Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Friday, March 30, 2012

murtabak maggi

Bismillah. Dah 11.35 pagi. Tapi saya tunjuk ini saja. Maggi makanan tak berkhasiat, tapi ramai orang yang suka. Dulu2, saya dan adik2 makan 3-4 bungkus maggi, direbus dengan telur dan kangkung. Banyakkan kuah, dan tambah nasi putih. Cukup kenyang 8 orang satu family... :)) Kenangan...tapi sangat manis!

Saya jumpa resipi kak madiha kat FP. Tapi saya buat mengikut selera saya. Ni kali kedua saya buat. Tapi bentuknya tak bergam macam murtabak asal. barangkali sebab saya guna telur saiz B. Tapi, saya suka :D 



Oh.... gambar diambil guna nokia C3 saya jer.  Kalau nak nampak murtabaknya macam bergam, rasanya kena guna telur saiz besar sikit.



MURTABAK MAGGI
Resipi : Mysweetlife-nurindah.
Ilham dari: murtabak mee segera kak madiha FP. Terima kasih, kak madiha :)
Cara membuatnya ditunjukkan Step by step untuk adik-adikku..


1 bungkus mee segera perisa kari
2 biji telur saiz B
Sedikit (Beberapa hiris) bawang Besar dicincang halus
1 ulas bawang putih dicincang halus
4-5 Cendawan butang dari tin, dihiris nipis

Alatan: Periuk bertangkai untuk merebus maggi :), Penapis yang tahan panas untuk menapis maggi siap rebus, Pan leper untuk menggoreng, Sedikit minyak Jagung untuk menggoreng (hasil penemuan, minyak jagung mnjadikan masakan bergoreng lebih rangup ;)


Rebus maggi sehingga lembut, lalu toskan dengan penapis tahan panas.

Bahan bawang dicincang halus dan cendawan yang siap dihiris.

Telur, perencah maggi  dicampur bersama dalam satu bekas. Kacau rata.

Masukkan maggi yang direbus tadi.

Gaul rata.

Ini dah step ke-2 goreng dah ni. step pertama lupa nak snap. Panaskan minyak di dalam Pan leper, tuang campuran bahan tadi. Biar sekejap bagi telur di bawah kental sedikit, baru balikkan  'berhati-hati'  :)

Saya goreng sampai nampak rangup sikit.

Lepas masak, letakkan murtabak ke dalam pinggan, tuang sos cili, potong dan hidangkan. :))
Memang rasa macam maggi goreng, cuma versi murtabak :D


Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, March 29, 2012

Anis

Bismillah.

Saya ingat lagi,pada bulan2 yang lalu, puan roza, penulis buku Travelog Impian abadi menyertakan resipi tomyam bersantan dalam majalah Anis. Kali ini, beliau sertakan resipi cucur ikan. Hurm... saya sangat teringin nak membuatnya. Kenapa? Sebab saya ni orang besut, mertua puan roza pula orang besut (empunya asal resipi). Tapi Ma saya tidak pernah buat cucur macam ni. Seingat saya, kuih berinti ikan yang saya makan ialah pulut lepa.

Beruntung juga langgan majalah Anis. Tak penat nak beli kat kedai. Harga majalah ini RM 7 , tapi saya beli dengan separuh harga. Berkat pergi gerai Anis masa Pesta buku tahun lalu. :D Masa tu promosi langganan Anis diskaun 50%. Bila dah campur kospos, anggaran rasanya RM60-70 saja.

Saya dahulu amat gemar membeli majalah. Masa bujang, saya suka baca majalah Nur dan mingguan wanita 'Sebab murah skit' . Mula kahwin, suka beli majalah Rasa dan Saji 'maklum tengah syok kumpul resipi masa tu'. Bertahun kawen, saya mula beli Anis. Sebab saya rasa dah makin 'berumur' kot, hehe...


Saya dah biasa dengan majalah. Saya cuma baca majalah, dalam satu hari saja kalau saya tengah sibuk. Kalau tak sibuk, mengadap sejam pun dah habis. hehe.... Laju kan? Kira 'Speed reading tu!' :D Lepas baca..... terus simpan.

Jadi, masa langgan tahun lalu, saya daftar atas nama mertua dan wakafkan di rumah sana. Kira ramai yang boleh baca dan dapat manfaat.


Hurm.. pesta buku tahun ini 'bulan april', kalau ada promotion lagi, Insya Allah saya nak langgan untuk Ma saya kat kampung sekali, jadi adik-adik perempuan saya boleh baca. Alangkah baiknya kalau kami dah pindah rumah teres baru kami tu, sebab senang untuk ambil surat menyurat. Sekarang apartment, payah sikit nak beralamatkan sini.

Oh.. saya ambik gambar Resipi ni guna Nikon kami jer. Tak sempat nak scan. Berkobar-kobar rasa nak buat cucur inti ikan ni. Saya upload jer dulu. :)) Di bawah ni, link puan Roza. Di blognya tiada resipi, resipi adalah khas untuk buku terbaru Travelog masakan akan terbit. Saya pun nak cari nanti.. :)

http://rozaroslan.blogspot.com/2010/12/jemput-jemput-tulus-ikhlas.html











Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, March 28, 2012

Personal Nature

Love This. From Nayzak.

Bismillah. Salam sejahtera,

Pernah baca satu cerita rakyat? dari buku rakyat dari seluruh negara. Dulu, hampir semua jenis saya baca, hatta sastera lama sekalipun. Buku cerita Oxford yang kat library, hampir semua saya baca dan cuba translate guna kamus. Tidak tambah dgn buku library bergerak perpustakaan negeri.

Saya dahulu suka berkepit dgn buku. Sesuailah dgn title pengawas perpustakaan masa tu. Tugas saya, ha, mengecop peminjaman dan penghantaran buku. Jadi pengawas ni untung, sekali pinjam dapat 3 buah. hehe.. Tapi saya tak lalai membayar denda kalau lambat hantar. Meski, buku rujukan yang saya pinjam 3 buah lambat hantar, ketiganyalah saya akan bayar denda. Ya, saya amat bergantung pada buku rujukan perpustakaan. Nak beli buku rujukan sendiri.. mmg tak mampu la :) Guru pusat sumber selalu kesian pada saya, kadang2 dia bagi diskaun. Namanya teacher Zaleha, dia guru BI kami. (Moga Allah rahmatinya walau di mana berada )

Saya teringat sesuatu tadi. Bab REZEKI. Yang kita tahu, rezeki kita dah ditentukan oleh Allah di Loh Mahfuz kan? Allah tidak turunkan DUIT dari langit. Allah turunkan hujan, dari hujan suburkan tanaman. Kalau tiada orang yang menanam padi dan menghasilkan beras, macam mana kita dapat makan nasi kan? Allah tunjukkan jalan, kitalah yang harus berusaha mendapatkannya. Begitulah bab kerja dan rezeki.

Pernah seorang teman sekerja mmberitahu saya. Masa tu saya masih kerja tadika.  Suaminya satu kilang dgn suami saya, tapi tak pernah terjumpa di tempat kerja rasanya. Si Isteri bagitau saya  macam nada kurang puas hati, sebab suaminya komen bahawa pihak Atasan boleh keluar makan di gerai kat luar pada masa Rehat, sedangkan pekerja lain tak dibenarkan keluar, dipaksa makan kat kantin  (kot kurang sedap).

Dia tak tahu, Suami saya pun sebahagian dari yang disebutkan itu.  Saya menyeringai dalam hati jer...  'hai... hal suami-suami pun nak masuk campur'.

Saya pun jawabla bersahaja pada teman saya tu ," Kalau kita nak capai kebebasan macam tu, kenalah Level macam mereka, barulah boleh makan kat luar."   Sekadar nak ingatkan my friend, supaya jaga Hati.  Suaminya pun masih junior. Kita kan, kalu rezeki kita isteri dengan suami tak sama sekalipun, janganlah cemburu. Macam tu jugalah kalau kita tengok rezeki oranglain.  Hati wanita memang begitu, berbolak-balik saja.  Saya faham tu. Jadi, kita tutup mata kan senang..

Saya dah tanya suami, kata suami, untuk level Atasan, mereka dibenarkan keluar. Dulu masa kena deal dgn vendor,  mereka selalu juga kena keluar dengan vendor beli  barang ke ape. Memang senangla masa tu nak minta pelepasan keluar, meskipun untuk hal peribadi. Dan hal lain saya tak ambil tau dah.


TERKENA

Saya pernah terkena bila saya lihat seorang kawan rapat Hubby, dari awal kawen lagi dah belikan katil, tv baru dan handset yang ada 3G untuk isterinya. Begitu juga saya lihat ada teman Hubby yang asyik tukar kereta atau beli kabinet dapur, isterinya housewife juga. Sedangkan kami, hanya ada tilam dan  barang dapur masa tu. Kereta dah usia dekat 15 tahun pun taknak tukar. Rate gaji pun hampir sama saja.  Memang berkali-kali saya membandingkan Suami saya berbanding teman-teman dia. ' Bodoh betul saya masa tu' . One day, saya sedar.... dua benda. Pertama, Sikap suami kita lain-lain... ada yang amat pemurah dan suka tunjuk loving. Ada yang amat berjimat dan tunjuk ketegasan di depan orang tapi loving di belakang.  Kedua, Rezeki suami kita lain-lain...  Begitulah juga rezeki kita sbg isteri, nak buat camana.
Dapat suami pemurah, kita cari salah dia yg lain. Dapat  suami kurang pemurah, kita tak puas hati juga. Maybe betul kata My Hubby... isteri mudah nak cari salah suami.  'Akur...' 

Jadi sejak itu, saya tidak sibuk dah melihat oranglain. Saya belajar tutup mata :D  Kalau ada, adalah, kalau takde rezeki saya, tak usah  nak merungut. :)  Sebab saya tau, antara semua tu... saya pilih Kasih suami. Buat apa dapat semua barang dan kesenangan, sedangkan kita haus kasih-sayang?

Tahun ini, My Hubby dah tersangat sibuk dah. Nak keluar untuk urusan luar pada masa rehat pun tak sempat. Apatah lagi nak cuti hari biasa.  Dengan peraturan baru bahawa semua Staf kilang tak boleh keluar waktu rehat, vendor ke, orang atasan ke, operator ke,  kena makan kat kafeteria. Pastinya... kelihatan Adil. Sesiapa pun tak perlu nak cemburu ape dah  :D     ' Sejak peraturan baru tu, my hubby kerap cakap nak bawa bekal lunch. Kesian dia. Insya Allah, saya cuba sediakan'.


CERITA RAKYAT

Oh... cerita rakyat tu? :)

Hurm, ada 3 orang sedang berada di dalam sampan. Ini ala orang asli la, sebab tengok gambar dalam buku tu dia pakai cawat, heheh. Tapi orang asli yang level-level orang kaya.  Dan bahasa bukunya pun dah translate bahasa melayu. Seorang tu, Ketuanya. 2 orang lagi orang suruhan ketua tersebut.

Sepanjang perjalanan, orang suruhan A asyik tidur. Ketuanya tak cakap apa pun. Malah mengizinkan lagi. Pelik, fikir orang suruhan B yang disuruh mendayung sepanjang hari. 'Kenapa si A dibenarkan tidur? Aku pula disuruh mendayung penat-penat. Mana adil?"  Si B ni kuat merungut.  Jadi rungutannya terdengar pada  Ketuanya yang sedang berehat dalam sampan tu.

Ketuanya geram si B asyik merungut dan bising-bising.  Mereka berhenti dekat satu kampung dan letakkan sampan mereka di tepi sungai. Tiba-tiba bunyi igiau-ngiau... .  Ketuanya berkata pada si B.  " Ha... kamu B pergi cari bunyi binatang apa tu?. " Dengan rasa hairan, si B pergi juga cari di mana anak-anak kucing tu berada .  Dia terjumpa anak-anak kucing itu berada dalam kawasan sebuah kuil bersama ibunya. Dia berlari ke arah ketuanya. " Ada ibu dan anak-anak kucing di sebuah kuil". 

"Berapa ekor anak kucing tu?"tanya ketuanya. Si B terus ke kuil tadi lalu mengira. Bila mendapatkan ketuanya semula, si B berkata, " Ada 4 ekor. " 
" Berapa jantan, berapa betina? . Si B berlari semula ke kuil.  " Ada 3 ekor betina, seeekor jantan".
" Ada tompok-tompokkah?". Si B berlari semula ke kuil. Termengah-mengah dia. " Tuan, ada seekor hitam, yang lain bertompok putih."

Ketuanya senyum, lalu menyuruhnya duduk. Dia membangunkan si A. " A, kamu pergi tengok bunyi apa tu dekat kuil."  orang suruhan A terpisat-pisat bangun dari tidurnya lalu mencari di mana kuil. Tidak lama kemudian, dia kembali.

"Bunyi apa itu? Tanya ketuanya.
"Ada anak-anak kucing yang baru lahir dengan ibunya di bawah timbunan kayu. "
"Berapa ekor?"
" Ada 4 ekor. seekor jantan, 3 betina."
"Berapa jantan, berapa betina?"
"Ada seekor jantan, 3 ekor betina. Yang betina ada tompok putih. Yang jantan semuanya warna hitam". Jelas orang suruhan A dengan lancar. Orang suruhan B terlopong.

Ketua itu memandang orang suruhan B. " Sekarang kamu tahu kenapa  kamu yang kena mendayung sampan ini dan A dibenarkan rehat. Jadi, jangan merungut lagi."



Nota Nurindah: Terpulanglah pada penafsiran kita apa.  Dari sudut awal, kita lihat ketuanya lebih menghargai orang yang bijak dan cekap. Dari sudut lain pula, kita lihat Ketuanya tahu di mana level kualiti kerja orang suruhannya. Jadi, jika keistimewaan itu diberikan, ia juga beserta tanggungjawab yang besar yang tidak boleh main-main. Begitulah juga dari sudut pandangan orang berilmu. Makin tinggi ilmu kita, makin besarlah tanggungjawab kita berbanding orang yg kurang berilmu. Kita perlu beramal terlebih dahulu dan kesannya ada pada diri kita. Barulah kita rasa layak untuk mengajak oranglain. 'Allah...' Dari sudut harta pula, makin banyak harta kita, makin banyaklah soalan yang akan ditanya di akhirat kelak tentang di mana kita habiskan harta kita tu berbanding orang-orang miskin.....

Nature:  Also means a kind or sort, the essential characteristics and qualities of a person or thing http://www.thefreedictionary.com/nature


Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Saturday, March 24, 2012

gulung-gulung sosej

Assalamualaikum,

Saya tinggalkan ini ya. yang zaman lepas punya. hikhik.

SOSEJ GULUNG
untuk adik-adik yang kekurangan idea.

Sosej Ramly 10 ketul
1 buku roti gardenia (10 keping)
Mayonis
Sos cili life
breadcrumbs (serbuk roti warna kuning) - boleh beli di kedai bakeri.
2-3 biji telur (dah lupa bape biji :) - dikacau dengan whisk sekejap. Atau dengan garfu.
Penggelek dan papan pencanai - ini gunanya untuk melenyek roti. kalau takde pencanai, guna batu lesung pun boleh, tapi lapik dengan plastik dulu. :)
Minyak masak untuk goreng minyak penuh.


breadcrumbs letak dalam mangkuk yang muat panjang sosej.
Roti disusun dalam talam atau pinggan besar.

Cara
Lenyek roti sehingga jadi nipis
Letak seketul sosej atas roti, lepas tu gulung
Lekatkan dengan menyapu sedikit telur
Golek roti atas telur
Kemudian atas breadcrumb
Goreng (api perlahan)
Toskan.
Pastu letaklah mayonis dan sos cili atasnya. Saya potong 3 roti sosej dengan gunting.


From samsung mobile, pergh,payah nak taip. Kami ondaway balik banting
take care ya :)












Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, March 23, 2012

bla bla bla.. :D

Assalamualaikum,
Bismillah.

Sudah berhari saya tinggalkan Nota hati. sepatutnya ia berlalu mengikut masa.

Telah berhari modem rosak. sistem TM, dalam 2-3 hari barulah technician sampai. Bukanlah nak merungut. Tapi bayangkan saja, kita perlu berada di rumah dan tak boleh keluar mana-mana, takut technician sampai. Mereka pernah sampai sebelum ini tak sampai 5 minit dengan sekadar bertanya, "Kak, internet dah OK?". Bila saya kata ya, terus mereka beredar, tanpa check apa-apa.

Ya, kasihan juga melihat technician kelmarin. Katanya dalam area kami ni, cuma 2 orang je yang handle. Jika TM bahagian KL berjanji dalam 24 jam, bermakna mereka trpaksa kejar masa. ya, begitulah selalunya. Risau betul saya kalau lampu internet padam. Bukanlah sebab risau tak boleh guna internet. Tapi sebab kelambatan beginilah. Kita tertunggu-tunggu. Menunggu memang menyeksakan, kan?

:)

Bila dia datang, Happy juga, sebab kami dapat ganti modem baru free sebab masih ada warranty masa tukar pakej dulu. :D

Bulanan streamyx saja 1 MB. Broadband celcom memang out. My hubby perlu sangat untuk beronline di waktu malam. Dia ada banyak urusan online. Jika saya, tidaklah apa-apa lagi. ya, mungkin, ada Order di email. Tetapi, dalam darurat seperti ini, saya biarkan saja order trsebut, dan biarlah pelanggan itu mencari dealer lain. Segala info pembelian harus melalui e-mail, kerana itu bukti pembelian dan penghantaran. Streamyx sebenarnya satu Rahmat bagi kami yang berada di hulu selangor ni. Sebab broadband memang OUT. Alhamdulillah!


LALU LALANG

Sekarang ini, kerap sangat saya melihat orang sangat kerap lalu lalang dan mencari entry-entry LAMA saya. dan.. ia bukannya entry masakan. Aneh. Jika mahu mencari perkara yang baik, silakanlah. Tapi jika perkara yang buruk, tinggalkanlah di sini. kerana nota blog ini, lukisan rasa saya. Saya yang menulis dan ini tanggungjawab saya. Jadi, pergunakanlah untuk perkara kebaikan. Jangan salah gunakannya.

Jika mahu mengambil nota masakan, saya halalkan. Gambar saya buruk-buruk saja, tetapi janganlah dikatakan gambar sendiri. Tak baik tu :)


Moga bersangka baiklah meskipun kita diuji dengan orang yang paling dekat di Hati kita. Hakikatnya, tak ramai yg mampu mmberi nasihat yang bernas ttg rumahtangga atau pergaulan yang baik kepada Kita secara jujur dan merangsang kebaikan. Jadi, kita sering mencari nasihat yang tidak menyakiti Hati kita, tetapi yang jujur dan merangsang sifat yang baik.

Hatta, kita tak mampu mengikut cara mak, mama, atau bonda kita, kerana Era zaman kita dah tak sama. Bila berkongsi pendapat, kita boleh bertelagah pula. kerana mungkin sifat wanita jarang mahu mendengar, tapi masing-masing mahu meluahkan masalah.

Ini bukan saja mengenai sikap. Jika orang yang berdiam sepanjang masa, bukan orang agaknya. Manusia pastilah berperasaan, ada Hati. Jadi, tiada cara yang paling baik, selain anak mengalah pada ibubapa. Isteri mengalah pada suami. Dan kadang-kadang sebaliknya pula. Kadang-kadang kebenaran memakan masa. Dan masa kebenaran itu ditunjukkan, kita tidak lagi berasa apa-apa. Kerana kita tak perlukannya lagi, selain sifat berkasih sayang dan mengharap Rahim Allah.



Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, March 15, 2012

Life's a box of chocolates.

Analogi

Bismillah. Moga sihat dan ceria selalu. :) Kisah hidup kita tidak sama. Sepertilah yang saya ceritakan pada entry saya Kelmarin. Saya cuma nak kata, saya dah besar, adik-adik saya dah besar. Dan Allah telah mendidik kami dengan pelbagai emosi yang tidak mudah dirasai, dan rasanya lebih lebih MANIS setelah melalui kepayahan. Dan mengenang perjalanan hidup bersama Mama yang banyak berkorban, Abah yang kami hormati, Ia membuat kami sentiasa sedar diri, Insya Allah.

Pernah mendengar analogi? Saya ambil dari filem-filem. :))



Honey, I shrunk the kids

Ingat tak dalam filem Disney, 'honey, I shrunk the kids' yang mana seorang ayah yang merekacipta sebuah mesin yang boleh membesarkan sebarang benda. Secara tidak sengaja, babynya yang bernama Adam telah tersentuh mesin itu. Baby Adam membesar setiap kali terkena elektrik sehingga 150 kaki. Ni kira jadi baby giant la. Baby Adam berjalan ke serata bandar Las Vegas yang mana dia fikir ia satu taman permainan yang sangat besar. (imdb.com ). Ibunya bergegas mencari anaknya, lalu memanggil-manggil, tetapi si anak tidak mendengar. Dia fikir ibunya macam benda toys yang kecil.

Akhirnya ada yg memberi nasihat, "Anak kamu besar dan tinggi. Dia tidak mendengar panggilan kamu. Kamu harus kelihatan lebih besar dan tinggi dari dia." Lalu si ibu bersetuju dibesarkan melalui mesin itu. Ni ibu giant pulak datang. Kesudahannya, bila si ibu melambai-lambai jer.. terus anaknya datang kepadanya. :) 


Kita cuma orang luar...

" Kadang-kadang Anak boleh salahtafsirkan kata-kata Ibubapa. Bila  Ibubapa kerap sangat marah-marah, si Anak berasa tidak tenang dan tidak disukai oleh sesiapa. Begitulah jua Hati ibubapa yang dah tua, bila kita marahkan benda lain atau oranglain, tapi dia pula terasa macam kita marahkan dia, terasa tidak disukai dan dia berkecil Hati pula. " Ingat kisah ibu yang ditinggalkan di hotel bajet di Youtube dan Metro? Itu kisah orang, dan sepatutnya Metro Tv mencari anaknya dahulu sebelum menyiarkan kisah itu. Takut Salah Tanggapan, atau Fitnah. Sebab ini sensitiviti Umum. Kemungkinan si Ibu dah sangat tua dan lupa-lupa. Memangla tanggungjawab orang yg sedar ini untuk mencari orang yang ibu tua itu percaya.

Walau baik camana sekalipun Nurse kat hospital, seorang ibu atau bapa tetap mahu balik ke rumah bersama orang yang dia kenali. Kan?


Life's a box of chocolates. You never know what you're gonna get

Ada tonton cerita Forrest Gump kat TV2 baru-baru ini? Kami berdua berjaga sampai 2 pagi, malam Isnin pulak tu. :)   Forrest Gump ni seorang lelaki yang mempunyai IQ yang rendah tetapi mempunyai sifat prihatin dan daya fokus yang tinggi. Kita pun tahu kan, fokus itu boleh menjadikan kita lebih berjaya? :)   Kita belajar dari Forrest ni.

Oklah, kembali pada Forrest Gump. Dia melalui perjalanan hidupnya dengan satu-satunya kawannya , Jenny. Dia mempunyai seorang ibu yang sangat cekal hati dan 'bangga diri'. Ibunya sangat positif menghadapi hidup, dan sprt kata Forrest "Ibu pandai memberi penjelasan kepada saya mengikut apa yang saya boleh faham. Dia selalu berkata, hidup ini UMPAMA sekotak coklat, kita tak tau apa yg akan kita dapat " (kotak coklat itu ada pelbagai isi). 
Mama always had a way of explaining things so I could understand them.
My momma always said, "Life was like a box of chocolates. You never know what you're gonna get."

Bila Forrest bertanya tentang destinasi hidupnya, ibunya berkata, " Kamu akan menemuinya sendiri".

^___^


Ada kata-kata indah di sini, carilah..

Forrest Gump Quote:


Mama always had a way of explaining things so I could understand them.
My momma always said, "Life was like a box of chocolates. You never know what you're gonna get."

Forrest Gump: What's my destiny, Mama?
Mrs. Gump: You're gonna have to figure that out for yourself.

Mrs. Gump: You have to do the best with what God gave you.
Forrest Gump:  Mama always said, God is mysterious.

Forrest gump: Sometimes, I guess there just aren't enough rocks. (When you angry)

I don't know if we each have a destiny, or if we're all just floating around accidental-like on a breeze, but I, I think maybe it's both. Maybe both is happening at the same time. I miss you, Jenny. If there's anything you need, I won't be far away.

Mama always said, dying was a part of life. I sure wish it wasn't.

You know it's funny what a young man recollects? 'Cause I don't remember bein' born. I don't recall what I got for my first Christmas and I don't know when I went on my first outdoor picnic. But I do remember the first time I heard the sweetest voice in the wide world. - That's his new friend, Jenny.

Were you scared in Vietnam?
Forrest gump: Yes. Well, I-I don't know. Sometimes it would stop raining long enough for the stars to come out... and then it was nice. It was like just before the sun goes to bed down on the bayou. There was always a million sparkles on the water... like that mountain lake. It was so clear, Jenny, it looked like there were two skies one on top of the other. And then in the desert, when the sun comes up, I couldn't tell where heaven stopped and the earth began. It's so beautiful.



Nota Nurindah: You never know what you're gonna get in this long life journey. Apa yang kita jumpa, apa yang kita bakal jadi, semakin baikkah, semakin burukkah kita? Kita tak tahu tentang masa depan. Hidup ini Rahsia, Rahsia Allah. Berdoalah!


Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, March 12, 2012

la..la..la...

Salam sejahtera,

Meluah rasa syukur, Alhamdulillah.

Computer repairing: means reformat. :) Segala bookmarks, software yang pernah install, dan segala folder... hilang. Ia hanya untuk membunuh virus.  Malwarebytes tidak mampu membantu apabila malware terlalu kuat. Itulah saja yang saya faham tentang masalah ini. kalau orang komputer, mesti penerangannya lain kan? :)

Syukur, HP 2011X kami lebih berhati-hati, ia meminta kami buat back-up sebelum start repairing. Sempat transfer ke External hard disk. Thanks a lot to my Hubby. :)) Saya rasa boleh senyum kembali.

Bookmarks kami, harus bermula dari zero. Ia harga yg tidak terlalu mahal, berbanding laptop kami dicuri di rumah pada tahun lalu (tanpa backup). Tinggal di apartment, dengan guard di hadapan... still NOT SAFE, Yar...  berhati-hatilah dengan pencerobohan  dalaman. Itu hasil siasatan ;)































Source: dryicons.com/







Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Saturday, March 10, 2012

L.U.P.A

Bismillah,

Selamat petang.

Aneh, saya terlupa jiran satu tingkat apartment buat majlis tahlil. Allah..

Maklumlah apartment, kita tak nampak orang lalu-lalang atau riuh-rendah. Kat sini, yasin dan tahlil banyak dibuat siang hari, untuk kaum perempuan dan budak-budak sahaja. Lelaki kalau ada, datang makan jer. Adat yang janggal bagi saya. Tapi saya tau sesetengah tempat pun ada buat macam tu.

Sejak saya tengahari tadi saya tunggu suami balik, dan tak keluar rumah langsung. Tiada mood untuk ke pasar atau apa. Jadi, tidak menjenguklah orang riuh di hujung blok.

Komputer bermasalah, tak boleh buka langsung. Haih! ia sedang buat backup sepanjang malam, disambung hari ini. Esok kena pergi HP, kat low yat. PC masih ada warranty sebulan lagi. Oh... semua merisaukan. Banyak benda dalam PC itu. Langsung tiada back up sebelum kena jangkitan virus tu. Sepatutnya, minggu ini kami balik ke Banting, kerana saya mahu mengurut di putrajaya. Tetapi makcik itu tiada di rumah. Terkilan satu hal lagi.

Bagaimana ya kakak jiran tu mmbuat majlis? Meskipun, dia seorang tukang masak, dan rajin buat katering kecil. Terasa tak patut pula saya tidak menunjuk muka. Saya tidak mahu tahu apa yang mereka katakan. Ia sebab terlupa, meskipun saya ada mmberitahu kakak itu yg kami ada plan lain minggu ini. Saya harus juga meminta maaf....


Nota Nurindah: Kes abnow dot com sedang menular. Bila klik search google, kita masuk ke web lain. Malwarebytes pun tak boleh detect mana virusnya. Disebabkan itulah, PC jadi macam itu. That's our NEW PC, uhuks. Allah... janganlah kena reformat! Kami sedang cuba selamatkan segala isinya. - Bersiaran dari Netbook Asus. Alhamdulillah!



Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, March 9, 2012

Jangan lupa, jangan mudah...O Allah, help me remember

Bismillah. Salam petang Jumaat. Sempat tak berdoa masa selepas masa Zohor tadi? Di hari Jumaat, ada satu waktu mustajab doa.

Dah ada target nak masak apa hari ni? Jika ada permintaan, seronok betul memasak, kan? Suami saya tidak begitu. Karenahnya hanya nampak bila tak sihat sahaja. Saya takde motivation nak masak. Tapi takpelah. Saya tak mahu menjadi seperti cerita seorang isteri yang terpaksa membuang Lauk dalam periuk. Lauk itu tidak termakan kerana suaminya nak makan Lauk lain. Haru tu... Dan juga ibu yang terpaksa memasak mengikut jenis lauk kegemaran anak. Jika tidak, anak tak mahu makan. Lagi haru tu...

^__^


Jumaat ini, saya ingin meninggalkan Nasihat dan doa di bawah. Tidak tahulah ia berguna atau tidak, tapi sekurang2, amalkan doa yang kat bawah.



JANGAN LUPA

Seorang Anak jangan lupa. Segala kejayaan kita, bukan semuanya dari usaha kita, di dalamnya ada sumbangan Ibubapa, guru dan oranglain.

-Justeru, haruslah jangan bersikap buruk terhadap oranglain, dan dampingi sifat syukur. Supaya oranglain mengambil kita sebagai tauladan yang baik


JANGAN MUDAH

Ibubapa, Jangan juga mudah mengeluarkan kata bahawa Anak yang selalu dirundung masalah itu kerana UNTUNG NASIBNYA.

- Supaya ibubapa tidak terlupa, mereka juga sebahagian dari hidup anak itu. Dan mungkin ada memberi SUMBANGAN dalam masalah Si Anak itu. Justeru, sentiasalah mengambil hati si anak, dan orang-orang yang dikasihi si anak di dalam hidupnya. Supaya si anak mahu mendengar nasihat orangtua.


Seorang Suami jangan mudah mengatakan bahawa jika perasaan isteri terluka, itu adalah NASIBNYA. Pandai-pandailah menghadapi.

- Isteri ialah pendampingnya, jika perasaan isterinya terluka, mungkin suami akan terluka sekali. Isteri merupakan Tiang Seri rumahtangga. Jika hilang serinya, hilang juga seri rumahtangga. Haruslah difikirkan, bahawa ia memerlukan campurtangan suami atau tidak.


Seorang Isteri janganlah mudah hilang arah ketika perasaannya terganggu atau tidak mendapat apa yang diingini.

- Kerana jika suami mengambil tahu, memang mudahlah kita mendapat perhatian dan pujukan. Namun, jika tiada siapa yang hendak memujuk, buat apa hendak MERAJUK HATI? Bagaimana cara kita melayan suami, seperti itulah nanti anak-anak akan mengikut cara kita. Anak-anak akan mudah mengambil hati dengan cara kita. Kerana pengaruh Ibu terhadap anak itu sangat dekat berbanding bapa. Begitulah nanti mereka akan melayan isteri atau suami mereka. Si anak lelaki, menjadi seorang penyabar dan melayan-layan rajuk isteri. Si anak perempuan akan cepat mengumpul rasa terhadap suaminya. Jadi, untuk mengelak masalah begini, lekas-lekaslah mengubah diri! :) Insya Allah, Allah akan bantu.


Bismillahirrahmanirrahim


Allahumma A'inni, 'ala Zikrika, wa syukrika wahusni ibadatik


 (O Allah, help me remember You, expressing gratitude to You and worship You in the best manner)
Bacalah setiap kali selesai Solat fardhu. 

Sumber: Kitab hadis Musalsal, Syeikh Nuruddin





Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────


Wednesday, March 7, 2012

Rasa Bahagia itu tidak mahal



Bismillah.
Saya tenang. Tapi fikiran dah menerawang lama di dalam bas. Wanita yg mnjadi penjual sayur di pasar itu sering brtanya hal saya. Saya tidak kisah jk dia org indonesia, dan saya cuma kenal dia di pasar saja. Tetapi brtanya ttg peribadi seseorang secara begitu, sangat tidak baik.

Jika saya datang brsama suami, dia kelihatan sangat  SOPAN. Tapi jika saya datang seorang, sangat banyak tanyanya, dan tidak tahu menapis cakap. Berani betul dia. Kerap bertanya hal saya, hal Anak dan pekerjaan saya.

Suami saya bukan bekerja sebagai buruh di tengah panas? Kami mempunyai aset. Dan tidak perlulah saya berkata bahawa saya mmbina perniagaan di internet. Kenapa saya harus bercerita kisah hidup saya kepadanya, hanya utk memuaskan Hatinya?

Malangnya, saya tidak reti menunjuk Muka. Saya tidak tahu untuk berasa marah atau apa... kerana saya kasihan padanya. Saya melihat dia bekerja kuat. Di pasar basah, pasar malam, mencuci rumah orang.

Kehidupan yang sangat berbeza, rezeki yg diberikan berbeza...
Saya bersyukur dengan Nikmat Allah kepada saya.

Aneh, wanita itu tidak tahu menjaga Hatinya. Barangkali dia tidak berasa bahagia melihat oranglain bahagia dan cukup dengan apa yang ada.


Rasa bahagia itu tidaklah mahal
Untuk berasa tidak bahagia tersangatlah mudah


Saya, utk tidak berasa bahagia, memang ada banyak cara.Lihatlah sekeliling. Cubalah gambarkan betapa Mewahnya orang. Tidak ada Syaitankah akan mengusik Hati?

Saya merasai bagaimana, saya yg kerap kena buat kerja lebih, kerana saudara yg lain sibuk menjaga anak. Dan hasilnya, saya lebih cekap menyediakan masakan keluarga. Perlukah saya berasa rendah diri dengan keadaan saya?

Saya melihat saudara saya berkahwin dengan wanita yang pernah sakit berat. Setiap kali melahirkan anak-anak, saudara saya itu terpaksa mmbiayai Operation hospital Swasta (ceasarian) untuk setiap anak. Sedangkan dia hanya anggota kerajaan. Isterinya mudah lemah, tapi subur. Saya tidak tahu nak berkata apa. Dah rezeki isteri dia, suaminya sanggup bergolok gadai demi dia. Adakah saya perlu rasa tidak bahagia kah melihat semua ini, dan berasa Suami tidak sayangkan saya? :D

Sikap suami saya berlainan, mana boleh disamakan dgn saudara saya. Dah itu rezeki isterinya. Mungkin saya tidak berkenan, sebab, mereka masih mahu berhutang untuk menutup lubang lagi. Hidup mati di tangan Allah, janganlah meminta yg di luar kemampuan suami.


Memerhati

Seringkali, saya memerhati perilaku adik-adik, kerana saya tahu orangmuda sangat mudah melakukan kesalahan. Dan tidak mustahil juga, Ibubapa memerhatikan saya, kerana saya juga tidak lepas dari kelalaian.

Apabila kita memerhati, sering kita MENCARI kelemahan untuk DIKOMEN. Itulah syaitan yg mengusik Hati. Berjaga-jagalah dgn Syaitan itu.

Harus letakkan kesedaran sebelum marah-marah di hadapan oranglain
Harus letakkan kewarasan sebelum memperkecilkan orang
Harus dampingi Rasa syukur sebelum membenci perlakuan orang
Muhasabahlah diri kerana mengharap kasih Allah, bukan kasih manusia


Nota Nurindah : Jika orang merampas dan merendahkan Harga dirimu, jangan biar dia juga merampas Kewarasanmu.




Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────


Salam sejahtera,

Moga dilimpahi RahmatNya. Sekejap lagi nak ke pasar. Ada barang yang perlu dibeli.
Apa target teman-teman hari ni? :)

Saya masih brperang dgn nyamuk. Sebab jaring nyamuk belum dipasang. Allah... Sesak nafas bila sembur racun serangga banyak2. :D Insya Allah, bila dilapangkan fikiran, saya rasa fresh dan blogwalking. Moga saya tidak mmbawa kekusutan saya ke mana-mana. Kita brjumpa dalam tengahari nanti ya. :)




Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Tuesday, March 6, 2012

Kembang kuncup

Bismillah. Kelmarin, saya sempat poskan barang utk customer. Saya dah sign dan tulis slip. Suami tinggalkan saya di kereta, lalu dia mngeposnya sendiri.. Muka saya merah dan sembap hasil sedu-sedan. Malunya.. tiada apa yg lebih bodoh dr menunjukkan kita lemah di hdpn orglain. Semua orang nak kelihatan KUAT, kan?

Terima kasih tidak terhingga buat semua, atas komen-komen utk post kelmarin. Rasa syahdu dan tenang yg brcampur baur..


Saya tau, Doc itu tidak brmaksud 'mncederakan' sesiapa. Caranya begitu. Cuma masanya tak kena, jd ceramahnya masuk di hati. Bukan kepala. Bila malam itu, saya waras sedikit dah. Saya berfikir yg baik-baik. Saya ambik point yg baik saja dr Doc itu.

Si suami berkata , pandanglah ke hadapan. Lupakan benda yg dah lepas. Fikirkan kita nak buat apa selepas ni.

PANDUAN

^__^ Saya pernah katakan padanya, satu panduan yg saya baca. Jika kita nak khusyuk di dalam solat, semasa kita baca ayat pertama, kita cuba ingat ayat kedua. Ingat apa ayat seterusnya. Buat begitu shg habis bacaan al Fatihah atau surah kita. Insya Allah, kita akan lebih khusyuk di dalam Solat. Utk hafal tafsir bacaan, payah sikit kan? Cubalah cara ini. Saya dah cuba, memang menjadi...

Benar suamiku, saya rasa lapang bila saya fokus, aim (ada tujuan dan target). Saya tidak mahu kelihatan lesu. Lesu mmbuatkan perut dan badan sakit jer. ;) Saya mahu kelihatan ceria. Suami mana yg suka melihat isteri dalam keadaan sedih dan murung selalu? Saya ingin mnjaga diri baik-baik..


Bila isteri tensen, suamilah yg pujuk. Sebab isteri suka meluah-luahkan. Kalau suami tensen, memang payah nak tau isi hatinya, susah jg nak pujuk. Suami akan kelihatan diam dan murung. Jadi.. jauhilah mnjadikan suami tensen. ;)

Allah... Syeikh Nuruddin ada cakap. Jika menziarahi orang sakit, buatlah dia gembira. Jangan bagi kata 'kesian' dan bercerita hal-hal yg mnyeramkan dia. Itu juga satu kebajikan, yg mgkin mmberi syafaat di akhirat kelak. Agaknya, begitulah panduannya utk merawat orang sakit?

Adeh... saya mula teringat kata-kata kakak Jiran kelmarin. Katanya... jiran hujung sekali yg meninggal dunia dahulu, sebab sakit Denggi.  Gulp! Dan badan saya dah merah-merah, kerana sedang berperang dgn Nyamuk banyak di dlm rumah. Puas dah cari lopak air dan spray racun serangga. Adeh, rasa Hati dah kembang kuncup!

Nota Nurindah: Dah pergi report JMB apartment. Cuaca yg panas mmg mmbantu lopak air dr saluran trsumbat itu kering. Bila hujan, bertakungla balik. Sabar je... dah siap beli ubat jentik-jentik dan jaring nyamuk utk dipasang kat tingkap. Nasib tak beli kelambu jer.... kalu tidak, tentu kelihatan saaangat romantik kan? :D



Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Monday, March 5, 2012

Luka



Di masa sekolah menengah dahulu, ada 2 orang guru ERT (ekonomi rumahtangga), yg mengajar menjahit-jahit, dan memasak. Satu hari, guru A telah mengata guru B di hadapan kami semasa sesi kelas di bilik ERT. Katanya, guru B tidak mnjaga kebersihan pakaian anak-anaknya sedangkan dia guru sains rumahtangga. Dia mmpertikaikan guru B dan menyebut JELAS kelemahan beliau di hadapan semua di dalam kelas.

Saya tidak faham, kenapa ramai juga rakan sekelas saya tiba-tiba ketawa dan mengejek-ejek guru B. Saya rasa itu tidak patut...

Saya meneliti, memang benar, Anak-anak guru B sering bermain di kawasan taman sekolah menunggu ibunya habis kerja. Dan tudung dan pakaian mereka memang selalu kelihatan comot dan berbau sedikit.

Satu hari, saya melihat guru B menangis tersedu-sedan seorang diri. Saya kasihan melihat dia. barangkali ada masalah, sbb itu anaknya terbiar. Jika patut, kenapa guru A tidak membantu temannya itu? Menegur kasar dan mengejek, tidak membantu sesiapapun.

Itulah hati saya masa tu, hati budak sekolah yg takut memahami isu orang dewasa.


Luka si Kaki Bangku

Saya pernah disindir dan diejek, kerana tidak pandai drive, masa suami saya operation yg lalu. Sedangkan selama ini, orang yg kenal saya mmg tahu saya tidak drive dan tiada siapa nak bangkitkan isu itu.

Bila suami saya operation lutut, ramai juga yg dok TORTURE emosi saya. Kata mereka, saya tidak kesiankan suami, tidak berdikari, dan segalanya. Mereka membanding-banding saya dgn oranglain. Apa yg mereka takutkan? Risau kami akan menyusahkan mereka? Suami saya diam jer, dan dia hanya minta saya lupakan semua kata orang itu. Saya bukannya cacat, sampai tak mahu belajar drive? Hati saya tidak sekecil itu. Mengapa ada saja orang yg berani mmperkecilkan oranglain? Saya hanya akur dgn keputusan suami yg lebih suka mmbawa keretanya sendiri. Lagi, Hubby berpesan... saya takkan mampu memenuhi kehendak semua orang..


Luka seorang patient

Siang tadi saya ke klinik panel. Saya ingin mengambil sedikit ubat. Saya cuma bertanya bbrpa soalan yg berlegar di fikiran ttg sakit saya. Tetapi doc pula menyindir saya di hadapan suami kata saya ni mudah risau. Bertanya pun salah ke? Kemudian, dia tanya lagi soalan ttg kami ada anak ke belum. Suami saya tenang saja mnjawab. Lepas tu, dia cakap, saya ni tak mula langkah pertama nak berusaha, bla bla... Semuanya macam menimpa saya seorang saja.  Apa ni, Doc?. Sejak bila saya mintak consultation about FERTILITY ? Allah...

Masa lepas solat zohor yg agak lewat, 3.30, saya tersedu sorang-sorang. Kenapa semua salahkan saya? Suami bertanya risau. Sebab saya sedang tak sihat. Katanya, Doc itu bekas doc kerajaan, memang caranya begitu. Saya memang tenang, tapi saya sedih... Saya lambat PICK-UP katanya itu. Katanya saya ni manja dan tidak mahu berusaha. Kenapa la, saya terlalu melayan orang yg sikapnya macam tu? Saya berbual seikhlas hati, tapi kenapa Hati saya berasa, dia merendahkan saya pula. Meskipun dia ada mmberi no tefon seorang pakar sakit gynaecologist kenalannya, hati saya sangat tawar sangat... terima kasih jerla doktor.

Allah... Besar sangatkah Dosa saya kerana mengalah dan menurut kata suami, sehingga saya dipandang begitu oleh orang? Suami saya baru setahun setengah after operation? Kaki baru elok dan kuat? Kenapa saya nak membebani dia lagi dgn perubatan saya yg entah apa lagi? Tanyalah Hati, sampai hatikah?.....kalaulah saya mndapat anak secara smulajadi, tidaklah saya mndera perasaan sendiri.

Duit memang boleh dicari. Tapi masa, kelelahan, fokus, perlu ada. Nak dapatkan anak, bukan sebab terdesak takut itu dan ini. Anak ialah satu Rahmat, juga satu amanah Allah. Suami saya lebih penting utk diberi perhatian. Rahmat dan keadilan Allah itu sentiasa ada...

Nota: Tidak tahulah apa perasaan saya sekarang. Tapi saya takkan tergamak nak mmperkecilkan oranglain seperti yg saya alami. Sekalipun saya  biasa menegur oranglain, hanya family, yg saya kenal rapat. Dalam direct, atau tidak direct. Bukan oranglain yg kita tak tahu masalahnya apa.


Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

You cannot give from an empty cup!



Assalamualaikum,

:) Buat apa tu?
Saya banyak urusan dalam bbrapa minggu ni. Tak lalu nak blogging. Tapi saya tetap menjengok yg mana sempat. Hari ni, macam nak berbicara sikit.

Saya merenung diri. nak kata saya ni tidak cukup kasih sayang, ibubapa amat memanjakan saya semasa kanak-kanak. Bila besar saja, mereka fokus pada adik-adik pula. Itu tidak mengapalah. Bila dah kawen, mereka nak fokus pada cucu pula. Kita pun dah tidak dimanjakan lagi dah. Itu keadaan biasa. Kita semua juga akan melalui jalan hidup yg sama... menuju masa tua.

Saya rasa diri dah tua,kot. Siap pakai losyen muka lagi. Seblum ini taknak pakai pun, rasa diri sentiasa 'suci' dari noda make up. heheh. padahal saya memang tak berasa selesa bermekap. Saya juga takut memikirkan ramai kenalan dan kawan yg mukanya berbintat kerana selalu salah memilih set muka , pencuci atau mekap. Amat sensitif kerana dah pakai macam2 mask dan pemutih . Lagi kita bertambah Usia, lagi menurun paras estrogen kita. Itu juga benar dan hal kulit menjadi masalah utama..

Saya cuma makan jamu pil dan multivitamin. Dan buat check up. Dan rasa nak rajinkan senaman utk tulang dan keleturan otot. Baru-baru ni, saya kerap tersentap dan trseliuh. Bagus sangat sangatla tuh! :D

Bila memasuki usia 30-an ini, saya harus cepat, harus gerak pantas. Bagaimana? Gerak kaki seorang isteri tidak sebesar suami. Kita takde lesen besar utk itu. Apalagi, redha dan redha. Kita ada lesen telefon dan email kan? Apa lagi... minta la bantuan suku-sakat  kita, heheh! Jangan pendam masalah 'sengsorang'. Tapi jangan bagi suami tensen pula, tak baik.. :)

Saya selalu fikir, nak anak, nak anak. Tapi saya lihat sekitar saya, bila dah ramai anak, mereka mula sangat rajin mncari peluang nak kumpul duit saving, dan mula melupakan diri sendiri.

Ever heard the saying "If the mamma is not happy, then no-one is happy?" or perhaps another version: "You cannot give from an empty cup!"

http://www.homeschool-curriculum-for-life.com/content-woman.html

Macam itu jugalah, dengan situasi kita sebagai Isteri kepada suaminya. Harap-harap saya mnjadi orang yg berguna. :)


Nota Nurindah: Sahabat yang baik tidak akan melukai perasaan sahabatnya. Tetapi dia takkan berbohong jika apabila sahabatnya itu bertanya. Dialah yg paling jujur dalam kata-katanya. Kerana dalam susah senangmu sekalipun, dia tetap ada dengan tangan terbuka.



Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers