuh naluri cinta jiwa wanitanya. Dia berasa bodoh sepanjang waktu kerana mudah mempercayai raut baik seseorang. Berasa para walinya tidak berlaku adil terhadap ibu yang melahirkan dia.

Saudariku,
Kita tak tahu hati manusia.
Dalamnya ada hasad, menunggu masa menangguk di air yang keruh.
Dalamnya ada kebencian, mencari titik kesalahan untuk dibesarkan.
Dalamnya ada syaitan Dasim yang hendak meruntuhkan keluarga.

Bukan salahmu saudari...
Kebodohan itu hanyalah kerana sangka baikmu kerana Allah.
Ignore perkataan mereka yang mahu memecah belahkan keluargamu.
Mencacat celakan keturunanmu.
Allah sentiasa ada....

Saudariku.... kejadian dari Allah itu perkara yang ghaib.  Hati juga perkara yang ghaib. Biarlah HATI mereka cacat, jangan kau cacatkan hatimu yang bersih kerana terpalit kotoran hati mereka.



 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

Aktivitiku (4) Anniversary (3) Besut (1) Birthday (2) Bisnesku (3) Brownies (5) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) Cekodok (3) Cendawan (12) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) Ikan Keli (5) Ikan masin (8) Jagung (2) Jalan-jalan (12) Kek Mentega (3) Kek coklat (4) Keluarga (8) Kenduri (2) Kuih Bakar (3) Lala (4) Lempeng (2) MIL (14) Makan-makan (6) Menjahit (1) Mutiara Hati (9) Nasi Goreng (18) New Year (1) Novelku (5) Oat (2) Pasta (6) Pie (1) Pizza (2) Puding (17) Puff pastry kawan (2) Ramadhan 09 (16) Raya 2011 (5) Rumahku (2) Sakit (2) Sandwich (3) Sosej (3) Syawal (1) Teh (1) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) Tomyam (3) acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) bihun (12) biskut (15) bounty bars (1) buah kabung (1) budu (2) burger (2) capsicum (1) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) dadih (3) daging (12) dessert (20) fishball (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) kelas masak (1) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) kurma (1) labu (3) laksa (1) madu (2) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) menu (84) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) nasi lemak (2) nota hati (4) nota rumahtangga (5) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) petai (2) picnic (1) pisang (16) pisang abu (1) popiah (5) price list (1) pulut (4) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) sajer (2) salad (2) sambal (21) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) telur (21) teman2 (3) tempe (4) tomato (1) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers