Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Wednesday, June 30, 2010

Homemade Bounty Bars

Salam sejahtera, selamat petang. Sejujurnya, saya tak tak pernah tengok or rasa bounty bars ni. Jakun..kun.. sungguh saya ... hihi. Sebab kelapa kering ada, maka saya pun mencuba buat sikit. Saya buat coating chocolate penuh, sebab suka rasa choc lebih. Rasa dia... jangan tanya saya, sebab first time rasa... :D. Ada jg balance yang bercampur baur dalam chocolate.yang ni takde gambar, tapi saya prefer yg bercampur baur ngan coklat tu. Sebab dah tak rasa kelapa parut. hihih... anyway, ia akan jadi kudap-kudapan kami bila tengok movie nanti :D

HOMEMADE BOUNTY BARS - Sumber Deliah. Thanks a lot Deliah. Saya copy kat sini ya :)

200ml heavy cream or you may just opt for sweetened condensed milk
8 tablespoon sugar (reduce sugar if you use sweetened condensed milk)
3 tablespoon margarine
1 teaspoon vanilla extract
100 gm dessicated coconut
semi-sweet chocolate for topping - melted

Put heavy cream, sugar and margarine in a pot. Heat everything until boil. Remove from heat and stir in coconut and vanilla extract. Pour in the coconut mixture in a lined baking pan and refrigerate overnight. The next day, cover the coconut with melted chocolate and let it cool until the chocolate is totally set in the fridge. Cut into rectangle and serve.

Terung Berlado


Khas Untuk faheem : NAK HADIAH TAK??: Myfaheem.com ada SUPRISE sempena HARI BAPA. Muah dari auntie. :D

Salam sejahtera. Er.. tiba2 saya join contest pulak. dah buang tebiat agaknya. hihi. takpo.., asalkan takde tag or kena buat post khas. :D. Terung berlado ni hasil mengintai rumah kak Syurie. Actually, otak tgah block nak buat apa ngan terung. jadi, sambal2 gini bakal menyambut selera. hihi. Alhamdulillah... :D.

TERUNG BERLADO -Sumber kak Syurie. Terima kasih kak. Mohon halalkan resipi ya :).

BAHAN-BAHANNYA

* 3 biji terung - nurindah: saya potong panjang2
* 5 biji cili merah - nurindah: saya ganti cili kering
* 5 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 biji tomato (yang ni, saya tak kisar, bubuh tomato comel2 tu jer)
* Garam & Gula secukupnya
* 2 helai daun salam - nurindah: saya tak bubuh
* 1 cm lengkuas - nurindah: saya tumbuk halus
* Nurindah: saya tambah halia - nurindah: saya tumbuk halus
* 2 sudu besar ikan bilis halus - digoreng


PENYEDIAANNYA

1. Potong terung ikut suka dan goreng sehingga masak.Angkat dan toskan.
2. Kisar kasar cili merah, bawang merah, bawang putih dan tomato.
3. Panaskan minyak dan masukkan bahan (2), tambah daun salam dan lengkuas.
4. Tumis sehingga agak-agak garing kemudian baru masukkan terung.Kacau sebati.
5. Taburkan bilis goreng diatasnya, kacau rata....Jika bilisnya dah cukup memberi rasa masin, abaikan garam.Tapi jika perlu, boleh tambah sedikit garam dan gula.
6. Sedia di hidang...


Ikan cencaru bakar dan sambal kicap cili potong

Jangan tak caya, hihi. Dalam gelak2 baca entry noorsha kelmarin, saya terpikat. Maka terjadilah cencaru bakar ngan sambal kicap ni. Kelmarin jenuh fikir, nak buat air asam, tapi asam jawa dah abis. teringat cara noorsha ni. Terus je buat :D. Saya bakar ikan cencaru tu kosong2 jer dalam oven. Rasa ikan, manis yang amat, ada pencicah lak tu.. Rantah2 yang syok :D.

Bahan2 Untuk Sambal Kicap Cili Potong -sumber Noorsha.Thanks a lot Noorsha, saya copy kat sini pulak.:D

1/2 biji bawang besar -hiris
5 biji cili api @ 1 biji lada merah -hiris
jus dari 1 biji limau kasturi
1/2 cawan kicap lemak manis

Cara2
satukan semua bahan diatas.siap dihidang bersama cencaru grill tadi...:)

Sosej Bertaucu

Salam sejahtera. Sosej ni? Hasil time tengah kering idea. hihi.. Habis My Hubby makan. :D

SOSEJ BERTAUCU
3 batang Sosej - dipotong serong, dan dicelur.
1 1/2 sdb taucu (ikut rasa masing2)
1 ulas Bawang putih - dihiris
1/3 biji Bawang besar -dihiris
Air secukupnya untuk kuah
Cili padi - jika mahu

CARA:
1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan sosej, taucu,cili dan air. Biar hingga mendidih.
3. Angkat dan hidangkan.

Tuesday, June 29, 2010

Muffin Blueberry


Salam sejahtera. Projek petang kelmarin. Muffin blueberry. Terpikat ngan filling yang cair kat blog kak izah. Saya pilih resipi chef Noraini. Muffin ni, lain skit, sebab menggunakan tepung superfine/ tepung kek. mula2 saya tak tau ia bahan yang sama, setelah survey internet, baru saya tahu, tepung2 ni sama. Hasil menggunakan tepung ni, tekstur tersangat moist, gebu seakan kek sifon. Tak terbelah dan gedabak macam muffin biasa. Satu kelainan. Diletak filling blueberry lagi. Fuh... cair hati saya. Cuma.. bole dikurangkan gulanya, bg yang suka rasa kurang manis. Bole cuba bagi yang ingin kelainan. :D


MUFFIN BLUEBERRY - sumber Chef Noraini, copy dr blog kak izahdaut. Terima kasih kerana sudi berkongsi resipi. Mohon halalkan :)

Nota kak Izah: Kak Ummi, saya copy resepi ni ye. Terima kasih kepada yang sudi share resepi ni. Allah jua membalas orang-orang yang ikhlas itu.

Bahan-bahannya:

125 gm butter (suhu bilik)
150 gm gula castor
2 biji telur
250 gm tepung kek / tepung gandum (Nurindah: tepung kek)
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
70 gm susu segar UHT
inti blueberry secukupnya (dalam 1/2 cawan)
1 sudu teh essence vanilla

Cara-caranya: Panaskan oven pada suhu 180 C. Pukul mentega dengan gula sehingga putih dan ringan. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan essence vanilla dan pukul rata. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan garam berselang seli dengan susu segar ke dalam adunan butter. Sudukan separuh adunan ke dalam muffin cup dan letakkan inti blueberry dan sudukan lagi adunan meutup inti. Bakar adunan selama 18-20 minit.




Terlerai rindu... :D

Salam sejahtera. Er... saya tak demam. Saya cuma demam durian jer. Semalam dah terlerai rindu. My Hubby belikan durian 4 biji! kami nak pulun 2 orang... kah2.... tamak sungguh! oh, tidakla. nanti nak buat bubur kacang ker, bagi kat jiran2. My hubby belikan 1 biji durian isi kuning tu, dan 3 biji lg yang biasa. Durian kuning tu dah bukak malam tadi... Oh.... saya geram... bijinya kecit jer, tapi isi gedabak! Rega... 3 kali ganda dr durian yg isi putih2 tu. huhu, terkejut saya. My hubby cakap, takpe.. skali2 beli yang 3 kali ganda sedap, makan puas2... Er... saya rasa bersalah.... sebab masa teruk nangis aritu, saya sebut2 nama durian, ape kena tah. Love you sayang.. sob.. sob... syahdu ni, sambil pulun durian.


Hawaian Pizza saya? Tutup mata dulu... :D


Salam sejahtera, selamat pagi. Dinner malam tadi, tak makan nasi. Saya buat pizza ni. Saya kalu bab pizza, memang tak confident, sbb takde bekas pembakar yang leper. Tapi, disebabkan ada balance cendawan butang yang dah dibuka, jua bahan2 lain ada, saya gagahkan hati. :) Mula2 uli ngan tangan, dah tak larat, uli ngan stand mixer plak. kata sorang sifu, sampai doh tu licin, lembut dan test, ambil skit, tarik. Jika tak koyak, dah bole uli buat roti , pizza or sewaktu dengannya. Dah, saya puas ati ngan kelembutannya... berpandukan eksperimen roti sosej dan pau aritu. :D

Ada kejadian tak diingini berlaku pulak. Doh saya tak naik... 3/4 dari doh yang saya tinggalkan dalam bekas mixer pun tak naik-naik... mengeluh saya. Rupanya, YIS segera yang dalam botol dah takde gas. Aritu guna skit, pastu tutup balik. Patutlah masa tuang air suam pada yis, tak keluar buih2... saya dah agak ada benda tak kena. saya lupa, cara nak tentukan yis masih elok ker tak, test dulu ngan air. kalu ada gas, dia kuar buih2. Kak inaKL juga ada nyatakan pasal yis ni kat resipi roti nan.

Apa lagi? Jadilah pizza saya yang kejung, sbb menggunakan yis yang dah takde gas. Saya syorkan sangat2 beli yang paket 11gm tu, kedap udara, takyah beli botol lagi kalau nak guna skit.kalu buat meniaga lainla, sbb buat roti hari2... :D Topping saya bubuh ikut suka, sebab nenas pun takde. Er... masih nama hawaian pizza ker? hihi. Enak dimakan ngan air teh. Oh, pizza saya,.... tutup mata jerla makan. hahahaha...

HAWAIAN PIZZA - sumber blog kak Azlina. Terima kasih buat empunya resipi dan kak Azlina. Mohon halalkan resipi, ya kak. :)

Bahan2nya
500 g tepung gandum high protein
1 paket yis segera ( 11 g )
50 g majerin
1 sudu makan shortening
2 sudu makan gula pasir
2 sudu makan susu pekat
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
200 ml air suam
Serbuk oregano utk tabur atas pizza )
Sos pizza - nak bubuh sos cili biasa pun ok je )
Nenas dipotong2 ) topping pizza
Cili benggala dipotong2 kecil )
Bawang besar dihiris2 )
Keju mozzarella di sagat )
Tambahan Nurindah: cendawan butang hiris, udang siap kopek, sosej ayam hiris.

Cara2nya
Tuang air suam dan masukkan yis, gula, susu dan shortening. Kacau2 sikit
Biar sebentar hingga yis berbuih2.
Masukkan separuh tepung gandum ke dalam adunan. Gaulkan.
Masukkan telur yang dipukul dan garam. Sebatikan dengan adunan tadi.
Masukkan baki tepung dan uli sehingga dohnya tak melekat di bekas.
Rehatkan 5 - 10 minit. Semasa proses ini sekiranya masih lembik boleh masuk tepung sikit.
NURINDAH (UPDATED): Perap doh selama satu jam. Lepas tu, tumbuk2, baru bentukkan.

NOTA KAK AZLINA: Buat la apa yang anda inginkan dengan tepung tu, pizza boleh, donut pun boleh, ikut la kreativiti masing2 ya. Akak pernah buat ban bilis, memang sedap walaupun simpan kat tempat frozen.
Lembut dan gebu...




Monday, June 28, 2010

Ketam masak merah, bihun goreng cendawan


Salam sejahtera. Alhamdulillah, saya kembali ke dapur. Terlebih dahulu, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih buat teman2 yang sudi bertanya khabar dan memberi nasihat jua teguran. Di masa hati saya gundah bbrp hari ini. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Ketam masak merah ni saya masak malam tadi. Tetapi, my hubby dah tertidur. Dia selsema. Agak letih. Jadi, menu malam tadi telah menjadi sarapan kami pagi ni. Actually, saya masa makan dok pot pet jugak. Maklum, my hubby pernah bengkak mulutnya makan ketam bakar. tapi bila saya masak mcm masak lemak, ok jer. kata orang, jangan dihisap2 kulit ketam tu. tapi, dek kerana manis, makan nasi bertambah2 sambil hisap kulit ketam. :D. Katanya, akan makan vit C, elok untuk elakkan alergic. tak taulah saya, tapi kalu mulutnya muncung time meeting nanti.... haru jugak tu...mintak2 janganla...

Ketam ni , masak macam biasa. 4 sdb cili kisar+ bawang besar +bawang putih,tumis. Pastu, masuk sos cili, sos tomato, dan sos tiram, halia dihiris halus. Tambah garam dan air. Tutup kuali ngan penutup periuk supaya masak sekata. Balik-balikkan. Bihun goreng cendawan pula, breakfast kelmarin. Guna perencah segera jer, tambah telur dan cendawan butan yang dihiris nipis. masa ni, takde sawi. Yum... segar, elok buat time malas2.. hahaha.

Sajer saya ingin ceritakan pasal kelmarin. Kelmarin,Setelah sepanjang petang, saya pasang ayat2 Ruqyah secara MP3 di lappy, malam tadi saya menangis teruk. Mgkin juga sbb perubahan hormon (penyakit perempuan). Pagi ini, saya segar dan seakan terlupa apa yang saya rasai bbrp hari ini. Mungkin selama ini, kita just tau, bbrp ayat di dalam al-Quran banyak khasiatnya dalam rawatan penyakit. Tetapi, bila kita sendiri rasa, barulah benar2 percaya. :) Saya ada letak link untuk download MP3, dan buku panduan pdf kat entry ayat Ruqyah tu. Jadi, sebagai permulaan mungkin saya tidak blogwalking banyak2, tapi cukupla sekadar menjenguk, ya?

Sunday, June 27, 2010

Al-Mathurat dan ayat-ayat Ruqyah

Salam sejahtera, salam tengahari,

Seingat saya, saya paling suka amalkan al-Mathurat di masa asrama di sekolah menengah dulu. Maklum, jauh dari ibubapa, masalah ditanggung sendiri.. menjadikan ia salah satu kekuatan untuk peribadi. Namun, dah lama saya tak amalkan. Apa yang terjadi satu peringatan. :). Bole mendengarnya secara MP3 di blog kak fzi, pandangan kasih.

Ayat-ayat Ruqyah. Mengikut pengamal perubatan islam, ayat2 ini adalah untuk menghindar dan merawat gangguan. Di bawah adalah artikel dari salah satu blog Darulmukmin.com. Kita tak tahu dari mana kelemahan kita yg menjadi tarikan syaitan, Qarin, mahupun jin. Justeru itu, marilah kita amalkan ayat2 di bawah untuk menjadi kekuatan di dalam diri dan keluarga. Insya Allah...

Ruqyah syariah bermaksud ayat-ayat di dalam Al-Quran yang dibacakan kepada seseorang untuk mengubati penyakit, menghilangkan gangguan jin atau sihir, perlindungan diri/harta benda atau sebagainya. Ayat-ayat Al-Quran ini berasaskan daripada doa dan hadis-hadis Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur-unsur kesyirikan.

Yakinlah bahawa tidak ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang paling efektif untuk menghilangkan sesuatu penyakit adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan. Al-Quran telah menjelaskan hal itu secara terang :


Katakanlah, "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman."

( QS. Fushshilat : 44 )

"Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman."

( QS. Al-Isra' : 82 )


Oleh itu, di sini saya sertakan beberapa potong ayat ruqyah sebagai ikhtiar penyembuhan dari pelbagai penyakit. Ayat tersebut hanyalah sebagai ikhtiar dalam rawatan dan doa. Marilah kita beriktikad bahawa kesembuhan yang hakiki datangnya dari Allah SWT jua. Allah berkuasa makhluk tiada kuasa.

Updated 27 jun:
1. syeikh sa'id al-ghamidi - ayat-ayat Ruqyah dari Al-Quran.mp3. DOWNLOAD MP3
2. Nota buku ayat2 Ruqyah, cara amalan, kelebihan.pdf . DOWNLOAD PDF


1) Surah al-Fatihah

2) Surah al-Baqarah (Ayat 1-5)

3) Surah al-Baqarah (Ayat 102) ulang beberapa kali.

4) Surah al-Baqarah (Ayat 163-164)

5) Surah al-Baqarah (Ayat 255)

6) Surah al-Baqarah (Ayat 285-286)

7) Surah Ali Imran (Ayat 18-19)

8) Surah al-A'raf (Ayat 54-56)

9) Surah al-A'raf (Ayat 117-122)

10) Surah Yunus (Ayat 81-82)

11) Surah Toha (Ayat 69)

12) Surah al-Mu'minun (Ayat 115-118)

13) Surah as Shoffat (Ayat 1-10)

14) Surah al-Ahqof (Ayat 29-32)

15) Surah ar Rahman (Ayat 33-36)

16) Surah al Hasyr (Ayat 21-24)

17) Surah al-Jin (Ayat 1-9)

18) Surah al Ikhlas

19) Surah al Falaq

20) Surah an Nas

Selain itu, boleh juga baca di zaharuddin.net tentang amalan-amalan yang menjauhkan sihir : http://www.zaharuddin.net/content/view/151/91/

Terima kasih atas nasihat dan teguran teman2... :)

Thursday, June 24, 2010

Telur Sos Kacang Panggang


Salam sjahtera, selamat malam. Amat jarang saya dapat online waktu malam. Biasanya my hubby yang guna lappy ni. Ini sebab nunggu my hubby yang blom balik lagi. Dia dah kenyang makan laksa kat majlis ceramah di ofisnya. Pastu, keluar minum ngan kawan. Kasihan my hubby, dia tertinggal dompet kat rumah. Pasti amat lapar. Takpela bang, saya takkan majuk abang tak ingat saya masa makan laksa tu.. sob sob...!


Ini dia antara menu malam ni. Ada juga tomyam ayam yang dah biasa buat. Saya buat separuh bahan jer. Telur dah tinggal 2 biji. Sajer nak try kacang panggang. Actually, saya tak reti makan kacang ni. Dulu2 biasa dok intai mamafami, buat breakfast. Jadi, punyalah teringin... hihi. Saya jumpa resipi sempoi ni kat majalah Saji. Majalah ni bagus jugak, sbb beberapa resipi saya try, memang menjadi :D Er... saya baru nak cuba2 makan kacang ni, jangan tanya saya sedap ke tak ya... hahahaha...

TELUR SOS KACANG PANGGANG - sumber majalah saji.

6 biji telur
5 ulas bawang merah - dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
2cm halia - dihiris nipis
5sdb sos cili
2 tangkai cili merah - dihiris
1 tin kecil kacang panggang - saya masukkan bersama kuahnya
200ml air
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA:
1. Goreng telur sebiji-sebiji ala mata kerbau. Angkat dan ketepikan.
2. Untuk sos: Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sos cili, cili merah, air dan gula secukup rasa. Kacau perlahan-lahan sehingga pekat. Masukkan garam secukup rasa dan masukkan kacang panggang.
4. Selepas itu, barulah masukkan telur goreng tadi. Gaul sebati. (saya biarkan kuahnya hingga agak pekat)

Mi Daging Berkuah


Salam sejahtera. Kelmarin, loading internet amatlah lembap. Saya cuma sempat singgah, tapi tak sempat comment. Maaf ya. Pastu lappy 'hang' semacam pulak. huhu. masa2 World cup ni, memang teruk loading internet. padahal orang tengok TV, ker ada yang tengok WC by internet? huhu..

Aritu ada beli mi siput kat pasaraya. ada cop halal dari jab. islam perak. Jadi, saya rembat satu. Mula2 konon2 nak try claypot... haha. takde cendawan, tak best kan? Jadi saya jumpa resipi Mi Daging kat saji. Nampak kuahnya macam jenis manis skit. Jadi, saya tukar kuahnya kepada resipi daging halia kat page lain. Pastu tambah air, bagi berkuah. Alhamdulillah, kombinasi yang bagus dibuat dinner. Instead of mi hailam yang biasa dibuat, kali ni rasa mi siput pulak. Ya, saya guna mi siput. Asal resipi mee wantan. Er.. sama ke? :D Tapi mengikut arahan paket mi siput ni, suruh rebus dulu atau celur,kejap jer sbb ia cepat lembut. Lebih kurang cara mi sanggul atau mi wantan. Rasa dan rupa macam sama. Er.....takpela, asalkan ada cop halal. hihihi. Rasa dia..., umph! Tak cepat muak macam mi kuning. Tak rugi saya celur 4 ketul. Itupun skejap jer My Hubby abiskan. :D



MI DAGING BERKUAH - olahan dari majalah Saji

Mi:
1 sdb minyak masak
4-6 keping Mi siput/ mi wantan/ mi sanggul
2 ulas bawang putih - dicincang
Kicap cair/ kicap manis secukupnya.

CARA:
1. Celur mi dalam air panas. Toskan.
2. Masukkan dalam air sejuk seketika. Toskan.
3. Tumiskan bawang putih cincang dalam kuali. Masukkan kicap secukupnya.
4. Masukkan mee pula. Gaul hingga mee sebati. Angkat.



Daging Halia Berkuah:
350gm daging - dihiris nipis
5 sdb minyak jagung
2 ulas bawang putih - saya cincang
1 inci halia - saya cincang
1 sdb kicap manis
1 sdb kicap masin
2 sdb sos tiram
4 titis minyak bijan
2 1/2 cawan air
1 sdb tepung jagung
1 ikat sawi - boleh dicelur sahaja, atau dipotong pendek.
garam secukup rasa (jika mahu)

CARA:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan daging. Goreng hingga daging air daging hampir kering.
3. Masukkan batang sawi. Kacau sekejap.
4. Baru masukkan campuran tepung jagung, air, sos tiram, minyak bijan, kicap manis dan kicap masin, daun sawi dan garam jika mahu. Biar mendidih dan kelihatan sedikit pekat.
5. Angkat dan hidangkan.



Wednesday, June 23, 2010

Pau Gebu Kak Ton

Salam sejahtera. Pau kak Ton. Lepas dibiar 45 min, nampak biasa jer. Dah masak, segedebak! hahaha. Pau gebu yang memang gebu. Gebu dan lembut jer, walaupun dah sejuk. tapi lagi syok makan panas2 la.. :D Ini juga sesi menghabiskan filling kelmarin. Saya masukkan inti banana, dan choco melt tu. sedap tak? hihihi. Saya menguli dengan tangan jer. Untuk dapat struktur yang licin, mesti uli sampai adunan lembut dan nampak licin. Lenguh jugakla.:P Kalau nak senang, uli doh ngan stand mixer. :P Ia masak tepat2 masa My Hubby balik, bila dia makan.. katanya sedap, sebab inti tu tengah cair agaknya. biasa kalu dia kurang suka, dia diam jer. :D.


Yang ni inti Chocomelt. My Hubby suka yang ni.

Yang ni inti pisang . Baru perasan, saya terlebih pekat pisang ni. kalau cair skit memang meleleh air mata dan mulut saya... hahaha..


PAU GEBU KAK TON - Sumber kak Ton, MyR. Kopipes dari blog Ika, bangkok. Ika ada buat versi tepung gandum, dan terbaru versi tepung pau Thailand. Terima kasih buat kak Ton dan ika, halalkan resipi ya :).

Bahan-bahan ( 10 biji ) - Pau ni agak besar, kalau nak makan skit, buat separuh adunan jer. :D

* 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau - diayak (Nurindah: saya guna tepung superfine MFM) (Pakai tepung gandum pun boleh)
* 3g (3/4 sudu teh) yis kering
* 2g (1/2 sudu teh) baking powder
* 50g (4 sudu makan) gula castor
* 20g (1 sudu makan) lemak sayuran (Nurindah: takde, saya ganti minyak jagung)
* 2g (1 sudu teh) bread softener
* 1/2 cawan air suam.


Cara-cara

1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat dan licin.
4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
8. Masukkan inti dan tutup kemas.
9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
14. Selamat mencuba...




Puding Berkuah

Salam sejahtera. Baru sempat merasa puding ni. Intai2 sebelum kak Yatie cuti2 aritu. Kemudian, agak sibuk terlupa tin mixfruit dalam almari.. hehe... Jadi, slongkar dapur kelmarin jumpa tin ni... maka, terjadilah puding berkuah yang diidam-idamkan. :D. Dah lama saya tak godek tepung kastard,lupa kena pekat camana. Jadi, kastard saya goyang...hahaha. sepatutnya keras skit. Haih, ini "terkenan" ngan dadih agaknya. kakaka... Tapi, Alhamdulillah, sedap rasanya, puas ati dapat makan puding berkuah sejuk2. Kami buat buka puasa ganti buah kurma sbb kurma dah takde stok :D



Puding berkuah yang siap dihidang. Puding kat bawah, saya tuang kuahnya di atas. Yum yum...


Mula2 saya letak dalam bekas Love ni, tetapi sbb terlembik, jadi kena scop, masuk dalam gelas. hahaha..


Kuah campuran fruit coctail, susu, air dan ais


PUDING BERKUAH - sumber kak Yatie, US. Terima kasih dan halalkan resipi ya,kak.

Bahan2 Utk Puding

* 1 cwn tepung kastard
* 5 cwn air
* 1/2 cwn susu cair
* 1/2 cwn gula

Cara-Cara

1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.

Bahan Utk Kuah

* 1 tin mix fruits ( Ambil bersama airnya. Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
* 1 tin susu cair
* 1 tin air biasa (air masak)
* 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)

Cara-Cara

1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang mix fruit dan susu.
3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur mix fruit.
4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.

**NOTA KAK YATIE : Biasanya saya guna air masak biasa campur dngn susu cair dan gula saja. Lepas tu tuang mix fruit tadi.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama puding kastard.



Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers