Membaca kes kemalangan menaiki motor, dengan lori, membuat saya terimbau macam2.
Di sini, dah banyak kes melibatkan motor dgn lori. Apalagi banyak budak2 muda yg baru belajar bekerja kilang.
Malang tidak kenal sesiapa. Budak sekolah, budak rempit, orang dewasa..
Bagi orang lelaki, katanya cedera sikit2 tak ape menambah pengalaman. Tetapi dah banyak kisah, saya hiba melihat mereka mnjadi kurang upaya. Ia akan jadi berbeza apabila mereka mnjadi si bujang tunggak keluarga, atau telah mmpunyai isteri dan anak, serta ibubapa yg sgt uzur.
ADAB Oh ADAB di jalanraya.
Samala adab memberi laluan orang keluar dulu dari Lif/ Tren, barula kita masuk.. 😅
Pernah ahli keluarga terjatuh atas jalan besar kerana brtembung kereta. signal nak membelok dah bagi. Alhamdulillah kereta tak byk ms tu. Motor terpaksa hantar ke bengkel , bengkok skit (arwah abah saya tiada kereta). Mereka hanya hantar ke rawatan luar lalu mminta maaf dr adik lelaki yg turut menghantar (adik lelaki yg berkereta tinggal di rumah lain). Adik pompuan yg terluka tapak tangan dan sakit badan tu masih terpinga2 sbb ketakutan.
Hanya itu suami isteri itu buat, janjinya nak jumpa kat rumah lgsg tak nampak muka. ntah mana adabnya, kata kami menipu harga mmbaiki. Saya jd terfikir mereka agaknya tak berduit di musim raya itu. Share pun tak cakap.
Motor yg rosak, akhirnya saya dan suami membiaya sbb dah terbawak ke bengkel. ade ke takde kena bayar jg. korek tabung, hehe.... dahla kita bagi duit keperluan utk beraya utk ibubapa.
Saya terkilanla kenapa adik lelaki tak kenakan kaw kaw pd mereka tu dn termakan pujuk rayu. hehehe.... dahla kata orang menipu. Yg sakit tu bukan badan lelaki. Dahla cedera, motor kna baiki, esok lusa nak beraya pastu nak masuk kerja...
Kena ada Adab dan Hati. Letakkn diri kita pd kesakitan orglain. 😢
Juga kita yg bawa motor, kereta, lori.... sntiasa hati2 jika jalan tengah sibuk dsbg.
KISAH Calar je.
Teringat kereta mertua, yg masa tu suami bawak. Pernah hanya 'tercalar' panjang dan kemek skit, kerana terhempap penghadang lori kecik. Hubby tak cakap banyak tapi terus deal. Orang tu suruh bawa ke bengkel dan bagi gantirugi. Alhamdulillah. Kalau itu kereta kancil kami takla ralat sgt.. kereta ayah ms tu cantik lg. 😂 kalau orang tu taknak brtggjawab, hubby ttp kena baiki jg.
#notaNurindah: Kita jaga HAK orang, moga Allah jaga hak kita.
Cuma itu.
No comments:
Post a Comment