Apa khabar Cinta?
di hari anniversary kita.
meredah ombak gelora,
cinta dalam meniti usia pernikahan,
diulik impian, diusik harapan...
Seloka takdir sering membuatku rebah,
Seloka suamiku membuat sering kucium alis matanya.
tidakkan pudar kasih selagi hati ini masih berdenyut.
Ke mana Cinta?
meski dalam lesu,
sering.. apabila aku hanyut dalam tawakkal kepadaNya,
Dia sering memberiku hati,
yang merekahkan senyum di bibirku.
Alangkan,
Kukutip harapan yang berderai,
Kutimang-timang, kususun pecahan laksana puzzle,
Rupanya ada rupa yang berlainan dr yang diharapkan.
Rezeki datang bentuk berbeza-beza.
Masihkah jatuh Cinta?
Tuhan,
meski dalam suka, dalam duka,
Tidak lalai daku dari bersyukur,
agar mencambah RahmatMu dgn lebih banyak.
Gelora,
Bersamaan dgn waktu yang tidak putus,
Apa khabar Cinta?
Tidak lelah daku memeluk bahumu,
harap... dikau suamiku tidak penat menahan berat kepalaku di dadamu
selamanya...
Sepatutnya kelmarin entry ini... 20 Jan
Selamat Ulang Tahun Pernikahan.. Juga Selamat hari lahir... Suamiku.
Tiada kek, hanya ini.... Chilled cheese berlapis-lapis. Hahaha... entah apa nama saya letak .
Dahulu saya pernah mix cream cheese utk buat 'cheesekut' (resipi internet), guna Graham cracker celup nescafe, bubuh susu pekat, rasa dia creamer sangat. Pastu ada buat cheese cake resipi chef zam kalu tak silap, bawahnya biskut kisar dgn mentega, topping cheese dgn blueberry filling, kena bakar.
Saya gabung ikut suka, pastu sejukkan dalam chiller. Malas pergi bakery cari biskut Graham, saya gantikan dgn biskut jacobs, sebab biskut jacobs ni pun cepat lembut bila celup air panas, rasa dia pun tak jauh beza. Biskut jacobs ni pun, kita ngap sekali dgn nescafe panas tu, ;)
Chilled mini cheesecake with weetameal and bluberry. (sesuai kot nama ni, hehe)
1. Biskut weetameal jacobs (sebagai ganti graham cracker)= 1 lapis 3 keping x 3 lapis.
2. Cream cheese 1 tiub
3. Gula aising
4. Blueberry filling (ada kat bakery - blueberry filling ni rasa dia kurang manis, biasanya ada dlm peti sejuk dan ada buah sikit-sikit)
5. Nescafe 3 in 1 (original)
6. 1 cawan air suam
5. Mangkuk aiskrim
6. Mixer - semestinya! Lenguh nak kacau by tangan... :)
CARANYA:
Cream cheese yang sedikit sejuk dipukul sekejap, masukkan gula aising setakat manis yang kita nak, pukul lagi sehingga cheese ringan.
Bancuh nescafe di dalam mangkuk kecil.
Ambil 3 keping biskut utk lapisan bawah, celup sekali sahaja dan susun dalam mangkuk aiskrim.
Lapisan kedua letak cream cheese yang dipukul tadi.
Lapisan ketiga letak blueberry filling
Ambil 3 keping biskut, celup lama sikit dalam bancuhan nescafe . Susun di lapis keempat.
Letak cream cheese
Letak biskut dicelup lagi.
Last cream cheese saya campur filling blueberry 3-4 sdb.... Yum! Pastu saya letak sebagai topping atas.
Dah. :) Sejukkan 1- 2 jam sebelum makan.
Tak taulah saya pukul cream cheese ni cantik tak, asal boleh makan jer. But this definitely not yogurt! :D
Konon sebagai Dinner anniversary. Ayam bakar blackpepper.
Kentang (direbus separuh masak dahulu), dan tomato digaul dengan mixed herbs, oregano, sertablackpeper ajishio + garam. Bakar dalam tray lain, bersama ayam bakar di atas.
Satu lagi, sebenarnya ada buat kuah sup, bubuh daun sup banyak2, sebagai penyegar rasa.
REZEKI PETANG: Hubby berpuasa kelmarin, kebetulan waktu nak balik, Hubby dapat rezeki nasi dari department.
beserta ayam masak merah
Juga nasinya. Di sebelahnya, nasi yang saya masak. ;)
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Surah Ar-Ruum ayat 21.
Teringin sangat ada foto baby kat sini...
Copyright © 2013
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────