Alhamdulillah, saya berada di sini. Moga teman-teman dalam keadaan sihat semuanya. :)
Nasi Mandhi ini dimasak kelmarin, menggunakan beras siam wangi saja. Jadi nasi takde rupa biji2 macam nasi arabla. :D Saya pernah makan nasi mandhi di sebuah restoran arab, jadi saya dah tau rasa dia camana. Lagipun, saya tak beli saffron dan rempah kabsa...
Saya cuma banyak stok beras wangi, jadi saya gunakan. Masak 1 1/3 pot, bersamaan 2 2/3 pot air. Ayam yang saya guna pun banyak, jadi sebab dalam resipi asalnya, di resipiraidah yang guna stok air ayam dimasuk dalam nasi, jadi saya masukkan sekali (yg ni saya salah step kot, patut renjis saja, last sekali. Saya tak perasan ;). Haha...jadi kuning sungguh! Air ayam dah warna kuning, jadi, tak yah letak saffron dah. Sabo jer.. :) (Ini asalnya saya terlebih kunyit masa perap ayam).
Hendak melihat ayam yang sedang dimasak tu, yang tragis skit. Sebab saya balut betul ayam tu dgn aluminium foil, memang rapuh sangat dagingnya dan tak terhangus sangat. Sebetulnya saya jarang bakar ayam balut guna aluminium foil. Jadi, berapa kali ntah saya buka tutup oven tu nak belek aluminium foil. :)
Satu lagi, saya tak guna pun arang, sebab memang takde..
Tengok resipi yang panjang, tak semestinya susah. Senang jor. Buat adik-adikku, gunalah beras basmathi, sebab baru rasa ori masakan arab kan? kurangkan kunyit. Suhu oven, pandai-pandaila ejas. Minyak sapi pandai-pandai sukat, sekata dgn beras.
Alhamdulillah dgn apa yg ada. Meski rupa macam nasi ayam, tapi rasa dia dah arab dah... hehe... Bau bawang semerbak dari oven. Kalau letak rempah khas dia dan saffron, tentu dah macam restoran Arab dah. Itu, Insya Allah, akan kucari juga bahannya nanti. ;-D
Alhamdulillah, nasinya sedap dimakan begitu saja, dan rasa pun tak muak. Ayam pun dimasak dgn cara yg sihat! ;)
Maaf, ini nasi Mandhi, tapi dah rupa nasi kuning dah.. hehe..
Ini gambar ayam sebelum dimasak.
Gambar ayam siap dimasak diambil setelah selesai makan, maaf dengan gambar apa yang sempat :)
NASI MANDHI ABU DHABI
Sumber resipi: resipiraidah.blogspot/nasi madhi
Rujukan lain: mamasya fotopages, mamasya blogspot
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.
Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.
Nasi:
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────