Terima kasih buat yang sudi ke mari dalam kemalasan saya update masakan ni. Sekadar bercerita apa yg ada. Saya ada juga berkunjung (BW) dgn rasa rindu, cuma diam-diam saja.... :D
Alhamdulillah. Biiznillah. Harapan kami telah mula mnjadi nyata. Kami dah 4 tahun di sini, suami masuk 10 tahun bekerja di sini. Jadi dah elok sangatlah mmbeli rumah di sini. Sewa apartment skrg pun RM 330 sebulan . Aptment suami di Klang pula telah disewakan. Saya lebih suka pemandangan di sini, suami pun dekat nak pergi kerja. Tak sangka, setelah berbulan-bulan mencari rumah (dari rumah lelong sampai yang dijual murah), akhirnya kami dapat beli juga rumah yang agak baru. Beli dr agen pemaju.
Kebetulan saja, 11hb 11 2011 tu, kami nampak banner jualan rumah siap. Rumahnya teres 1 tingkat sahaja, dekat toll, dekat masjid, dekat pasaraya, dekat sekolah. Kami lihat sekejap rumah contoh dan ambil name card salesman Kim Realty. Lepas solat Jumaat, kami ke KL pula. Petangnya kami telefon lagi untuk bertanya lagi. Saya tak senang duduk bila tahu, tinggal 3 unit lagi .... macam pisang goreng pula. Harganya RM118,000, rumah siap, freehold dan siap s&p. Free peguam, Luas 700++ sqf. Huhu, kaya juga orang bkt sentosa ni. Maknanya nilai pelaburannya tinggi juga. Berebut dengan orang....
Selain kawan suami telah lama tinggal di perumahan sebelahnya, perumahan baru itu baru siap 2 tahun lepas rasanya, cuma tak ramai yang beli. Kami ronda lagi kawasan tu, bertanya jiran, lihat orang melayu, dll... Malam tu juga, cop nom rumah dgn salesman. Esoknya 12hb, kami diberi penerangan dll, lalu bayar depo. Dalam berbincang tu pun, masih ada beberapa family lagi datang nak cop rumah. Katanya dah 'sold out'. Yalah, rumah baru, dah siap dan ada CF (sijil menduduki), bank mudah luluskan loan. Ada yang siap ajak adik-beradik beli sekali.
Sempat ronda lagi lihat-lihat 3 unit yg last tu. Akhirnya pilih juga no 11. Alhamdulillah, berhadapan dgn orang Melayu, pagar besar (owner yg duduk). Tepi, orang India (owner juga rasanya). Tak apalah, dah rezeki. Berdoa saja, baik-baik jirannya.
Ada harapan lulus loan, walaupun dgn 80% biaya sahaja, bank Islam. Yalah, kami dah ada 2 property lain dengan satunya dah habis bayar dan disewakan. Ok, saya prbetulkan ayat saya tadi dengan info dr bank; Orang yg belum ada property dapat 100% loan, orang yg dah ada 1 property dapat 90% loan. Doakan saja, semuanya berhasil dan dimudahkan. Doakan ya. :)) Saya mula berangan-angan dengan bermacam renovation.... tapi rasanya berdikit-dikitlah. Sebab kami perlu cari 20% lagi. :))
Surah at Taubah, ayat 129:
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar.
But if they turn away, Say: "Allah sufficeth me: there is no god but He: On Him is my trust,- He the Lord of the Throne (of Glory) Supreme!"
Sumber
Foto Suami dan sales man. Saya pula menanti bila nak dapat kunci.. hehehe. Lega hati saya, bila dah bagitau mertua semalam. Mereka pun ada tengok rumah dari luar sebab semalam mak, ayah, mak ngah dan thaqif, tidur di rumah kami lepas Forum Perdana di pinggiran subang, lalu untuk kuliah Syeikh Nuruddin di masjid sini kelmarin. Sempat juga ziarah sedara yang meninggal di Kg Sg Buaya. Alhamdulillah, walau terkejar-kejar, tapi pahalanya yg mengejar kita dari macam saluran. Kita tak tau dari sumber mana Allah pandang kebajikan kita. Hatta dgn derma yg banyak atau sekecil senyuman manis dan memuliakan ulamak. :))
No comments:
Post a Comment