Alhamdulillah, malam tadi berkesempatan ke masjid muaz bin Jabal, Setiawangsa. Tempat taalim darulmurtadza. Ini kali pertama kami ke sana. Ia bersempena maulid bulanan (nabi SAW). Ada Qasidah dan selawat. Majlisnya pun nampak lebih organize dari kuliah biasa dan meriah.
http://www.darulmurtadza.com/2012/04/rakaman-majlis-maulid-bulanan-darul.html
Mulanya, saya segan nak letak laman web itu di blogger list. Atas sebab peribadi, sebab dalam majlis taalimnya ada seorang dari ahli keluarga kami, seorang budak lelaki yang saya kenal sejak dia matriks sampaila dia sudah bekerja. Saya tahu dia aktif majlis taalim, tetapi saya buat tak tahu saja. Sebab saya tahu, dia masih mencari diri sendiri dan menyesuaikan diri dgn keadaan bekerja selepas tamat belajar.
Dalam kuliah, mahupun dalam buletin mingguan, selalu ada dia yg sangat rajin. Sampaikan saya segan pula dengan diri sendiri. Kami yang 'terikat' dengan urusan rumahtangga dan 'hutang piutang' kehidupan. Hendak keluar pun dah payah dah. Tidak bebas seperti zaman bujang sprt dia. Jadi, untuk anak-anak muda yang masih bujang, tuntutlah ilmu agama sebagai bekal selagi ada kesempatan masa sebelum kamu sibuk. :)
Tapi, ikhlas di hati, akak bangga melihat kamu meneruskan bidang yang kamu belajar sejak sekolah walaupun dengan cara yg berbeza dan bidang pekerjaan kamu berlainan sama sekali. Ternyata kamu akan 'sibuk' dalam perjuangan ini, kerana memiliki dua bidang. Tetapi bertabahlah dalam liku-liku. Membina sesuatu, memang memerlukan kesabaran. Sentiasalah meminta nasihat dari ayah yang lebih peka dengan 'hakikat' seorang lelaki dewasa, juga sentiasalah meminta restu ibu. Jangan lupa abang kakakmu yang selalu akan memberi pandangan buatmu dan berkongsi cerita denganmu.
Hurm, Esok pagi, Sabtu, ada pertemuan Habib Ali al Jufri di masjid UIAM. Kami selalu dapat seludup masuk. Harapnya la. Jom ikut? :))
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment