Kehidupan kita bukan sekitar kita shj. Bukan kelompok trtentu shj.
Kita, tak dapat menjadi orang yg berfikiran luas, jika diri kita sering bergaul dgn setengah orang shj.
Kita juga, tak dapat mengajar oranglain utk berfikiran luas, jika mereka sering sempit dlm pemikiran mereka.
Judgemental.
Berbual dgn hubby, dia tahu kelmarin ada movie hindustan ttg surirumah yg msuk kelas bahasa inggeris. Saya bercakap dgn hubby, kerana hubby ingin meluaskan pnguasaan bahasa Jepun utk peningkatan pergaulannya dgn pihak atasan. Kelas bahasa, patut ada satu bahasa dalam kelas. taklah selalu trdengar bahasa jepun dlm kereta, haha.
Actually, Hati saya tidak berkata bgitu... cerita itu tentang Marriage/perkahwinan, isu anak2 skrg yg sangat open-minded , isu ibubapa yg menganggap anak susah ditegur, kisah mertua dan menantu perempuan yg saling memahami khendak khendak hati masing2, isu pasangan yg judgemental. Yg mungkin asalnya, pasangannya tak berniat pun begitu pd mulanya.
Tp hubby tak minat dengar isu feeling2 nih, 😊. Istri tahu kelemahan dia kat mana, dan suami juga. Cuma Komunikasi.
Saya lihat juga... Ibubapa tidak harus berasa harus mncampuri urusan komunikasi menantu dan anak. Harus jadi Pendengar dan Pemerhati, dan TIDAK menghakimi. wlupun sebumbung.
drama 5 kali cinta...
(Raya ni, banyak drama aih! Saya bukan boleh kluar beraya time hubby kerja dan smua orang balik kampung. 😀). Si perempuan sedap2 mngkritik si lelaki tak mampu menyara hidupnya sbb katanya lelaki itu mekanik, sekali lelaki itu bos bengkel kereta, haha.
Lelaki atau perempuan sama je... Sama la bila orang nampak kereta kami kecil lalu berkata saya ni pemalas. Terus mengkritik. Dia tak nampak saya pening kepala cari jalan nak tolong Suami. walaupun hubby kata, tak perlu...jangn susah payah. Saya cari jalan diam2 dan mintak suami pertimbangkan.
Smua orang berasal dr tak tahu.... Saya belajar, cari maklumat, belajar dr orang yg betul pandai2 dan ada pngalaman. Jg Tak patut cenderung dgn satu pndapat saja. Kita tak tahu, mengaku tak tahu. Kalau tahu, jangan melawak sgt, orang kata not down to earth. Hakikatnya, Jangan harap sesiapa akan ajar kita kalau kita tak usaha. Dah belajar, adaptasi dlm hidup kita...bukan copy bulat2. 😂.
Hubby kata, nak berbual dgn oranglain soal2 tertentu, jangan sprt itik dengan ayam. Jadi tak payahla nak bertukar pndapat jika dia tak mnerima pun kita. Mula2 kahwin pn saya taktahu apa yg hubby minat. Tp saya belajar dan masih belajar shg sekarang. Sebab dia lebih ke depan. ada setengah orang, istri lebih advance dr suami. Jangnlah susah payah bandingkan diri kita.
Sama la bila orang nampak kami mnyewa hampir 7 tahun, siap cakap, " bila lagi nak ada harta ni, sampai bila nak mnyewa ?! "
Adeh... sekali saya cakap, hubby dah ada rumah apt dan lot kedai sebijik Jer.. ni nak pindah rumah kedua dah kat depan sana. Lpas dah restructure loan. (5 tahun lpas tak berani la saya lawan cakap mcmtu....hahaha. )
Tp cukupla lawan sikit, sebab tak suka orang judge that we are sooo poor. Atau sgt kaya dan suka bergaya2. Sbb itu jarang saya tunjukkan benda dlm rumah. Bahaya 😁.
Orang yg sdg bersusah2 dulu mcm kami... sebab nak brsenang kmudian. 10 tahun dulu kami pn takde apa2 dalam rumah. Satu demi satu masuk stiap kali dpt rezki lebih. Itupun sbb nak susun barang.... Smuanya bayar lump sump.
Samaada mereka sedar atau tidak..Ada setengh orang....dia tak sedar kehidupan skelilingnya sudah berubah. Macam di traffic light, kita rasa kereta kita tiba2 bergerak , pdhal lori di sebelah yg bergerak dahulu. 😂. kita belum tekan minyak pun.
Bersyukurla, moga Allah tambahkan nikmat. Jangan risaukan kata2 orang duit berkat tak berkat, meniaga maju tak. Mereka sendiri pn tak sempurna..
No comments:
Post a Comment